Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)

(PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH)


(AMBILAN JUN 2021) KERJA KURSUS SEMESTER 2 TAHUN 1

SESI: NOVEMBER DISEMBER 2021

Nama Pelajar : Chelsea Chong Chiau Chee


No. Kad Pengenalan : 020410-12-0928
Angka Giliran : 2021072340143
Kumpulan/Unit : PISMP (Pendidikan Seni Visual)
Sesi/Tahun : November - Disember 2021
Kod/Nama Kursus : MPU 3052 (Tamadun Islam dan Tamadun Asia)

Tugasan 1
Tajuk
Tugasan Penulisan Akademik

Tarikh Mula 15 November 2021

Tarikh Hantar 09 Disember 2021

Nama Pensyarah : Encik Mohd Syahir bin Ismail

TANDATANGAN TARIKH
Dengan ini saya mengaku bahawa saya
telah menerima maklum balas dari
pensyarah kerja kursus ini dan saya telah Chelsea
merujuk dan memahaminya
Prakata

Selamat sejahtera dan salam perpaduan.

Terlebih dahulu saya ingin melafazkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang dan
kepercayaan dalam melaksanakan tugasan ini. Sememangnya, ….

Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi
sokongan moral dan kata-kata semangat kepada saya untuk mendorong saya meyiapkan
tugasan ini. Salam terima kasih juga diujarkan kepada para pensyarah kursus MPU 3052,
Encik Mohd Syahir bin Ismail kerana membimbing saya dan rakan-rakan dalam mendalami
dan memahami tugasan dengan lebih lanjut. Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan
seopsyen kerana ikhlas berkongsi pemahaman serta memberi dorongan moral dalam
memberi semangat dalam menyiapkan tugasan.

Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Tuhan tetapi yang buruk itu datang dari manusia.
Dengan ini, saya mengundurkan diri dengan serangkap pantun;

Terbenam mentari di waktu senja,

Indah sekali dipandang mata,

Menyusun jari di akhir bicara,

Silap dan salah maaf dipinta.

Sekian, terima kasih.

2
Isi Kandungan
Prakata .............................................................................................................................. 2

1.0 Pengenalan ................................................................................................................. 4

2.0 Perbandingan antara Tamadun ................................................................................... 4

2.1 Sosio Budaya ........................................................................................................... 4

2.2 Ekonomi ................................................................................................................... 6

2.3 Pendidikan ............................................................................................................... 7

3.0 Kesimpulan.................................................................................................................. 9

Sumber Rujukan.............................................................................................................. 10

3
Kepelbagaian Tamadun Asia dari Segi Sosio Budaya, Ekonomi & Pendidikan

Oleh: Chelsea Chong Chiau Chee

1.0 Pengenalan
Tamadun, ataupun dikenali sebagai ‘civitas’ dalam Bahasa Latin membawa maksud
membuka bandar atau kota. Namun begitu, menurut Bahasa Arab, perkataan tamadun
berasal dari segi etimolgi, ‘madanna’ yang berdefinisi memperhalus budi-pekerti, dan
memperelok tingkah-laku (Siti & Ratna, 2012). Kewujudan pelbagai tamadun yang bermula
dari Tamadun Mesopotamia (Mohammad, Azharuddin & Sharifah, 2016) telah
menyedarkan manusia untuk mendalami sejarah tamadun dahulu kerana tak kenal maka
tak cinta. Tamadun seperti tamadun Melayu, Cina dan India penting dipelajari terutamanya
bagi rakyat Malaysia kerana bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan am
malahan tidak melupai adat resam masyarakat dahulu. Persoalannya, berdasarkan ketiga-
tiga tamadun berikut, apakah perbandingan tamadun dari segi sosio budaya, ekonomi dan
pendidikan?

2.0 Perbandingan antara Tamadun


2.1 Sosio Budaya
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2014), sosio budaya ditafsir sebagai
hubungan antara masyarakat dan budaya, contohnya seperti cara hidup, adat istiadat, dan
sebagainya. Sebagai rakyat Malaysia, mengenali sosio budaya tamadun lain penting bagi
mengekal dan mempertingkat integrasi sesama kaum yang pelbagai di dalam negara.

Berikut merupakan jadual perbandingan sosio budaya tamadun Melayu, Cina dan
India (Rujuk Jadual 1.0).

4
Perbandingan Melayu Cina India
Persamaan  Nilai hormat-menghormati orang yang lebih tua dititikberatkan
 Nilai murni dan sikap moral penting dalam melahirkan
masyarakat bertamadun
 Waris merupakan di sebelah bapa
Perbezaan  Al-Quran dan  Mementingkan  Sistem kasta
Sunnah ilmu diamalkan
dijadikan pengetahuan  Mementingkan
pedoman untuk berjaya martabat lelaki
hidup dalam daripada
 Kehidupan kehidupan wanita
berlandaskan  Wujudnya
akidah benar hierarki dalam
sosial
masyarakat

Jadual 1.0: Perbandingan Tamadun Melayu, Cina & India dari segi sosio budaya.

Tamadun Melayu bersumberkan sumber naqli, iaitu sumber wahyu yang menjadi
sumber asas manakala sumber akal merupakan sumber sekunder yang tidak seharusnya
bercanggah dengan sumber pertama. Bagi tamadun Cina, Konfusius menekankan konsep
‘li’ iaitu peraturan akhlak dan kehidupan sebagai panduan dalam hidup secara aman damai
(Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman, 2007). Sistem hierarki dalam masyarakat tamadun
India dikenali sebagai sistem kasta (Brahmin, Ksatriya, Vaisya, Sudra). Walaupun sistem
ini tidak digunapakai, namun terdapat segelintir masyarakat yang masih mengamalkannya.

Selain itu, dari segi persamaan, ketiga-tiga tamadun mementingkan nilai murni dan
akhlak masyarakat. Sebagai contoh, kanak-kanak perlu sentiasa menghormati masyarakat
yang lebih tua, seperti memberi salam ketika berjumpa, membongkokkan badan apabila
lalu di hadapan mereka, dan tidak meninggikan suara semasa berbual. Ini bertujuan
melahirkan masyarakat yang penyayang dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan
seharian.

5
2.2 Ekonomi
Berikut merupakan perbandingan ekonomi bagi tamadun Melayu, Cina dan India.
(Rujuk Jadual 2.0).

Perbandingan Melayu Cina India


Persamaan  Menggunakan sistem pertukaran wang dalam perniagaan
 Berurus niaga dengan tamadun lain
Perbezaan  Mengharamkan  Mengutamakan  Golongan
riba dan keuntungan bangsawan
penipuan dalam sahaja
dalam berniaga perniagaan dibenarkan
 Menyediakan berdagang
zakat, sedekah
dan wakaf
kepada yang
memerlukan
 Mewujudkan
baitulmal

Jadual 2.0: Perbandingan ekonomi tamadun Melayu, Cina & India.

Sememangnya, ekonomi penting bagi sesuatu tamadun agar mampu menjamin


keteguhannya, misalnya melalui hubungan diplomatik yang boleh terjalin melalui aktiviti
dagangan dengan tamadun lain (Mohammad, et. al, 2014).

Berdasarkan Mohammad Koharuddin (2005), masyarakat tamadun Melayu amat


cekap dalam pengurusan perniagaan dan perdagangan dengan pedagang dari tamadun
lain. Contohnya, ini dapat dilihat dengan kewujudan pelbagai barangan dagangan, seperti
pasu dan manik hasil dari dagangan dengan pedagang China (Mohammad, Azharuddin &
Sharifah, 2016). Menurut ajaran agama Islam, masyarakat digalakkan saling membantu.
Oleh itu, pembayaran wakaf, sedekah dan zakat diperkenal untuk menolong masyarakat
yang mengalami masalah kewangan. Baitulmal (cukai bagi masyarakat bukan Islam)
digunakan bagi meningkat perkembangan ekonomi.

6
Bagi masyarakat tamadun Cina, kajian menunjukkan tamadun berikut memaparkan
perubahan ekonomi yang pantas disebabkan kemahiran dalam pelaburan asing berfokus
di China (Rusdi, 2006). Ini terbukti melalui masyarakat tamadun Cina yang menekankan
keuntungan dalam perniagaan.

Tamadun India dahulunya memulakan ekonomi melalui aktiviti pertanian dan


perusahaan, misalnya terdapat sesetengah masyarakat yang menanam kapas di Lembah
Indus. Setelah itu, masyarakat tamadun India memulakan perusahaan dan menjalinkan
hubungan perdagangan dengan tamadun lain untuk memantapkan lagi ekonominya,
seperti dengan tamadun Cina.

2.3 Pendidikan
Pendidikan dititikberatkan bagi ketiga-tiga tamadun berikut. Hal ini dikatakan demikian
kerana pendidikan bukan sahaja mampu mengubah kehidupan seseorang malahan dapat
menjamin kelangsungan sesuatu tamadun itu, misalnnya melalui pembelajaran bahasa.
Pendapat ini disokong oleh Asri Husin (2020), yang menyatakan bahawa penggunaan dan
pengamalan bahasa dalam masyarakat mampu mencerminkan keperibadian sesuatu
masyarakat.

Berikut merupakan perbandingan elemen pendidikan antara tamadun Melayu, Cina


dan India (Rujuk Jadual 3.0).

Perbandingan Melayu Cina India


Persamaan  Memupuk nilai murni dan moral dalam pendidikan
 Ilmu keduniaan (astronomi, matematik, sains)
dititikberatkan
 Merujuk kepada golongan cendekiawan sebelumnya
Perbezaan  Menekankan  Mempunyai  Ilmu berkait
ilmu akidah sistem rapat
 Sekolah peperiksaan dengan
merupakan  Menekankan agama
pondok, ilmu yang  Golongan
masjid diperlukan hamba
sahaja dilarang

7
 Semua  Amalan membaca
lapisan ditekankan veda
masyarakat dalam  Hanya
wajib pembelajaran golongan
mempelajari lelaki
ilmu dibenarkan
terlibat
dalam
pendidikan

Jadual 3.0: Perbandingan pendidikan antara tamadun Melayu, Cina & India.

Pendidikan yang wujud di Tanah Melayu pada asalnya datang daripada pengenalan
agama Islam kepada masyarakat tamadun Melayu (Nur Ellysha, 2021). Hal ini dikatakan
demikian kerana sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, hanya golongan
bangsawan dibenarkan untuk mendapat pendidikan. Walau bagaimanapun, dengan
adanya usaha mendirikan tempat pengajian seperti surau, masjid, dan madrasah telah
memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapat pendidikan.
Pendidikan biasanya disebarkan melalui kesusasteraan, contohnya pantun, syair dan
hikayat yang biasanya mengandungi nasihat, teladan yang kadangkala disampaikan dalam
bentuk sindiran.

Bagi masyarakat tamadun Cina, pendidikan dititikberat dan peperiksaan mengikut


taraf tertentu disediakan oleh kerajaan kepada masyarakat (Rose, 2021). Masyarakat
tamadun ini amat menghargai pendidikan sehingga mendirikan sekolah sendiri dan
menggunakan dana dan tenaga pengajar dari negara sendiri.

Tamadun India lebih menekankan pendidikan berasaskan ilmu abstrak. Contohnya,


ilmu seperti astronomi yang boleh dikait rapat dengan keperluan agama. Misalnya,
pemerhatian kepada matahari, bulan, dan bintang boleh dilakukan untuk mengetahui tarikh
yang sesuai untuk perayaan.

8
3.0 Kesimpulan
Konklusinya, kewujudan tamadun Melayu, Cina, dan India telah menyumbang kepada
penambahbaikan dan kelangsungan kehidupan manusia pada masa hadapan. Ini dapat
dilihat melalui sosio budaya, ekonomi dan pendidikan yang sekian lama diperkembang
sejak dari dahulu lagi. Oleh sebab itu, sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya
menggunapakai ilmu yang dipelajari dari tamadun lain dengan sebaik-baiknya supaya
masyarakat mampu maju di samping menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya
saing dan boleh berdiri sejajar dengan negara-negara maju yang lain.

(1010 patah perkataan)

9
Sumber Rujukan

Asri Husin. (2020). Bahasa cerminan budaya bangsa. Sinar Harian.


https://www.sinarharian.com.my/article/109077/KHAS/Pendapat/Bahasa-cerminan-
budaya-bangsa

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2014). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Koharuddin Mohammad Balwi. (2005). Peradaban Melayu. Universiti Teknologi


Malaysia.

Mohammad Noor Mat Isa, et. al. (2014). Kesan ekonomi terhadap tamadun. [Powerpoint
Presentation]. Slideshare. https://www.slideshare.net/noormanoor1/kesan-ekonomi-
terhadap-tamadun

Mohammad Samsudin, Azharuddin Mohamed Dali, & Sharifah Afidah Syed Hamid. (2016).
Sejarah: Tingkatan 1. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Ellysha. [Nur Ellysha]. (2021). Tamadun Melayu – Sistem Pendidikan [Video]. YouTube.
https://www.youtube.com/watch?v=3LjVP85dMFo

Rose. [Kelas Cikgu Rose]. (2021). TAMADUN CHINA: Perkembangan Pendidikan dalam
Tamadun China) Part 1 [Video]. YouTube.
https://www.youtube.com/watch?v=S0tGroPiVaI

Rusdi, O. (2006). China dan kuasa hegemoni baru ekonomi. International Journal of
Management Studies, 13 (1), 1 – 38. http://e-
journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9244

Siti Hajar Che Man & Ratna Roshida Abd Razak. (2012). Penawaran kursus tamadun Islam
dan tamadun Asia di institusi pengajian tinggi awam Malaysia: Platform utama ke arah
memperkenalkan tamadun Cina. SOSIOHUMANIKA, 5 (1), 49 – 64.
file:///C:/Users/User/Downloads/458-910-1-SM.pdf

Zawiah Mat, & Mashitah Sulaiman. (2007). Interaksi budaya India & Cina ke atas pengukuhan
bahasa dalam Tamadun Melayu. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 8 (1), 115 –
140. https://core.ac.uk/reader/11490262

10

Anda mungkin juga menyukai