Anda di halaman 1dari 23

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PERKEMBANGAN EMOSI, SOSIAL DAN FIZIKAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

KBC 3023
SEMESTER 1 (2010/2011)

TUGASAN INDIVIDU: KAJIAN KES NUR SHAFIKAH BINTI NORDIN D20091034764 900412-08-6108 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)

SENARAI KANDUNGAN

BIL 1.0

TAJUK PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 Perkembangan emosi kanak-kanak Pintar Cerdas Perkembangan sosial kanak-kanak pintar cerdas Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas

HALAMAN 3 3 6 7 8 9 9 9 11

CATATAN

2.0

MAKLUMAT RESPONDEN 2.1 2.2 2.2 Karakter dalam perkembangan fizikal responden Karakter dalam perkembangan sosial responden Karakter dalam perkembangan emosi responden

3.0 4.0

PENILAIAN STRATEGI DAN PROGRAM PERLAKSANAAN DALAM MEMBANTU RESPONDEN

12 19 21 23

5.0 6.0 7.0

PENUTUP LAMPIRAN BIBLIOGRAFI

1.0

PENGENALAN

Kita telah memahami kanak-kanak pintar cerdas sebagai individu yang tergolong dalam golongan yang berhak menerima pendidikan khas kerana mempunyai keperluan khas yang berlainan daripada individu lain. Terdapat sumber yang mengatakan bahawa kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang memiliki kebolehan kognitif yang jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak normal. Sebagai contoh, memiliki kebolehan yang luar biasa dalam bidang tertentu seperti muzik dan seni. Terdapat banyak takrifan yang telah dibuat untuk merujuk kepada individu pintar cerdas, berbakat dan kreatif. Namun, ciri-ciri individu tersebut juga perlu diketahui supaya individu ini lebih difahami keperluan dan perasaan mereka. Clark telah menyenaraikan ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas dari dua aspek utama iaitu akademik dan pembelajaran serta sosial emosi. Dalam hal ini, kita akan lebih fokus kepada ciri-ciri fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak pintar cerdas sama ada positif atau negatif. Kita mengetahui bahawa individu pintar cerdas mempunyai ciriciri pintar cerdas yang umum termasuklah dari segi fizikal, sosial dan emosinya iaitu memiliki IQ yang tinggi, nilai kreativiti yang sangat mendalam, prestasi yang dicapai adalah sungguh luar biasa, mempunyai keupayaan yang pelbagai contohnya bijak dalam akademik dan aktif dalam bidang sukan, cemerlang dalam menguruskan kendiri tetapi terlalu sensitif serta mudah kecewa ketika gagal mendapat apa-apa yang dikhendaki.

1.1

Perkembangan emosi kanak-kanak Pintar Cerdas

Menurut Oxford English Dictionary, emosi ialah setiap kegiatan atau pengolahan fikiran, perasaan, nafsu, setiap keadaan mental yang hebat dan meluap-luap seperti kegembiraan, ketakutan dan kebencian. Selain itu, emosi juga menggambarkan perasaan manusia menghadapi perbagai situasi yang berbeza. Emosi adalah motus anima yang bererti jiwa yang menggerakkan kita. Menurut Goleman, kecerdasan emosi pula adalah kemampuan seseorang mengatur kehidupan emosinya dengan inteligensi, menjaga keselarasan emosi dan pengungkapannya melalui keterampilan, kesedaran diri, pengendalian diri, motivasi diri, empati dan keterampilan sosial. Menurut Bee (1999), kanak-kanak pintar cerdas adalah satu golongan yang
3

heterogeneous. Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain.

Goleman juga menyatakan bahawa kecerdasan emosi adalah kemampuan lebih yang dimiliki seseorang dalam memotivasikan diri, ketahanan dalam menghadapi kegagalan, mengendalikan emosi dan kepuasan serta mengatur keadaan jiwa. Kesimpulannya, seseorang akan berada dalam keadaan yang positif apabila memiliki elemen-elemen tersebut. Beliau juga menambah, kecerdasan emosi adalah lebih penting dan berpengaruh daripada kecerdasan intelektual. Seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi lebih berjaya dalam mengatur kehidupan dan akhirnya mencapai cita-cita. Terdapat lima dasar kemampuan dalam kecerdasan emosi menurut Goleman iaitu Dasar pertama, mengenali emosi diri dengan kehadiran kesedaran. Kesedaran ini penting untuk mengetahui suasana atau keadaan hati dan perasaan supaya menjadi lebih berwaspada. Kesedaran ini muncul jika ada kecerdasan emosi. Seseorang juga perlu tahu mengelola emosi untuk menangani perasaan agar dapat terungkap dengan tepat. Jika tidak, perasaan akan menjadi tidak stabil. Oleh itu, perlu jika seseorang mampu untuk menghibur diri, melepaskan kecemasan, kemurungan atau ketersinggungan. Kita akan lebih memahami apakah pengaruh emosi terhadap seseorang dengan melihat kepada anatomi kecerdasan emosi di bahagian otak manusia. Otak manusia mengandungi kortex, hippocampus dan amigdala. Bahagian kortex akan memberi makna tentang perkara yang diserap oleh otak, mengatur fungsi penglihatan dan memori jangka panjang dan membuatkan kita memiliki perasaan seperti memahami sesuatu keadaan. Manakala, hippocampus adalah bahagian otak di mana berlakunya proses pembelajaran dan tempat di mana tersimpannya emosi. Hippocampus juga bertindak sebagai pemicu bagi reaksi emosi amigdala iaitu pusat pengendali emosi dan reaksi. Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mempunyai kebolehan mental yang mana jauh lebih tinggi berbanding rakan sebayanya. Oleh sebab itu, keperluan motivasi yang setanding juga perlu diberikan supaya tiada konflik timbul dalam kehidupan mereka kerana sudah ada panduan atau sistem pendidikan yang bersesuaian. Ciri-ciri lazim kanak-kanak pintar cerdas ialah sangat sensitif dan terlalu menitikberatkan hal-hal keadilan.

Mereka seorang kanak-kanak yang mudah kecewa walaupun berkaitan dengan perkara remeh-temeh. Sebagai contoh, gagal memenangi tempat pertama dalam pertandingan menulis esei walaupun berjaya memenangi tempat kedua. Kanak-kanak ini akan berasa kecewa dan mungkin akan menangis sepanjang hari. Pendek kata, kanak-kanak pintar cerdas adalah individu yang mementingkan kesempurnaan dalam apa-apa jua yang dijalankan atau dikenali sebagai perfectionist. Sifat ini ada baik, ada buruknya kerana berperanan sebagai paksaan yang positif apabila seseorang menyedari bahawa kejayaan adalah hasil daripada usaha yang gigih dan berpanjangan. Walaubagaimanapun, akan mendorong perasaan sedih yang amat sangat dan mungkin akan berputus asa apabila menghadapi kegagalan. Selain itu, individu ini juga sangat teliti dalam mengambil atau melakukan sesuatu kerana bimbang akan mencabuli hak keadilan diri sendiri dan orang lain. Sebagai contoh, merasakan perbuatan meniru ketika peperiksaan yang dilakukan oleh rakan-rakannya yang lain adalah sebagai satu perbuatan yang tidak patut kerana tidak adil kepada individu lain yang telah berusaha keras untuk mendapat kejayaan. Terdapat juga masalah-masalah lain yang akan menganggu emosi kanak-kanak pintar cerdas seperti:
"Joshua yang dianggap pintar cerdas oleh gurunya sebaliknya menjadi punca tekanan kepada gurunya. Guru mencabarnya supaya menjadi pelajar yang paling berjaya di dalam kelas tetapi kesannya tidak seperti yang diharapkan. Dalam aspek sosial dan tingkah laku, beliau sering menimbulkan kebencian rakan sekelas yang dua tahun lebih tua darinya. Mereka telah tidak pedulikannya, Joshua pun membalas dendam dengan mengejek apa sahaja usaha yang dilakukan oleh kawan-kawannya selain menunjuk-nunjuk kebolehannya."

Masalah seperti ini akan mengundang gangguan emosi dalam diri Joshua kerana dipulau dan tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Memang lumrah, kanak-kanak pintar cerdas sememangnya merasakan dirinya tidak disenangi oleh orang di sekelilingnya sejak awal pengenalan lagi. Dalam hal ini, Joshua cuba mengubah persepsi dirinya sendiri dengan berusaha untuk meraih perhatian daripada orang lain. Oleh sebab ingin diberi perhatian, Joshua terpaksa menggunakan kaedah negatif iaitu mengejek-ejek dan mencetuskan pelbagai masalah dalam kalangan rakan-rakannya. Sememangnya kanak-kanak pintar cerdas sangat cenderung untuk mencari persahabatan sejati atau sure shelter seawal usia mungkin kerana agak sukar
5

mendapatkan rakan kerana kanak-kanak seperti ini akan memilih individu lain yang sama minat, pemikiran dan kematangan. Masalah ini berpunca daripada tekanan dan ketidakprofesionalan seorang guru yang mungkin tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kanak-kanak seperti Joshua.

1.2

Perkembangan sosial kanak-kanak pintar cerdas

Sering kali kanak-kanak pintar cerdas mengalamai masalah sosial yang sangat ketara berbanding masalah dari aspek lain. Masalah ini berpunca daripada kehendak dirinya dalam memenuhi kekurangan atau membentuk kesempurnaan dalam dirinya. Sebagai contoh, masalah persahabatan yang sangat berkaitan dengan sosial kanak-kanak pintar cerdas tersebut. Hal ini kerana, kanak-kanak ini akan memilih rakan rapat atau teman sehati sejiwa jika terdapat persamaan intelektual dan kematangan emosional. Sikap mereka yang sangat memilih rakan ini menyebabkan diri mereka disisih dan kadang kala tiada rakan rapat. Sebagai contoh, sukar untuk bertemu dengan kanak-kanak sebaya yang mempunyai minat membaca yang sangat mendalam. Kebanyakkan kanak-kanak berumur enam tahun gemar akan aktiviti lasak atau permainan berkaitan ketahanan fizikal. Tambahan pula, kanak-kanak pintar cerdas lebih memilih permainan yang memerlukan strategi pemikiran berbanding dengan permainan yang menggunakan fizikal. Selain itu, kanakkanak pintar cerdas ini gemar menghabiskan masa dengan aktiviti membaca.

Walaubagaimanapun, mereka akan berusaha mencari persahabatan sebenar walaupun dengan sedikit orang. Bagi mereka persahabatan adalah lebih penting berbanding populariti. Mereka sangat mementingkan teman dan akan mencari sahabat seawal mungkin. Selalunya, kuantiti sahabat baik kanak-kanak pintar cerdas adalah sedikit, namun sangat bertahan. Salah satu sebab mengapa mereka sukar mendapat sahabat ialah sikap orang di sekeliling mereka yang tidak memahami ciri-ciri kanak-kanak tersebut. Para guru perlulah peka dengan perkembangan dan sikap anak murid mereka bagi mengesan kehadiran pelajar pintar cerdas dan seterusnya mengatur strategi pembelajaran untuk mereka. Sebagai contoh, mengadakan program gred skipping atau lompat darjah yang membolehkan kanak-kanak pintar cerdas tersebut berada dalam darjah mengikut keupayaan
6

intelektual mereka. Jika tidak, pelbagai masalah terutama masalah sosial akan berlaku selain daripada masalah emosi seperti tidak dapat memberi perhatian yang sepenuhnya kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan oleh guru oleh sebab telah menguasai mata pelajaran tersebut. Kesannya, kanak-kanak tersebut akan menimbulkan masalah seperti sering memonteng kelas, menganggu pelajar lain dan membuat bising. Bahkan, mereka akan digelar pelajar bermasalah dan akan dipulau oleh rakan-rakannya. Lihat, bagaimana situasi ini boleh menganggu masalah sosial kanak-kanak pintar cerdas. Guru-guru bertanggungjawab mengatur strategi pembelajaran untuk kanak-kanak tersebut agar dia mengalami flow dalam pelajaran. Dari segi kepimpinan, kanak-kanak pintar cerdas sangat empati terhadap perasaan orang lain seperti berkebolehan mendengar serta merasai apa-apa yang dirasai oleh seseorang yang menghadapi masalah. Mereka juga berkebolehan memberi arahan dengan jelas dan berkesan terhadap orang lain. Oleh sebab sangat mementingkan nilai keadilan, mereka akan mengamalkan kepimpinan yang telus dan bertanggungjawab serta boleh mengkoordinasi tugasan daripada orang lain. Selain itu, individu pintar cerdas juga cenderung untuk mempunyai interaksi yang baik dengan orang yang lebih tua berbanding dirinya. Hal ini berkai rapat dengan kehendak mereka yang memerlukan sahabat yang sama tahap intelektual dan mempunyai kematangan emosional. Selain itu, mereka juga lebih bersifat simpati dan empati berbanding individu lain yang hanya memiliki sifat simpati terhadap kesusahan makhluk lain. Sebagai contoh, individu normal lain hanya melahirkan perasaan sedih melihat kemiskinan seorang tua yang merempat di tepi jalan tanpa mampu untuk berbuat apa-apa. Walaubagaimanapun, individu pintar cerdas berupaya melahirkan perasaan sedih dan mencari jalan untuk membantu orang tua tersebut mencari makanan. Pendek kata, mereka begitu sensitif dan teliti dalam memastikan kesempurnaan.

1.3

Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas

Fizikal merujuk kepada sesuatu aspek yang boleh dilihat dan diukur seperti pertambahan berat atau ketinggian badan, kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Perkembangan fizikal juga boleh merujuk kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota
7

badan, otot dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti seharian. Kelahiran kanak-kanak pintar cerdas juga boleh disebabkan oleh faktor fizikal seperti faktor genetik dan persekitaran. Boleh dikatakan bahawa kanak-kanak pintar cerdas sudah menjadi pintar cerdas sejak saat kelahiran. Manakala menurut Profesor Howe, kanak-kanak menjadi pintar cerdas mungkin kerana hasil daripada bimbingan dan didikan ibu bapa serta guru-guru yang berada di sekeliling mereka sejak lahir dan semasa waktu kritikal iaitu zaman pra formal di antara kosong hingga enam tahun. Tidak dinafikan terdapat kanak-kanak berkeperluan khas seperti hiperaktif dan autism juga tergolong dalam individu yang mempunyai tahap mental yang tinggi atau keistimewaan yang luar biasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak autima yang sangat handal bermain alat muzik. Malah, terdapat kanak-kanak down sindrom yang mahir dalam bermain alat muzik iaitu piano. Antara contoh lain ialah Albert Einstein iaitu seorang individu bermasalah pembelajaran membuktikan bahawa insan istimewa sepertinya boleh berjaya apabila beliau sangat terkenal dalam bidang ilmu Fizik. Ciri-ciri fizikal kanak-kanak pintar cerdas adalah seperti bersemangat dan bertenaga. Mereka dikatakan kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka. Walaupun begitu, mereka masih mempunyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian. Hal ini sangat tepat jika dilihat kepada beberapa individu terkenal terutamanya dalam bidang sukan seperti Tiger Woods, David Beckham, Wayne Rooney dan Marcel Marceau. Mereka ini memiliki sistem motor halus dan kasar yang baik selain itu, mereka juga mempamerkan kemahiran atau kebolehan yang luar biasa dalam aktiviti fizikal berbanding rakan sebayanya iaitu dengan menunjukkan ketahanan, stamina dan ketekunan yang tinggi dalam aktiviti. Namun begitu, terdapat sumber lain yang menyatakan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai tahap fizikal yang sangat lemah. Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti seharian mereka yang lebih gemar permainan yang mementingkan strategi atau pemikiran seperti catur dan soduku berbanding permainan yang memerlukan tenaga seperti bola sepak. Terdapat juga kanak-kanak pintar cerdas yang hanya gemar membaca buku tanpa melakukan aktiviti santai.

2.0

MAKLUMAT RESPONDEN

Responden atau individu pintar cerdas, berbakat dan kreatif untuk kajian kes perkembangan fizikal, emosi dan sosial pada kali ini dipilih atas permerhatian saya. Menurut pemerhatian saya, responden ini mengalami banyak perkembangan dalam ketiga-tiga aspek tersebut yang sangat menarik untuk dikaji di samping memberi pengetahuan kepada saya sendiri tentang dalam diri kanak-kanak atau individu pintar cerdas. Responden saya pada kali ini diberi nama Felicia Asip Ali yang kini baru berusia 12 tahun. Dia dilahirkan pada 12 Mei 1998 di Sarawak dan berketurunan Kanyan. Felicia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Nanga Penyarai iaitu sebuah sekolah pendalaman di Ulu Penyarai, Tatau, Bintulu, Sarawak. Ayahnya, Ali Lain manakala ibunya pula bernama Kelipat Anak Yatang merupakan anak jati bumi Sarawak. Felicia seorang kanak-kanak yang mempunyai lima orang adik beradik dan dia ialah anak yang ke-dua. Memancing adalah hobinya pada waktu senggang.

2.1

Karakter dalam perkembangan fizikal responden

Felicia dilihat sebagai salah seorang pelajar contoh dan berperwatakan menarik lebih-lebih lagi apabila dia sangat dikenali dalam kalangan warga sekolah terutama sebagai pelajar cerdik dan Ketua Pengawas. Perwatakannya dari segi fizikal adalah seperti kanak-kanak normal yang lain. Tiada kekurangan fizikal mahupun mental. Malah, sentiasa berketrampilan kemas dan ringkas terutama sebagai ketua kepada rakan-rakan dan orang yang sangat terpengaruh di sekolahnya. Walaubagaimanapun, Felicia adalah seorang pelajar yang kurang aktif dalam bidang kokurikulum selain melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Dia memilih menjadi pelajar pasif apabila aktiviti sukan atau lasak dijalankan di sekolahnya. Menurut gurunya, sikap responden begitu mungkin kerana minat atau kecenderungannya pada bidang lain dan oleh sebab masalah kesihatan yang dihadapinya iaitu penyakit lelah.

2.2

Karakter dalam perkembangan sosial responden

Seperti yang telah diterangkan, Felicia adalah seorang pelajar yang pasif dalam melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau kokurikulum di sekolahnya. Jadi, logiklah jika dikatakan proses interaksi yang dihadapinya juga sangat lembab walaupun dia adalah seorang ketua pengawas di sekolahnya. Hal ini dapat disahkan sendiri oleh guru dan melalui pemerhatian saya bahawa responden gemar bersendirian tanpa rakan rapat. Tambahan pula, dia sangat jarang berkomunikasi dengan rakan lelaki dan orang dewasa. Kecenderungannya yang berbeza dengan rakan sebaya iaitu mempunyai minat yang mendalam dalam bidang sastera dan sajak menjadikan masa bersamanya dengan rakan sangat terbatas. Hal ini kerana rakan sebayanya lebih meminati aktiviti lasak atau aktiviti yang memerlukan kemampuan fizikal yang tinggi seperti berlari dan bersukan. Sesungguhnya, ciri-ciri Felicia sangat serupa dengan ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas iaitu lebih memilih permainan menguji minda dan strategi berbanding permainan atau aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal.

2.3

Karakter dalam perkembangan emosi responden

Terdapat beberapa ciri-ciri perkembangan emosi yang ditunjukkan oleh Felicia iaitu dia seorang pelajar yang tidak boleh menerima kegagalan dan sentiasa mahukan kesempurnaan. Dalam erti kata lain, dia adalah seorang yang perfectionist. Sebagai contoh, Felicia sukar untuk menerima apa-apa fakta atau pelajaran tanpa bukti atau ulasan. Keadaan ini sering terjadi semasa pembelajaran Sains diadakan. Oleh itu, gurunya akan mengadakan eksperimen atau menunjukkan bukti dari segi fakta untuk memberi keyakinan terhadap apa-apa yang dipelajarinya. Masalah emosinnya lebih tertonjol dengan sikap persaingannya dengan rakan sekelas. Menurut guru Sainsnya, Felicia adalah antara pelajar yang paling cerdik di dalam kelas selain seorang lagi pelajar yang bernama Junah. Mereka sering bersaing untuk mendapat tempat pertama di dalam kelas. Dia akan menjadi murung dan sentiasa bersedih dalam jangka masa yang panjang apabila gagal dalam persaingan tersebut. Hal ini menunjukan bahawa sifat

perfectionist yang tinggi dalam dirinya. Selain itu, Felicia juga berupaya membaca buku cerita
10

sambil mendengar penerangan dan mampu mengulang semula penerangan apabila ditanya oleh guru.

3.0

PENILAIAN

Selain daripada kaedah pemerhatian dan temuramah, saya juga menggunakan sebuah penilaian atau pengukuran untuk mengetahui lebih tepat tentang ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas yang terdapat dalam diri Felicia. Penilaian yang dipilih ialah Personal Test big five dilihat sebagai sebuah penilaian yang sesuai untuk kanak-kanak berumur seperti Felicia kerana mudah untuk difahami kerana diisi dan dijawab sendiri oleh kanak-kanak tersebut. Penilaian ini hanya memerlukan satu jawapan daripada lima jawapan iaitu sangat tidak bersetuju, tidak bersetuju, sederhana, setuju dan sangat bersetuju. Dalam penilaian ini, Felicia menyatakan dirinya bukan seorang yang gemar bercakap dan tidak gemar mencari kesalahan orang lain. Hal ini menunjukkan sikapnya yang pendiam ada baik dan buruknya. Walaupun begitu, dia mengakui seorang kanak-kanak yang suka membantu dan tidak mementingkan diri sendiri. Kita dapat lihat bahawa sifat sosial yang dimiliki ialah sederhana tanpa menjadi terlalu popular dalam komunitinya. Dari segi emosi pula, Felicia merasakan dirinya seorang pemaaf, mempunyai perasaan bimbang yang mendalam tetapi mudah tersentuh iaitu mudah berasa sedih jika tidak mencapai sesuatu yang diingini. Dalam erti kata lain, dia mengakui bahawa dirinya seorang yang beremosi tinggi. Felicia memiliki beberapa keistimewaan atau kelebihan sebagai seorang ketua pengawas di sekolahnya iaitu seorang yang tenang dalam menghadapi masalah atau situasi yang perlu diselesaikan. Dia juga seorang ketua yang sangat mementingkan kesempurnaan dalam sesuatu pekerjaan atau tugas sebagai ketua pengawas termasuklah sentiasa mengatur strategi untuk menyelesaikan masalah. Dia memilih untuk menjadi seorang ketua yang terurus. Dalam penilaian ini juga, Felicia menyatakan bahawa dia sangat mengemari bidang artistik atau kesusateraan iaitu sajak.

11

Penilaian kedua yang telah saya gun dalam kajian kes Felicia ialah Student Observation Form III for Social and Emotional Development yang diisi oleh seorang gurunya melalui pemerhatian. Penilaian ini mengandungi beberapa soalan yang berkaitan dengan pembentukan sosial dan emosi dan personaliti yang perlu diisi berlandaskan terhadap responden saya iaitu Felicia. Hasil daripada penilaian, saya mendapati Felicia seorang kanak-kanak yang juga kurang sensitif. Dia kadang kala sedar akan kesusahan orang di sekelingnya tetapi tidak tahu respon yang sesuai. Hal ini snagat berkait rapat dengan sikapnya yang suka bersendirian dan tidak gemar berinteraksi. Terdapat sumber mengatakan kanak-kanak pintar cerdas adalah seorang yang kelakar, tetapi Felicia menunjukkan ciri di sebaliknya. Dia bukan seorang yang kelakar malah kurang memberi respon ketika seseorang membuat aksi kelakar. Menurut penilaian yang dibuat juga, Felicia mengeluarkan isi hatinya atau perasaannya melalui penulisan kerana dia meminati bidang sastera iaitu sajak. Dalam kelas pula, Felicia seorang pelajar yang tidak bermasalah dan akan member perhatian kepada pelajaran yang diajar oleh guru kecuali terhadap pelajar yang dirasakan senang. Pada masa itu, dia akan melakukan perkara lain seperti membaca buku cerita.

4.0

STRATEGI

DAN

PROGRAM

PERLAKSANAAN

DALAM

MEMBANTU

RESPONDEN Kanak-kanak pintar cerdas memerlukan rangka program atau rancangan untuk mengatur keistimewaan mereka. Selain itu, program-program yang ideal juga adalah untuk mengawal dan menyelia ciri-ciri atau perasaan mereka oleh sebab mereka mempunyai ciri-ciri yang sedikit berlainan daripada pelajar-pelajar lain. Bagi kanak-kanak pintar cerdas yang mengalami konflik sama ada dalam diri atau kerana persekitaran, pelbagai motivasi atau program kendiri perlu dijalankan supaya mereka tahu untuk mengawal emosi dan tidak terlibat dengan gejala sosial yang menghayutkan. Kita ambil contoh sejelintir pelajar pintar yang memiliki kecerdasan dan kepintaran yang luar biasa. Mereka dihantar belajar sehingga ke luar Negara kerana kelayakan. Walaubagaimanapun, prestasinya semakin menurun dan merosot oleh sebab tekanan emosi berpunca daripada keluarga mereka sebagai contoh, yang sentiasa mahukan terbaik daripada

12

mereka. Jadi, individu seperti ini perlu didorong melalui pelbagai inisiatif supaya kelebihannya dapat disumbangkan kepada perkembangan dan pembangunan diri sendiri serta masyarakat. Menurut maklumat responden tentang perkembangan fizikal, dia adalah seorang kanakkanak yang kurang aktif atau pasif dalam sesuatu aktiviti mahupun dalam pergaulan seharian. Sebagai seorang guru, terdapat banyak strategi yang mampu untuk membantu kanak-kanak seperti ini. Dalam apa-apa program, sebuah rancangan pengajian harian perlu dibentuk untuk memberi dorongan kepada guru itu sendiri. Antara rancangan awal yang boleh dijalankan ialah kerap melakukan akititi berkumpulan dan kumpulan belajar supaya Felicia dapat menjalankan apa-apa aktiviti secara berkumpulan melalui perbincangan dan usaha sama dengan rakanrakannya. Sebagai contoh, melakukan eksperimen dalam kumpulan kecil, berbincang mengenai tugasan luar dan persembahan drama. Melalui aktiviti ini, setiap langkah kerja memerlukan kesepakatan setiap individu dan sangat berat jika dilakukuan secara bersendirian. Kesannya, Felicia akan bijak menyelesaikan sesuatu masalah secara bersama-sama, bijak menguruskan kumpulannya supaya semua anggota terlibat dan akan menyedari atau menghargai idea serta pendapat anggota kumpulan lain.

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU MATA PELAJARAN: SAINS (MEMBUAT MODEL PLANET-PLANET DALAM SISTEM SOLAR) NAMA MURID : FELICIA ASIP ALI TARIKH MULA: 12 APRIL 2010 TARIKH LAHIR : 12 MEI 1998

TARIKH SEMAKAN: 19 APRIL 2010

PENGETAHUAN SEDIA ADA: Felicia seorang murid yang bijak dan mudah mendapat pelajaran yang diajar padanya. Dia dapat menjawab semua soalan tentang planet-planet yang akan dipraktikkan pada kali ini dalam suatu aktiviti.

13

MATLAMAT: Supaya Felicia dapat berkomunikasi dan bekerjasama untuk menyiapkan model ini. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan yang mengandungi lima orang murid.

OBJEKTIF

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENILAIAN

CATATAN

1.

Felicia

sudah 1. Guru menerangkan aktiviti Jangkaan: 1 minggu dan yang akan dijalankan sambil jumlah mengedarkan bahan-bahan dan 1. Pemerhatian

Felicia dianggap

sudah

memahami mengetahui

mahir untuk bekerjasama dalam kumpulan dan

planet dan ciri-ciri alatan yang diperlukan untuk 2. Menyiapkan model mempunyai asas setiap planet yang membuat model planet dan planet-planet jika dalam berkomunikasi ada di dunia. sistem solar. Sistem Solar dan mampu memimpin ahlikumpulannya hasil ahli model kerja kepada guru-guru menghasilkan sebagai ketua dalam dalam dan pelajar-pelajar lain planet-planet kumpulannya. Guru Sistem Solar dan semasa Hari Sains. menetapkan supaya pada akhir membentangkan hasil pembelajaran, semua ahli dalam kerja mereka di khalayak kumpulan perlu mengetahui ramai. jumlah planet dan ciri-ciri 2. Guru melantik Felicia membentangkan setiap planet. Rajah 1: Contoh Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang boleh digunakan oleh guru untuk murid pintar cerdas. Selain itu, para guru boleh menganjurkan kem-kem atau program sehari bersama walaupun secara kecil-kecilan. Kem tersebut seharusnya mengandungi aktiviti yang mampu menerapkan nilai kerja dalam berkumpulan seperti ice breaking dan team building. Aktiviti ini boleh merangsang kanak-kanak seperti Felicia tentang berapa pentingnya peranan setiap ahli dalam kumpulan setiap kali mendapat tugasan dalam aktiviti ini. Sebagai contoh, memikirkan bagaimana cara untuk menyambut rakannya yang akan terjun dari paras yang lebih tinggi. Dalam
14

hal ini, rakan-rakan yang ditugaskan untuk menyambut perlu berfikir cara terbaik untuk menyusun tangan untuk menadah rakan yang akan terjun tersebut. Pada masa yang sama, rakan yang akan terjun itu perlu yakin dan percaya dengan rakan-rakan yang akan menyambutnya dari atas dengan selamat. Selain itu, gunakan kelebihan kanak-kanak tersebut dalam aktiviti berkumpulan. Sebagai contoh, kelebihan Felicia dalam bersajak. Kanak-kanak sememangnya gemar berkongsi sesuatu pekerjaan yang telah mereka lakukan. Dengan cara ini, mereka boleh berinteraksi tentang hasil kerja yang dilakukan di samping menambah tahap keyakinan dalam diri tentang kebolehan mereka. Guru-guru juga boleh menjemput pelajar-pelajar dari kelas lain dan para ibu bapa untuk melihat hasil kerja anak-anak mereka supaya ibu bapa mereka sedar akan potensi anak-anak dan menjalankan intervensi di rumah juga. Untuk menggalakkan Felicia melakukan aktiviti kokurikulum yang memerlukan kekuatan fizikal, intervensi awal perlu diberi terutamanya dari segi menambah kekuatan koordinasi dan otot serta masalah kesihatan yang dihadapinya. Menurut gurunya, Felicia mempunyai masalah kesihatan iaitu asma. Sebagai guru, perlulah diadakan pembaikpulih persekitaran sekolah yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan. Adakan aktiviti gotong-royong secara berkala untuk memastikan tiada sampah sarap di kawasan sekeliling. Selain itu, cadangkan juga kepada pihak kantin sekolah tentang makanan yang berkhasiat seperti memperbanyakkan buah-buahan dalam menu seharian pelajar-pelajar di situ. Guru-guru juga boleh merancang aktiviti fizikal yang menyeronokkan seperti pesta sukan atau karnival-karnival sukan yang memberi ganjaran kepada setiap penyertaan. Selepas itu, beberapa aktiviti yang lebih mencabar juga sangat sesuai dijalankan seperti jungle treaking dan jalan lasak. Masalah emosi yang dihadapi oleh Felicia pula ialah sukar menerima kegagalan kerana dia seorang pelajar yang sentiasa mahukan kesempurnaan dalam semua perkara. Antara kegagalan yang boleh terjadi ialah jika tewas dalam persaingan dengan rakan-rakan sekelas. Pendek kata, dia memiliki sifat perfectionist iaitu suatu ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas yang sangat nyata. Guru-guru adalah antar individu yang terdekat dengan mereka. Oleh itu, mereka sangat wajar menjadi individu yang akan bersama kanak-kanak ini dan memberi kekuatan dan
15

motivasi tentang kejayan dan kegagalan. Sebagai contoh, apabila menghadapi pelajar yang sedang mengalami kegagalan. Dekati mereka dan beri dorongan seperti dorongan melalui katakata. Katakan kepada mereka seperti, saya tahu, awak boleh lakukannya, Tidak mengapa jika gagal asalkan awak telah melakukannya dengan terbaik dan buatlah sesuatu perkara dengan terbaik, bukan jadi yang terbaik. Kata-kata ini adalah satu cara untuk menggalakkan mereka berfikir bahawa gagal sekali bukanlah gagal selama-lamanya. Selain itu, bantu pelajar tersebut mengkaji kegagalan mereka. Terangkan kepada mereka tentangnya dan jadikan kegagalan tersebut sepagai suatu praktis untuk menuju kepada suatu pekerjaan yang cemerlang. Biasanya, semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya Bukan itu sahaja, cadangkan atau sediakan suatu rekod atau catatan tentang tugasan atau perkara yang sedang dijalankan. Sebagai contoh, My Problem-Solving Plan. Dengan cara ini, pelajar tersebut akan menjadi sistematik dan merancang strategi untuk menjayakan apa-apa yang dikerjakan.

BIL

MASALAH YANG DIHADAPI/TUGASAN

TINDAKAN

PENAMBAHBAIKAN

1. 2. 3. .. .. Rajah 2: Contoh My Problem-Solving Plan. Guru-guru juga boleh mendedahkan pelajar tersebut dengan perkara-perkara baru supaya mereka dapat merasai kegagalan yang pelbagai. Aktiviti itu akan menjadi lebih bermakna jika mengambil masa yang lama. Hal ini akan mengajar mereka bahawa sesuatu kejayaan itu mengambil masa yang lama iaitu bukan dengan hanya sekelip mata. Dalam jangka masa yang lama itu, usaha yang gigih diperlukan dan kadang-kala kita menemui kegagalan. Antara contoh
16

aktivitinya ialah permainan puzzle, jigsaws dan LEGOs. Guru-guru perlu menjadi pendorong di samping mereka supaya mereka tidak cepat berputus asa dan kecewa. Hal ini sering terjadi oleh sebab mereka tidak dapat melihat bentuk atau gambar yang sepatutnya. Cadangkan juga kepada mereka strategi atau jalan penyelesaian yang pelbagai supaya mereka tahu ssetiap masalah boleh diselesaikan dengan pelbagai cara bukan dengan hanya satu jalan. Oleh sebab Felicia adalah ketua pengawas di sekolahnya, guru-guru perlu menganjurkan beberapa program seperti Kem Kepimpinan bukan hanya kepada Felicia, tetapi kepada semua murid supaya bakat kepimpinan yang ada dalam diri setiap murid dapat dicungkil. Antara pengisian yang ideal perlu dimuatkan dalam program tersebut ialah latihan pengucapan awam, program silaturrahim bersama pelajar-pelajar dan penduduk setempat supaya komunikasi serta kemahiran interaksi mereka dapat dimantapkan.

Tempat Kem: Kem berhampiran hutan Bilangan ahli yang dicadangkan : 25 orang (Bilangan tidak perlu ramai)

BIL 1

CONTOH AKTITIVI Pemimpin Bersama Rakyat a)

TUGASAN Kesemua ahli kem

OBJEKTIF ini a) Menggalakkan bakal

dianggap

seorang

pemimpin pemimpin berinteraksi

masa hadapan. Oleh itu, mereka dengan berkesan dengan ditugaskan untuk berinteraksi penduduk setempat. Hal dan berkomunikasi dengan ini akan membangkitkan rasa keyakinan dalam diri.

penduduk setempat. b) Mereka dikhendaki Memberi motivasi kepada kanak-kanak sekolah untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan secara individu.

17

Jalan Lasak dan Rempuh Halangan (melalui kawad berduri, melalui jalan di dalam longkang tanpa berdiri tegak, menyusuri lumpur dan jungle trekking)

a)

Setiap

kumpulan

perlu a) Melihat kreativiti setiap ahli kem.

melantik seorang ketua.

b) Aktiviti lasak ini dijalankan b) Melihat kerjasama di lokasi tepi pantai, hutan dan setiap ahli dan sikap sungai. c) Pelbagai halangan semulajadi dan buatan manusia didedahkan seperti hutan tebal dan lumpur. keterbukaan dalam menerima pandangan dari setiap ahli pasukan.

Speak loudly and confidently-manifesto

a) Memberi tugasan kepada a) Meningkatkan setiap ahli tentang perkara yang keyakinan diri dalam ingin diadakan atau diwujudkan menyuarakan pendapat apabila mereka menjadi ketua. b) Mendidik ahli kem b) Aktiviti ini lebih kepada supaya menjadi wakil penyuaraan pendapat sendiri pemimpin yang berwibawa dan tidak waswas dengan apa-apa c) Setiap ahli perlu yang ingin diajukan. membentangkan kertas kerja di hadapan semua ahli dan pegawai dengan yakin terhadap hujahhujah mereka.

tentang impian Negara maju.

4.

Reka Cipta Inovasi

a) Memberi tugasan kepada ahli a) Menguji kreativiti. kem untuk mereka gajet-gajet kediaman dalam hutan. b) Contoh gajet-gajet kediaman dalam hutan ialah tempat

berteduh, katil, meja, tempat

18

memasak, gajet rak kasut dan lain-lain lagi. c) Ahli kem dibenarkan untuk menggunakan bahan-bahan

semula jadi atau kitar semula. Rajah 3: Contoh pengisian kem Ada beberapa program boleh dilaksanakan kepada pelajar seperti Felicia yang kurang memberi perhatian di dalam kelas. Hal ini mungkin terjadi kerana dia berasa perkara yang sedang diajar oleh guru adalah terlalu senang, malah dapat menjawab semua soalan yang diberikan kepada guru tanpa mengulangkaji atau memberi perhatian. Berikan pendidikan setaraf dengan kecerdasannya iaitu program lompat darjah atau gred skipping. Program ini akan membantu pelajar tersebut untuk memberi pendidikan yang setimpal dan mencabar sesuai dengan kebolehannya. Pelajar tersebut juga akan dapat berkomunikasi dan berkawan dengan pelajar-pelajar lain yang sama tahap pengetahuan walaupun umur kronologi adalah berbeza. Selain itu, cadangkan kepada ibu bapa mereka untuk menempatkan anak pintar cerdas ini ke sekolah-sekolah elit seperti Kolej Yayasan Saad, Sekolah-sekolah Sains dan sekolah-sekolah kluster. Dengan cara ini, kepintaran mereka dapat diperkembangkan selain daripada dapat mengalakkan proses komunikasi mereka apabila berada di kelompok pelajar yang sama taraf intelektual dan kematangan emosi.

5.0

PENUTUP

Guru, terutamanya yang mempunyai pengetahuan lebih tentang pelajar pintar cerdas perlulah bertindak sebagai orang yang paing rapat dengan pelajar supaya kelebihan dan keistimewaan mereka dapat diketahui serta seterusnya diperkembangkan. Oleh itu, saya telah menjadikan kajian kes ini sebagai tugasan dalam mengesan dan mengkaji ciri-ciri individu pintar cerdas dengan lebih mendalam.

19

Felicia dipilih sebagai responden kajian kes perkembangan fizikal, emosi dan sosial kerana dikatakan oleh gurunya bahawa dia memiliki beberapa ciri nyata seorang individu pintar cerdas terutama dari segi pencapaian akademiknya. Setelah dikaji melalui temuramah dan beberapa buah penilaian, Felicia juga mempunyai beberapa ciri kanak-kanak pintar cerdas selain daripada aspek akademik iaitu emosi, fizikal dan sosial.

20

LAMPIRAN

Responden saya : Felicia. Pelajar berusia 12 tahun ini mempunyai ciri-ciri seperti kanak-kanak pintar cerdas.

Felicia seorang murid yang rajin dan sentiasa fokus pada pelajaran. Dia juga tidak mudah untuk menerima kegagalan.

21

Kecenderungan yang berbeza antara Felicia dan rakan-rakannya menyebabkan terdapat jarak sosial antara mereka.

Bakat kepimpinan yang terdapat dalam diri Felicia perlu digilap melalui program-program pemantapan insaniah dan komunikasi.

22

BIBLIOGRAFI

Personal test (2008). Diperoleh pada Ogos 23 , 2010 dari http://www.outofservice.com/bigfive/

Noriah Mohd Ishak et al (2009).Permata pintar:Pengalaman UKM. Selangor: Pusat Permata pintar Negara.

Mari kenali ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas. Diperoleh pada Ogos 30, 2010 daripada http://mediaislah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=623:mari-kenaliciri- ciri-kanak-kanak-pintar&catid=1:informasi&Itemid=76

Kebolehan intelek yang umum. Diperoleh pada Ogos 30, 2010 daripada http://www.permatapintar.com.my/downloads/15_ciri_pintarcerdas_synopsis.pdf

Joan Franklin Smutny et al (1997). Teaching young gifted children Unites States of America: Free Spirit Publishing.

in the

regular classroom.

Rebecca D. Eckert & Jeanne H. Purcell (2006). Desingning services and programs for highability learners. United States of America: The National Association for Gifted Children and Corwin Press.

Victor Serebriakoff (1990).

Educating the intelligent child.

Cambridge: Mensa Publications.

Masalah sosio-emosi kanak-kanak pintar cerdas. Diperoleh pada Ogos 31, 2010 daripada http://myais.fsktm.um.edu.my/4954/1/1.pdf

Margaret Sutherland (2005). Gifted Chapman Publishing.

and

talented in the early years. London: Paul

23

Anda mungkin juga menyukai