Anda di halaman 1dari 9

Perkembangan

Aspek Fizikal
M4 Lee chun wah
Semasa
akil
baligh
Fizikal
Emosi
Psikologi

Baligh merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja.

Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki saluran darah
meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian otak iaitu
hipotalamus.

Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam badan, lonjakan
pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini
merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akil baligh.

Perkara yang paling ketara semasa baligh adalah perkembangan
permatangan seksual iaitu kebolehan pembiakan.

Perubahan Fizikal Remaja Lelaki
1. Suara menjadi garau.
2. Misai dan janggut mula tumbuh.
3. Bahu dan dada menjadi bidang.
4. Jerawat mula tumbuh.
5. Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga
mengeluarkan air mani. Pengalaman inilah
menunjukkan anda telah akil baligh.
6. Zakar dan buah zakar mula membesar.

Perubahan Fizikal Remaja Perempuan
1. Buah dada ( payudara ) mula membesar.
2. Bulu mula tumbuh di celah ketiak dan ari-ari.
3. Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri
kewanitaan.
4. Jerawat mula tumbuh.
5. Mula didatangi haid.
6. Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan
kepada suara yang lebih matang.

Perubahan Emosi
Ciri-ciri emosi remaja. Antaranya ialah :
1. Cenderung bermurung dan sukar dapat diteka.
2. Bertingkah laku kasar untuk menutup kekurangan dalam hal rasa kepercayaan
kepada diri sendiri.
3. Perasaan ingin mencari identiti diri.
4. Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
5. Mulai menilai orang tua dan guru secara objektif.
6. Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri.
7. Mengalami konflik dengan orang tua.
8. Suka mengelamun dengan selalu memikirkan masa depan mereka.

Perubahan Psikologi
-Semasa menjangkau usia remaja, akan mula tertarik kepada remaja berlainan jantina.
-pengaruh rakan sebaya.
-pengaruh ibu bapa.
Sekian

Anda mungkin juga menyukai