Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Tingkah laku masalah bermaksud perlakuan yang dimanifestasikan secara konsisten


dalam satu jangka masa lama yang akan memberi kesan buruk dalam perkembangan
pembelajaran murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di
luar bilik darjah, Mok Soon Sang (2012). Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai
tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, tidak kira
di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Berdasarkan dari kajian dan
pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya
keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi
perubahan situasi dalam alam persekitaran, Majzub (1992). Ini menyebabkan berlakunya
gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya menganggu kestabilan dan
keharmonian persekitarannya.
Terdapat pelbagai pendekatan yang bersesuaian bagi mengurus masalah tingkah laku
murid berdasarkan teori Erik Erikson. Teori Erik Erikson membahas tentang perkembangan
manusia dalam teori perkembangan psiko-sosial. Teori perkembangan psikososial ini adalah
salah satu teori kepribadian terbaik dalam psikologi. Seperti Sigmund Freud, Erikson percaya
bahwa kepribadian berkembang dalam beberapa tahap. Salah satu elemen penting dalam teori
perkembanagn psikososial Erikson adalah perkembangan persamaan ego. Persamaan ego
adalah perasaan sadar yang kita kembangkan melalui interaksi sosial. Menurut Erikson,
perkembangan ego selalu berubah berdasarkan pengalaman dan informasi baru yang kita
dapatkan melalui interaksi dengan orang lain. Erikson juga percaya bahawa kemampuan
memberi motivasi dapat membantu perkembangan pelajar menjadi positif dan hal ini
merupakan salah satu sebab mengapa teori Erikson dikatakan sebagai teori perkembangan
psikososial. Secara tuntasnya, masalah tingkah laku pelajar boleh diurus jika seseorang pelajar
tidak mengalami konflik dalam lapan tahap perkembangan Erikson.

2.0 TEORI ERIK ERIKSON


Menurut teori psikososial Erik Erikson (1963), individu berkembang menerusi
pembukaan lipatan personaliti yang telah ditentukan melalui lapan peringkat. Menurut Erikson
lagi, setiap peringkat perkembangan sosioemosi merupakan krisis psikososial yang perlu

1
diselesaikan sebelum seseorang dapat bergerak ke peringkat seterusnya. Pelajar pada masa
kini bertingkah laku negatif di dalam mahupun di luar bilik darjah mungkin disebabkan peringkat
perkembangan yang telah dikemukakan oleh Erikson tidak dipenuhi dengan baik. Pelbagai
masalah pada peringkat-peringkat tersebut mungkin menjadi penghalang kepada pembinaan
tingkah laku yang bermoral. Jika krisis tersebut dapat diatasi dengan baik, individu dapat
menghadapi peringkat seterusnya dengan penuh keyakinan. Sebaliknya, jika penyelesaian
kepada krisis tersebut kurang memuaskan, perkembangan pada peringkat seterusnya akan
terjejas seperti bertingkah laku negatif, tidak bersopan santun, mencuri dan sebagainya. Secara
tuntasnya, lapan peringkat perkembangan dalam teori Erik Erikson ini memainkan peranan
dalam menentukan tingkah laku seseorang individu atau pelajar.

2.1 Konsep Utama Teori Erik Erikson

Erikson memberi jiwa baru ke dalam teori perkembangan psikososial ini dengan
memberi perhatian lebih besar kepada ego daripada id dan superego dalam menentukan
tingkah laku seseorang individu. Terdapat tiga konsep utama dalam teori Erik Erikson.

2.1.1 Ego Kreatif.

Erikson memandang ego sebagai kemampuan seseorang untuk menyesuaikan diri


secara kreatif. Erikson menjelaskan bahawa ego itu mempunyai kreativiti dalam menyesuaikan
diri dengan persekitarannya, dan ia tidak semata-mata dipengaruhi oleh faktor dalaman
individu, tetapi juga dipengaruhi oleh faktor sosial dan budaya tempat persekitaran seseorang
individu.Erikson juga berpendapat bahawa ego yang terdapat dalam diri setiap individu tersebut
memiliki pelbagai kualiti dan kualiti-kualiti tersebut tidak ternyata oleh Sigmund Freud dalam
teorinya psikoanalisis. Kepercayaan dan penghargaan, autonomi dan kemahuan, kerajinan dan
kompetensi, identiti dan kesetiaan, keakraban dan cinta, generativiti dan penyelenggaraan,
serta integriti merupakan antara kualiti-kualiti ego dari sudut pandangan Erikson. Ego yang
memiliki segala kualiti-kualiti tersebut dikenali sebagai ego-kreatif di mana ego tersebut akan
mencari jalan penyelasaian bagi masalah yang dihadapi dalam setiap tahap perkembangan.
Namun demikian, segelintir para pelajar bertingkah laku negatif disebabkan ketidakstabilan
elemen ego dalam diri mereka. Ego memainkan peranan dalam menentukan tingkah laku
seseorang pelajar di dalam atau di luar sekolah. Mengikut Erikson, ego juga dipengaruhi oleh
faktor persekitaran. Oleh itu, ibu bapa atau guru-guru harus memberi perhatian yang lebih
terhadap persekitaran anak-anak mereka. Dengan ini, ego akan memainkan peranan yang baik
dalam diri para pelajar pada setiap tahap perkembangan. Oleh hal yang demikian, kita boleh

2
merumuskan bahawa, Erikson juga berpendapat bahawa ketidakstabilan elemen ego menjadi
salah satu punca yang mencetuskan masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar.

2.1.2 Ego Autonomi

Pandangan Sigmund Freud dan Erik Erikson hampir sama di mana beliau juga
menganggap hubungan ibu dengan anak memainkan peranan dalam perkembangan personaliti
seseorang individu. Tetapi, Erikson tidak bersetuju dengan pandangan Freud iaitu id
mempunyai hubungan dengan ego. Beliau menganggap ego biasanya terjadi tidak berkait
dengan emosi Id atau motivasi. Pada pendapatnya, terdapat bahagian-bahagian fungsi ego
seperti Ego Autonomi. Setiap manusia mula-mula dilahirkan tanpa elemen ego. Hal ini
bermakna, pada mulanya, perkataan Saya tidak akan wujud dalam diri seseorang individu dan
setiap manusia akan bergantung kepada ibunya semata-mata. Ibulah yang akan membantu
seseorang individu untuk menemui ego dalam dirinya melalui peringkat perkembangan ego. Ini
merupakan satu proses di mana kita boleh memahami ego auntonomi secara mendalam.
Erikson menganggap ego autonomi berkembang melalui lapan peringkat dalam proses
perkembangan. Empat peringkat yang pertama berkait rapat dengan peringkat-peringkat lisan,
anal, falik dan dormansi Freud. Namun begitu, Erikson kurang menitiberatkan punca-punca
seksual bagi konflik pada peringkat ini berbanding dengan Freud. Sebaliknya, beliau berhubung
dengan pengalaman sosial inividu. Empat peringkat seterusnya kurang bergantung kepada teori
Freud. Pelajar-pelajar sekolah pada masa kini sering melibatkan diri dalam gejala-gejala negatif
mungkin disebabkan ego autonomi tidak berfungsi dengan penuh. Ini bermakna, ego autonomi
merupakan elemen yang bebas daripada konflik di antara superego dan ego. Jika elemen ego
autonomi dalam diri mereka stabil, maka mereka tidak akan keliru dengan keputusan yang baik
dan buruk. Mereka sentiasa akan bertingkah laku positif di mana mereka sudah boleh membuat
pertimbangan yang wajar dan sentiasa melibatkan diri dalam perkara- perkara yang boleh
memberi manfaat kepada dirinya sendiri. Secara tuntasnya, peranan seorang ibu amat penting
dalam memberi kesedaran kepada anak-anaknya tentang sifat-sifat yang baik.

2.2 Prinsip-Prinsip Teori Erik Erikson

3
Terdapat lima prinsip utama dalam teori psikososial Erik Erikson yang mempengaruhi
tingkah laku atau personaliti kanak-kanak. Kelima-lima prinsip tersebut amat berkait rapat
dengan lapan peringkat perkembangan yang dikemukakan oleh Erik Erikson.

Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama.


Pertama
Prinsip

balas individu terhadap keperluan-keperluan asas


Kedua Perkembangan individu bergantung kepada tindak
Prinsip

Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu


ketiga
Prinsip

diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik


Keempat Setiap tahap mempunyai konfik dan konfik ini mesti
Prinsip

menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.


Kelima Kegagalan mengatasi konfik pada sesuatu tahap akan
Prinsip

Rajah 1 :Lima prinsip utama dalam teori Erik Erikson

Prinsip pertama Erik Erikson dalam teorinya adalah setiap individu mempunyai
keperluan asas yang sama. Keperluan asas yang sama bermaksud keperluan fisiologi manusia
yang memerlukan udara, air, makanan, tempat kediaman, rehat dan seks. Seseorang individu
amat memerlukan keperluan fisiologi dalam kehidupannya bagi hidup dalam suasana yang
harmoni Maslow (1943). Kegagalan ibu bapa atau penjaga dalam memenuhi keperluan asas
anak-anak akan menyebabkan mereka bertingkah laku masalah.
Prinsip kedua dalam teori Erikson ini ialah perkembangan individu bergantung kepada
tindak balas individu terhadap keperluan-keperluan asas. Ada kajian yang menyatakan bahawa
sebahagian besar pelajar bertingkah laku negatif kerana mereka tidak dipenuhi dengan
keperluan asas yang lengkap. Mengikut Erikson lagi, perkembangan positif seseorang individu
amat bergantung kepada tindak balas mereka terhadap keperluan fisilogi.
Prinsip ketiga, keempat dan kelima amat berkait rapat dengan lapan tahap yang
diperkenalkan oleh Erik Erikson. Prinsip ketiga ialah, perkembangan individu mengikut tahap-
tahap tertentu. Prinsip ini menjelaskan bahawa setiap kanak-kanak berkembang mengikut

4
tahap-tahap tersebut. Setiap tahap mempunyai konflik dan masalah tersebut mesti diatasi
supaya individu dapat berfungsi dengan baik. Hal ini telah ternyata dalam prinsip keempat
dalam teori ini. Justeru, Erikson menyatakan bahawa kegagalan mengarasi konflik pada
sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.
Dengan ini kita boleh merumuskan bahawa, pada pandangan Erik Erikson seseorang
individu atau pelajar melibatkan diri dalam perkara yang boleh menjejaskan nama baik rumah,
sekolah, masyarakat dan negara disebabkan mereka mengalami konflik pada mana-mana
lapan tahap dan berkemungkinan besar ibu bapa, guru atau penjaga tidak berusaha untuk
mencari jalan penyelasaian bagi masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Kegagalan
mereka akan memberi impak yang negatif terhadap tingkah laku mereka. Oleh itu, kita boleh
merumuskan bahawa lapan tahap yang diperkenalkan oleh Erik Erikson akan menentukan
tingkah laku seseorang pada masa hadapan. Jika seseorang pelajar tidak memenuhi kelima-
lima prinsip tersebut, maka berkemungkinan besar seseorang pelajar itu akan mempunyai
masalah tingkah laku.

2.3 Peringkat-Peringkat Perkembangan Teori Erik Erikson

Rajah 2 menunjukan lapan tahap yang diperkenalkan oleh Erik Erikson. Murid-murid
selalunya berada dalam lingkungan 7 tahun hingga 12 tahun. Dalam konteks ini, pelajar- pelajar
yang berada dalam usia ini akan berada dalam tahap keempat di mana tahap tersebut dikenali
sebagai fasa berdaya usaha lawan rendah diri. Dalam tahap ini, murid-murid akan mengalami
pelbagai konflik dalam kehidupan mereka. Guru-guru di sekolah juga sukar untuk memahami
dan mengawal tingkah laku mereka yang bermasalah. Hal ini berlaku disebabkan
perkembangan pelajar-pelajar yang bertingkah laku negatif tersebut penuh dengan konflik iaitu
mengikut Erikson berkemungkinan besar para pelajar tersebut mungkin mengalami krisis pada
peringkat perkembangan sebelumnya. Ini bermakna konflik dalam sesuatu peringkat tersebut
akan memberi impak yang negatif terhadap perkembangan kanak-kanak.

Peringkat
perkembangan
Peringkat 8 murid-murid sekolah
rendah dan mengah Peringkat 7

Peringkat 6

Peringkat 3
5
Peringkat 1
Peringkat 5 Peringkat
Kesepadu
Peringkat an Lawan
Generativ Putus Asa
Peringkat iti Lawan
Kerapata Keraguan
Peringkat n Lawan
Identiti Pengasin
Peringkat Lawan
Industri gan
Peringkat Diri
Lawan Sebenar
Inisiatif Rasa
Peringkat Lawan
Autonomi Rendah
Kepercaya Rasa diri
Lawan Bersalah
an Lawan Ragu
Kecurigaa
n

Peringkat 4

Peringkat 2

Rajah 2 : Peringkat- peringkat yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi dan personaliti


kanak-kanak.

Peringkat Pertama (0 hingga 18 bulan)


Perkembangan pada peringkat ini adalah amat penting. Bayi mulai belajar untuk
mempercayai atau tidak mempercayai orang lain. Perasaan kepercayaaan kepada persekitaran
dan orang-orang yang hampir dengan bayi akan wujud sekiranya bayi memperoleh penjagaan
yang baik daripada ibu bapa mahupun pengasuh mereka. Perkembangan kesihatan bayi pada
peringkat ini juga bergantung kepada penjagaan ibunya. Apabila seorang bayi berjaya
membentuk rasa percaya, dia akan berasa selamat dan dilindungi. Jika perkembangan pada
peringkat pertama ini terganggu, maka konflik akan wujud dalam kehidupan seseorang kanak-
kanak. Seseorang pelajar sekolah rendah akan berada dalam peringkat empat di mana usia
mereka enam hingga dua belas tahun. Mereka mengalami konflik iaitu bertingkah laku negatif
dalam peringkat keempat disebabkan kemungkinan besar pada peringkat pertama ini mereka
tidak dapat belajar mempercayai orang lain. Oleh hal yang demikian, pada masa sekarang
mereka akan mula mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan persekitaran sekolahnya.

6
Seseorang pelajar yang berfikiran dan bertingkah laku negatif tidak akan percaya terhadap
pihak sekolah terutamanya guru-guru dan rakan-rakannya. Oleh itu, mereka tidak suka berada
di dalam sekolah dan ini akan menyebabkan mereka mula berponteng sekolah dan seterusnya
melibatkan diri dalam kegiatan yang negatif seperti merokok, penyalahgunaan dadah dan
gangsterisme. Pelajar yang berada dalam situasi tersebut akan menganggap bahawa dia tidak
akan disokong dan dibantu oleh masyarakat sekelilingnya dan hal ini menyebabkan emosinya
terganggu seperti sentiasa berasa sedih tentang keadaan mereka dan mudah marah. Secara
tuntasnya, jelaslah bahawa perkembangan yang negatif pada tahap ini akan menyebabkan
seseorang pelajar berasa hilang kepercayaan terhadap persekitarannya. Menurut Ee Ah Meng
(1997), kegagalan membentuk rasa percaya dalam diri seseorang pelajar yang bertingkah laku
masalah akan melahirkan rasa takut dan percaya bahawa dunia ini tidak dapat diramal dan
dipercayai. Menurut Erikson lagi, kepercayaan akan memudahkan seseorang individu untuk
berhadapan dan menghadapi masalah dalam hidupnya.

Peringkat kedua (18 bulan hingga 3 tahun)


Pada peringkat ini kanak-kanak membina kemahiran fizikal dan sudah mulai belajar
bejalan. Lebih-lebih lagi, peringkat ini tertumpu kepada pembentukan keyakinan diri dalam diri
kanak-kanak. Kanak-kanak mula berkeinginan dan untuk bertindak secara bebas. Pada tahap
ini juga kanak-kanak mula belajar makan sendiri, memakai pakaian dan dilatih untuk ke tandas
dengan sendiri. Kita boleh merumuskan bahawa perkembangan kemahiran fizikal seseorang
pelajar yang bertingkah laku negatif tidak berlaku dengan baik dalam peringkat kedua ini dan
hal ini telah menyebabkan mereka sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya.
Selain itu, pelajar-pelajar tersebut juga tidak akan menjadi seorang yang berdikari dan tidak
dapat melakukan sesuatu perkara tanpa bergantung kepada orang lain. Mereka selalunya
menganggap bahawa mereka tidak boleh melakukan sesuatu perkara di sekolah tanpa
bergantung kepada rakan-rakannya. Oleh itu, mereka akan mula berponteng sekolah kerana
selalu disisihkan oleh rakan-rakan yang berkelakuan positif atau berkemampuan tinggi.
Dalam peringkat ini juga kanak-kanak mulai belajar mengawal diri sendiri. Pada
peringkat ini, kecenderungan pelajar-pelajar tersebut untuk berfungsi secara bebas tidak
mendapat galakan daripada ibu bapanya. Hal ini menyebabkan mereka tidak yakin terhadap diri
sendiri. Mereka turut bersifat malu dan ragu-ragu dengan keadaan statusnya sekarang kerana
pada peringkat ini masyarakat di sekitarannya tidak berinteraksi dan tidak memberi sokongan
dengan baik.

Peringkat ketiga (3 tahun hingga 6 tahun)

7
Pada peringkat ini, kanak-kanak lebih terdedah kepada pelbagai cabaran kerana
mereka mulai berinteraksi dengan rakan sebaya, ibu bapa dan guru tadika. Mereka juga akan
mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka juga akan bersikap ringan tulang untuk
melakukan kerja kerja yang tidak setimpal dengan usia mereka. Pelajar-pelajar yang dikatakan
bertingkah laku negatif ini berkemungkinan mengalami masalah di peringkat seterusnya
disebabkan mereka mengalami konflik pada tahap ketiga. Seterusnya, pada tahap ini
seseorang pelajar akan mula menonjolkan perasaan untuk menjadi lebih matang kerana dia
menganggap kedua-dua ibu bapanya sebagai idola. Misalnya, sebagai seorang anak
perempuan mereka juga akan cuba membantu ibunya mencuci pinggan mangkuk, menyapu
sampah, membasuh dan sebagainya. Jika pelajar itu merupakan pelajar lelaki, maka dia akan
menolong ayahnya menyiram pokok, mencuci kereta dan membaiki motorsikal. Oleh itu,
sebagai ibu bapa kepada seseorang pelajar itu, mereka perlu memberikan dorongan dan
galakan kepada dia untuk mempunyai inisiatif yang tinggi. Tetapi ibu bapa dan guru-guru
mereka telah gagal melakukannya. Perlakuan mereka yang sering mengkritik dan mengenakan
dendaan pada tingkah laku yang disebabkan oleh perasaan ingin tahu telah melahirkan
perasaan bersalah dalam diri mereka pada masa kini. Ekoran itu, minat mereka untuk mencuba
dan berinisiatif dalam melakukan sesuatu aktiviti akan semakin menurun. Keadaan ini akan
menyebabkan pelajar-pelajar tersebut untuk sering mengasingkan diri daripada orang lain.
Disebabkan ibu bapa dan guru-guru tidak memberi perhatian kepada perkara ini, pelajar-pelajar
yang bertingkah laku negatif ini akan menghadapi masalah pergaulan dan gangguan emosi
setelah memasuki alam persekolahan sekarang.

Peringkat keempat (6 tahun hingga 12 tahun)


Secara teori, peringkat keempat ialah fasa berdaya usaha lawan rendah diri yang wujud
pada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Kanak-kanak yang sebaya dengan pelajar-
pelajar-pelajar tersebut akan menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran daripada
persekitaran baru atau menghadapi risiko perasaan rendah diri jika menemui kegagalan atau
tidak cekap terhadap sesuatu perkara. Mereka yang berumur 7 hingga 12 tahun itu turut akan
bertemu dengan ramai rakan baharu di sekolah. Di samping itu, mereka juga akan mengambil
masa untuk mengenali dan memahami persekitaran baru seperti kanak-kanak yang lain. Tetapi,
pelajar-pelajar yang bertingkah laku masalah ini akan berasa rendah diri kerana mereka gagal
memahami persekitaran baharunya di sekolah. Oleh itu, pada peringkat keempat ini, rakan
sebaya, ibu bapa dan guru-guru pelajar-pelajar ini harus memainkan peranan penting dalam
mengesan masalah yang dihadapi oleh mereka. Hal ini disebabkan sebahagian besar masa
para pelajar dihabiskan di sekolah. Seandainya guru-guru memberi tugasan dan aktiviti kepada

8
kanak-kanak yang berada dalam peringkat keempat ini, mereka akan melakukannya dengan
penuh minat dan tekun. Tetapi, segelintir pelajar gagal melakukannya kerana pemikiran mereka
tidak mencapai operasi konkrit dan mereka tidak boleh membuat transformasi serta tidak
berfikiran rasional. Hal ini disebabkan, kemungkinan besar pelajar-pelajar yang bertingkh laku
negatif ini mengalami konflik pada tahap-tahap sebelum ini. Sepatutnya guru-guru harus
membimbing mereka kerana dengan cara ini guru-guru boleh menanamkan sifat rajin, bersopan
santun dan nilai-nilai murni yang lain dalam diri mereka, Zainuddin (2008). Kegagalan guru-guru
dalam membimbing pelajar-pelajar tersebut akan menyebabkan mereka ponteng sekolah. Oleh
itu, jelaslah bahawa setiap peringkat perkembangan sosiemosi akan memberi kesan kepada
pembentukan personaliti seseorang. Pelajar-pelajar sekolah mengalami konflik dalam
kehidupan seharian disebabkan kemungkinan besar dia mengalami krisis di peringkat pertama,
kedua dan ketiga.

Peringkat kelima (13 tahun hingga 20 tahun)


Pada peringkat ini, seseorang individu itu mula memiliki suatu identiti tersendiri. Pelajar
pelajar sekolah menegah akan berada dalam tahap perkembangan ini. Jika mereka tidak
mengalami apa-apa masalah dalam peringkat-peringkat sebelum ini terutamanya pada tahap
perkembangan keempat iaitu kecekapan lawan rasa rendah diri, maka mereka tidak akan
menghadapi masalah tingkah laku ataupun masalah dalam pembelajaran mereka selepas
melangkah ke sekolah menengah. Mereka pada masa ini boleh menguruskan diri mereka
dengan baik sekali. Tetapi, pelajar-pelajar turut menghadapi masalah disebabkan mereka gagal
mengurus diri mereka sendiri pada tahap ini. Hal ini akan mencetuskan masalah tingkah laku
pelajar di sekolah. Guru-guru atau ibu bapa akan menghadapi kesukaran dalam mengawal
tingkah laku anak-anak mereka pada tahap perkembangan ini berbanding dengan tahap-tahap
lain. Pada tahap ini, remaja akan cuba mencari identiti tersendiri selepas berinteraksi dengan
persekitaran. Dalam erti kata lain, menurut Suradi Salim (1996) para pelajar akan cuba mencari
jawapan bagi soalan Siapakah Diri Saya?. Pelajar-pelajar bertingkah laku negatif kerana
mereka gagal berinteraksi dengan persekitaran yang positif dan berkemungkinan besar ibu
bapa para pelajar tersebut tidak mempedulikan tentang persekitaran anak-anak mereka. Hal ini
akan memberi kesan buruk terhadap konsep kendiri seseorang pelajar.Kesan daripada pelbagai
pengalaman dan perubahan yang ditempuh pada peringkat sebelum ini menyebabkan
terbentuknya konsep kendiri dalam diri seseorang. Jika seseorang pelajar mempunyai konsep
kendiri yang cukup baik, malah mereka tidak akan mempunyai masalah tingkah laku. Di
samping itu, pada tahap ini juga remaja mulai sedar akan fungsi serta matlamat hidup pada
masa ini dan masa hadapan. Pelajar- pelajar harus diberi tunjuk ajar oleh ibu bapa atau guru-

9
guru mengenai fungsi serta matlamat hidup yang baik supaya mereka tidak dipengaruh oleh
matlamat hidup yang negatif. Justeru, sekiranya remaja mengalami konflik dengan ibu bapa,
maka mereka tidak dapat melihat ibu bapa sebagai idola lagi. Oleh itu, mereka akan mengalami
krisis kekeliruan identiti. Justeru, ibu bapa harus membantu anak-anak remaja agar tidak
mengalami krisis identiti dan dapat membentuk satu identiti yang positif. Identiti yang positif
akan melahirkan pelajar yang bertingkah laku positif juga.

RUMUSAN

Teori perkembangan ini telah sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru dan juga
ibu bapa tentang perkembangan yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak dan setiap pelajar-
pelajar adalah berbeza dari segi perkembangan kognitifnya yang kemungkinan dipengaruhi
oleh faktor-faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan, kecerdasan dan sebagainya. Tahap-
tahap perkembangan ini juga akan mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar di dalam
ataupun di luar sekolah. Akhirnya, menurut Noresah (2005), teori Erik-Erikson penting kerana ia
menghasilkan satu panduan atau kayu pengukur yang boleh digunakan untuk menilai
pengajaran dan amalan pemeliharaan kanak-kanak dari segi keupayaan untuk memupuk dan
meningkatkan perkembangan yang sihat dari segi tingkah laku, emosi dan kognitif seseorang
pelajar.

RUJUKAN

A. H. Maslow (1943) A Theory of Human Motivation. (n.d.). Retrieved August 28, 2016,
from http://psychclassics.yorku.ca/Maslow/motivation.htm

10
Ee. A. M., Syed, I. & Ahmad, S. (1997). Pengantar Kaunseling Individu. Selangor: Arah
Publications
Erikson, E. H. (1963). Childhood and society. New York: Norton.

Mok Soon Sang (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mohd. Majzub (1992). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Noresah Baharom. (2005). Kepentingan Teori. Diperoleh Feb 20, 2016 dari
http://documents.tips/documents/kepentingan-teori.html
Suradi Salim (1996). Prinsip Psikoterapi dalam Kaunseling. Selangor : Universiti Putra
Malaysia
Zainuddin., Ali. (2008). Perkembangan Sosioemosi Pelajar. Diperoleh Ogos 18, 2016
dari https://www.academia.edu/4936674/2.0_KONSEP_PERKEMBANGAN_KANAK-
KANAK

11

Anda mungkin juga menyukai