Anda di halaman 1dari 7

USUL : KAEDAH PERUBATAN ALTERNATIF MENINGKATKAN KESIHATAN PENGGUNA

A. DEFINISI USUL
1. Kaedah perubatan alternatif Menurut Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari
2013, kaedah perubatan alternatif bermakna tiga pendekatan perubatan yang
mengaplikasikan cara sentuhan penyembuhan, aplikasi tenaga dan perubatan herba
dengan tujuan untuk mencegah atau merawat penyakit atau memelihara kesejahteraan
fizikal dan mental individu.
2. Perkataan meningkatkan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat,bermakna
meninggikan kedudukan atau taraf.
3. Frasa Kesihatan Pengguna membawa makna keadaan pelanggan yang sejahtera atau
bebas daripada penyakit.
B. Rumusannya ialah usul yang dibawa pada pagi ini membawa makna tiga pendekatan
perubatan yang bertujuan mencegah, merawat dan memelihara kesihatan mampu
meninggikan tahap kesejahteran pelanggannya secara komprehensif.
C. Hujah kerajaan:
1. Kaedah aplikasi tenaga mengharmonikan jiwa manusia.
2. Kaedah sentuhan pemulihan membaikpulih mental individu.
3. Penggunaan perubatan herba menzahirkan penampilan fizikal seseorang.
D. Hujah pembangkang:
Kenapakah terapi alternatif tidak mujarab bagi sesetengah orang?
Anda mungkin terbaca atau terdengar mengenai mereka yang mendakwa bahawa barah mereka
dipulihkan oleh sebuah rawatan alternatif. Kebanyakan orang-orang ini mungkin turut menjalani rawatan
konvensional, selalunya tidak lama atau pada masa yang sama mereka menggunakan terapi alternatif.
Rawatan konvensional kadangkala boleh mengambil tempoh berminggu atau berbulan untuk mujarab.
Kadangkala barah tidak dapat disembuh, tetapi ia masih ada atau berkembang walaupun individu
berkenaan tidak terasa sakit dalam jangka pendek. Kebanyakan barah tidak menunjukkan sebarang
simptom perkembangannya, sebab itu ramai pesakit barah yang terpedaya dan percaya mereka telah
sembuh padahal barah mereka sedang berkembang. (Ini sebabnya para doktor menunggu bertahuntahun
sebelum mengatakan penyakit barah itu sudah disembuhkan).
Para doktor tidak boleh setiap kali meramalkan perkembangan barah. Ada barah yang tumbuh dan
merebak lebih cepat daripada yang dijangkakan. Dalam kes-kes lain, seorang pesakit boleh hidup lebih
lama daripada ada yang diramalkan doktor. Kadangkala barah itu akan hilang dengan sendirinya tanpa
disangka-sangka. Kita tidak tahu kenapa ini terjadi, tetapi para pesakit berkenaan selalunya telah pun
menjalani rawatan konvensional. Ada yang mungkin telah menggunakan rawatan alternatif atau yang
tidak terbukti. Kebanyakan pesakit-pesakit berkenaan yang mengalami hasil rawatan alternatif yang
kurang memuaskan juga tidak akan kembali kepada pengamal rawatan alternatif mereka dan kes-kes
serupa ini tidak terlapor.

Kaedah perubatan
Sentuhan pemulihan

Contoh
Akupunktur: Teknik memasukkan dan
memanipulasi jarum filiform ke titik tertentu
pada badan untuk melegakan kesakitan

Kesan terapi
Rawatan tradisional lebih terhasil dan
benar-benar menyakinkan
masyarakat .Manakala di kalangan
masyarakat Cina, akupunktur dan ubatan sinseh terkenal sejak zaman
berzaman lagi.Kedua-dua jenis

perubatan ini mujarab bagi beberapa


penyakit seperti darah tinggi ,sakit
lelah dan lumpuh .Tambahan pula
rawatan akupunktur boleh
menggantikan ubat bius dalam proses
pembedahan.
Akupuntur juga boleh merendahkan
paras kolesterol di dalam aliran darah,
dengan itu akan mengurangkan risiko
penyakit jantung. Selain itu, akupuntur
juga boleh mengurangkan kesakitan
sewaktu pembedahan
Sentuhan pemulihan

Refleksologi: Amalan mengurut, memerah, atau


menekan bahagian-bahagian kaki, atau kadangkadang tangan dan telinga, dengan matlamat
menggalakkan faedah terhadap bahagianbahagian badan yang lain, atau untuk
meningkatkan kesihatan umum dan
kesejahteraan. Menggunakan titik-titik tekanan
pada tangan atau kaki untuk mempengaruhi
bahagian tubuh yang lain.

Sentuhan pemulihan

Urut Shiatsu: Juga dikenali sebagai urutan


acupressure. Juru terapi mengenakan tekanan
dengan ibu jari, jari dan tapak tangan ke atas
bahagian khusus tubuh pelanggan yang telah
ditentukan dalam tempoh penilaian sebelum
sesi urut.

Sentuhan pemulihan

Aromaterapi: Menggunakan bahan tumbuhan


cecair yang dikenali sebagai minyak pati
(EOS), dan lain-lain sebatian aromatik daripada
tumbuh-tumbuhan untuk tujuan mempengaruhi
mood seseorang atau kesihatan. Urut
aromaterapi menggabungkan kaedah
menggunakan minyak pati dengan teknik urut
Sweden untuk mendapatkan faedah terapeutik.

Sentuhan pemulihan

Urut Melayu: Urut merupakan teknik rawatan


yang menggunakan tangan, atau cara mekanikal
untuk memanipulasi tisu badan, terutamanya
otot. Ia digunakan sebagai satu kaedah untuk
merehatkan badan, memberi rangsangan atau
memulihkan seluruh badan (atau sebahagian
daripadanya). Kaedah ini juga mengurangkan
ketegangan otot, meningkatkan peredaran darah
serta mengurangkan tekanan.

Sentuhan pemulihan

Bekam: Bekam merupakan salah satu amalan


Perubatan Tradisional Melayu yang juga
digunakan di dalam sistem perawatan budayabudaya lain di seluruh dunia. Ia adalah satu
teknik di mana cawan-cawan yang

mengandungi udara bertekanan rendah (yang


menghasilkan sedutan atau ruang separa
vakum), diletakkan di atas kulit pelanggan.
Bekam juga dikenali sebagai badkesh, bahnkes,
nuhang, bantusa, kuyukaku, gak hoi, hijamah
dan pelbagai nama lagi.
Aplikasi tenaga

Qigong : Amalan tradisional yang melibatkan


kaedah pengumpulan dan pengedaran bersama
dengan qi, pernafasan atau tenaga dalam badan.
Diamalkan untuk tujuan penjagaan kesihatan,
sebagai kaedah terapeutik, sebagai profesion
perubatan, laluan rohani dan / atau sebagai
komponen seni Cina mempertahankan diri.
Sebuah komponen perubatan tardisional Cina
yang menggabungkan pergerakan, meditasi dan
pengawalan penafasan bagi memperbaiki aliran
Qi dalam badan, memperbaiki pengaliran
darah dan memperkuatkan fungsi imun.

Aplikasi tenaga

Yoga: Sistem rengangan dan lagak dengan


tumpuan khusus kepada pernafasan Disiplin
fizikal dan mental tradisional yang berasal dari
India. Satu sistem penyembuhan berdasarkan
teori dan amalan. Gabungan latihan pernafasan,
postur fizikal, dan meditasi yang telah
diamalkan lebih daripada 5,000 tahun

Aplikasi tenaga

Terapi Getaran Warna: Terapi getaran warna


menggunakan konsep aromaterapi sebagai
nutrien untuk otak / minda. Aromaterapi
dikenali 'Nutrisi Penting' akan memberi
ketenangan kepada mereka yang menyedutnya.
Mawar putih adalah unsur yang paling penting
dalam minyak getaran aroma.

Aplikasi tenaga

Perawatan Kristal: Perawatan kristal ialah


penggunaan kristal untuk penyembuhan dan
perubahan positif pada minda dan badan

Aplikasi tenaga

Reiki: Kepercayaan bahawa tenaga akan


mengalir melalui tangan pengamal apabila
tangan diletakkan di atas, atau berhampiran
dengan penerima, yang berpakaian.
Mengimbangi tenaga sama ada dari jauh
ataupun meletakkan tangan pada atau dekat
pesakit.

Perubatan herba

Herba Cina: Herba yang digunakan sebagai


pelengkap kepada pelbagai penyakit / keadaan
fizikal atau untuk kesejahteraan. Diet
Vegetarian: tertumpu kepada amalan menjauhi
daging, ikan atau ayam-itik. Ada pengamal

Banyak yang telah ditulis


mengenai diet dan kesannya
kepada kesihatan dan

Sesetengah rawatan perubatan


tradisional mendatangkan kesan yang
baik ,khasnya dalam mengubati tulang
yang patah .Ada bomoh patah atau
bomoh tulang yang dapat menyembuh

penyakit. Tidak ada


makanan tertentu yang boleh
mencegah atau mengubati
barah. Diet alternatif atau
khas telah berkembang
disebabkan kebimbangan
bahawa semakin ramai
orang memakan makanan
yang terlalu kaya dengan
lemak tepu, kurang zat dan
diet yang tinggi protin dan
karbohidrat. Paras optimum
bagi zat diselubungi
kontroversi. Pengambilan
Diet Disyorkan (RDA)
dilakar untuk menyediakan
dasar penilaian diet
kumpulan
bukan individu.

vegetarian memakan telur dan produk-produk


tenusu. Kajian telah menunjukkan bahawa diet
vegetarian yang diikuti dengan betul boleh
mengurangkan risiko barah kolon, buah dada,
prostat dan lain-lain jenis, juga sakit jantung
dan lain-lain penyakit. Satu kajian yang
diterbitkan pada 1989 dalam American Journal
of Clinical Nutrition melaporkan bahawa
pengamal diet vegeterian memakan lebih
banyak zat penting dan
menyerapnya dengan lebih baik daripda mereka
yang tidak mengamalkannya.

sakit ini menurut kepakarannya tanpa


melalui proses pembalutan seperti
kaedah rawatan perubatan moden.Selain
itu pengamal perubatan tradisional
mendakwa bahawa perubatan moden
telah gagal menangani penyakitpenyakit yang berkaitan dengan urat
saraf dan angin

Ayurveda: Juga dikenali sebagai "sains


kehidupan', ianya adalah satu sistem perubatan
tradisional yang berasal dari India. Dalam
bahasa Sanskrit, Ayurveda perkataan terdiri
yus, yang perkataan, yang bermaksud 'hidup'
dan Veda, yang bermaksud 'sains'.

Diet Vegetarian: tertumpu kepada


amalan menjauhi daging, ikan atau
ayam-itik. Ada pengamal vegetarian
memakan telur dan produk-produk
tenusu. Kajian telah menunjukkan
bahawa diet vegetarian yang
diikuti dengan betul boleh
mengurangkan risiko barah kolon, buah
dada, prostat dan lain-lain jenis, juga
sakit jantung dan lain-lain penyakit.
Satu kajian yang diterbitkan pada 1989
dalam American Journal of
Clinical Nutrition melaporkan bahawa
pengamal diet vegeterian memakan
lebih banyak zat penting dan
menyerapnya dengan lebih baik daripda
mereka yang tidak mengamalkannya.
Diet Vegetarian: tertumpu kepada
amalan menjauhi daging, ikan atau
ayam-itik. Ada pengamal vegetarian
memakan telur dan produk-produk
tenusu. Kajian telah menunjukkan
bahawa diet vegetarian yang
diikuti dengan betul boleh
mengurangkan risiko barah kolon, buah
dada, prostat dan lain-lain jenis, juga
sakit jantung dan lain-lain penyakit.
Satu kajian yang diterbitkan pada 1989
dalam American Journal of
Clinical Nutrition melaporkan bahawa
pengamal diet vegeterian memakan
lebih banyak zat penting dan
menyerapnya dengan lebih baik daripda
mereka yang tidak mengamalkannya.
Di samping itu, contohnya di Malaysia
1,230 daripadanya telah lama digunakan
di dalam rawatan tradisional. Kaum
Melayu misalnya menggunakan akar
susun kelapa, akar melur, bunga raya
dan ubi memban untuk rawatan kanser.

Perubatan herba

Homeopati: Sistem berdasarkan doktrin Samuel


Hahnemann di mana penyebab penyakit
menjadi penawar', iaitu bahan yang
menyebabkan gejala penyakit pada orang yang
sihat akan menyembuhkan gejala yang sama
pada orang sakit. Hahnemann percaya bahawa
punca penyakit adalah fenomena yang
dipanggil miasms, dan ubat-ubatan homeopati
berjaya menanganinya. Remedi Homeopati
adalah berasaskan dari bahan seperti tumbuhan,
mineral dan haiwan. Rawatan ini ditawarkan
oleh pengamal PT&K melalui sesi konsultasi.

Perubatan herba

Herba Melayu: Penggunaan herba di dalam


Perubatan Tradisional Melayu adalah sebagai
pelengkap kepada rawatan untuk pelbagai
penyakit, atau pengambilannya diamalkan
untuk mengekalkan kesihatan dan
kesejahteraan. Penggunaan herba ini adalah

berdasarkan kepercayaan dan amalan


masyarakat Melayu.

Kajian saintifik
menunjukkanTabernaemotana
divaricata mengandungi unsur-unsur
anti-kanser.
Contoh tumbuhan herba yang dikenali
dan agak meluas penggunaannya di
Malaysia ialah tumbuhan kacip fatimah.
Pengambilan kacip fatimah oleh wanita
dikatakan dapat meningkatkan
pengaliran darah untuk menghilangkan
kelesuan dan keletihan. Disamping itu,
ia dapat mempercepatkan proses
kelahiran bayi dan dapat
mengembalikan kecergasan selepas
bersalin serta membantu mengecutkan
rahim dan melangsingkan badan. Kacip
fatimah mengandungi unsur antioksidan
dan phytoestrogen yang dapat
membantu mencegah pembiakan selsel kanser dalam badan.
Kunyit
Pokok kunyit boleh dikatakan pokok
serba guna, setiap bahagiannya
mempunyai peranan tersendiri.
Daunnya membangkitkan aroma
masakan begitu juga bunganya. Apalagi
buahnya yang mempunyai seribu satu
khasiat selain untuk penyedap masakan.
Bagi masyarakat India, kunyit dijadikan
bahan utama untuk rempah kari dan
piccalilli (acar pedas). Di samping
menjadi pewarna dan perasa di dalam
masakan ia juga menjadi sebahagian
perubatan tradisional.
Setiap masyarakat mempunyai
kepercayaannya tersendiri mengenai
khasiat kunyit dalam kehidupan
seharian. Peranan kunyit dalam
perubatan telah dikenal pasti sejak 3000
tahun lalu.
Bagi masyarakat Melayu kunyit
juga dimunum sebagai jamu
terutamanya ibu selepas bersalin.
Tujuannya untuk mengecutkan rahim
dan mencuci darah. Manakala
masyarakat Cina percaya isi kunyit
boleh melancarkan peredaran darah,
menghilangkan kesan lebam dan darah
beku. Di dalam perubatan Thai kunyit
digunakan untuk merawat bisa patukan
ular tedung.
Dalam ilmu perubatan Hindu
kunyit disyorkan sebagai pes untuk
mengubati penyakit kulit, gatal-gatal
dan depilatori. Di samping itu ia juga
digunakan sebagai barangan kosmetik
untuk mewarnakan kulit.
Terdapat penyelidikan yang
membuktikan kunyit menguatkan pundi

hempedu, menyekat pembekuan darah


yang bahaya, mengurangkan toksin hati,
membantu memetabolismakan lemak
dan mempunyai kesan anti merangsang
tindakan dan non steroidal.
Perubatan herba

Penjagaan Ibu Selepas Bersalin: Terdapat tiga


ciri utama dalam rawatan ibu selepas bersalin
dalam perubatan tradisional Melayu iaitu
penggunaan herba/tumbuhan ubatan,
penggunaan haba, dan urutan Melayu selepas
bersalin.
Penggunaan herba/tumbuhan ubatan:
Pelbagai jenis tumbuhan ubatan digunakan
terutamanya dalam tempoh berpantang.
Tumbuhan ubatan tersebut boleh diambil dalam
bentuk air rebusan, kapsul, atau dikisar dan
dimasak dengan madu untuk menghasilkan
makjun. Penggunaan secara luaran sebagai
mandian herba, campuran ekstrak ke dalam
minyak urut, pes herba dan sebagainya turut
disediakan.
Penggunaan haba:
Haba digunakan dalam bentuk dedahan
langsung seperti bertungku (contoh: batu sungai
dipanaskan, dibalut dan didemah di bahagian
badan tertentu), dan mandian herba suam; atau
secara dedahan tidak langsung seperti amalan
pemakanan semasa berpantang.
Urutan Melayu selepas bersalin:
Melibatkan urutan keseluruhan badan,
bertungku dan barut. Urutan badan dilakukan
sekurang-kurangnya enam hingga tujuh kali
sepanjang tempoh berpantang.

Rawatan wanita bersalin


Kelebihan seorang wanita yang
dikurniakan oleh Allah S.W.T. ialah
melahirkan anak. Semasa proses
melahirkan banyak urat saraf yang halus
terputus dan banyak tenaga telah hilang.
Justru itu urutan adalah salah satu
rawatan yang bertujuan memulihkan
kembali sistem saraf yang terganggu
dan melancarkan peredaran darah bagi
mengembalikan tenaga yang telah
hilang. Dalam urutan bagi ibu yang
bersalin ialah menggunakan bedak
panas yang dinamakan param yang
mengandungi campuran cekur,
jerangau, bonglai, halia bara,
lempoyang, daun pulut-pulut, ubu karot,
kunyit dan daun pegaga yang disapu di
seluruh badan. Bedak panas ini
berfungsi menghalang kemasukan angin
ke dalam badan melalui liang-liang
roma. Param ini dapat menghaluskan
dan menegangkan kulit serta
memutihkannya. Bagi wanita yang
mengamalkan penggunaan param ini
akan kelihatan berseri-seri selepas habis
pantang. Pada biasanya urutan
dilakukan dari bahagian kepala dan
menurun hinggalah ke bahagian kaki
kerana dipercayai bahagian panas
bermula dari kepala. Urutan boleh
dilakukan sebanyak tiga kali, lima kali
atau tujuh kali mengikut kemahuan ibu
yang bersalin. Selepas berurut ibu-ibu
akan dipakaikan bengkung yang boleh
membantu mengecilkan perut walaupun
tidak seratus peratus seperti sediakala.
Bengkung ini boleh mengembalikan
perut sebanyak 90 % ke asalnya.
Bengkung ini akan di pakai selama 44
hari kerana dengan menggunakan
bengkung ini akan menjadikan gerakgeri lebih yakin dan selesa dan
kedudukan rahim akan lebih tetap.
Di dalam mandian daun-daun
sirih,daun nangka, daun serai dan daun
halia akan dimasak dengan air untuk
dijadikan herba mandian untuk
mengelakkan sakit tulang dan badan
akan sentiasa harum.
Amalan bertungku pula adalah
satu cara rawatan untuk mengecutkan
rahim dan disamping itu boleh
mengurangkan lemak-lemak di

bahagian perut. Bertungku adalah ubat


yang paling berkesan pada bahagian
rahim.

Anda mungkin juga menyukai