Anda di halaman 1dari 4

AZMAN HASHIM INTERNATIONAL BUSINESS SCHOOL

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

(UHMS 1182) SECTION 13

INDIVIDUAL ASSIGNMENT

Refleksi Apa yang saya telah pelajari daripada Bab 2: Teori Etika

NAMA PENSYARAH: Dr Mohd. Sharial Bin Bungsu

Disediakan oleh:

NO NAME MATRICS NUMBER

1 GANABATHYBABU A/L SUBRAIYAN A19BS0035


Tujuan saya menyediakan laporan refleksi ini adalah untuk memenuhi keperluan pemarkahan
kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (UHMS 1182). Selain daripada itu, laporan refleksi ini
juga memberi peluang untuk saya mengkongsikan pengalaman, perspektif dan perasaan saya
setelah selama satu semester mengikuti kuliah kursus ini.

Perkataan "peradaban" yang digunakan dalam tajuk kursus memberi saya gambaran bahawa ini
akan menjadi kursus mengenai sejarah tamadun manusia. Dan perkataan “etika” memberi
gambaran bahawa kelas ini seperti subjek pendidikan moral yang pernah saya pelajari di sekolah.
Itulah yang dimulakan oleh kelas pertama mengenai topik itu dengan Webex meeting dalam
talian. Subjek Penghayatan Etika dan peradaban telah banyak menyentuh mengenai peradaban
orang Melayu, orang Cina, orang India dan orang Barat. Sejarah silam tiga peradaban asal
usulnya tiga kaum utama di Malaysia serta pengaruh yang diambil dari penjajah. Saya dapati
bahawa setiap peradaban membawa etika dan budaya masing-masing yang berbeza yang bersifat
individu, masyarakat, negara atau global.

Selangkah demi selangkah, subjek ini telah membawa saya lalui cerita sejarah kehidupan
manusia serta etika yang mereka pegang, menuju ke arah jawapan bagi persoalan-persoalan
seperti “Bagaimana kelompok manusia yang begitu berbeza dari aspek bahasa, agama dan warna
kulit boleh hidup bersama pada tahap yang baik harmoni di negara ini?” dan “Apakah
cabaran-cabaran yang mereka telah melalui?. Permulaan peradaban kaum-kaum tersebut,
asal-usul kepercayaan mereka, pergerakan dan perkembangan peradaban mereka, pengaruh yang
diasimilasikan dari peradaban lain. Kemudian, diteruskan dengan cerita mengenai pembentukan
Malaysia kini. Perjalanan untuk dekolonisasi ke Tanah Melayu, permulaan membina negara
merdeka, usaha untuk menubuhkan “trust” dan toleransi antara kaum yang pelbagai, inisiatif
untuk mengekalkan keharmonian serta visi dan misi kesepaduan sosial.

1
Dari perspektif saya, saya dapati bahawa dalam setiap frasa pembentukan sesuatu peradaban,
sentiasa adanya konflik. Meskipun antara peradaban yang serupa seperti antara India Dravida
dan India Aria, konflik yang menjadi sebab berubahannya dinasti-dinasti di China dan konflik
antara orang agamawan dan orang ilmuwan di Barat. Dan penyelesaian bagi konflik-konflik
tersebut adalah sama ada melalui pertumpahan darah atau persetujuan yang lahir daripada
toleransi dan kefahaman.

Maka, sebelum, semasa dan selepas 13 Mei 1969, segala ketegangan sosial yang dialami oleh
rakyat Malaysia sebelum ini, ketika ingin mencapai kemerdekaan. Walaupun dengan segala
inisiatif dan usaha kerajaan, masih banyak bidang yang perlu diperbaiki. Daripada pengalaman
rakyat negara ini, satu set garis panduan dan sekatan prosedur perlu dibangunkan bagi
mengelakkan pertumpahan darah dan sebaliknya memohon toleransi dan persetujuan, seperti
Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara.

Selepas menamatkan kursus ini, saya mendapati ia adalah serupa dengan jangkaan awal saya.
Namun begitu, kedalaman kursus ini berbeza-beza kerana ia mengaitkan sejarah dan asal usul
sesebuah tamadun dengan peradaban yang wujud di Malaysia kini. Jelaslah bahawa
pembentukan etika dan cara hidup itulah yang diamalkan sekarang. Bagi saya, ia menarik kerana
saya dapat mengetahui implikasi, akibat dan kaitan di sebalik apa yang berlaku dalam situasi
yang saya hadapi.

Walaupun pada kelas pertama, saya dapat merasakan bahawa Dr Sharial pensyarah kami
mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang ini. Kami bertuah mendapat seorang
pensyarah yang mempunyai banyak berpengalaman dan beliau suka mengkongsikan pendapat
dan bertanya soalan untuk uji tahap pemikiran dan kesefahaman kami bagi setiap kuliah.

2
Secara keseluruhannya, saya belajar banyak dalam kursus ini. Saya rasa kursus ini amat penting
untuk perkembangan seseorang sebagai individu yang beretika dan beradab sekiranya dia
benar-benar menghayati nilai-nilai murni dan mengambil iktibar daripada kisah-kisah peradaban
manusia, itulah namanya kursus. Oleh itu, penghayatan akhlak perlu dihayati sejak kecil, supaya
mudah untuk peram dalam diri. Bak kata pepatah Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Anda mungkin juga menyukai