Anda di halaman 1dari 1

Di sekolah, penerapan amalan nilai-nilai murni seperti amalan menghormati,

bersopan-santun, bertanggungjawab, sifat murah hati dan belas kasihan turut di


pupuk secara tidak langsung melalui aktiviti sukan, dan permainan, (Juliyah, 2014).
Selain itu, guru bukan sahaja mengajar mengikut sukatan kurikulum semata-mata
malah guru perlu menerapkan amalan nilai-nilai murni semasa mengajar (Sofiah &
Kamarul, 2017). Oleh itu, pemupukkan amalan nilai murni di peringkat sekolah dilihat
sebagai senjata utama menghasilkan masyarakat yang harmoni merentas negara
maju.

(Azwani, 2018). Perkara ini disokong dengan kenyataan daripada menteri


pendidikan Singapura, Encik Heng Swee Keat menggariskan nilai murni sebagai
salah satu tunggak utama Kementerian Pendidikan.

Untuk mencapai hasrat tersebut Kementerian Pendidikan mengambil strategi


untuk menerapkan nilai-nilai murni merentasi kurikulum, di mana nilai-nilai murni
akan disisipkan melalui semua mata pelajaran dan ia diperkukuhkan pula melalui
kegiatan-kegiatan kokurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang positif.
Ringkasnya, kedua-dua bentuk kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di
luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya secara bersepadu untuk memastikan
penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai