Anda di halaman 1dari 22

SEMESTER 1 SESI 2018/2019

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

KPF4013
FALSAFAH &
PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
UNIT 11
PERKEMBANGAN TERKINI
PENDIDIKAN DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


Mohamed Rizal Mohamed Noor L 20181011057
Mohamad Zaifuan bin Zulkaflee L 20181011067
Mufaisal bin Muhamad L 20181011058
Nik Nurul Anira bt Ibrahim L 20181011060
Rasliza bt Rashid L 20181011059
Noor Shahida bt Yahya L 20181011078

KUMPULAN: Kumpulan C (DPLI-YIK)


PENSYARAH: En. Ariffin Bin Ghazali

Siri Modul Aktiviti Pembelajaran Aktif


Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL LATIHAN


 Pensyarah dikehendaki memuat naik unit modul ke Portal Myguru lebih awal sebelum tarikh
sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.
 Pelajar mesti memuat turun unit modul dan melengkapkan semua maklumat.
 Pelajar perlu membawa hardcopy unit modul yang telah lengkap dijawab ke dalam kelas
semasa sesi bersemuka (kuliah) untuk pembentangan dan perbincangan.
 Pelajar perlu memberi maklumbalas terhadap maklumat yang dibentang.
 Pelajar perlu menyemak dan membetulkan jawapan yang ditulis dalam unit modul.
 Jawapan yang sempurna mestilah dimuat naik ke Portal Myguru di laman Assignment.

Hasil Pembelajaran
Setelah melengkapkan aktiviti ini, anda dapat:
i. Menghuraikan perancangan pembangunan pendidikan berdasarkan Rancangan
Pembangunan Malaysia (RMK-1 hingga RMK-11).
ii. Membincangkan transformasi pendidikan holistik di Malaysia.
iii. Menganalisis Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006–2010 (PIPP).
iv. Menilai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 – 2025).
v. Membahaskan cabaran perancangan pembangunan pendidikan.

Kandungan Halaman
11.0 Sinopsis 1
11.1 Ringkasan pemetaan kandungan. 2
11.2 Pembangunan pendidikan berdasarkan Rancangan Pembangunan 3
Malaysia
11.3 Transformasi pendidikan holistik di Malaysia. 4
11.4 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006–2010 (PIPP). 5
11.5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 – 2025). 6

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


11.6 Cabaran perancangan pembangunan pendidikan. 7
11.7 Tranformasi Nasional 2050 8

11.0 Sinopsis

Unit ini menggariskan perbincangan tentang Perancangan pembangunan pendidikan


dalam Negara dan bagaimana ia pengaruhi perkembangan pendidikan di Malaysia.
Pelaksanaan terhadap Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Pelan
Pembangunan Pendidikan di Malaysia (PPPM) untuk mengubah landskap
pendidikan kebangsaan serta bagaimana kita menghadapi cabaran dalam
perancangan pembangunan pendidikan dan melibatkan Transformasi Nasional 2050
(TN50) serta Transformasi Pendidikan Holistik.

1
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

11.1 Pemetaan Ringkasan Kandungan

PERKEMBANGAN TERKINI
PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PERANCANGAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN BERDASARKAN
RANCANGAN PEMBANGUNAN
MALAYSIA

PELAN INDUK PEMBANGUNAN


PENDIDIKAN 2006 - 2010

TRANSFORMASI TRANSFORMASI
NASIONAL 2050 (TN 50) PENDIDIKAN HOLISTIK

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

CABARAN PERANCANGAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

2
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

11.2 Perancangan Pembangunan Pendidikan


Berdasarkan Rancangan Pembangunan Malaysia

RMK-10
RMK-9
RMK-8

RMK-7

RMK-6

P P
RMK-5
I P G1: 2013–2015
G2: 2016–2020
RMK-4 P P G3: 2021- 2025
P M
RMK-3

RMK-2

RMK-1

Tahun

RMK Tahun Fokus Perancangan Pembangunan Pendidikan

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


1 1966-1970 -Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar
negara.
2 1971-1975 -Memanfaatkan faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen
kejayaan di arena antarabangsa.
3 1976-1980 -Mentransformasikan negara ke arah pendapatan tinggi menerusi
pengkhususan.
4 1981-1985 -Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
5 1886-1990 -Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan.
6 1991-1995 -Mutu pendidikan dan latihan ditingkatkan bagi membentuk tenaga
kerja yang mempunyai kebolehan teknik bagi meningkatkan daya
saing ekonomi negara.
7 1996-2000 -Memperbaiki kualiti dan menambah kuantiti keluaran bagi
memenuhi keperluan tenaga kerja manusia terutama dalam bidang
sains dan teknologi.

3
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

-Penekanan yang berterusan bagi meningkatkan peluang pendidikan


di kawasan luar bandar dan terpencil.
8 2001-2005 -Pengajaran mengenai nilai-nilai etika dan moral diperkukuh dengan
memasukkan nilai-nilai tersebut dalam kurikulum termasuk latihan
guru.
-Meningkatkan kefasihan dan kemahiran berbahasa Inggeris di
peringkat sekolah dan tertiari.
9 2006-2010 -Membangunkan modal insan demi memacu transformasi negara ke
arah ekonomi berasaskan pengetahuan.
-Menambah baik sistem pendidikan, meningkatkan inovasi dan
memastikan pembangunan modal insan yang menyeluruh.
10 2011-2016 -Mengambil langkah holistik bagi memperkukuhkan sistem
pendidikan dan latihan bermula daripada pendidikan awal kanak-
kanak sehingga peringkat pengajian tinggi.
11 2017-2020 - Menjana kekayaan melalui inovasi
-Mengupayakan TVET (technical vocational education and traning)
yang diterajui industri.

11.3 Transformasi Pendidikan Holistik di Malaysia

11.3.1 Definisi Transformasi Pendidikan Holistik

Merupakan sistem yang tidak berasaskan peperiksaan semata-mata bagi menilai


pencapaian murid dan menerusi pendidikan holistik, sistem pengumpulan mata

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


dilaksanakan yang mana markah murid tahun 1 hingga 6 ini dikumpul dan dikira
bagi menentukan pencapaian markah keseluruhan. Ia kemudiannya digabung
dengan markah dari 4 jenis penilaian iaitu penilaian psikometrik (kecenderungan
dan sikap), penilaian kokurikulum, penilaian peperiksaan sekolah dan penilaian
peperiksaan kementerian. Murid seterusnya akan menduduki peperiksaan yang
diseragamkan LPM selain daripada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

4
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

11.3.2 Pelaksanaan Tranformasi Pendidikan

Pelaksanaan Transformasi Pendidikan dan Contoh

1- Akses
- 100 % enrolmen merentas semua peringkat pendidikan contohnya prasekolah
hingga menengah atas menjelang 2020

2- Kualiti
- Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentafsiran antarabangsa
contohnya seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

3- Ekuiti
- 50% penggurangan dalam jurang pencapaian contohnya bandar dengan luar
bandar, sosioekonomi dan gender menjelang tahun 2020.

4- Perpaduan
- Sistem pendidikan yang menawarkan pengkongsian pengalaman dan nilai
kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


5- Kecekapan
- Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia
ada.

5
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

11.4 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006–2010

11.4.1 Apakah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006–2010?

Pelan induk pembangunan pendidikan(PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk


merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf
dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Januari 2007 di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

11.4.2 Teras Strategik Pendidikan & Pencapaian

Teras pencapaian strategik terbahagi kepada 6 teras strategik pendidikan:

Teras 1 - Membina negara bangsa

 Memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni warisan dan budaya
bangsa

Teras 2 - Membangunkan modal insan

 Meningkatkan keupayaan dan pengurusan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar


memiliki kemahiran, keterampilan dan disiplin.

Teras 3 - Memperkasakan sekolah kebangsaan

 Menambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua atau guru


besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.

6
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

Teras 4 - Merapatkan jurang pendidikan

 Membangunkan infrasruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar,


mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di pedalaman.

Teras 5 - Memartabatkan profesion keguruan.

 Menambah baik sistem pemilihan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan


perguruan. Kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.

Teras 6 - Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

 Memillih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah


kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.

11.5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025)

Menerusi visi dan misi pendidikan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) telah


memacu ke arah wawasan 2020 dengan beberapa siri gelombang terdiri daripada
gelombang 1 (2013-2015), gelombang 2 (2016-2020) dan gelombang 3 (2021-2025).

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Gelombang 1 (2013-2015)

 Menggubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memberi fokus
kepada kemahiran utama
 Standard kemasukan yang lebih tinggi kepada guru
 Membimbing guru secara khusus bagi meningkatkan standard guru khususnya
dalam matapelajaran teras

Gelombang 2 (2016-2020)

 Memperluas bimbingan dan sokongan untuk membantu guru bagi menambah


pengetahuan dalam semua mata pelajaran, pemikiran, kepimpinan, etika dan
identiti nasional
7
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

 Menyediakan kemajuan berdasarkan kompetensi dan prestasi serta menambah


baik latihan pra-perkhidmatan
 Menambah baik kurikulum peringkat rendah dan laksana kurikulum baru
peringkat menengah
 Hentikan kelas peralihan, menjalankan rintis bagi pilihan untuk immension BI dan
kukuhkan penyediaan pendidikan bahasa ketiga untuk meningkatkan
penguasaan bahasa

Gelombang 3 (2021-2025)

 Membenarkan pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dengan lebih


meluas
 Meneruskan budaya kecemerlangan profesionalisme dibimbing rakan sejawat
 Meningkatkan inovasi dan pilihan
 Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan keperluan
 Mengukuhkan dan mentransformasi kementerian

11 Anjakan Transformasi

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf


antarabangsa.
2. Memastikan setiap profesyen murid dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi.
6. Mengupayakan JPN, PPD dan sekolah menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian.
9. Bekerjasama dengan ibu dan bapa, komuniti dan sektor swasta secara
menyeluruh
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan untuk akaun liabiliti awam secara langsung.

8
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

11.6 Cabaran Perancangan Pembangunan Pendidikan

1. Akses pendidikan
Merupakan:

I. Penyelesaian masalah kadar keciciran yang signifikan bagi kumpulan murid


yang memasuki Ting. 1 hingga 5.
II. Menghadapi cabaran peningkatan peratus penyertaan dalam jurusan sains yang
masih rendah kepada sasaran 60:40 bagi jurusan sains dan teknologi
berbanding sastera.
III. Kemerosotan enrolmen ke Ting. 6
IV. Penyediaan peluang pendidikan menengah yang lebih luas kepada pelajar
miskin dan yang menghadapi masalah.

Contoh:

 27.7 jurusan sains dan teknologi peringkat menengah atas pada tahun
2000.
 10.4 % lepasan SPM memasuki Ting. 6 pada tahun 1997 tapi jumlah ini
menurun kepada 6.0% pada tahun 2000.

2. Ekuiti pendidikan

Merupakan:

I. Memenuhi peningkatan dan permintaan terhadap Sekolah Berasrama Penuh


(SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah
Teknik dan Vokasional (SMT/V)
II. Bagi tumpuan kepada sekolah menengah luar bandar.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Contoh:

 Sekolah di luar bandar menghadapi masalah pembangunan insfrastruktur


dan sangat bergantung kepada peruntukan kerajaan berbanding sekolah
menengah di bandar.
 Keperluan menempatkan 100% tenaga pengajar siswazah di sekolah
menengah menjelang tahun 2010.

3. Kualiti Pendidikan

Merupakan:
Keperluan penambahbaikan dan pemantap program-program pendidikan
menengah sedia ada serta program-program tertentu

9
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

Contoh:

 Peningkatan kualiti meliputi infrastruktur pendidikan sains dan teknologi,


penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris , bahan bantu mengajar, bentuk
penilaian, kurikulum , kebajikan pelajar, keupayaan kurikulum merealisasikan
FPK, jumlah guru terlatih dan pengkukuhan program pendidikan khas.

4. Jurang Pendidikan

Merupakan:

I. Wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap
keupayaan pelajar.
II. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar,
penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar.

Contoh:

 Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada


kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan
pelajar dan guru.
 Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan
menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko
tinggi untuk tercicir daripada sistem pendidikan.

5. Perpaduan
Merupakan :

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


I. Sekolah memainkan peranan yang penting untuk menyatupadukan
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa untuk menjalankan
hubungan baik dan saling bertoleransi.

Contoh:

 Melalui sistem persekolahan, mereka yang berbilang bangsa dapat saling


kenal mengenali dan berinteraksi dengan baik.
 Wujud hubungan antara masyarakat dan seterusnya membina perpaduan
yang kukuh.

10
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

11.7 Transformasi Nasional 2050 (TN50)

11.7.1 Pengertian

Satu usaha untuk membentuk masa depan bagi negara Malaysia untuk tempoh
2020-2050 . Dari sebuah negara maju, kita harus menyusun untuk menjadi
negara teratas di tangga dunia khususnya dalam bidang ekonomi, sejahteraan
rakyat dan inovasi.

11.7.2 Matlamat

Matlamat
 Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menghapus pengenalan
kaum mengikut fungsi ekonomi
 Menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.
 Menjadi negara 20 teratas dalam pembangunan, kemajuan sosial dan
kemajuan ekonomi

11.7.3 Latar Belakang

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Pembentukan : Diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib
Tun Razak pada pembentangan bajet 2017, ianya merupakan satu bentuk
wacana nasional untuk menentukan hala tuju negara dan ia juga menjangkaui
proses dan gerak kerja selama 3 dekad selepas 2020 dan sekaligus mahu
meletakkan Malaysia antara 20 negara yang terbaik dunia.

11
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

11.7.4 Fokus Utama TN50

Fokus Keterangan

-Masyarakat yang terbuka dan bersemangat iaitu masyarakat yang


bersikap terbuka, bertoleransi dan berfikiran sivik.

-Masyarakat yang saksama


Fokus 1
Nilai Murni
-Penghormatan terhadap warisan yang pebagai dan berbilang
budaya.

-Identiti nasional yang kukuh dan utuh.

-Model pentadbiran awam yang efektif dan seimbang

-Kerajaan yang efektif dan adaptif.


Fokus 2
Urus Tadbir -Demokrasi yang matang dan berterusan serta menggalakkan politik
yang inklusif.

-Sektor sosial dan masyarakat yang dinamik.

-Persekitaran hidup yang sihat, mampan, efisyen dan selamat.

-Alam sekitar yang mampan dan terpelihara.

Fokus 3 -Jaringan infrastruktur yang maju dan terhubung.


Persekitaran
-Akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti dan harga yang
berpatutan.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


-Keamanan dan keselamatan untuk semua rakyat.

-Ekosistem pembelajaran yang releven, menyeluruh dan berterusan.

-Sistem pendidikan bertaraf dunia dengan menyediakan kemahiran


kritikal masa hadapan.
Fokus 4
Pendidikan -Budaya pembelajaran sepanjang hayat dan peningkatan kemahiran
secara berterusan.

-Pendidikan holistik yang seimbang antara akademik dan kemahiran


teknikal.

-Penyampaian pembelajaran yang efisyen menerusi teknologi.

12
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

-Ekonomi yang berdaya saing dan terkehadapan, dipacu oleh tenaga


kerja yang berkembang maju.

Fokus 5 -Produktif, inovatif dan amat kompetitif.


Pekerjaan
-Didorong oleh kemajuan sains dan teknologi.

-Merupakan hub peluang pekerjaan yang releven dan menarik.

-Persekitaran hidup yang sihat, mampan, efisien dan selamat.

-Memupuk komuniti yang berkembang maju dalam seni dan budaya.


Fokus 6
-Pilihan aktiviti dan tempat rekreasi yang pelbagai.
Gaya Hidup
-Budaya sihat dan gaya hidup aktif.

-Persekitaran komuniti yang ramah.

-Pengaruh utama di Pentas Global.

Fokus 7 -Suara Asia Tenggara


Meletakkan
-Contoh unggul negara Islam yang moden
Malaysia di
Pentas global
-Duta pilihan dalam aspek kemanusiaan global.

-Pemimpin dalam pertubuhan antarabangsa utama.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

13
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

11.8 Glosari

Transformasi
Nasional Inisiatif untuk membentuk Malaysia menjadi sebuah Negara yang memenuhi
20150 aspirasi penduduknya

Wawasan Satu gagasan strategi atau imaginasi moral jangka panjang serta memberi
2020 arah tujuan dan sasaran Negara untuk mencapai status Negara maju

Anjakan Peralihan pemikiran dan pengetahuan dari satu lingkungan kepada sesuatu
Paradigma yang baharu dan lebih baik

Pengimbangan pembangunan fizikal yang berteraskan ilmu pengetahuan


Modal Insan dan kemahiran yang merangkumi nilai, etika dan minda yang progresif serta
kesedaran budaya yang tinggi

Manusia yang mempunyai keperibadian yang hebat, nilai-nilai terpuji, bersifat


Jati diri
mulia dan kental

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Seseorang yang mempunyai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan
Model
mengira) serta sentiasa berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan
Intelektual
ilmu dan berkemahiran untuk berfikir secara kreatif,kritikal dan reflektif.

Kurikulum Aktiviti dalam pelajaran yang telah ditetapkan secara rasmi

Sektor Pihak yang menjalankan fungsi-fungsi pengurusan mengikut cara atau


swasta pilihan masing-masing.

14
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

11.9 Latihan

11.9.1 Aktiviti Kreatif


6

1 9

2 7

4 9

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Melintang
1. Program dan projek dilaksana bagi mencapai keutamaan misi nasional iaitu menambah baik sistem
pendidikan serta meningkatkan _______________ (inovasi)
2. Antara keutamaan dalam perancangan pendidikan adalah program pendidikan dan serta penekanan
________________ (kurikulum)
3. Bahasa ____________ (Inggeris) diberi penekanan dan perlu diperbaiki melalui program pendidikan
yang dirancangkan oleh pihak kerajaan
4. Kerajaan mengambil langkah ____________ (holistik) bagi memperkukuh sistem pendidikan dan latihan
5. Sektor ___________ (swasta) digalak menyediakan pendidikan di peringkat tertiar

Menegak

Antara bidang keutamaan dalam perancangan pendidikan adalah sekolah perlu dilengkapi dengan
kemudahan ______ (ICT)
Sukatan pelajaran sains juga merangkumi mekatronik, bio-teknologi dan _____________ (mikroelektronik)
Pelajar digalakkan untuk berfikir secara kritikal dan __________ (kreatif)
Anjakan daripada budaya kesan nyata dikenali sebagai ____________ (output)
Anjakan kepada budaya keberhasilan juga digelar sebagai _____________ (outcome)

15
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

11.9.2 Latihan Objektif & Esei


Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Aras Kognitif
Topik Jumlah
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Penilaian Reka cipta
Perancangan
Pembangunan
Pendidikan berdasarkan S3 S2 S2 S1 4
rancangan
pembangunan Malaysia
Transformasi
pendidikan holistik S5 1
di Malaysia.
Pelan Induk
Pembangunan S3 1
Pendidikan 2006 -
2010 (PIPP).
Cabaran perancangan
Pembangunan S1 1
pendidikan.
Tranformasi Nasional
2050 S4 S4 2

Jumlah Soalan Objektif 1 1 2 1 - 5

Jumlah Soalan Esei 1 1 1 1 - 4

Latihan Objektif

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


ARAHAN: Berikut ialah 5 soalan aneka pilihan. Jawab SEMUA soalan.

1. Antara yang berikut yang manakah arah perkembangan pendidikan Negara di dalam RMK-10 2011 hingga 2015.
i. Mengambil langkah holistik bagi memperkukuh sistem pendidikan dan latihan, bermula daripada pendidikan
awal kanak-kanak sehingga peringkat pengajian tinggi.
ii. Menyediakan infrastruktur pengajaran dan pembelajaran yang terbaik
iii. Memastikan kualiti guru dan tenaga pengajar mencapai tahap yang sewajarnya.
iv. Membangunkan modal insan demi memacu transformasi Negara kearah ekonomi berasaskan pengetahuan.

A. i , ii , iii
B. i , ii, iv
C. i , iii , iv
D. ii , iii, iv

16
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

2. Penekanan kurikulum dalam perancangan pendidikan adalah kemahiran,pengajaran dan pembelajaran serta

A. Pendidikan Rendah
B. Berfikir secara kreatif dan kritis
C. Sistem pentaksiran
D. Pelbagai kecerdasan

3. Berikut adalah keutamaan dalam perancangan pendidikan kecuali

A. Penekanan Kurikulum
B. Bidang keutamaan
C. Program pendidikan
D. Pembinaan jati diri

4. Apakah pendekatan digunakan KPM untuk mencapai hasrat menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua?

A. Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira kaum
B. Menerapkan unsur futuristik berteraskan ICT
C. Melahirkan modal insan yang menyeluruh dan bersepadu
D. Menggalakkan dan memaksimumkan kreativiti dan inovasi.

5. Untuk merealisasikan reformasi pendidikan , guru harus memainkan peranan sebagai agen perubahan. Ini
bermakna guru harus menukarkan rutin yang diamalkan dulu dengan ………………
i. Menggunakan strategi berpusatkan murid
ii. Melaksanakan program pendidikan bersepadu
iii. Mengandaikan murid bersifat homogen dan heterogenus
iv. Mengurus dan membimbing secara demokratik dan kasih sayang.

A. 1,11 sahaja
B. III, IV sahaja
C. I,II,IV sahaja

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


D. I, II,III, dan IV

Latihan Esei

ARAHAN : Berikut ialah 3 soalan esei. Jawab SEMUA soalan.

1. Hujahkan kaedah terbaik untuk mengatasi cabaran dalam pendidikan untuk


merealisasikan hasrat Wawasan 2020.
2. Analisiskan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia peringkat gelombang
pertama (2013-2015) ke arah memajukan pendidikan negara.
3. Bagaimanakah anda (sebagai guru) dapat melaksanakan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia peringkat gelombang kedua (2015 – 2020) dengan jayanya.
Bincangkan.
4. Transformasi Nasional 2050 membawa kepada perubahan pendidikan secara holistik di
Malaysia. Bincangkan.

17
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

11.9.3 Skema Jawapan

Jawapan Latihan Objektif

1. A

2. C

3. D

4. A

5. C

Jawapan Latihan Esei

(Soalan 1)

Kaedah menangani cabaran kearah merialisasi pencapaian matlamat pendidikan bertaraf dunia.

1. Meningkatkan profesionalisme perguruan

Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan ilmu
pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dapat mengembangkan
profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya,
mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan
dan perubahan. Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi
mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain, profession

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial
yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan.
Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah,
murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan masyarakat
setempat. Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada
profesyen perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profesyen perguruan yang dinamis
perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa memperbaiki dan mempertahankan etika
profesionalisme pendidikan, berbanding dengan tugas yang mengabdikan diri sebagai golongan
pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong
belajar seumur hidup (life long learning), belajar untuk mengubah dan belajar untuk berubah.

2. Mengatasi masalah "Brain Drain" di kalangan pensyarah

Namun apa yang menyebabkan wujudnya masalah 'brain drain' antaranya ialah layanan yang mereka
terima berbanding dengan pensyarah yang berrkhidmat di luar negara. Wan Mokhtar mempersoalkan
apakah adil hanya menggangapkan pensyrah yang berkhidmat di luar negara ditawarkan dengan gaji
yang berlipat ganda apabila kembali ke Malaysia, sedangkan antara keduanya mempunyai kemahiran

18
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

dan pendedahan yang sama. Dalam menangani isu ini, ia melibatkan banyak pihak. Namun begitu ia
bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Kerajaan sebagai tunggak, hendaklah peka dengan keperluan dan
tuntutan semasa institusi pengajian tinggi awam agar penghijrahan keluar pensyarah dapat di atasi.
Jangan biarkan pensyarah meminta-minta hak mereka kerana martabat pensyarah amat tinggi
kedudukannya.

3. Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan

Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi
memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. langkah-langkah perrlu dibuat bagi
memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari
segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah,
aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya. Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah
perlu di ambil kira sebagai kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya
maju dan cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa
kejayaan dan penghargaan diri.

(Soalan 2)

Kementerian memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepatkan perubahan
kaedah pelaksanaan program. Dalam tempoh pelaksanaan ini, tumpuan akan diberikan kepada kaedah
peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem,
meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan melatih
pengetua/guru besar, dan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan
numerasi menerusi program pemulihan yang intensif). Kementerian juga akan mengukuhkan dan
memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri dan daerah untuk meningkatkan kualiti
sokongan yang diberikan kepada kumpulan barisan hadapan ini bagi membantu semua sekolah.
Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan
sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan. Antara inisiatif Kementerian dalam
Gelombang 1 adalah:

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


1. Meningkatkan standard pengajaran melalui bimbingan guru secara khusus terutamanya dalam
mata pelajaran teras (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains).
2. Mereka bentuk semula soalan peperiksaan supaya lebih menjurus kepada soalan kemahiran
berfikir aras tinggi.
3. Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM melalui pengukuhan kurikulum, pengujian dan latihan
guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod (blended learning).
4. Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia SJK yang direka
bentuk untuk murid yang bahasa ibundanya bukan bahasa Malaysia.
5. Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pengujian dan latihan semula
guru, memperluas LINUS, dan menyediakan sokongan pemulihan serta model pembelajaran
pelbagai mod (blended learning).
6. Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk mengintegrasi ICT dalam pembelajaran
harian.
7. Melaksana Program Transformasi Daerah dengan tumpuan kepada sekolah berprestasi rendah
termasuk murid berkeperluan khusus untuk memacu prestasi sekolah.
8. Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan dan meningkatkan standard kemasukan bagi guru
baharu.

19
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

9. Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar yang berdedikasi untuk sekolah Band 5,6 & 7
dan mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi meningkatkan kualiti
kepimpinan sekolah.
10. Mentransformasi Kementerian dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk menerajui jawatan
penting di JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi sistem penyampaian.
11. Meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah melalui kempen galakan enrolmen,
lebih pelibatan ibu bapa, dan program vokasional yang lebih baik.
12. Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan kerjasama dengan
sektor swasta.

(Soalan 3)

Sebagai guru, saya menyokong menerusi pengukuhan pendidikan STEM. Pendidikan STEM adalah
pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik murid dalam empat bidang iaitu Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia
sebenar. Pendidikan seperti ini dapat menarik minat murid melalui aktiviti yang mencabar, menyeronok
dan bermakna. Guru harus mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai matapelajaran tersebu
untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan
alam sekitar. Antara ciri-ciri PdP STEM yang dikenalpasti adalah melibatkan pelajar mengaplikasikan
kemahiran mereka bentuk, memberi peluang pelajar menambah baik jawapan dan melibatkan pelajar
dalam kerja berpasukan yang produktif.

Selain itu, sebagai guru perlu mengamalkan sikap ‘belajar untuk mengajar’ supaya dapat menyediakan
pengalaman pembelajaran murid bagi mencapai hasrat Negara untuk membangunkan generasi yang
mempunyai kemahiran abad-21. Guru yang komited, beliau seharusnya bersikap terbuka dengan
melihat teknologi sebagai perkara positif dan melengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran TMK
seperti menghadiri kursus-kursus, membuat bacaan dan minta tunjuk ajar daripada pakar yang lebih
kerap dan sistematik. Disamping itu, guru pada abad ke-21 perlu teus mempelajari teknologi terkini yang
dapat menggalakkan pembelajaran murid serta memenuhi tujuan peningkatan professional guru sendiri.
Dalam hal ini, guru seharusnya mengamal ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan pedagogi PdP
yang terkini. Setiap guru perlu memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar.

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


(Soalan 4)

Kesemua anjakan transformasi pendidikan 2050 akan memberi impak yang holistik kepada murid, guru,
pemimpin sekolah dan juga pegawai kementerian. Diantara impak transformasi kepada murid adalah
murid akan mendapat manfaat yang signifikan dalam perkembangan pendidikan tanpa mengira latar
belakang selain dapat belajar dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif. Dari sudut keguruan pula,
guru akan meningkatkan keupayaan bertaraf dunia yang diperlukan bagi membantu mencapai
keberhasilan murid yang dihasratkan. Dengan pakej kerjaya guru baru, mereka akan menikmati
perkembangan professional yang lebih memuaskan, laluan kerja yang lebih baik dan proses penilaian
yang telus dan adil serta berkait terus dengan keupayaan dan prestasi yang relevan. Bagi pemimpin
sekolah pula, mereka akan mendapat sokongan dan sumber yang mereka perlukan bagi memacu
sekolah yang berkesan. Bagi pegawai kementerian mereka akan bertindak sebagai pemimpin
perubahan, dengan kemahiran dan atribut yang diperlukan untuk menyokong sekolah. Seiring dengan ini,
mereka akan menjadi pengurus, pembimbing dan penyokong kecemerlangan sekolah yang lebih baik.
.

20
Perkembangan Terkini Pendidikan di Malaysia

Carian Maklumat

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-


2010. KPM: Putrajaya.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010. KPM:


Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.

https://www.moe.gov.my/images/carta/Laluan_Pendidikan_Di_Malaysia.pdf

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/02/386674/jelajah-jelaskan-isu-
perkembangan-pendidikan

https://ctshaasbie.files.wordpress.com/2012/05/kuliah-11.ppt

KPF4013: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

21

Anda mungkin juga menyukai