Anda di halaman 1dari 1

MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN: STATUS GURU CEMERLANG

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menggariskan enam teras strategi mampu
memartabatkan sistem pendidikan Malaysia di mata dunia. Teras strategi kelima iaitu
Memartabatkan Profesion Keguruan berperanan meningkatkan martabat profesion keguruan
dan menjadikan profesion ini kembali dihormati sesuai dengan amanah yang
dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi pada masa hadapan.

Guru Cemerlang sebagai model dalam organisasi pendidikan memainkan peranan yang penting
melalui proses pembinaan modal insan berkualiti untuk masa depan negara ke arah
memartabatkan profesion keguruan. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa
menjadikan profesion keguruan dipandang tinggi oleh masyarakat. Oleh sebab itu kualiti,
kerjaya dan kebajikan Guru Cemerlang sentiasa diberikan perhatian.

Guru Cemerlang dikehendaki melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan
mencapai kadar dan tahap yang cemerlang seperti diperincikan dalam Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM). Peranan dan tanggungjawab adalah seperti berikut:
i. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran
kepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri murid mengikut tahap yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
ii. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan dengan
mata pelajaran atau bidang pengkhususan.
iii. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan bimbingan guru dalam mata
pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
iv. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, meneroka inovasi
dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan
membentang hasilnya.
v. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Pengarah
Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai