Anda di halaman 1dari 2

Prinsip KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini
dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik.
Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

Pendekatan
Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran
dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial.
Perkembangan
Individu
Secara
Menyeluruh
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.
Pendidikan
Saksama
Untuk
Semua
Murid
KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan
dan
kemahiran
yang
menyeluruh
dan
seimbang.
Pendidikan
Seumur
Hidup
KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas
untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.

Anda mungkin juga menyukai