Anda di halaman 1dari 3

Children Full of Life adalah dokumentari pendek, yang mengesahkan tentang

pembelajaran di sekolah yang dijalankan oleh Toshiro Kanamori iaitu guru sekolah rendah
darjah 4 di Kanazawa, barat laut Tokyo. dokumentari ini memaparkan kaedah pembalajaran
dan pengajaran guru bersama murid, membuatkan penonton melalui detik-detik drama dan
emosi di dalam bilik darjah dan aktiviti luar bilik darjah. Melalui dokumentari ini Toshiro
Kanamori membantu guru-guru untuk menghadapi cabaran mempersiapkan para pelajar untuk
menjalani kehidupan bagi membentuk masa depan pelajarnya. Dokumentari Children Full of
Life telah memenangi anugerah Global Television Grand Prize pada ulang tahun ke 25
Festival Banff Television, dan ianya adalah pertama kali Jepun menerima anugerah utama
festival tersebut

Beliau mengajar para pelajarnya bukan sahaja bagaimana menjadi pelajar, tetapi
bagaimana untuk menjalani kehidupan. Beliau menerapkan kerja berpasukan, keterbukaan
memberikan idea bagi mengatasi masalah yang diberikan olehnya. Beliau juga menjalankan
aktivitu iaitu pada setiap hari, tiga kanak-kanak akan membaca surat kepada rakan sekelas
mereka, bercakap dengan jujur tentang perasaan mereka antara satu sama lain tentang
peristiwa dalam kehidupan mereka. Aktiviti ini membuatkan mereka belajar bersama-sama
untuk memahami rakan dan anak-anak mula menyedari betapa pentingnya menjaga hubungan
bersama rakan sekelas mereka. . Dalam pembelajaran ini, watak-watak kanak-kanak
berkembang secara semulajadi ketika mereka berkongsi pengalaman mereka, dan belajar
untuk memahami nilai kehidupan dan menjaga perasaan masing-masing. Objektif Tuan Toshiro
Kanamori dalam sesi pembelajaran adalah mahu anak-anak muridnya benar-benar memahami
bagaimana untuk menjadi gembira dan menjaga hubungan antara orang lain. Antara ubgkapan
anak muridnya iaitu adik Yo "Kami datang ke sekolah untuk berseronok, jadi mari kita semua
gembira bersama!" Ini adalah ungkapan yang dibuat oleh anak-anak murid Kanamori
Dokumentari ini membuatkan air mata mengalir dan ada masa ketawa. Penonton boleh
menemui nilai emosi yang kuat di dalam masalah kehidupan dan diadaptasi semasa
pembelajaran. Seperti contoh dalam bahagian 3 murid ditugaskan untuk membina rakit di kolam
renang secara bekerjasama, semasa proses membuat rakit terdapat sebilangan murid bernama
Yuto dan rakan-rakan tidak memberi kerjasama yang baik dalam menyiapkan rakit. Pada sesi
kelas seterusnya Yuto bersama-sama rakan-rakan dikenakan denda oleh Tuan Kanamori
dengan tidak dibenarkan merakit bersama-sama rakan di kolam renang. Bagi mengembangkan
pemikiran anak muridnya, beliau memberi peluang kepada murid lain untuk membela Yuto agar
dibenarkan merakit, Semasa sesi pembelaan Yuto ada beberapa murid bagun dan membela
Yuto antaranya adik Yo memohon agar diberi peluang kerana Yuto telah berubah menjadi
seorang yang bertanggungjawab, selain itu adik Maruka merasakan Yuto adalah sebahagian
daripada mereka memerlukan Yuto dalam kumpulan itu, dan yang terakhir seorang murid lelaki
bangun menyatakan tidak adil menghukum Yuto seorang kerana kesalah itu adalah
kesalahannya kumpulannya juga., tidak len dari didenda memberi ia adalah untuk mendidik
dalam "Sekolah Kehidupan". Dokumentari ini membantu menyelesaikan masalah pendidikan
dalam bentuk mesej yang ringkas.

"Biarkan orang hidup dalam hatimu. Apabila orang benar-benar mendengar, mereka tinggal di
hatimu selama-lamanya. "- Toshiro Kanamori

Rujukan

1. Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

2. Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.


Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West
Vancouver.

3. Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk


menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka,Kuala Lumpur.

4. Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.

Anda mungkin juga menyukai