Anda di halaman 1dari 1

dilakukan oleh ibu bapa untuk mengawal pengambilan makanan segera dan makanan

ringan dalam kalangan anak-anak. Sekiranya makanan ringan dan makanan segera
diambil secara berpanjangan, maka tidak mustahil anak-anak akan dihidapi dengan
pelbagai penyakit kronik apabila dewasa nanti. Anak-anak yang masih berumur setahun
jagung dan darah setampuk pinang tidak mengenal erti "kesihatan". Mereka hanya akan
mengambil makanan yang mereka berasa sedap dan menggembirakan diri mereka
sahaja. Maka, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka wajar mendorong
anak ke landasan yang betul supaya mampu membentuk anak-anak yang sihat. Anak-
anak belasan tahun akan menjadi tonggak kepimpinan negara pada masa hadapan.
Mereka hendaklah dididik supaya dapat membezakan dosa dan pahala. Sekiranya
mereka tidak berdisiplin dan tidak mampu menjaga kesihatan mereka, bagaimanakah
mereka hendak menyumbangkan khidmat kepada negara sekiranya tubuh badan
mereka kurang sihat? Kesihatan sebenarnya amat berharga bagi seseorang kerana
mereka akan dapat melakukan pelbagai perkara. Justeru, cogan kata seperti "Amalkan
Gaya Hidup Sihat", "Sihat Sepanjang Hayat" dan "Utamakan Kesihatan" perlulah
dijadikan pedoman dalam kehidupan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat
dan mampu mengawal pengambilan makanan segera serta makanan ringan

Anda mungkin juga menyukai