Anda di halaman 1dari 2

"Kami datang ke sekolah untuk berseronok, jadi mari kita semua gembira bersama!

" Ini
adalah janji yang dibuat oleh anak-anak murid Kanamori. Setiap hari, tiga kanak-kanak akan
membaca surat kepada rakan sekelas mereka, bercakap dengan jujur tentang perasaan
mereka antara satu sama lain tentang peristiwa dalam kehidupan mereka. Di Kelas mereka
belajar bersama-sama untuk memahami dan mengatasi hubungan yang bermasalah,
ketidakbahagiaan dan kehilangan orang tersayang. Dalam pembelajaran ini, watak-watak
kanak-kanak berkembang secara semulajadi ketika mereka berkongsi pengalaman mereka,
dan belajar untuk memahami nilai kehidupan dan menjaga perasaan masing-masing.

Ini adalah cerita pendek, yang mengesahkan tentang intipati pendidikan. dokumentari ini
adalah tentang kaedah pembalajaran dan pengajaran guru bersama murid, membantu guru
untuk menghadapi cabaran mempersiapkan para pelajar untuk menjalani kehidupan.
Memaparkan detik-detik drama dan emosi yang luar biasa di dalam bilik darjah dan aktiviti luar
bilik darjah, dokumentari ini memaparkan bagaimana Kanamori mendidik anak muridnya bagi
membentuk masa depan pelajarnya.

Dokumentari ini membuatkan air mata mengalir dan ada masa ketawa. Penonton boleh
menemui nilai emosi yang kuat, memberikan makna kepada masalah kehidupan dan diaplikasi
semasa pembelajaran. Seperti contoh dalam bahagian 3 murid ditugaskan untuk membina rakit
secara bekerjasama, ia adalah untuk mendidik dalam "Sekolah Kehidupan". Dokumentari ini
membantu menyelesaikan masalah pendidikan dalam bentuk mesej yang ringkas.

"Biarkan orang hidup dalam hatimu. Apabila orang benar-benar mendengar, mereka tinggal di
hatimu selama-lamanya. "- Toshiro Kanamori

Anda mungkin juga menyukai