Anda di halaman 1dari 1

Harapan Dan Wawasan Anda Sebagai Seorang Guru Cemerlang PJPK

Salah satu saluran dan agen terpenting untuk mencapai matlamat pendidikan dan cita-cita
Negara adalah melalui penglibatan aktif pelajar dalam kegiatan-kegiatan jasmani, sukan dan
permainan. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) dipertanggungjawabkan
membentuk perkembangan tingkah laku yang diterima masyarakat melalui proses sosialisasi
yang ketara. Sebagai satu disiplin serta sumber ilmu yang informal, PJK merupakan media
yang amat berkesan bagi mencapai Matlamat Pendidikan Negara amnya.
Secara rasional, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) adalah penting
dan diperlukan bagi mempelajari kemahiran-kemahiran pergerakan harian dalam sukan, gaya
hidup sihat dan amalan kesihatan yang baik, ini dapat membantu seseorang mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang. PJK juga dapat membimbing tingkah laku seseorang supaya
berfungsi sebagai seorang yang bijak. Ia boleh menyedarkan orang ramai bahawa PJK dapat
memberi sumbangan kepada nilai kemasyarakatan. Bidang PJK mempunyai matlamat yang
bersangkut-paut dengan matlamat pendidikan iaitu untuk mendidik seseorang pelajar secara
menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Terbentuknya Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) SMK
Setapak Indah ini, berfungsi dan berperanan untuk membantu memantapkan pengurusan
Kurikulum dan Kokurikulum sekolah. Keupayaan Ketua Panitia dan semua ahli panitia PJK
untuk memikul tanggungjawab masing-masing dengan cekap dan komitmen akan turut
membantu pentadbir sekolah ke arah mencapai matlamat yang telah dikenalpasti
Dengan terhasilnya blue print ini, Ketua Panitia PJK dan pihak-pihak yang terbabit boleh
menggunakannya sebagai garis panduan untuk menyelia, mengawal, memimpin dan
seterusnya membimbing ahli-ahli panitia bergerak senada dan seiring dengan Misi dan Visi
SMK Setapak Indah.

Anda mungkin juga menyukai