Anda di halaman 1dari 1

Selain itu, membaca akan membantu menambahkan perbendaharaan kata yang kita miliki.

Hal ini
kerana dengan membaca kita akan menemukan pelbagai jenis perkataan baharu. Jika kita membaca
bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang Sains kita akan mengenali lebih banyak istilah atau kosa
kata baharu dalam bidang berkenaan seperti Anemia dan X-ray. Malah, apabila seseorang telah
mengenali banyak perbendaharaan kata, mereka akan dapat bertutur dengan lancar dalam bahasa
berkenaan. Individu itu juga akan dapat menguasai sesuatu bahasa dengan mudah. Penguasaan
perbendaharaan kata sangat berguna dalam menongkah arus globalisasi kini. Persaingan antara
masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu juga akan menjadi lebih mudah. Dengan ini, kita haruslah
rajin membaca supaya dapat menambahkan perbendaharan kata dalam minda kita.

Tambahan pula, budaya membaca dapat membantu pelajar lulus dengan keputusan yang
cemerlang. Hal ini demikian kerana pembacaan bahan bacaan yang banyak dapat menambahkan
pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Terdapat juga mata pelajaran tertentu yang
memerlukan pembacaan yang banyak. Sebagai contoh, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
Mata pelajaran tersebut memerlukan pembacaan yang luas kerana kita akan dapat maklumat atau
isu semasa yang amat berguna dalam penulisan esei. Pembacaan boleh dilakukan di perpustakaan
mahupun di rumah. Dengan ini, perpustakaan hendaklah dinaik taraf dengan kemudahan yang lebih
selesa seperti meja, kerusi, penghawa dingin dan kemudahan ICT supaya pelajar-pelajar dapat
menjalankan pembacaan mereka dalam keadaan yang kondusif. Secara eksplisit, pelajar akan
mengingati lebih banyak ilmu pengetahuan daripada bahan bacaan tersebut. Pelajar yang cemerlang
adalah pelajar yang rajin membaca. Oleh itu, semua pelajar hendaklah menjadikan tabiat membaca
sebagai rutin harian agar mendapat keputusan yang cemerlang

Anda mungkin juga menyukai