Anda di halaman 1dari 9

BILANGAN JURNAL : 7

MINGGU PRAKTIKUM : 5

TARIKH PERISTIWA : 9 Julai 2019

KATEGORI : Pengurusan Tingkah Laku

PENSYARAH MINOR : Pn NorHaslina binti Nordin

GURU PEMBIMBING : Pn Nursyilah binti Abd Rahman

SEKOLAH : Sk Batu Berendam

TAJUK JURNAL : Tidak mengangkat tangan ketika menjawab soalan

1. ISU YANG DIFOKUSKAN

Masalah yang dihadapi oleh saya pada minggu ini adalah murid 4 Dinamik tidak
mengangkat tangan ketika ingin menjawab soalan yang ditanya oleh guru.

2. ANALISIS YANG DIFOKUSKAN

Pada set induksi pengajaran, guru menanyakan soalan kepada murid-murid 4 Dinamik
berkaitan dengan topik pengajaran pada hari tersebut. Kebanyakan hanya 70% peratus
murid menjawab soalan tanpa mengangkat tangan terlebih dahulu. Hal ini menyebabkan
pelbagai jawapan yang didengar dan sesetengah tidak dapat didengar dengan jelas. Punca
perkara ini berlaku disebabkan murid kurang mengikut peraturan yang ditetapkan oleh guru.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS

Dalam kajian Noriati et., al (2009), menyatakan bahawa murid-murid tidak mengangkat
tangan semasa menjawab soalan adalah perkara biasa di mana sesetengah guru
mengendahkan perkara tersebut.
4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :

i) Guru sentiasa mengulangi peraturan kelas sebelum proses PdP berlangsung.


ii) Guru memberikan pujian dan peneguhan positif kepada murid yang mengangkat
tangan terlebih dahulu sebelum menjawab soalan.
iii) Guru menyediakan Pelan A dan Pelan B sekiranya isu berkaitan masalah angkat
tangan terlebih dahulu sebelum menjawab soalan tidak dapat diatasi.

5) TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu agar dapat melatih murid
untuk membiasakan diri mengangkat tangan terlebih dahulu sebelum menjawab soalan dan
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

6) TINDAKAN SUSULAN

Saya akan berusaha untuk mempraktikkan murid mengangkat tangan terlebih dahulu
sebelum menjawab soalan.

7) RUJUKAN

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Syarifah Fakriah Syed Ahmad. 2009. Murid dan Alam
Belajar. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd
BILANGAN JURNAL : 8

MINGGU PRAKTIKUM : 6

TARIKH PERISTIWA : 19 Julai 2019

KATEGORI : Bimbingan

PENSYARAH MAJOR : Tn Hj Mustafa bin Jantan

GURU PEMBIMBING : Pn Anis Syuhada binti Nazari

SEKOLAH : Sk Batu Berendam

TAJUK JURNAL : Murid Tidak Tahu untuk Menulis Nama Pada Lembaran

Kerja

1. ISU YANG DIFOKUSKAN

Masalah yang dihadapi oleh saya pada minggu ini adalah murid Anggerik 2 tidak tahu untuk
menulis nama pada lembaran kerja.

2. ANALISIS YANG DIFOKUSKAN

Semasa aktiviti penilaian, murid perlu menulis nama pada lembaran kerja dan didapati murid
tidak dapat menulis nama dengan baik. Daripada analisis yang dibuat, didapati murid tidak
mengenal huruf dan hanya seorang sahaja yang dapat menulis nama dengan betul
daripadda 5 orang murid.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS

Dalam kajian Noraini Binti Ombi (2009), kajian mengatakan bahawa muird bermasalah
pembelajaran mempunyai kesukaran dalam elemen 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Oleh itu, bimbingan daripada guru amatlah penting dalam membantu murid
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.
4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :

i) Guru sentiasa memberikan bimbingan kepada murid.


ii) Guru menggunakan pendekatan yang pelbagai dalam memastikan murid dapat
menulis nama dengan betul dan baik.

5) TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh dua minggu agar murid dapat
menulis nama dengan baik dan betul melalui latih tubi yang diberikan.

6) TINDAKAN SUSULAN

Saya akan sentiasa memberikan latih tubi dan bimbingan kepada murid agar dapat menulis
nama dengan betul dan dapat mengenal huruf.

7) RUJUKAN

Noraini binti Ombi. 2009. Kajian Kes ke atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2 dalam
Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan
IPGM KBL Tahun 2009, 215-227
BILANGAN JURNAL : 9

MINGGU PRAKTIKUM : 7

TARIKH PERISTIWA : 23 Julai 2019

KATEGORI : Komunikasi

PENSYARAH MAJOR : Tn Hj Mustafa bin Jantan

GURU PEMBIMBING : Pn Anis Syuhada binti Nazari

SEKOLAH : Sk Batu Berendam

TAJUK JURNAL : Arahan Guru Kurang Jelas

1. ISU YANG DIFOKUSKAN

Masalah yang difokuskan pada minggu ini adalah arahan guru kurang difahami oleh guru
dan tidak jelas semasa menjalankan aktiviti pengajaran.

2. ANALISIS YANG DIFOKUSKAN

Berdasarkan analisis yang dilakukan, murid kurang memberikan perhatian sepenuhnya


kepada guru kerana arahan guru kurang jelas. Hal ini demikian kerana dapat dilihat di mana
murid masih terpinga-pinga dan kurang menunjukkan pergerakan yang positif semasa
melakukan aktiviti pengajaran yang disediakan oleh guru.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS

Kajian mengatakan bahawa guru perlu menggunakan bahasa yang betul semasa
memberikan arahan kepada murid dan arahan guru perlulah jelas dan mudah difahami oleh
murid, (Abdul Mua’’ti@Zamri Ahmad (2001).
4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :

i) Guru menggunakan perkataan ringkas dan mudah difahami


ii) Guru sentiasa menggunakan bahasa yang betul dan baku.

5) TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh terdekat agar bahasa yang guru
gunakan adalah bahasa yang betul.

6) TINDAKAN SUSULAN

Guru perlu sentiasa berlatih untuk berkomunikasi dengan betul dan juga menggunakan
bahasa yang baku agar murid faham apabila guru memberikan arahan.

7) RUJUKAN

Abdul Mua’’ti @ Zamri Ahmad (2001). Santun Komunikasi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka
BILANGAN JURNAL : 10

MINGGU PRAKTIKUM : 8

TARIKH PERISTIWA : 1 Ogos 2019

KATEGORI : Intrapersonal dan Interpersonal

PENSYARAH MAJOR : Tn Hj Mustafa bin Jantan

GURU PEMBIMBING : Pn Anis Syuhada binti Nazari

SEKOLAH : Sk Batu Berendam

TAJUK JURNAL : Murid Hiperaktif

1. ISU YANG DIFOKUSKAN

Masalah yang dihadapi oleh saya pada minggu ini adalah murid hiperaktif di dalam kelas
yang mengganggu proses kelancaran pengajaran.

2. ANALISIS YANG DIFOKUSKAN

Sepanjang proses pengajaran Bahasa Melayu bagi kelas Anggerik 3, terdapat sedikit
gangguan yang mengganggu proses kelancaran pengajaran guru. masalah tersebut di
mana ada seorang murid yang selalu mengganggu murid lain dan suka menyampuk ketika
guru sedang mengajar. Hal ini menyebabkan murid lain tidak dapat fokus dengan
pengajaran guru.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS

Dalam kajian Zalizan (2009), murid hiperaktif mempunyai daya tumpuan yang agak lemah
dan tidak mampu untuk menumpukan pelajaran dalam tempoh masa yang panjang.
4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :

i) Guru menetapkan peraturan terhadap murid hiperaktif.


ii) Guru menggunakan time out sekiranya murid berkelakuan negatif.
iii) Guru memberikan token apabila murid mendengar arahan guru.

5) TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh 2 minggu agar dapat proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

6) TINDAKAN SUSULAN

Guru harus menggunakan pengajaran yang mampu menarik minat murid hiperaktif untuk
belajar di samping selalu mengingatkan murid tentang dendaan yang bakal diterima
sekiranya berkelakuan negatif.

7) RUJUKAN

Zalizan Mohd Jelas. 2009. Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Konsep dan
Amalan. Bangi : Fakulti Pendidikan, UKM

Anda mungkin juga menyukai