Anda di halaman 1dari 45

PEMULIHARAAN EX-SITU PENYU DI MALAYSIA

Pusat Pengurusan & Penerangan Santuari Penyu Cherating, Pahang

Penyu telah wujud sejak lebih 100 juta tahun yang lalu yang dipercayai sezaman dengan zaman dinasour . Penyu adalah haiwan vertebrata dalam kelas reptilia di bawah Order Chelonia yang tergolong bersama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu mempunyai kulit yang bersisik, bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran, bertelur dan adalah haiwan marin.

Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu merupakan spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun untuk matang mengikut spesies. Terdapat empat spesies penyu yang bertelur di Malaysia. Kini keempat-empat spesies penyu ini sedang menghadapi ancaman kepupusan.

JENIS-JENIS PENYU DI MALAYSIA


Penyu Belimbing /Leatherback Turtle (Dermochelys coriace) Penyu Agar / Green Turtle (Chelonia mydas) Penyu Karah /Hawksbill Turtle (Eretmochelys imbricata) Penyu Lipas / Olive Ridley Turtle (Lepidochelys olivecia)

PENYU BELIMBING /LEATHERBACK TURTLE


Spesies penyu yang terbesar di dunia. Mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing.

Boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg. Makanan utamanya ialah obor-obor. Warna badannya kehitaman dan bertompoktompok putih. Satu-satunya jenis penyu yang tidak mempunyai tempurung keras, di mana cengkerangnya adalah lembut dan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor.

Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Menghasilkan telur antara 60 120 biji pada suatu masa. Tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan Paka, Pahang. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garis pusat 5 6.5 cm.

PENYU AGAR / GREEN TURTLE


Juga dikenali sebagai penyu hijau mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman.

Boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpai air. Musim bertelurnya adalah di antara April September dan menghasilkan 100 140 biji setiap kali bertelur.

Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garis pusat lebih kurang 5.0 cm.

PENYU KARAH /HAWKSBILL TURTLE


Juga dikenali sebagai penyu sisik. Mempunyai karapas (cengkerang) yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat.

Bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 90 cm dengan berat badannya di antara 35 75 kg. Bentuk mulutnya menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang .

Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya berwarna putih dengan kulit yang lembik dan ukuran garis pusat lebih kurang 5.0 cm.

PENYU LIPAS / OLIVE RIDLEY TURTLE


Penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Boleh membesar sehingga 6.0 6.5 cm dengan berat di antara 35 50 kg.

Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang,obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur.

Telurnya adalah berwarna putih, berkulit lembik dan bergarispusat lebih kurang 4.0 cm. Terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia semakin berkurangan dan sedang mengalami ancaman kepupusan.

KITARAN HIDUP & SIFAT BIOLOGI

Penyu pada amnya mempunyai satu kitaran hayat yang sama. Penyu betina akan mengawan dengan penyu jantan di laut sebelum naik bertelur ke pantai. Penyu betina akan mendarat di pantai pada waktu malam untuk bertelur. Tempoh masa bertelur adalah berbeza mengikut jenis penyu, kebiasaannya adalah 1 3 jam. Selepas musim bertelur, penyu itu akan berhijrah ke kawasan makan asalnya yang jauh.

Seekor penyu betina boleh bertelur di antara 4 - 6 kali di sepanjang musim bertelur. Biasanya selang masa di antara satu masa peneluran dengan yang lain ialah 8 15 hari bergantung kepada jenis penyu. Kemudian selepas 2 - 8 tahun, penyu-penyu tadi akan berhijrah semula untuk bertelur di pantai yang sama tempat ia bertelur. Kebanyakan penyu betina tidak bertelur dua tahun berturut-turut.

Telur yang dihasil akan ditinggalkan dan tidak dijaga. Tempoh pengeraman dan jantina anak-anak penyu adalah dipengaruhi oleh suhu pasir di mana suhu yang panas ( 30C ke atas ) akan menghasilkan anak penyu betina dan suhu sejuk ( 26 28C ) menghasilkan anak penyu jantan. Telur penyu akan menetas dalam tempoh 2 bulan dan bergantung kepada jenis penyu dan suhu pengeraman.

Anak-anak penyu yang menetas akan keluar dari sarang pada waktu malam dan terus menuju ke laut mengikut cahaya bulan. Pada peringkat ini anak-anak penyu dikatakan mengalami proses imprinting yang membolehkan anak penyu tersebut kembali semula ke pantai tempat kelahirannya apabila dewasa kelak.

Saintis meramalkan sebanyak 1,000 hingga 10,000 telur diperlukan untuk mendapatkan seekor penyu betina atau seekor penyu jantan dewasa yang berjaya mencapai ke peringkat dewasa dalam masa 20 hingga 50 tahun.

1. Eksploitasi penyu dan telur penyu

Telur penyu dijadikan bahan makanan dan sumber pendapatan , daging dijadikan makanan dan cengkerang dijadikan perhiasan untuk dijual.

2. Terperangkap dalam peralatan menangkap ikan

Penyu juga mungkin mati apabila terperangkap dalam pukat tunda, pukat hanyut dan peralatan menangkap ikan yang lain.

3. Kemusnahan habitat

Terdapat banyak kawasan pantai tempat pendaratan penyu untuk bertelur telah musnah akibat dijadikan kawasan pembangunan untuk hotel, tempat peranginan, perumahan, kawasan perindustrian. Selain itu, kemusnahan habitat juga disebabkan oleh kejadian semulajadi seperti hakisan.

4. Aktiviti pelancongan

Aktiviti-aktiviti dan kegiatan yang dilakukan oleh pelancong seperti memasang unggun api, membuat bising, mengganggu penyu yang bertelur dan sebagainya boleh menganggu penyu mendarat untuk bertelur.

5. Pencemaran

Disebabkan oleh tumpahan minyak, pembuangan sampah sarap dan bahanbahan buangan industri yang membahayakan penyu.

6. Pancaran cahaya

Pancaran cahaya lampu atau cahaya api yang menerangi sehingga ke kawasan pantai tempat penyu bertelur akan menganggu penyu-penyu yang hendak naik ke pantai tersebut untuk bertelur. Ini adalah kerana penyu amat sensitif kepada cahaya yang terang.

7. Pemangsaan

Anak-anak penyu yang baru menetas semasa menuju ke laut akan menjadi mangsa ketam, anjing, burung dan biawak manakala semasa berada dalam air menjadi makanan kepada ikan-ikan yang lebih besar.

Dalam menangani masalah kepupusan populasi penyu di Malaysia , di setiap negeri telah mempunyai peraturan atau enakmen yang tersendiri dalam menjalankan penguatkuasaan mengenai penyu di negeri masing-masing. Akta dan EnakmenEnakman yang berhubung dengan perlindungan dan pengurusan penyu laut dan tuntung di Malaysia adalah seperti berikut.

Negeri / Persekutuan Persekutuan Terengganu Kelantan Pahang

Akta / Enakmen Akta Perikanan 1985 ( pindaan 1993 ) Enakmen Penyu 1951 ( pindaan 1989 ) Peraturan-peraturan Perikanan ( Penyu dan Telur Penyu ) 1978 Enakmen Perikanan 1937 Kaedah-kaedah Perikanan ( Penyu dan Telur Penyu ) 1996 Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1984 Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1989 Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1976 Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1998 Enakmen Penyu 1972 Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1999 Ordinan Hidupan Liar 1997 Peraturan Hidupan Liar 1998

Johor Melaka Negeri Sembilan Perak Kedah Pulau Pinang Sabah

Sarawak

Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1990 Ordinan Amanah Penyu 1957

Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri yang mempunyai pendaratan penyu untuk bertelur telah membina pusat-pusat penerangan dan pengurusan penyu. Pusat penerangan dan pengurusan penyu ini berfungsi untuk melaksanakan programprogram publisiti, menjalankan penyelidikan, penetasan dan pengurusan penyu di negeri berkenaan.

PUSAT PENERANGAN DAN PENGURUSAN PENYU


Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin, Rantau Abang, Terengganu Pusat Santuari Penyu MaDaerah, Kemaman, Terengganu Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka Pusat Pengurusan Penyu Segari, Perak Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Cherating, Pahang Pusat penetasan Penyu Kerachut, Pulau Pinang

Pusat Pengurusan & Penerangan Santuari Penyu Cherating, Pahang

Peta lokasi Santuari Penyu Cherating, Pahang.

PENGENALAN
Pusat Pengurusan dan Penerangan Santuari Penyu Cherating, Pahang merupakan salah sebuah pusat pemuliharaan ex-situ untuk spesies penyu di Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat ini termasuklah kajian dan penyelidikan terhadap penyu, penetasan telur penyu exsitu, serta program pendidikan dan kesedaran awam.

KAJIAN & PENYELIDIKAN


Dengan kerjasama pihak Institut Pengajian Tinggi tempatan dan luar negeri, badan bukan kerajaan (NGO), pakar-pakar dari dalam dan luar negara dan orang perseorangan dalam menjalankan pelbagai penyelidikan dan kajian terhadap penyu seperti berikut.

Penandaan terhadap penyu Kajian kecergasan anak penyu Kajian genetik anak penyu Kajian kesan suhu terhadap jantina penyu Kajian teknik penetasan terhadap anak penyu Kajian penghijrahan penyu kaedah pengesanan satelit Kajian kesan cahaya terhadap anak penyu

PENETASAN TELUR PENYU KAEDAH EX-SITU


Juga dikenali sebagai kaedah hatcheri. Telur-telur dalam sarang asal diambil dan ditanamkan semula untuk tujuan penetasan di tempat penetasan yang dibuat oleh manusia. Dilaksanakan untuk memudahkan pihak pusat santuari membuat pemantauan di samping untuk mengelakkan daripada kecurian telur. Tempat penetasan telur penyu cara ini adalah secara terbuka dan tertutup.

PENETASAN TELUR PENYU DALAM KOTAK STYROFOAM

Dijalankan dengan mengambil telur-telur dari sarang asal dan dimasukkan ke dalam kotak styrofoam yang diperbuat daripada gabus dan dimasukkan pasir pantai. Kotak styrofoam disimpan di tempat yang selamat dan terlindung daripada pancaran matahari dan hujan. Selepas sebulan, telur-telur dalam kotak strofoam ini dipindahkan ke tempat penetasan untuk penetasan. Terdapat juga telur-telur penyu dibiarkan menetas dalam kotak styrofoam.

PROGRAM PENDIDIKAN & KESEDARAN AWAM


Program pemuliharaan dan perlindungan penyu yang dilaksanakan tidak dapat berjaya tanpa sokongan dan kerjasama daripada orang ramai. Pelbagai program telah dilaksanakan dan diatur sepanjang tahun seperti pertandingan melukis dan mewarna untuk pelajar sekolah, ceramah dan perkhemahan di santuari penyu, mencetak risalah atau pamphlet untuk edaran serta penerbitan dalam bentuk video dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai