Anda di halaman 1dari 8

Hala Tuju Pendidikan Teknik dan Vokasional

Syarin Nadia Yaacob


Abstrak
Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional (PTLV) merupakan satu
mekanisma yang membekalkan individu kearah kerjaya yang pelbagai. Transfromasi
Pendidikan Vokasional merupakan proses perekayasaan (reengineering) kembali
sistem pendidikan vokasional supaya ianya menuju ke matlamat agenda Transformasi
Malaysia. Hala tuju PTV ini dapat dilihat dengan pelaksanaan transformasi PTV dan
juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pelan strategi yang dibina
menunjukkan hala tuju pendidikan teknik adalah ke arah pendidikan yang lebih tinggi.
Menerusi kurikulum yang diolah, Malaysia dilihat akan melahirkan graduan PTV
yang lebih ramai bagi memacu industri negara.

Kata kunci: Hala Tuju PTV, Pendidikan Teknik dan Vokasioanl,Transfromasi PTV,
Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia

1.0

Pengenalan
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan satu mekanisma
yang membekalkan individu kearah kerjaya yang pelbagai. PTV ini
memainkan peranan penting bukan sahaja di Malaysia malahan UNESCO
serta pertubuhan lain termasuklah bank dunia meletakkan PTV ini sebagai
agenda utama dalam pertumbuhan ekonomi (UNEVOC, 2013). Di Malaysia
selain melahirkan modal insan berkompentensi tinggi untuk menyokong
perkembangan ekonomi negara, PTV juga diwujudkan bagi menyediakan
akses dan ekuiti pendidikan kepada semua murid (Dasar Pendidikan
Kebangsaan, 2012). Hala tuju PTV ini dapat dilihat dengan pelaksanaan
transformasi PTV dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

2.1

Pendidikan Teknik Latihan dan Vokasional (PTV)

Pendidikan di Malaysia telah bermula sebelum era kemerdekaan,


sebelum kedatangan penjajah, pendidikan di Malaysia adalah berbentuk bukan
formal iaitu sistem pendidikan agama yang berbentuk sekolah pondok.
Kehadiran penjajah telah mengubah corak pendidikan kepada sistem
pendidikan plural, dimana aliran sekolah khusus dibuka untuk kaum-kaum
tertentu seperti sekolah Aliran Melayu, Inggeris, Agama, Cina dan Tamil
sewaktu pemerintahan penjajah. Pada tahun 1905, sekolah teknik yang
pertama telah ditubuhkan bagi bertujuan melahirkan pembantu-pembantu
juruteknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Tanah Melayu dan Jabatan
Ukur. Sewaktu Jepun menguasai Tanah Melayu (1941-1945) iaitu pada perang
dunia kedua, sekolah aliran teknik dan maktab teknik dalam bidang
telekomunikasi, maritim, perikanan pertanian dan pembinaan telah
diwujudkan bagi menggantikan pendidikan menengah.
PTV diperkembangkan lagi menerusi dasar dalam Ordinan Pelajaran
1952 dan seterusnya pendidikan teknik terus diberi perhatian apabila disebut
secara khusus dalam Laporan Rahman Talib iaitu pada tahun 1960 dimana
salah satu di antara empat perkara yang digariskan iaitu memberi penekanan
kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir
(Abdullah Sani, 2003). Pendidikan Teknik terus diperluaskan lagi menerusi
Rancangan Malaysia Kedua RMK2 (1966-1970) dengan membuka beberapa
sekolah Menengah teknik dan Vokasional iaitu dengan memperkenalkan
bidang Pertukangan, Pertanian, Sains Rumah Tangga dan Perdagangan.
Pendidikan Teknik dan Vokasional terus diperkasakan dengan
pertambahan bilangan sekolah teknik dan vokasional pada tahun 2005 iaitu
sebanyak 90 buah sekolah dimana semua sekolah vokasional telah ditukar
menjadi sekolah teknik dan enrolman bertambah daripada 30,691 pada tahun
1990 kepada 72,838 pada tahun 2005 (Pelan Induk Pembangunan Negara
2006-2010, KPM 2006).
Banyak kajian yang telah dijalankan bagi mencungkil permasalahan
serta isu-isu bagi memperbaiki lagi sistem PTV. Tidak kurang juga suntikan
dana, bantuan serta kemudahan yang diberikan oleh kerajaan bagi
menaiktarafkan lagi PTV. Usaha-usaha ini adalah bagi memartabatkan sistem
2

PTV. Rentetan daripada itu beberapa inisiatif dan inovasi dilaksanakan bagi
menentukan Hala Tuju PTV yang berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPN).
2.1.1

Transformasi Pendidikan Teknik Vokasional


Meningkatkan hasil kualiti pelajar merupakan salah satu daripada
enam agenda yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA). Bagi menyumbang kepada Malaysia sebagai negara yang
berpendapatan tinggi, ianya menjadi lonjakan kepada transformasi pendidikan
yang mana ianya merupakan intipati dalam memperkasakan institusi
pendidikan (Aminuddin, 2011). Bertepatan dengan itu satu Pelan Strategik
Transformasi Pendidikan Teknik Vokasioanal diwujudkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2011. Ianya bagi
menjadikan PTV bersifat sejagat dan dijadikan sebagai
pengisian utama dalam usaha merealisasikan visi dan misi
destinasi pendidikan (Mohd Zulfadly, et al., 2011).
Transfromasi Pendidikan Vokasional merupakan proses perekayasaan
kembali sistem pendidikan vokasional supaya ianya menuju ke matlamat
agenda Transformasi Malaysia. Transfromasi Pendidikan Vokasional
dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik dalam tempoh sembilan tahun
iaitu bermula dari 2011 sehingga 2020.
Pelaksanaan pelan strategi ini melalui tiga iaitu fasa lonjakan yang

bermula pada 2011 hingga 2013, fasa peningkatan bermula pada 2014 hingga
2016 dan fasa pemerkasaan iaitu bermula pada 2017 hingga 2020. Setiap fasa
yang tersebut akan ditumpukan kepada pencapaian lima objektif iaitu:
1. Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah yang memiliki sijil
kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan badan pensijilan
kebangsaan.
2. Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah yang bersedia
melanjutkan pengajian vokasional ke peringkat yang lebih tinggi.
3. menghasilkan lepasan sekolah menengah atas yang mempunyai sijil atau
diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan-badan pensijilan kebangsaan.
3

4. Menghasilkan lepasan pendidikan menengah atas yang berupaya menjadi


usahawan yang berdaya saing.
5. Memperkasakan sistem penyampaian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
melaksanakan transformasi pendidikan vokasional.
Sejajar dengan itu, tindakan bagi pelaksanaan trasnformasi ini
dilaksanakan melalui lima strategi dalam lima bentuk inisiatif dan selanjutnya
sebelas tindakan strategik yang kritikal akan dikenalpasti bagi meningkatkan
kualiti PTV ianya merangkumi kurikulum, institusi, pengajaran dan pembelajaran,
pentaksiran, tadbir urus dan sumber manusia.
Melalui transformasi ini, PTV lanskap dan struktur pendidikan kebangsaan
dilihat akan berubah dimana adanya pilihan pintas iaitu pendidikan ke peringkat
diploma tanpa melalui Sijil Pelajaran Malaysia SPM melalui pewujudan Kolej
Vokasional di tingkatan tiga. Pelaksanaan ini akan memperlihatkan mata pelajaran
Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dilaksanakan seawal tingkatan satu hingga tiga
dengan menggantikan mata pelajaran MPV. Pelajar juga akan ditawarkan bagi
menduduki peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia pada tahap
satu dan dua dan berpeluang menduduki SKM pada tahap empat iaitu sekiranya
menyambung selama empat tahun ke peringkat diploma di Kolej Vokasional.
Lepasan pendidikan vokasional juga akan dapat berpeluang bagi melanjutkan
pengajian mereka ke paringkat yang lebih tinggi. Selain ianya menggalakkan
lepasan pendidikan vokasional ke pendidikan tinggi, mereka juga dapat bersedia
menyertai industri dan menjadi usahawan yang berdaya saing.
Rajah 1: Lanskap dan Struktur Pendidikan Kebangsaan selepas transformasi
Pendidikan
Tekniknik dan
Vokasional

Sumber: Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional, KPM


2011
2.1.2

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah dilancarkan pada

tahun 2013 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mana ianya
meliputi 11 anjakan yang akan dilaksanakan melalui tiga gelombang iaitu
gelombang pertama (2013-2015), gelombang kedua (2016- 2020) dan gelombang
ketiga (2021-2015). Ianya mengandungi hala tuju dasar untuk jangka masa
panjang bagi meningkatkan akses dan kualiti pendidikan kepada semua murid.
Untuk membangunkan serta menambah baik sistem pendidikan, pelan ini
dirangka berdasandarkan kepada tiga objektif iaitu:
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia
yang berfokuskan kepada penambahbaikan akses kepada pendidikan,
meningkatkan standard kualiti, merapoatkan jurang pencapaian (ekuiti),
menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan
keberkesanan sistem.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan
setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga 2025
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk
sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam
Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem
ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang
meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan
awam.

Dalam Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia 2015-2015 terdapat


10 lonjakan bagi kecemerlangan sistem pendidikan tinggi dimana empat
lonjakan pertama adalah melibatkan laluan pelajar dalam PTV. Anggaran
kepada peningkatan 2.5 kali ganda jumlah enrolmen PTV menjelang 2025,
telah dijangkakan tidak akan selaras dengan penawaran pekerjaan dalam
bidang ini. Kesan daripada ini menjadikan jumlah pelajar PTV masih rendah
terutamanya yang berkelayakan tinggi. oleh itu satu-satunya laluan kerjaya
5

adalah melalui pendidikan tinggi. Rentetan daripada itu kerajaan telah


mensasarkan kearah graduan PTV yang berkualiti bagi meningkatkan
kemahiran untuk memenuhi permintaan industri serta menambah peluang
kemajuan kerjaya. Pelaksanaan melalui kolej komuniti, kolej vokasional dan
politeknik dianggarkan akan berkembang menerusi kerjasama dengan industri
bagi menyelaraskan penawaran memenuhi permintaan.

Rajah 2: Sepuluh lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2015-2025

Sumber:
Ringkasan
Eksekutif
Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025,
KPM

3.0 Penutup
Perubahan-perubahan di Malaysia banyak disandarkan melalui perkembangan
pendidikan. Ini kerana pendidikan merupakan tunjang kepada pembangunan kemajuan
sesebuah negara. Melalui Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional serta Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia dapat dilihat bahawa kerajaan komited dalam
merencanakan hala tuju pendidikan teknik di Malaysia. Pelan strategi yang dibina
menunjukkan hala tuju pendidikan teknik adalah ke arah pendidikan yang lebih tinggi.
Menerusi kurikulum yang diolah, Malaysia dilihat akan melahirkan graduan TVET yang
lebih ramai bagi memacu industri negara.

Rujukan
Abdullah Sani Yahaya (2003), Siri Pendidikan Perguruan Perkembangan Pendidikan di
Malaysia, PTS Publication, Pahang
Aminuddin Awang Kechik, Reformasi dalam TVET: Perubahan Masa Hadapan, Journal of
Edupress, 2011, Vol 1: 336-341
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pelajaran
Malaysia
Mohd Zulfadly Othman, Rohana Hmzah, Ismail Sabri Norihan, Muhammad Afzamiman
Aripin, Dua Teras, Satu Destinasi: Pean Reformasi Strategik PTV Ke Arah
Pembangunan Sejagat, Journal Teknologi 2011, Vol 56 199:177 UTM Press

Nik Azis Nik Pa dan NorainiIdris (2008), Pembangunan Pendidikan di Malaysia: Cabaran
dan Harapan, Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia Pengalaman 50
tahun merdeka, Kuala Lumpur, Utusan Publication.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional, 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia
Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 20152025, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Revisiting Global Trends in TVET: Reflection on Theory and Practise, UNEVOC 2013

Anda mungkin juga menyukai