Anda di halaman 1dari 81

SELF CARE

Lelaki & Wanita


MAKE YOURSELF A PRIORITY
SElf care
IF YOU DON'T LOVE YOURSELF,
YOU CAN'T LOVE OTHERS

DITULIS OLEH :

MTS
Dilarang menyalin,
menjual semula seluruh isi
meniru,

ebook ini tanpa izin dari


penulis.

LOVING OURSELF IS NOT SELFISH


MEMAHAMI MAKSUD SELF CARE

Bayangkan kita adalah sebuah kenderaan.


Kehidupan atau pekerjaan kita pula adalah sebuah
perjalanan. Kadang-kadang kita berada di jalan lurus,
terkadang di jalan bengkang-bengkok, ada masa kita
lalu di jalan yang sempit, ada yang berlubang dan
kadang bulatan seperti roundabout.

Macam-macam perkara yang kita jumpa disepanjang


perjalanan tu kan?

Jadi Self Care adalah tangki minyak untuk kita melalui


dan merentasi semua ini tidak kira bentuk apa pun
jalan itu di depan. Self Care akan buatkan kita terus
berjalan dengan tenang tak kira apa pun liku dan
masalahnya disepanjang perjalanan.

self care - lelaki & wanita 1


Self care secara mudah difahami adalah bermaksud
rasa peduli pada diri sendiri. Terlalu sibuk dengan
berbagai hal seperti pekerjaan dan orang-orang di
sekitar selalunya buatkan kita kerapkali mengabaikan
diri sendiri.

Kemudian kita penat dan lepaskan pula kemarahan,


keletihan dan kejenuhan kita pada pasangan atau lebih
sadis pada anak-anak. Yang kemudiannya
menghambat pula rasa bersalah pada diri sendiri
kerana selalu gagal mengawal emosi.

Ditambah pula dunia kehidupan seharian yang


menekan, pencemaran dan pelbagai masalah-masalah
hidup dapat mengeringkan energi mental dan fizikal
apatah lagi bila kita terpaksa hidup dengan wabak
covid-19 sekarang.

Disinilah perlunya Self Care.

Kita manfaatkan sedikit masa dan ruang untuk diri kita


supaya perasaan, emosi dan jiwa kita lebih aman,
mampu menjalani hari-hari seterusnya dengan lebih
baik.

self care - lelaki & wanita 3


Wajib kita lakukan sesuatu yang menyenangkan untuk
diri sendiri kerana jika dibiarkan emosi yang serabai
lama kelamaan semangat hidup akan menurun, fikiran
menjadi tidak fokus, mudah jadi pemarah dan hidup
langsung tak gembira.

Jadi bertenanglah.

Tidak ada ubat, tidak ada bacaan mantra tertentu dan


tidak ada hubungannya dengan magik yang
bertentangan dengan agama. Hanya Self Care iaitu
memberi ruang dan sedikit waktu kepada diri sendiri.

Semakin baik seseorang itu mampu merawat diri


dengan memberikan waktu untuk dirinya sendiri,
melakukan kegiatan yang disukai atau mencipta
beberapa aktiviti baru khas untuk diri maka makin
banyak hal yang akan mampu dilakukannya dengan
penuh keyakinan dan kegembiraan tanpa stress.

self care - lelaki & wanita 4


Seorang lelaki yang menjadi ketua rumahtangga,
pencari utama nafkah, menjadi ayah juga penting
mencari waktu untuk Self Care. Ia akan membantu
mereka menjalankan pekerjaan dan tanggungjawab
dengan baik.

Seorang wanita yang menjadi pengurus rumahtangga,


baik berkarier atau surirumah, ibu, perawat, tukang
masak dan segala jenis pekerjaan dipikul juga
sangatlah memerlukan waktu untuk Self Care supaya
mereka dapat menjalankan semua rutin dengan
optimum dan gembira.

Untuk yang masih bujang, dengan begitu banyak


perkara yang boleh mendatangkan stress tidak kira dari
segi pelajaran, perhubungan, masalah keluarga
ataupun pekerjaan sudah tentu Self Care ini menjadi
kewajipan.

Ianya untuk semua selagi bergelar manusia maka


ianya sungguh penting demi menjaga kewarasan fizikal
dan mental yang sihat.

self care - lelaki & wanita 5


Terlalu banyak list Self Care dan ianya sungguh
beragam. Juga tidak wajib mengajak orang keliling kita
melakukan aktiviti ini serentak kerana Self Care itu
sifatnya solitaire atau mandiri, iaitu seorang diri.

Kami sediakan ebook khas ini dengan beberapa idea


dan aktiviti mudah yang boleh kita semua pilih
mengikut kesesuaian dan jika mampu cubalah
kesemuanya, kemudian nikmatilah hasilnya.

Untuk kamu,
yang mengimpikan jiwa yang tenang
dan hidup tanpa terlalu banyak ropol.

self care - lelaki & wanita 6


Membaca

Reading is the best Self Care.

Kita sedia tahu dengan membaca dapat menjadikan


seseorang itu lebih pintar tetapi hakikat sebenarnya
ialah aktiviti ini mempunyai banyak faedah lain seperti
dapat mengatasi tekanan bahkan dapat membantu
mencegah penyakit lupa.

self care - lelaki & wanita 8


Ketika kita merasa terlalu stress dan tertekan maka
penawar terbaik untuk menenangkan saraf ialah buku.
Kajian mengatakan membaca adalah cara terbaik
untuk mengatasi tekanan dan para pengkaji pernah
mengukur degupan jantung dan ketegangan otot pada
para peserta.

Dalam masa 6 minit sahaja melakukan aktiviti


membaca akan dapat mengurangkan segala jenis
tekanan tadi. Yang paling menarik? Rupa-rupanya tidak
kira apa jenis buku yang bagaimana pun kita baca
asalkan kita asyik dengan isi kandungannya.

Dalam tak sedar sebenarnya membaca akan


meningkatkan kemampuan kita untuk berfikir dengan
lebih kreatif, analitis dan imaginative.

Begitu banyak idea baru akan timbul dan dengan


membaca saja kita akan mengetahui bahawa sungguh
banyak lagi perkara yang tidak kita ketahui.

Sungguh ia akan memberikan kenikmatan tersendiri


bagi jiwa. Ianya membuka fikiran, menenangkan
perasaan tanpa dibatasi oleh dimensi ruang dan waktu.

self care - lelaki & wanita 9


Bagaimana nak mula
minat rajin membaca?

Allocate waktu khusus untuk membaca.


Mungkin setengah jam sebelum tidur atau
cari masa 15 minit khas untuk buku sebelum
solat subuh.

Tanam niat untuk beli buku baru setiap


bulan. Tidak kira tajuk, genre, jenis bacaan
bagaimana kerana yang penting ialah kita
bermula.

Beri target pada diri untuk selesaikan


bacaan. Set pada minda yang aku mesti
habiskan sebuah buku ni dalam masa
seminggu. Yes we can do this come onnnn.

self care - lelaki & wanita 10


Sepokok kecil yang mungkin kita beli dari IKEA
berharga RM7.50 itu bukan hanya sekadar menyerikan
ruang tamu dirumah kita.

Banyak kajian menunjukkan bahawa bila kita selalu


dikelilingi tanaman hijau ia dapat membantu
membersihkan udara disekitarnya, dapat juga
mewujudkan kesejahteraan dan meningkatkan kualiti
kehidupan.

Houseplant

self care - lelaki & wanita 12


Dengan memiliki tanaman hidup walaupun hanya
sepasu kecil di kawasan rumah sebenarnya ia memberi
terapi yang tidak sedikit.

Perhatian yang kita beri bila menyiram, membelek daun


dan bunga yang tumbuh, melihat air yang disiram
meresap ke dalam tanah dan rasa teruja bila anak
daun baru yang berjaya tumbuh akan memberi terapi
kesembuhan dari dalam.

Tanaman sebenarnya boleh membantu meningkatkan


produktiviti seseorang sebanyak 15 peratus kerana
selalunya kita akan memberi tumpuan dengan
membelek dan menikmati kecantikan setiap helai daun
hijau. Tak kurang juga tumbuhan dapat membersihkan
ruang udara dalam rumah kita.

Ia akan membuatkan kita ralit dan menyihatkan kerana


dikelilingi oleh pokok hidup itu secara psikologinya
akan menimbulkan perasan yang menenangkan hati.

self care - lelaki & wanita 13


Tumbuhan sangat membantu kita kekal tenang dan
tetap fokus, juga akan meningkatkan daya tumpuan
dan ingatan. Jadi mulai sekarang kita boleh usahakan
walau hanya sepasu kecil pokok hidup sebagai
permulaan.

Letakkan di tempat yang mempunyai paling banyak


cahaya di dalam rumah. Mungkin ditepi tingkap di
ruang tamu, di tepi sinki atau di dalam bilik tidur.

Percayalah, ianya akan sungguh menyenangkan mata


dan perasaan.

Sebab itulah juga berjuta rakyat diseluruh dunia sudah


mula menjadikan rumah mereka seperti ala-ala hutan.
Ianya dipanggil house plant dan mereka juga digelar
sebagai plant parent!

Minat baru ini sudah diyakini akan menjadi salah satu


Self Care yang sangat berkesan pada semua orang
tidak kira umur dan jantina.

Cubalah.

self care - lelaki & wanita 14


Pokok apa yang sesuai dijaga
sebagai permulaan?

Aloe Vera
Terkenal dan mudah didapati.
Paling mudah juga dijaga kerana
tidak perlu disiram selalu.

pothos
Berjuntaian dan cepat membiak.
Sangatlah cantik jika diletakkan di
meja sudut atau disangkut tinggi
bersama pasu comel.

self care - lelaki & wanita 16


peace lily
Dikenali kerana kemampuannya
untuk melawan gas toksik seperti
formaldehid dan karbon
monoksida. Ia sangat mudah
dijaga kerana daunnya akan
seperti terkulai menunjukkan
sudah sampai waktu untuk kita
siram.

fern
Dari keluarga paku pakis yang
diminati ramai kerana sangat
mudah dijaga. Perlukan tempat
redup dan tidak perlu disiram
selalu.

self care - lelaki & wanita 17


spider plant
Tanaman yang sangat mudah
tumbuh dan langsung tidak
cerewet untuk dijaga. Selalunya
digantung di satu sudut dan ia
mudah menghasilkan anak pokok
yang sangat comel berjuntaian.

monstera
Viral dan menjadi kegilaan
seluruh dunia kerana keunikan
belahan setiap daunnya. Sangat
sesuai diletak di ruang tamu atau
sudut bilik tidur.

self care - lelaki & wanita 18


Kita tak perlu menjadi saintis untuk memahami bahawa
hanya dengan menonton kelakuan dan gelagat haiwan
peliharaan maka jaminan 100% akan membuatkan kita
tersenyum.

Kebahagiaan yang akan kita dapat hanya dengan


menyantuni haiwan peliharaan adalah terlalu banyak.
Walaupun pada sesetengah orang merasakan
membela mereka adalah menyusahkan dan
menambahkan kerja, ketahuilah they are so wrong.

Pet
self care - lelaki & wanita 20
Contoh paling mudah adalah ketika seseorang itu
mempunyai kucing peliharaan. Kucing sebenarnya
dalam tak sedar akan mengajar kita banyak erti
kehidupan.

Mereka adalah ubat paling mujarab untuk


menghilangkan stress yang kita alami. Melihat gelagat
mereka yang mencuit hati, menggosok bulu mereka
dan tidak jarang mereka seperti memahami isi hati kita
yang sedang bersedih.

Tidak sedikit yang kita boleh belajar dari kucing


contohnya:

Menikmati perkara-perkara kecil. Jumpa kotak


kosong? Mereka akan bergumpal dan bermain
dengan kotak tersebut sehingga lunyai. Begitulah
kita walaupun kadangkala melalui moment-moment
kekecewaan namun kita boleh memandangnya dari
sudut berbeza. When you celebrate the little things,
these uncertain days can be surprisingly joyful.

self care - lelaki & wanita 21


Bersantai seperti tidak ada orang lain yang
menonton. Kita selalu sibuk dan mereka mengajar
kita untuk sesekali untuk berehat dengan tenang
seperti mereka.

Nikmati perkara-perkara kecil walaupun sekadar


mengejar tali. Ia bukan hanya menyeronokkan
tetapi juga sebagai rangsangan mental mereka.
Begitu juga kita jika ada sedikit masa lapang,
mungkin kita boleh pertimbangkan untuk
mempelajari benda-benda baru seperti instrumen
muzik atau resepi baru.
.
Mereka suka memanjakan diri dengan duduk diam
seorang diri dan membersihkan bulu. Kita tak
kurang juga boleh memanfaatkan masa untuk buat
spa sendiri dirumah. Self Care!

PET = Happiness all


around and definitely
fix your broken heart.

self care - lelaki & wanita 22


Exercise
Self Care adalah penjagaan yang melibatkan rutin
harian untuk memperbaiki diri, selain dari mempunyai
lebih banyak tenaga dan lebih berlapang dada untuk
menerima apa saja situasi yang berlaku kepada diri
sendiri. Tidak kira situasinya buruk atau baik.

self care - lelaki & wanita 24


Salah satu komponen utama untuk menjaga diri dalam
Self Care ialah senaman. Ia tidak hanya bermanfaat
secara fizikal tetapi juga mental.

Ia bukan saja akan meningkatkan aktiviti


kardiovaskular, membakar kalori tambahan tetapi yang
paling penting ialah senaman mampu melepaskan
hormon endorfin di otak, yang berperanan dalam
mengurangkan tekanan dan menguruskan kemurungan
serta menurunkan hormon stress dalam badan iaitu
kortisol.

Ia boleh menjadi satu latihan yang hebat untuk


melupakan rasa kecewa dan marah (seperti seni
mempertahankan diri). Namun penyelidikan dan kajian
membuktikan bahawa walaupun hanya dengan
senaman yang paling minimum pun sudah sangat baik
dari tiada langsung.

Jadi walaupun hanya sekadar berjalan kaki di sekitar


taman perumahan atau taman riadah beberapa kali
akan dapat meningkatkan degup jantung dan
membuatkan kita bergerak.

self care - lelaki & wanita 25


Dengan senaman, ia akan menghasilkan lebih banyak
faedah, kesan baik pada mental dan tubuh dan lebih
menerbitkan lebih banyak perasaan bahagia.

Contoh mudah untuk senaman santai adalah


berbasikal, berjoging, zumba, berenang ataupun
menari.

Jadi secara keseluruhan sebagai pencetus motivasi,


perlu faham bahawa dengan senaman kita akan :

Mendapat kualiti tidur yang lebih baik


Berfikir dengan lebih jelas dan tidak terbawa-bawa
perasaan
Mempunyai lebih banyak tenaga untuk hari itu
Mempercepatkan metabolisme kita

Exercise regularly and reduce stress!


Untuk kamu yang mahukan jiwa selalu tenang.

self care - lelaki & wanita 26


Kita selalunya menghabiskan banyak masa di bilik
mandi tapi adakah kita memanfaatkan waktu tersebut
sepenuhnya?

Tak kira mandi pada awal pagi sebelum memulakan


hari yang sibuk atau sebelum tidur untuk berehat, kami
sediakan beberapa idea rawatan diri untuk pengalaman
Self Care yang menyeronokkan. Jom!

Shower
self care - lelaki & wanita 28
Mahukan mandi yang boleh mencantikkan kulit,
glowing dan hydrate?

Air panas mahupun suam memang sungguh selesa


tapi ia akan menghilangkan minyak kulit semulajadi
(natural oil skin) yang akan membuatkan kulit semakin
kering dan kusam.

Jadi hakikat sebenarnya ialah semakin sejuk air yang


kita gunakan untuk mandi akan semakin membuatkan
kulit kita sihat dan cantik.

Mahu rasa relaks?

Daripada sibuk membiarkan otak kita berfikir dengan


laju, apa kata cuba untuk relakskan minda sewaktu
mandi. Pejam mata dan rasakan air pada kulit. Tarik
nafas dalam-dalam dan lepaskan pula dengan
perlahan-lahan.

Ulang beberapa kali dan pasti kita berasa tenang


dalam masa yang singkat.

self care - lelaki & wanita 29


Mahukan kulit cantik bersih dan tak berkusam?

Mestilah kita perlukan skrub untuk menanggalkan sel


kulit mati dan secara semulajadinya dalam beberapa
tempoh kulit kita akan menghasilkan sel kulit yang
baru. Kita akan nampak lebih glowing, segar dan
semakin berseri-seri.

Meluangkan sedikit masa untuk bermanja dengan


tubuh sendiri itu adalah Self Care!

self care - lelaki & wanita 30


Resepi Skrub :

2 Cawan - Gula Perang


1 Cawan - Minyak Kelapa
1 Sudu Kecil Ekstrak Vanilla
Optional - Essential Oil Pilihan Hati

Campurkan kesemua bahan dan gaul hingga sebati.


Boleh juga blend untuk jadikan teksturnya lebih halus
jika suka.

Gosok pada seluruh badan dengan rasa gembira


kerana kita sedang berSelf Care! Kemudian bilas dan
sabun seperti biasa.

Boleh simpan lebihan skrub didalam peti ais (ia dapat


bertahan selama beberapa minggu tanpa rosak).

Skrub dan nikmatilah spa dirumah sendiri seminggu


sekali!

self care - lelaki & wanita 31


Sekiranya anda seorang pencinta kopi, ini adalah
perkara biasa dalam kehidupan seharian kan? Cawan
pertama pada waktu pagi ataupun sebelum tidur sudah
menjadi sebahagian daripada rutin.

Tinggal lagi jadikan sesi minum itu


terasa sungguh istimewa. Manja
kan diri dengan minuman panas
dengan tenang.

Bukan peminat kopi? Boleh cuba


jadikan sesi minum coklat panas
atau teh organik sebagai rutin Self
Care anda.

Hot
Coffee
self care - lelaki & wanita 33
Ini hanyalah sebuah aktiviti sederhana iaitu berehat
dan menikmati secawan kopi namun ia boleh menjadi
sebahagian perkara yang sangat penting untuk
menjaga diri kita.

Kalaupun tidak setiap hari, kita boleh jadikan ia sebagai


rutin mingguan. Ini adalah masa untuk 'Me Time' iaitu
diam duduk menyendiri sambil menikmati dari cawan
panas tersebut.

Fikiran dan aktiviti seharian yang sangat sibuk hingga


boleh menjadi tekanan dahsyat luar biasa. Tapi kita
boleh atasi dengan hanya memerlukan 10 ke 15 minit
untuk aktiviti ini. Dalam kesibukan tu cubalah untuk
kita cari waktu berehat di satu sudut yang paling
disukai sambil merekfleksi diri.

Pause. Delicious indulgence enjoyed leisurely with


good company which is our hot coffee or tea.

A simple Self Care.

self care - lelaki & wanita 34


Jadi mulai sekarang jadikan kopi kita lebih dari sekadar
minuman. Anggaplah ianya masa untuk bersendiri dan
daripada menghirup secara tergesa-gesa apa kata
luangkan sedikit masa untuk mencium aromanya.

Sambil membaca buku, sambil bersantai di balkoni luar


rumah atau berehat diam mengingatkan kembali
kejayaan-kejayaan yang berjaya kita tempuhi walaupun
kecil dan set kan matlamat baru untuk akan datang.

Nikmatilah, because you are special.

self care - lelaki & wanita 35


Resepi French Press
Coffee

1 Cawan Air Panas


2 Sudu Makan Serbuk Kopi Halus
(sebaiknya kopi berkualiti tinggi boleh didapati di
Shopee)
Bekas French Press
(boleh didapati di pasaraya biasa atau shopee dengan
harga sangat murah)

Masukkan serbuk kopi ke dalam bekas French Press,


kemudian tuang air panas. Tutup dan biarkan selama 4
minit.

Selepas 4 minit tekan button penapis pada Frech Press


tadi ke bawah dan tunggu lagi sehingga 6 minit. Tuang
ke dalam cawan dan nikmatilah dengan perlahan dan
tenang.

self care - lelaki & wanita 36


Cooking
or
Baking
Selalu kita merasakan memasak itu membuatkan kita
tertekan dan jemu. Tapi sebenarnya ia bukanlah idea
yang teruk kerana sibuk dan menenggelamkan fikiran
kita dalam masakan itu adalah salah satu kaedah
terbaik untuk menguatkan daya tahan emosi dan
ketenangan jika betul caranya.

self care - lelaki & wanita 38


Biar betul memasak atau baking boleh jadi Self Care?

Kerana kita selalu menganggap memasak itu


tanggungjawab hingga kadang terasa membebankan
kerana banyak lagi tugas lain yang perlu diselesaikan
setiap hari.

Apa yang kita tidak ketahui ialah otak kita sebenarnya


disusun untuk merasakah sebuah kepuasan dan
kegembiraan jika usaha fizikal dan proses fikiran untuk
sesuatu yang dirasakan mencabar digabungkan.

Secara mudahnya, kita akan rasa sangat gembira dan


bahagia bila berjaya membuat sesuatu.

Dan Self Care itu bukanlah sesuatu yang luxury. Tidak


perlu mahal dan mengeluarkan wang yang banyak pun
kerana tujuan sebenar Self Care itu sendiri ialah untuk
memaksimumkan kesihatan fizikal dan mental dengan
cara menjadikan lifestyle kita lebih mudah dan kurang
tekanan.

self care - lelaki & wanita 39


Tiada keperluan untuk kita menjadi tukang masak yang
mahir tapi cooking and baking adalah antara tips paling
basic untuk merawat diri. Pada sesetengah orang ini
adalah cara untuk menunjukkan pada tubuh sendiri
yang mereka enjoy melakukan aktiviti ini.

Self Care yang terbaik adalah perkara yang kita boleh


rasa gembira untuk lakukan sepanjang masa. Itulah
waktu dan saat setiap hari kita melakukan sesuatu
untuk diri sendiri. Seperti kita mandi sambil bertenang
dengan menarik nafas panjang untuk menenangkan
fikiran, sama jugalah seperti memasak.

Mungkin boleh jadi satu idea untuk menjadikan ianya


mudah dan senang. Pada sesetengah orang
memotong bawang pun boleh jadi satu terapi.

Membakar kek pada hujung minggu? Pasti seronok


saat wap dari kek panas dikeluarkan dari oven.
Kemudian dinikmati pula oleh pasangan dan anak-anak
atau orang-orang yang kita sayang.

self care - lelaki & wanita 40


Ingat tak ada waktu-waktu yang bila kita mendengar
lagu atau muzik ia menjadikan mood kita tiba-tiba rasa
gembira dan tenang?

Jadi boleh jadikan muzik sebagai terapi Self Care kita


bila-bila yang diperlukan. Ianya mudah dibuat pada tak
kira masa dan situasi.

Listening
to Music

self care - lelaki & wanita 43


Bagaimana untuk mulakan?
Luangkan sedikit masa dengan mengetahui pilihan
terbaik untuk kita mendengar kualiti muzik tersebut.
pilih samada nak guna headphone, bluetooth speaker
atau hanya santai menggunakan phone dan laptop.

Untuk tujuan apa?


Apa yang kita perlukan sekarang ialah memilih.
Mungkin kita perlukan rasa tenang, selesa, rileks, atau
sebuah harapan kecil?

Selesai memilih, fikirkan pula waktu atau situasi bila


yang kita rasa sesuai untuk dengarkan pilihan muzik
kita tadi. Mungkin sebagai rutin pagi semasa bersiap
untuk ke tempat kerja, atau sewaktu menyiapkan kerja
rumah.

Jangan lupa perhatikan mood anda semasa


mendengar lagu-lagu tersebut.

self care - lelaki & wanita 44


Perhatikan bagaimana muzik tersebut mempengaruhi
kita dari segi emosi kerana apa jenis lagu pun
walaupun yang paling kita sukai boleh menyumbang
pada emosi negatif contohnya sudahlah baru putus
cinta aduh dengar pula lagu sedih cinta diperkotak
katikkan.

Kan ianya lebih menganggu emosi?

Jadi elakkan memilih lagu yang cenderung membawa


kepada rasa diri semakin down dan cubalah sesuatu
yang berbeza. Ya mungkin ia akan mengambil sedikit
masa untuk memilih seleksi lagu yang kena dengan
jiwa tapi tak mengapa.

Asalkan jenis muziknya boleh membantu


menenangkan suasana hati dan meningkatkan mood
yang baik kerana cara kita menghayati dan menikmati
keseronokan muzik juga sangat subjektif iaitu berbeza
mengikut kesukaan masing-masing.

Namun hasil positif sering dapat dilihat dengan jelas


pada mereka yang memilih muzik santai.

self care - lelaki & wanita 45


Kita tidak perlu berada dimana-mana pentas utama
untuk menjadi pemuzik dan kita juga tidak perlu belajar
secara berlebihan untuk menjadi ahli muzikal. Kerana
muzik itu memang semulajadi ada di dalam diri kita
semua.

Mencuba
Instrumen
Baru
self care - lelaki & wanita 47
Seiring dengan teknologi yang semakin laju kita
sebenarnya boleh mempelajari sebarang instrumen
sendiri. Ada banyak pilihan jenis instrumen yang
mudah didapati dengan harga yang sangat murah
contohnya ukulele.

Ianya kecil, ringan dan sangat mudah dipelajari. Untuk


permulaan apa yang kita perlu lakukan adalah dengan
memetik tali sambil bermain-main santai.

Ada beribu chord note lagu-lagu yang boleh dipilih di


internet. Di Youtube juga terlalu banyak tutorial bagi
kita yang mahu bermula. Semudah abc kita akan dapat
mempelajari dengan cepat dan mahir.

Bermain muzik memangnya berkemampuan untuk


mempengaruhi otak dan penyelidikan telah
menunjukkan bahawa belajar memainkan instrumen
dapat mengubah struktur dan fungsi otak menjadi lebih
baik, mampu pula meningkatkan ingatan jangka
panjang dan meningkatkan kewaspadaan mental kita.

self care - lelaki & wanita 48


Satu kajian yang dari University of Montreal di Kanada
mendapati bahawa pemuzik mempunyai reaksi dan
dapat membuat sesuatu keputusan yang jauh lebih
cepat daripada bukan pemuzik. Ini menunjukkan
bahawa belajar bermain alat muzik juga dapat
membantu otak kita terus tajam seiring bertambahnya
usia.

Penelitian juga menunjukkan bahawa bermain


instrumen muzik dapat menurunkan tekanan darah,
menurunkan degupan jantung yang laju,
mengurangkan tekanan dan kemurungan.

Jadi apa kita tunggu lagi?


Let’s rock and roll!

self care - lelaki & wanita 49


Chord Lagu - What A Wonderful World (Ukulele)

F C Dm Am
I see trees of green, red roses too
Gm F A7 Dm
I see them bloom, for me and you,
Bb C F
And I think to myself, What a wonderful world.

F C Dm Am
I see skies of blue and clouds of white,
Gm F A7 Dm
The bright blessed day, the dark sacred night,
Bb C F
And I think to myself, what a wonderful world

C F
The colours of a rainbow are so pretty in the sky
C F
Are also on the faces of people going by
Dm Am Dm Am
I see friends shaking hands saying how do you do
Dm Am F C
They’re really saying I love you.

self care - lelaki & wanita 50


Seberapa kerap kita menggunakan gajet dalam sehari?
Hakikat sebenarnya kita sudah pun terlalu asyik
dengan teknologi dan sudahpun ketagihan internet
tanpa sedar.

Dengan kesan radiasi akibat penggunaan berlebihan


sudah tentu ia akan memberi efek yang tidak sedikit
pada mental dan tubuh kita.

Jadi antara cara untuk


memulihkan diri dari ketagihan
internet, menyihatkan tubuh badan
dan minda adalah dengan cara
unplug!

Iaitu menjauhkan diri, menutup


semua gajet dan rileks tanpanya.

Unplug
self care - lelaki & wanita 52
Mari kita mengaku saja disini handphone telah mengambil
alih kehidupan kita. Dengan semua kemudahan dan
keseronokan yang ditawarkan di internet sebenarnya
membuatkan kita semakin ketagih dalam menggunakannya.

Ia telah membuatkan kita lupa waktu berkualiti lain seperti


membaca buku, menghabiskan masa bersama keluarga,
tidur pula semakin lewat, langsung tidak bersenam dan
bermacam perkara tidak sihat lain.

Yang paling kita tak sedari ialah penggunaan yang


melampau setiap hari membuatkan kita berisiko menghadapi
masalah kesihatan fizikal dan mental seperti kemurungan,
susah tidur lena, tekanan dan rasa insecure. Pendek kata
tubuh kita sudah jadi libang libu tanpa kita menyedarinya
langsung.

Universiti Harvard sudah pun membuat kajian tentang


ketagihan gajet dan mereka mendapati produktiviti
seseorang itu menurun terlalu ketara iaitu kualiti dalam
kehidupan sudah hampir tiada.

self care - lelaki & wanita 53


Di sinilah kita perlu lakukan sesuatu untuk diri sendiri.

Cabaran yang paling susah perlu kita buat ialah to


shutdown. Switch off semua gajet untuk beberapa tempoh
jam. Kita akan sedar betapa terseksa dan struggle untuk
melakukannya. Percayalah memang kita sudah pun
ketagihan.

Menyedari rasa serba tak kena tersebut, cuba ambil masa


3 minit dah jauhkan diri dari handphone atau laptop anda.
Alihkan perhatian dan emosi untuk buat sesuatu perkara
lain. Kita boleh cuba semua tips Self Care lain dalam
ebook ini.

Untuk permulaan latih diri untuk cabut wayar kabel wifi


sebelum tidur diwaktu malam. Jangan lupa set
Flight/Aeroplane Mode pada handphone kita. Cubalah
tidur tanpa radiasi kerana ia sebenarnya sungguh
merbahaya.

Yang kita perlukan sekarang adalah semangat juang!


Ya semangat untuk berhenti dari ketagihan teknologi.

self care - lelaki & wanita 54


Di waktu siang, cuba luangkan sedikit waktu untuk cut
off semua hubungan dengan teknologi. Mungkin boleh
set masa 1-2 jam sebagai permulaan?

Nikmatilah sedikit ruang masa itu untuk enjoy pada


perkara-perkara lain yang membuatkan perasaan kita
lebih nyaman dan terasa hidup seperti membaca buku
baru, menulis journal diri sendiri, bersembang santai
dengan ahli keluarga atau hanya menonton tv secara
santai.

Percayalah menutup sementara semua gajet ini akan


mendorong kita untuk melepaskan ketegangan fizikal
dan mental. Minda kita pula akan diisi semula dengan
perkara-perkara baru, segar dan baik yang lain.

Kehidupan kita yang terlalu bergantung pada teknologi


adalah satu rutin kebiasaan yang sukar dihentikan, tapi
jika kita ada keinginan untuk memperbaiki diri dan mula
berusaha untuk mengurangkan fokus pada gajet, dah
tentu kita akan gembira dan berpuas hati bila melihat
hasilnya.

self care - lelaki & wanita 55


Apa saja aktiviti yang kita cuba untuk menghilangkan
stress atau tekanan di dunia ini takkan dapat
membantu jika kita tidak pandai menguruskan waktu.

Salah satu tips yang paling menarik dan paling efektif


dalam Self Care ialah meluangkan masa untuk
menyendiri.

Belajar untuk menikmati kesendirian dan


menikmati keberadaan diri kita sendiri.

Do
Nothing
self care - lelaki & wanita 57
Duduk diam seorang diri sambil tanpa berbuat apa-apa.
Susah nak dibayangkan bukan?

Tapi inilah terapi yang paling menarik untuk dicuba


sebenarnya kerana selalu moment-moment sendiri itu
mengajar kita untuk menghargai rasa kesendirian.

Bukan merasakan sepi tapi sebuah rasa kenyamanan


dan rasa kesenangan sambil menikmati fikiran-fikiran
yang sedang hadir tanpa diganggu oleh orang lain.

Cuba luangkan masa beberapa waktu dalam sehari


untuk mencuba sambil menikmati rasa sendiri ini.
Percayalah ia sangat akan mempengaruhi suasana hati
dan kesihatan mental kita.

Disini kita dapat memahami tentang siapa kita


sebenarnya, apa yang kita mahu dan bagaimanakah
orang melabel kita selama ini.

Andai kita tahu cara untuk menikmati rasa kesendirian


maka kita tak akan pernah rasa apa itu kesepian.

self care - lelaki & wanita 58


Kadang kita memerlukan sedikit waktu untuk
menyelami kesalahan yang pernah kita lakukan
sebelum ini, kemudian memikirkan apakah langkah
yang kita boleh buat untuk perbaiki.

Ini semua adalah proses untuk menjadi lebih berani


iaitu mengakui sesuatu kesalahan, mengurangkan ego
sambil memikirkan kehidupan yang kita sedang jalani.
Entahkan ia baik atau buruk kerana semuanya adalah
sebuah pilihan.

Bila selalu dilatih percayalah ia akan menjadi seperti


candu, iaitu kita selalu berusaha untuk mencari waktu
demi menikmati rasa sendiri ini.

Jadikan moment ini sebagai bahagian penting untuk


mengembangkan peribadi. Ia akan membantu kita lebih
kreatif dan juga penting menjaga hubungan dengan
pasangan. Kerana kita akan menyuntik energi untuk
lebih peduli pada orang kita cintai.

self care - lelaki & wanita 59


Seni dan kraf adalah aktiviti mudah untuk merawat diri
yang kegelisahan, kemurungan dan diwaktu santai.
Tidak kira kita berbakat atau tidak, bila dilakukan akan
membuatkan minda, tubuh dan semangat akan dapat
dipulihkan.

Art

self care - lelaki & wanita 61


Dikenali sebagai Art Therapy, banyak kajian telah
dijalankan dan keputusannya ialah ketika kita membuat
aktiviti seni, hormon kortisol (hormon stress) akan
semakin menurun hingga terjunam.

Ini disebabkan sesi seperti ini sangat santai dan


menyeronokkan kerana ia memberi kita peluang untuk
berekspresi diri.

Contohnya kita akan berfikir untuk membuat keputusan


tentang apa yang kita sukai. Warna apa yang akan kita
pilih? Bentuk bagaimana yang kita akan lukis? Tekstur
yang seperti apa yang paling kita nikmati?

Soalan-soalan ini sebenarnya secara tidak sedar kita


sedang membuat pilihan yang memerlukan penuh
perhatian untuk memilih elemen bagaimana yang kita
suka atau yang mana tidak menggembirakan hati.

Ini adalah sebuah kepercayaan yang sihat kepada diri


sendiri. Tidak peduli kita berbakat atau tidak, terapi seni
memberi kita ketenangan dan rasa rileks secara
percuma.

self care - lelaki & wanita 62


Please start small and have fun. Jangan sesekali
merasakan benda begini adalah remeh dan sangat
keanak-anakan. Selalu juga kita berfikir bahawa kita ini
tidak berseni, langsung tidak artistik, entah macam
mana nak mula? atau oi aku ni bukannya budak kecil.

Jangan.

Andai kita tahu kesannya pada minda dan tubuh dah


tentu kita tidak akan memperlekehkan Art Self Care ini.
Kerana it's not just about regular exercise, eating right,
and making time to relax but this is about to feeding
your soul.

Kita sedang memberi makanan yang sihat pada jiwa


kita.

Kami sediakan beberapa contoh art yang sedang


trending untuk dicuba.

self care - lelaki & wanita 63


Adult Coloring Book
Mudah didapati di kedai-
kedai buku dengan pelbagai
tema yang menarik. Apa
yang diperlukan hanyalah
pensil warna.

Water Color
Trend terkini di seluruh dunia
iaitu mewarna secara
rambang menggunakan
warna air. Bentuk kebiasaan
yang yang menjadi kegilaan
ialah floral!

Ia diwarna terus ke atas


kertas dengan warna yang
sangat cair. Banyak sekali
tutorial seperti ini di Youtube.

self care - lelaki & wanita 64


Doodle
Yang diperlukan hanyalah
sebatang pen macro dan
sehelai kertas. Doodle
sangat digemari pada zaman
kini kerana kecomelan hasil
"Kawaii' nya.

Art Self Care ini tidak terhad pada melukis dan


mewarna saja. Konsepnya terlalu luas dan bermacam
ragam pilihan lain yang boleh kita cuba seperti mengait,
menjahit, craft atau apa saja.

Konsepnya ialah make art and feel better.


Will you?

self care - lelaki & wanita 65


Dengan banyaknya penyumbang stress zaman
sekarang maka mengutamakan kesejahteraan emosi
kita adalah sangat penting.

Dengan idea Self Care yang yang ringkas iaitu DIY Spa
dirumah, kita akan merasai bagaimana sesuatu yang
sederhana seperti ini boleh menjadi terapi seperti
sebuah keajaiban kecil yang akan meningkatkan mood
kita.

Home Spa

self care - lelaki & wanita 67


Dengan kos yang paling minimal kita mampu merawat
tubuh dari kepala hingga ke kaki dengan hanya
meluangkan sedikit masa untuk membuat persiapan.

Apa kebaikannya?

Dah tentu mengurangkan rasa stress dan tekanan.


Ia hanya memerlukan beberapa langkah rawatan yang
ringkas namun pasti dapat menenangkan fikiran.
Memanjakan diri sendiri pasti menyeronokkan.

Kami sediakan disini beberapa contoh DIY Spa yang


boleh dicuba hanya dengan kos yang murah. Dah pasti
sangat menjimatkan dan anda akan kelihatan cantik
berseri, hati pula bertukar lapang dan rasa diri seperti
baru saja turun dari kayangan!

Ayuh!

self care - lelaki & wanita 68


Epsom Salt juga dikenali sebagai
Magnesium Sulfate digunakan sejak
beratus tahun dulu sebagai healing
agent. Rendam secawan Epsom Salt
bersama air suam dan buatlah
rendaman kaki selama 30 minit.

Epsom Salt sangat mudah didapati di


farmasi. Hanya RM7 sekotak. Untuk
lebih menyeronokkan boleh taburkan
kelopak bunga dalam bekas
rendaman kita.

self care - lelaki & wanita 69


Pasang diffuser dirumah kita.
Selalu digunakan untuk
mengelakkan kulit dari terlalu
kering akibat kekerapan
menggunakan pendingin udara.

Boleh titik kan beberapa drops


essential oil juga sebagai terapi.

Rumah berbau wangi dan hati


kita menjadi tenang.

Diffuser boleh didapati di Shopee


dengan pelbagai pilihan bentuk
dan harga yang murah.

self care - lelaki & wanita 70


Rawat kuku tangan dan kaki kita dengan manicure kit.
Bersihkan semua kotoran, buang kutikel yang melekat dan
potong kuku kita dengan cantik. Jangan lupa terakhir
sekali kilatkan ia dengan nail file!

self care - lelaki & wanita 71


Pasang lilin aromaterapi yang menenangkan. Dimalam
hari boleh tutup lampu dan terangi ruang bilik kita hanya
dengan bertemankan lilin comel ini. Pilih bau yang bukan
sintetik tapi asli dari essential oil sahaja untuk kesan terapi
yang terbaik ya.

Boleh didapati di Shopee.

self care - lelaki & wanita 72


DIY Bath Soak

Menyegarkan tubuh dengan mandian ala-ala spa


dirumah.

Bahan-Bahan :
3 Cawan Epsum Salt (Farmasi)
1 Cawan Garam Himalaya (Pasaraya biasa)
Bunga Kering - (Lavender, Calendula, Rose (Shopee)
10 titik Essential Oil pilihan hati - (Shopee)

Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas dan


gunakan sebagai rendaman atau mandian. Percayalah
ia sangat menenangkan fikiran.

self care - lelaki & wanita 73


Alam tidak hanya memberi kesan pada minda tapi kata
kajian ia juga dapat membantu untuk tubuh badan kita
sembuh.

Satu kajian dijalankan dan mendapati pesakit yang


biliknya menghadap pohon lebih cepat sembuh dari
pembedahan berbanding dengan pesakit lain yang
biliknya hanya dikelilingi dinding. Hingga pesakit itu
memerlukan ubat tahan sakit yang banyak.

Pesakit yang biliknya dapat melihat pokok juga lebih


cepat keluar (discaj) dari hospital.

Nature

self care - lelaki & wanita 74


Hanya dengan duduk dibelakang rumah yang ada
pokok-pokok sambil membiarkan angin semulajadi
menerpa pipi pun sudah cukup membuatkan hati
menjadi tenang dan terasa lapang.

Duduk dikawasan bandar? Boleh cuba cari masa untuk


berjalan-jalan di taman rekreasi kawasan sekitar. Ia
ubat mujarab yang paling baik sebagai terapi dan Self
Care. Berada dekat dengan alam semulajadi akan
menurunkan tekanan, menambahkan kebahagiaan dan
meningkatkan produktiviti.

Ia terbukti memberi otak kita istirehat dan membuatkan


kita kembali bersemangat untuk bekerja dengan lebih
rasa segar dan sihat.

Buat jadual mingguan untuk melawat kawasan taman


atau air terjun bersih di tepi hutan kerana alam
semulajadi akan mengisi semula bateri emosi, fizikal
dan rohani kita.

Efek tenang dan damai akan mengisi hidup dan secara


tak sedar kita akan menerima apa saja perspektif baru
dalam kehidupan.

self care - lelaki & wanita 75


Cubalah keluar melihat alam bebas yang mana disana
nanti pasti akan melegakan perasaan. Sambil
menikmati pokok-pokok berusia puluhan mungkin
ratusan tahun, suasana hati yang nyaman pasti tiba-
tiba akan muncul.

Ia akan memberi erti kepada kita tentang makna hidup


dan akan terbawa-bawa pula bersama kita sebuah
perasaan, harapan, keinginan baru dan lain-lain.

Alihkan pandangan kita seketika dan nikmatilah


kehijauan yang ada didepan mata.

self care - lelaki & wanita 76


Kunci kenapa pentingnya Self Care ialah bagaimana
kita menyesuaikan diri dan memberi respon pada
pasangan nanti. Bukan itu saja ia juga merangkumi
bagaimana kita boleh menguruskan kehidupan
rumahtangga dengan lebih baik.

Ia meliputi semua aspek perhubungan termasuk


bagaimana kita merespon, cara kita menerima dan
membuat sesuatu keputusan dan bagaimana kita dapat
melayan pasangan sebaiknya dibilik tidur.

Hati yang sentiasa tenang, boleh mengawal emosi


ketika penat, tidak mudah marah-marah, tidak
mengeluh dengan ujian rumahtangga dan boleh
menjadi suami atau isteri yang paling terbaik untuk
pasangan.

Itulah idaman.

self care - lelaki & wanita 78

Anda mungkin juga menyukai