Anda di halaman 1dari 6

ABD HANIF BIN MAD SHAH Kod Kursus : PKUK2063P

PITO Pendidikan Khas Ambilan 2020 Angka Giliran : 2020142430001

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses bertujuan untuk meningkatkan prestasi


manusia melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki.Dengan
itu pendidikan jasmani berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-
kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum
dan keadaan baik;memperoleh pengetahuan dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap
aktiviti fizikal.

2.0 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Pendidikan Jasmani Suaian pula ialah modifikasi kepada aktiviti pendidikan jasmani
tradisional bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk
mengikuti program pendidikan jasmani dengan selamat, berjaya serta mencapai kepuasan.
Prinsip utama dalam modifikasi aktiviti adalah supaya pengubahsuaian aktiviti mengambil
kira potensi individu untuk melakukan aktiviti tersebut.

Pengurusan program Pendidikan Jasmani Suaian di sekolah mengandungi beberapa


aspek kepentingan seperti untuk memperkembangkan potensi individu secara maksimum,
mengintergrasikan bidang psikomotor, afektif dan kognitif serta penumpuan kecergasan
fizikal.Murid-murid yang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani Suaian perlulah dikenalpasti
terlebih dahulu.

Terdapat tiga kaedah penting yang perlu digunakan untuk tujuan itu iaitu
pengenalpastian mengikut kategori keperluan khas iaitu umur, jantina dan tahap
kesihatan.Selain itu, ia juga boleh melalui IEP (Individualized Education Programme) PL 94
-142 dan IDEA ( Individuals with Disabilities Education Act (0-21 tahun).

2.1 Definisi dan Konsep Pendidikan Jasmani Suaian

PJ Suaian didefinisi sebagai pelaksanaan pendidikan jasmani yang diajar berdasarkan


kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubah suai berdasarkan keperluan dan kesesuaian
MBK mengikut ketidakupayaan yang dialami. Ia merangkumi perkembangan kecergasan
fizikal dan lakuan motor, perkembangan kognitif, sosial, emosi dan afektif, serta
perkembangan kemahiran-kemahiran seperti sukan, permainan, tarian secara individu atau
kumpulan.

1
ABD HANIF BIN MAD SHAH Kod Kursus : PKUK2063P
PITO Pendidikan Khas Ambilan 2020 Angka Giliran : 2020142430001

Konsep PJ Suaian disesuaikan daripada aktiviti Pendidikan Jasmani tradisional,


bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti
program Pendidikan Jasmani dengan selamat dan berjaya serta mencapai kepuasan diri.
Faktor utama yang perlu diambil kira dalam melaksanakan PJ Suaian ialah potensi dan
keupayaan individu untuk melakukan aktiviti tersebut.

2.2 Matlamat Pendidikan Jasmani Untuk MBK

Murid-murid berkeperluan khas yang mengalami kesukaran dalam menjalankan aktiviti


sangat memerlukan pendekatan yang berbeza kepada murid yang normal. Pendekatan
yang berbeza diperlukan mengikut kemampuan dan kebolehan murid berkeperluan khas
tersebut. Ini bertujuan untuk memastikan agar mereka dapat mengikuti dan mampu
menjalankan aktiviti yang telah dirancang serta disediakan untuk mereka.

Justeru itu, Pendidikan jasmani untuk golongan ini memerlukan pendekatan yang
berbeza mengikut kemampuan kerana mereka tidak boleh menjalani sesi pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan pendekatan seperti golongan yang normal. Sukatan
pelajaran dan pendekatan yang tersendiri adalah diperlukan kepada mereka. Oleh kerana
golongan ini mempunyai perbezaan dari segi tahap keupayaan maka keperluan dan
kemudahan yang digunakan hendaklah mengikut kesesuaian dengan keadaan mereka.

Proses untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih untuk
mencapai keputusan yang dikehendaki dan berkait rapat dengan pemilihan dan
penghalusan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan
untuk kesihatan, memperolehi pengetahuan dan pembangunan sikap positif terhadap aktiviti
fizikal.
   
Pendidikan jasmani ini adalah untuk meningkatkan peningkatan fizikal, belajar bekerjasama
dari segi sosial dan dari segi mental pula ianya dapat melatih mental kita belajar dan
berkembang.kemahiran motor kasar, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan motor
individu ke tahap yang hampir sama dengan tahap kemampuan pendidikan jasmani rakan
sebaya (populasi normal). Objektif utama program ini adalah untuk merapatkan jika mungkin
jurang umur perkembangan (keupayaan) dan umur kronologi (hayat ).

2
ABD HANIF BIN MAD SHAH Kod Kursus : PKUK2063P
PITO Pendidikan Khas Ambilan 2020 Angka Giliran : 2020142430001

3.0 PENDIDIKAN KESIHATAN 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), kesihatan membawa maksud perihal
sihat, kesegaran dan kebaikan keadaan manakala pendidikan merujuk kepada perihal
mendidik.

Menurut Marx dan Wooley (1998), Pendidikan Kesihatan  merupakan  pembelajaran di


bilik darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi dan
sosial, memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran berkenaan kesihatan.

Menurut Green (1980), Pendidikan Kesihatan juga merupakan pengalaman


pembelajaran yang dibentuk bagi memudahkan adaptasi dan tingkah laku yang kondusif
untuk kesihatan.

Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah untuk Pendidikan Khas Masalah


Pembelajaran, subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan diajar kepada murid bermasalah
pembelajaran yang berada di tahap dua persekolahan (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2013). 
 
3.1 Definisi dan Konsep Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat


pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan
literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa
bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.
Pengajaran dakan pembelajaran PK yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke
tahap kesihatan optimum (KPM, 2014).

Kesihatan diri perlu dijaga supaya MBK juga dapat hidup selesa dan gembira. Oleh itu,
menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga kesihatan diri dipraktikkan
dengan sebaik mungkin. Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri, MBK dapat
melakukan berbagai aktiviti yang mereka suka. Sebagai contoh, mereka dapat bemain bola
sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya mereka akan lebih gembira kerana dapat
melakukan aktiviti yang diminatinya. Selain itu,apabila MBK menjaga kesihatan kita dengan
baik, mereka dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru
sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita

3
ABD HANIF BIN MAD SHAH Kod Kursus : PKUK2063P
PITO Pendidikan Khas Ambilan 2020 Angka Giliran : 2020142430001

tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema,
demam, sakit perut dan lain-lain lagi.

Di samping itu, MBK yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang
halangan yang menyebabkan mereka tidak boleh hadir ke sekolah. Jika mereka sakit sudah
tentu mereka merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.
Mereka mungkin akan dikuarantinkan di rumah dan menyebabkan mereka akan kerugian
dalam pelajaran. Kesimpulannya, melalui penjagaan kesihatan secara fizikal dengan baik
akan membantu untuk berfikiran secara baik. Bak kata pepatah minda yang cerdas datang
daripada tubuh badan yang sihat.

3.2 Matlamat Pendidikan Kesihatan Untuk MBK

1. Melahirkan murid bermasalah pembelajaran yang berilmu pengetahuan tentang


kesihatan.
 Di sekolah, murid diberi pendedahan ilmu tentang kesihatan fizikal, kesihatan sosial,
kesihatan mental, kesihatan emosi, kesihatan persekitaran dan kesihatan rohani.
 Membantu meningkatkan pengetahuan, membentuk sikap, membina kemahiran
dan membolehkan murid membudayakan gaya hidup sihat dalam kehidupan harian.
 Contohnya, murid akan mempelajari cara menjaga kebersihan seluruh anggota
badan seperti kebersihan mulut, kebersihan rambut dan kebersihan kulit.

2. Memupuk sikap betanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri.


 Di sekolah, murid diberi peluang untuk mempratikkan pengetahuan kesihatan yang
telah dipelajari.
 Membantu menguasai dan mengaplikasikan kemahiran penjagan kesihatan diri
dengan betul.
 Menyedari kepentingan kesihatan diri lalu mencuba untuk mengubah tabiat dan
sikap yang boleh menjejaskan kesihatan diri bagi meningkatkan kualiti kesihatan. 
 Contohnya, murid mungkin telah mengetahui kepentingan memberus gigi tetapi
mereka belum mengetahui cara memberus gigi dengan betul, maka murid
akan diberi latihan tentang cara dan urutan yang betul apabila memberus
gigi selepas sesi pembelajaran dijalankan. 

3. Membantu murid bermasalah pembelajaran mencapai tahap kesihatan yang optimum. 


 Murid akan sentiasa peka dan berusaha untuk menghindari diri daripada penyakit
serta dapat melatih diri untuk sentiasa berada dalam keadaan bersih.

4
ABD HANIF BIN MAD SHAH Kod Kursus : PKUK2063P
PITO Pendidikan Khas Ambilan 2020 Angka Giliran : 2020142430001

 Membantu murid mengenali dan memahami perasaan diri sendiri dan orang lain
supaya dapat mengawal emosi sendiri dan memahami perasaan orang lain.
 Murid dapat memahami tanggungjawab dan perasaan setiap ahli keluarga di
samping belajar cara menjalin hubungan berkekalan dengan ibu bapa, ahli keluarga,
rakan sebaya serta orang lain.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya ,para guru memainkan peranan di dalam menjayakan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan itu sendiri sekaligus akan menjunjung aspirasi pendidikan yang
mahu meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. (Montel, 2011) Subjek Pendidikan
Jasmani amat penting kerana menjadi salah satu tunjang di dalam aspirasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu di dalam tunjang aktiviti fizikal dan nilai estetika yang secara
sinonimnya kedua-dua aspek ini dapat diadun dengan baik jika dilaksanakan dengan
baik.Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya bagi
melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek,
emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan
menjadi kenyataan.

5
ABD HANIF BIN MAD SHAH Kod Kursus : PKUK2063P
PITO Pendidikan Khas Ambilan 2020 Angka Giliran : 2020142430001

Rujukan :

Kamarudin Husin. (2010). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur : Unipress Publications


& Distributors Sdn. Bhd.

Akhiar Pardi,. & Shamsina Shamsudin. (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Martin, E. (2016). A Teacher’s Guide to Adapted Physical Education: Including Students


with Disabilities in Sports and Recreation (4th ed.). Baltimore: Paul H.Brooks Publishing.

Meeks, L.,Heit, P., & Page. R.(2013). Comprehensive School Health Education. Totally
Awesome Strategies for Teaching Health (8th ed.). United States: Mc Graw Hill.

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan


Kesihatan (2003), Kursus Orientasi Jurulatih Utama Kurikulum.

St John Ambulance. (2014). First aid manual (10th ed.). UK: Author

Kementerian Kesihatan Malaysia. Portal MyHEALTH:


http://www.myhealth.gov.my/

Shils, M., et al. (2006). Modern Nutrition in Health and Disease. Philadelilphia, Lippincott
Williams & Wilkins.

Winnick, J., P., & Porretta, D., L. (2016). Adapted Physical Education and Sport (6th ed.).
United States:Human Kinetics.

Williams, M.H., Anderson. D.E., & Rawson. E.S.(2013). Nutrion for Health, Fitness & Sport
(10th. ed). United States:McGraw Hill.

Winnick, J., P. (2011). Adapted Physical Education and Sport. United States, Human
Kinetics.

Anda mungkin juga menyukai