Anda di halaman 1dari 2

Apa itu Terapi Saraf dan Apakah Kesannya?

Rawatan Terapi Saraf merupakan satu lagi kaedah refleksologi yang dipermodenkan kerana ia bukan hanya sekadar mengurut atau memicit ditelapak tangan dan kaki sahaja tetapi ia diiringi dengan penggunaan gelombang letrik. Cara ini tidak merbahaya. Ia sesuai dilakukan kepada golongan kanak kanak sehinggalah orang tua. Pada dasarnya, refleksologi adalah memperlancarkan kembali aliran darah melalui tekanan. Ramai orang mengetahui cara perubatan ini dan mempraktikkannya. Ia merupakan suatu seni untuk meningkatkan potensi perkembangan diri, pencapaian dan juga keberkesanan optimum dalam pelbagai aspek kehidupan. Ini kerana selain dari mengubati pelbagai penyakit,mereka yang mempunyai kejutan emosi, dendam, marah, kenangan sedih dan kesan negatif dari pengalaman juga dapat diredakan dalam waktu yang singkat. Rangsangan terapi telapak tangan atau kaki ini memberikan tindakbalas secara langsung melalui perbagai hubungan dan komunikasi otak. Ini kerana tapak tangan dan kaki terdapat banyak sekali jaringan saraf sehingga membuatkan tangan dan kaki kita sensitif .Jaringan saraf ini pula berhubungan dengan otak. Ini bererti apabila di dalam tubuh timbul penyakit, isyarat akan segera disampaikan ke otak dan dari otak terus ke isyarat tangan atau kaki. Lebih dari 150 jenis penyakit boleh disembuhkan dengan cara perubatan ini. Antaranya ialah seperti penyakit yang ringan seperti sakit leher dan perut kembung sehinggalah kepada sakit yang agak serius seperti migrain, gout, angin ahmar dan lumpuh. Bagi mereka yang mengalami gangguan saraf seperti terseliuh, sakit pinggang dan sakit lutut amat digalakkan untuk mencuba kaedah ini kerana ia akan memperbetulkan semula saraf yang terganggu dan tersekat. Terapi ini tidak khusus untuk penyakit yang dinyatakan sahaja tetapi penyakit lain juga boleh dirawat seperti gangguan halus, sihir , saka dan meroyan.Tahap penyakit pula ada 2 kategori iaitu penyakit yang mudah disembuhkan dan agak sukar disembuhkan. Yang mudah disembuhkan dengan cara ini adalah pengsan, asma, jantung lemah (tidak kronik), sakit kepala, sakit sendi, otot kejang, dan selsema. Penyakit yang agak sukar disembuhkan antara lainkanser , lumpuh dan urat saraf yang sudah tidak berfungsi (contohnya mengambil ubat secara berterusan), strok

dan lain-lain.Rawatan ini tidak seperti mengurut biasa yang memerlukan masa yang lama untuk memulihkan bahagian yang sakit. Hanya dengan beberapa minit sahaja pesakit boleh merasai sendiri gelombang ini berfungsi. Perawat akan menyentuh bahagian bahagian yang sakit dan mengalirkan gelombang tersebut supaya mana mana sistem badan yang terganggu dapat dipulihkan. Di tempat itu pembuluh darah membuat titik balik ke berbagai organ-organ tubuh. Apabila satu bahagian tubuh tidak cukup memperolehi aliran darah, organ itu akan menjadi sakit. Melalui Terapi Saraf ini, cedera baru dan lama boleh disembuhkan. Tumpuan dan ingatan dapat dipertingkatkan. dan rasa tertekan serta tegang boleh diusir.Pada permulaannya mungkin pesakit akan terasa perit pada tempat yang disentuh kerana aliran itu tetapi lama kelamaan ia akan kembali normal semula apabila perawat dapat mengenalpasti bahagian yang perlu diperbetulkan kerana rasa sakit itu bergantung pada berat dan ringannya penyakit. Kaedah ini tidak boleh dilakukan sekali sahaja tetapi hendaklah dijalani dengan beberapa kali rawatan. Ini kerana kebanyakan penyakit yang sedang dihidapi mungkin telah dihidapi pesakit semenjak 5 hingga 10 tahun dahulu. Mustahil penyakit yang telah begitu lama beraja di dalam tubuh badan boleh dirawat dengan hanya sekali rawatan sahaja kerana pada masa itu telah banyak fungsi fungsi organ dalaman badan terjejas dan berpotensi menimbulkan pelbagai bagai jenis penyakit tanpa disedari. Kaedah ini tidak menuntut biaya yang besar untuk menyembuhkan penyakit kerana tidak semua orang sanggup pergi mendapatkan rawatan yang kebanyakannya memerlukan kos yang agak mahal. Oleh itu, rawatan alternatif Mahsuri memberi peluang kepada mereka yang kurang berupaya dari segi kewangan untuk merawat penyakit mereka tanpa memerlukan perbelanjaan yang besar tetapi mereka mestilah sabar, tekun dan yakin untuk sembuh supaya penyakit yang sedang dihadapi boleh dipulihkan.

Anda mungkin juga menyukai