Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola Karnival Permainan Tradisional PPG 2014 kerana telah berganding bahu untuk merealisasikan Karnival Permainan Tradisional untuk kali ini. Saya amat yakin dengan adanya kerjasama yang padu dan komitmen daripada semua pihak yang telah dipertanggungjawabkan akan membolehkan karnival ini dilaksanakan mengikut perancangan dan mencapai objektifnya. Karnival ini menjadi wadah untuk mengenengahkan permainan tradisional sebagai permainan warisan turun temurun. Karnival ini juga memberi kesedaran kepada guru pelatih dan masyarakat tentang kepentingan permainan tradisional sebagai satu warisan yang tidak boleh dilupakan. Ianya juga boleh memupuk semangat kekitaan dalam diri peserta sepanjang pertandingan dijalankan dan melatih peserta untuk kolaboratif dalam tekanan pertandingan dan perancangan strategi dalam suasana yang sihat. Saya yakin karnival yang berlangsung kali ini mampu untuk memupuk semangat kerjasama serta setiakawan dalam suasana yang penuh muhibbah di kalangan guru pelatih. Karnival ini juga akan menjadi satu landasan penting kepada guru pelatih yang terlibat untuk saling bermesra dan lebih mengenali antara satu sama lain di samping dapat menyediakan platform ke arah menjadi pendidik yang berkebolehan dalam setiap aspek termasuklah dalam pengurusan dan pentadbiran satu program yang dirancang. Saya berdoa semoga Karnival Permainan Tradisional ini akan berjalan dengan meriah dan sempurna berlandaskan semangat kesukanan yang tulen. Selamat bertanding dan selamat maju jaya. Sekian, terima kasih

(TUMERAH BINTI ROSMIN) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Anda mungkin juga menyukai