Anda di halaman 1dari 25

KEMANDIRIAN HAIWAN

PENYU

ZOO YANG DIPILIH

JENIS-JENIS PENYU

PENYU BELIMBING - LEATHERBACK TURTLE DERMOCHELYS CORIACE


Spesies penyu yang terbesar Satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya (cangkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg. Berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Cangkerangnya menyerupai buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Menghasilkan telur antara 60 120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia , tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga Paka, Pahang untuk bertelur. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garis pusat 5 6.5 sm.

PENYU AGAR - GREEN TURTLE - CHELONIA MYDAS


Penyu Agar juga dikenali sebagai penyu hijau mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya - di antara April September dan menghasilkan 100 140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garis pusat lebih kurang 5.0 sm.

PENYU KARAH / SISIK - HAWKSBILL TURTLE ERETMOCHELYS IMBRICATA


Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 90 sm dengan berat badannya di antara 35 75 kg. Bentuk paruh mulutnya menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Musim bertelurnya adalah Mac Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembik dan berukuran garis pusat lebih kurang 5.0 sm.

PENYU LIPAS - OLIVE RIDLEY TURTLE LEPIDOCHELYS OLIVECIA


Penyu lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0 6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35 50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang, obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih , berkulit lembik dan bergaris pusat lebih kurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu.

KITARAN HIDUP & SIFAT BIOLOGI

Penyu pada amnya mempunyai satu kitaran hayat yang sama. Penyu betina akan mengawan dengan penyu jantan di laut sebelum naik bertelur ke pantai. Penyu betina akan mendarat di pantai pada waktu malam untuk bertelur. Tempoh masa bertelur adalah berbeza mengikut jenis penyu, kebiasaannya adalah 1 3 jam. Selepas musim bertelur, penyu itu akan berhijrah ke kawasan makan asalnya yang jauh. Seekor penyu betina boleh bertelur di antara 4 - 6 kali di sepanjang musim bertelur. Biasanya selang masa di antara satu masa peneluran dengan yang lain ialah 8 15 hari bergantung kepada jenis penyu. Kemudian selepas 2- 8 tahun, penyu-penyu tadi akan berhijrah semula untuk bertelur di pantai yang sama tempat ia bertelur. Kebanyakan penyu betina tidak bertelur dua tahun berturutturut. Telur yang dihasil akan ditinggalkan dan tidak dijaga.

Tempoh pengeraman dan jantina anak-anak penyu adalah dipengaruhi oleh suhu pasir: Suhu panas (30C ke atas) hasil anak penyu betina Suhu sejuk (26 27C) hasil anak penyu jantan Telur penyu akan menetas dalam tempoh 2 bulan dan bergantung kepada jenis penyu dan suhu pengeraman. Anak-anak penyu yang menetas akan keluar dari sarang pada waktu malam dan terus menuju ke laut mengikut cahaya bulan. Pada peringkat ini anak-anak penyu dikatakan mengalami proses imprinting yang membolehkan anak penyu tersebut kembali semula ke pantai tempat kelahirannya apabila dewasa kelak. Ada ahli Saintis meramalkan sebanyak 1,000 hingga 10,000 telur diperlukan untuk mendapatkan seekor penyu betina atau seekor penyu jantan dewasa yang berjaya mencapai ke peringkat dewasa dalam masa 20 hingga 50 tahun.

KAEDAH PENETASAN TELUR

a) Penetasan telur penyu secara in-situ. Penetasan cara ini adalah dimana telur-telur penyu dibiarkan didalam sarang yang asal tanpa diganggu, tetapi sarang-sarang ini ditanda bagi tujuan digali sarang tersebut apabila semua telurtelur dalam sarang itu telah menetas. Sarang ini digali untuk mendapatkan maklumat jumlah telur yang menetas dan tidak menetas serta sebabsebab telur tidak menetas. Daripada kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan didapati kaedah ini adalah yang paling baik kerana telurtelur menetas dalam keadan semulajadi tanpa gangguan kepada telur-telur di dalam sarang.

b) Penetasan secara ex-situ / kaedah hatcheri Kaedah penetasan ini adalah dimana telur-telur dalam sarang diambil dan ditanamkan semula untuk tujuan penetasan di tempat penetasan yang dibuat oleh manusia. Kaedah penetasan banyak dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Kaedah ini dilaksanakan untuk memudahkan pihak Jabatan membuat pemantauan di samping untuk mengelakkan daripada kecurian telur. Kini, tempat penetasan/hatchery tempat penetasan telur penyu cara ini adalah secara terbuka dan tertutup.

c) Penetasan dalam kotak strofoam Kaedah ini dijalankan dengan cara mengambil telur-telur dari tempat penetasan dan dimasukkan ke dalam kotak styrofoam yang diperbuat daripada gabus dan dimasukkan pasir pantai. Kotak styrofoam disimpan ditempat yang selamat dan terlindung daripada pancaran matahari dan hujan. Selepas sebulan, telur-telur dalam kotak styrofoam ini dipindahkan ke tempat penetasan untuk penetasan. Terdapat juga telur-telur penyu dibiarkan menetas dalam kotak styrofoam.

ANCAMAN TERHADAP PENYU

Eksploitasi Penyu Dan Telur Penyu Telur penyu dijadikan bahan makanan dan sumber pendapatan, daging dijadikan makanan dan cengkerang dijadikan perhiasan untuk dijual Terperangkap Dalam Peralatan Menangkap Ikan Penyu juga mungkin mati apabila terperangkap dalam pukat tunda, pukat hanyut dan peralatan menangkap ikan yang lain yang dioperasikan oleh nelayan Kemusnahan Habitat Terdapat banyak kawasan pantai tempat pendaratan penyu untuk bertelur telah musnah akibat dijadikan kawasan pembangunan untuk hotel, tempat peranginan, perumahan, kawasan perindustrian, hakisan dan disamping itu disebabkan oleh keadaan semulajadi seperti hakisan

Aktiviti Pelancongan Disebabkan oleh aktiviti-aktiviti dan kegiatan yang dilakukan oleh pelancong seperti memasang unggun api, membuat bising, mengganggu penyu yang mendarat untuk bertelur dan aktiviti-aktiviti yang boleh menganggu penyu Pencemaran Disebabkan oleh tumpahan minyak, pembuangan sampah sarap , dan bahan-bahan buangan industri yang membahayakan penyu Limpahan Cahaya Pancaran cahaya lampu atau cahaya api yang menerangi sehingga ke kawasan pantai tempat penyu bertelur akan menganggu penyu-penyu yang hendak naik ke pantai tersebut untuk bertelur. Ini adalah kerana penyu amat sensitif kepada cahaya yang terang Pemangsaan Anak-anak penyu yang baru menetas semasa menuju ke laut akan menjadi mangsa ketam, anjing, burung dan biawak manakala semasa berada dalam air menjadi makanan kepada ikan-ikan yang lebih besar

PROGRAM PENGURUSAN & PEMULIHARAAN

Pusat Penerangan Dan Pengurusan Penyu Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri yang mempunyai pendaratan penyu untuk bertelur telah membina pusat-pusat penerangan dan pengurusan penyu . Pusat penerangan dan pengurusan penyu ini berfungsi untuk melaksanakan program-program publisiti, menjalankan penyelidikan, penetasan dan pengurusan penyu di negeri berkenaan. Pusat-pusat penerangan dan pengurusan yang telah dibina dan masih beroperasi sehingga kini adalah sepertimana berikut:Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin, Rantau Abang, Terengganu Pusat Santuari Penyu MaDaerah, Kemaman, Terengganu Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka Pusat Pengurusan Penyu Segari, Perak Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Cherating, Pahang Pusat penetasan Penyu Kerachut, Pulau Pinang

Kajian dan Penyelidikan Dalam melaksanakan pengurusan dan pemuliharaan penyu, pihak Jabatan dengan kerjasama pihak Institut Pengajian Tinggi tempatan dan luar negeri, badan Bukan kerajaan (NGO), pakar-pakar dari dalam dan luar negara dan orang perseorangan dalam menjalankan pelbagai penyelidikan dan kajian terhadap penyu seperti: Penandaan terhadap penyu Kajian kecergasan anak penyu Kajian genetik anak penyu Kajian kesan suhu terhadap jantina penyu Kajian teknik penetasan dan hatchery terhadap anak penyu Kajian penghijrahan penyu kaedah pengesanan satelit Kajian kesan cahaya terhadap anak penyu

Program Pendidikan Dan kesedaran Awam Program pemuliharaan dan perlindungan penyu yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya tanpa sokongan dan kerjasama daripada orangramai. Pelbagai program telah dilaksanakan dan diatur sepanjang tahun oleh pihak Jabatan Perikanan seperti mengadakan pertandingan-pertandingan melukis, mewarna untuk peringkat pelajar sekolah, mengadakan ceramah dan perkhemahan di pusat-pusat penyu untuk pelajar-pelajar sekolah , kakitangan kerajaan, pihak swasta serta nelayan dalam menerapkan kesedaran kepada golongan ini. Dalam meningkatkan kesedaran dan pendidikan mengenai penyu kepada orangramai , pihak Jabatan telah mencetak risalah atau pamphlet untuk edaran serta penerbitan dalam bentuk video dan sebagainya.

Perundangan Dan Penguatkuasaan Persekutuan Akta Perikanan 1985 (pindaan 1993) Terengganu Enakmen Penyu 1951 (pindaan 1989) Kelantan Peraturan-peraturan Perikanan (Penyu dan Telur Penyu) 1978 Pahang Enakmen Perikanan 1937 Kaedah-kaedah Perikanan (Penyu dan Telur Penyu) 1996 Johor Kaedah-Kaedah Perikanan (Penyu Dan Telur Penyu) 1984 Melaka Kaedah-Kaedah Perikanan (Penyu Dan Telur Penyu) 1989 Negeri Sembilan Kaedah-Kaedah Perikanan (Penyu Dan telur Penyu) 1976 Perak

Kaedah-Kaedah Perikanan (Penyu Dan Telur Penyu) 1998 Kaedah-Kaedah Penyu 1975 Pulau Pinang Kaedah-Kaedah Perikanan (Penyu Dan Telur Penyu) 1999 Sabah Ordinan Hidupan Liar 1997 Peraturan Hidupan Liar 1998 Sarawak Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1990 Ordinan Amanah Penyu 1957 Alat-alat menangkap ikan telah diharamkan yang mana peralatan ini boleh membunuh penyu seperti pukat pari.

GAMBAR-GAMBAR DI PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU SEGARI, PERAK

SEKIAN TERIMA KASIH


DISEDIAKAN OLEH: SALIZA BINTI MAT PIAH BB CC DD

Anda mungkin juga menyukai