Anda di halaman 1dari 11

SEMESTER 2 SESI 2012/2013

MTD3053 : PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT ::ARTIKEL:: MOBILE COMPUTING

KUMPULAN KULIAH DISEMAK OLEH

:A : PN. HARNANI BT MAT ZAIN

::DISEDIAKAN OLEH :: SHAMSUL SUZAIMIE BIN AHMAD SUKRI MOHD SUHAIMI BIN OTHMAN D20111048079 D20111048088

Abstraks Kemajuan dalam rangkaian tanpa wayar telah mendorong satu konsep baru pengkomputeran, yang dipanggil pengkomputeran mudah alih di mana pengguna menjalankan peranti mudah alih mempunyai akses kepada infrastruktur yang dikongsi bersama, bebas daripada lokasi fizikal mereka. ini menyediakan komunikasi fleksibel antara rakyat dan (keutamaan) akses yang berterusan kepada perkhidmatan rangkaian. Pengkomputeran mudah alih merevolusikan cara komputer digunakan dan pada tahun-tahun yang akan datang ini akan menjadi lebih jelas walaupun banyak alat-alat itu sendiri akan menjadi lebih kecil atau tidak dapat dilihat (seperti sensor) kepada pengguna.

Artikel ini cuba untuk memberi kefahaman tentang pengkomputeran mudah alih, khususnya, isu-isu reka bentuk perisian (model, algoritma dan middleware tertentu) akan dipertimbangkan. isu-isu yang timbul daripada keperluan untuk rangkaian tanpa wayar, keupayaan untuk menukar lokasi dan keperluan untuk mudah alih unencembered serta menginsuranskan standard keselamatan yang setanding dengan yang terdapat sistem diedarkan atau sistem pusat.

1.0

Pengenalan Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, kemunculan telefon bimbit serta komputer riba

telah meningkat secara mendadak adanya peranti mudah alih untuk perniagaan dan pengguna di rumah. Baru-baru ini, alat-alat yang lebih kecil mudah alih seperti PDA dan peranti terutamanya tertanam (contohnya mesin basuh, sensor) telah perlahan-lahan mengubah cara manusia hidup dan berfikir komputer.

Pengkomputeran mudah alih dikaitkan dengan pergerakan perkakasan, data dan perisian aplikasi komputer. Kajian dalam bidang baru ini telah mendorong keperluan para pakar untuk memikirkan semula dengan teliti tentang cara di mana rangkaian mudah alih dan sistem yang dikandung. Walaupun sistem diedarkan mudah alih dan tradisional bahkan kelihatan berkait rapat, terdapat beberapa faktor yang membezakan kedua-dua, terutama dari segi jenis peranti (tetap / mudah alih), sambungan rangkaian (tetap/putus) dan konteks pelaksanaan (statik/ dinamik).
1

Secara asasnya, mobile computing bukanlah satu teknologi tunggal tetapi suatu teknologi gabungan beberapa elemen serta elemen. Mobile computing mempunyai beberapa komponen asas seperti rajah dibawah. Satelit adalah penghubung atau pengantara antara pengguna dengan aplikasi-aplikasi yang ingin digunakan.

Rajah 1: Komponen Asas Mobile Computing

2.0

Jenis-Jenis Peranti Mobile Computing Terdapat pelbagai jenis peranti atau teknologi mobile computing ini. Mungkin tanpa kita

sedar setiap hari kita sememangnya menggunakan teknologi ini untuk kegunaan seharian kita. Berikut merupakan antara contoh-contoh peranti mobile computing yang biasa digunakan oleh masyarakat pada masa kini.

Carputer
Wearable Technology

PDA

Pager

Laptop/ Netbook

Mobile Telephone

Hybrids (Converged Technology)

3.0

Kelebihan Mobile Computing Secara umumnya, teknologi mobile computing ini mempunyai beberapa kelebihan.

Antaranya ialah dapat meningkatkan penghasilan keputusan. Penggunaan mobile computing ini berupaya membantu seseorang untuk mengumpul, mengakses dan menilai sebarang maklumat termasuklah maklumat perniagaan dengan cepat dan tepat. Ini sekaligus mampu

mempercepatkan proses membuat sebarang keputusan.

Selain itu, mobile computing ini juga sangat fleksibel dan mudah alih kerana penguna mampu digunakan untuk kegunaan harian pada setiap saat dan dimana-mana sahaja. Ia tidak terhad kepada satu lokasi sahaja. Contohnya, pengguna seperti pelajar mampu mengakses internet atau emel serta mampu mencari maklumat berkaitan pelajaran walau berada dimana sekalipun. Ini membolehkan mereka tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Selain menjadi alat untuk komunikasi, peranti mobile computing ini juga menjadi peranti hiburan yang mudah alih yang boleh digunakan untuk tujuan peribadi seperti mendengar muzik, melukis, bermain permainan yang disediakan. Ia juga boleh dijadikan alat untuk persembahan ketika pembentangan sesuatu projek atau mesyuarat dijalankan.

Dalam bidang perubatan pula, penggunaan mobile computing ini mampu membantu para doktor untuk menyelesaikan sebarang persoalan berkaitan pesakit mereka dengan mudah dan cepat. Selain itu, mereka juga boleh mengemaskini maklumat pesakit dari masa ke masa. Ini sekaligus mempercepatkan proses kerja seharian mereka kerana walau berada dimana sekalipun, tugas mereka boleh dilaksanakan.

Dalam bidang pendidikan pula, dengan teknologi serba canggih ini, para pelajar mampu untuk mengambil nota dari pensyarah dengan mudah dan cepat. Mereka tidak perlu menyalin menggunakan pen dan kertas seperti suatu ketika dahulu. Sekaligus mampu menjimatkan penggunaan kertas yang mampu menyebabkan pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat

perkembangan pada masa kini, hampir setiap orang mempunyai peranti mobile computing ini walaupun masih dibawah umur. Jelas menunjukkan bahawa peranti ini mempunyai pelbagai kelebihan tidak kira sama ada untuk tujuan peribadi mahupun pekerjaan serta pelajaran.

4.0

Kelemahan Mobile Computing Setiap teknologi yang direka walaupun mempunyai seribu kelebihan, sudah semestinya

mempunyai sedikit kekurangan dan kelemahan. Mobile computing ini juga mempunyai beberapa kelemahan yang mungkin suatu hari nanti dapat diperbaiki kelemahan ini untuk menjadikan teknologi ini lebih sempurna dan berkesan.

Antara kelemahan yang paling ketara dengan wujudnya teknologi mobile computing ini ialah jaringan jalur lebar yang tidak mencukupi. Seperti yang kita sedia maklum, akses internet bagi peranti mudah alih seperti telefon pintar sangat perlahan berbanding sambungan kabel. Oleh itu, teknologi mobile computing ini sangat terhad untuk mengakses internet bagi menjalankan tugasan seharian.

Dari aspek gangguan penerimaan dan penghantaran isyarat juga merupakan salah satu kelemahan serta kekurangan teknologi mobile computing ini. Contohnya, sekiranya terjadinya bencana alam seperti gempa bumi atau tsunami, ia akan menjejaskan penghantaran serta penerimaan isyarat. Sekaligus menjejaskan kecanggihan teknologi mobile computing dan menonjolkan kelemahan teknologi ini. BUkan itu sahaja, teknologi ini juga sering terganggu aksesnya sekiranya pengguna berada di dalam terowong-terowang atau di kawasa-kawasan terpencil seperti di dalam bangunan atau hutan. Masalah ini boleh menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat atau berkomunikasi dengan lebih baik dan berkesan.

Di dada akhbar kini sering kita terbaca bahawa pemandu-pemandu kemalangan disebabkan penggunaan teknologi seperti mobile computing atau telefon bimbit. Teknologi ini sememangnya membawa kebaikkan tetapi jika tidak digunakan pada masa dan tempat serta situasi yang betul, ia boleh membawa kepada kecelakaan atau kemalangan. Teknologi mobile computing ini juga salah satu punca penyebab terjadinya kemalangan kerana dengan kecanggihannya, pengguna seperti pemandu sering menggunakan apabila memandu. Ini akan menyebabkan mereka leka dan berlakunya kemalangan.

Semakin hari teknologi semakin berkembang dan peranti-peranti mobile computing ini juga direka dan dihasilkan lebih kecil berbanding teknologi sebelum ini. Dengan pengecilan peranti ini, ia membuatkan para pengguna sukar untuk menggunakannya dan kadagkala mereka memerlukan latihan tambahan untuk menggunakannya. Ini merupakan satu kelemahan bagi teknologi ini kerana tanpa latihan yang sempurna, pengguna tidak boleh menggunakannya dengan baik dan berkesan.

5.0

Aplikasi Mobile Computing

5.1 Estat Agent / Ejen Hartanah Salah satu aplikasi yang membolehkan maklumat berkaitan hartanah diperolehi dengan cepat dan sebarang maklumat tambahan berkaiatan dapat diperolehi dengan mudah dan lengkap. Ianya digunakan oleh pengusaha hartanah untuk mencari dan memaklumkan kepada pengguna berkaitan maklumat hartanah. Dengan perkembangan teknologi pada masa kini, dengan adanya teknologi mobile computing ini, ejen hartanah mampu bekerja dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Ini sekaligus memudahkan mereka untukmelakukan tugas seharian. Selain itu, mereka juga boleh memberi maklum balas atau memberi perkhidmatan mereka kepada para pelanggan dengan cepat. Ini membolehkan mereka meningkatkan lagi produktiviti mereka dan menjadikan mereka lebih berjaya dalam kerjaya mereka.

Rajah 2: Contoh Aplikasi Estat Agent

5.2 Taxi Dispatch Taxi Dispatch adalah salah satu contoh aplikasi mobile computing yang telah digunakan pada masa kini. Ia merupakan sebuah sistem komunikasi yang menghubungkan antara teksi, operator dan pelanggan. Teksi dispatch membolehkan server/pelayan mengetahui kedudukan atau lokasi pelanggan dengan cepat dan mudah. Ini membolehkan server menghantar data pelanggan kepada teksi-teksi yang terdekat dan membolehkan pemandu yang dipilih menjalankan tugas mengambil pelanggan tadi dengan cepat dan mudah. Ini sekaligus dapat meningkatkan produktiviti perusahaan teksi dan dapat memuaskan hati para pelanggan kerana tidak perlu menunggu dalam jangka masa yang lama.

Selain teknologi mengurangkan kes-kes seperti ini

itu,

penggunaan membolehkan mengelakkan tidak

serta

pelanggan

diambil oleh pemandu teksi kerana setiap pemandu teksi akan dipantau oleh sistem yang dikawal pada server.
Rajah 3: Aliran Aplikasi Taxi Dispatch

Teknologi ini menggunakan jaringan GPRS.jaringan ini menguhungkan semua teksi dengan server secara langsung atau real-time. Antara aliran kerja aplikasi Taxi Dispatch: Calon penumpang memesan teksi melalui aplikasi pemesanan teksi Server menerima data dari penumpang dan segera mencari 5 teksi yang paling hampir dengan penumpang Pemandu teksi yang menerima maklumat dari server akan mengesahkan bahawa mereka akan mengambil penumpang tersebut atau tidak. Penumpang akan menerima maklumbalas dari server berkaitan teksi yang akan menjemputnya.

5.3 Blackberry Pada masa kini, Blackberry sudah tidak asing lagi bagi masyarakat di seluruh pelusuk dunia. Blackberry adalah salah satu daripada teknologi mobile computing. Salah satu kemudahan yang terdapat pada blackberry adalah untuk berkomunikasi antara satu sama lain iaitu menggunakan blackberry messenger atau lebih dikenali sebagai BBM. Kemudahan BBM ini menggunakan PIN code yang terdiri daripada 8 digit (alphabet/numberic). Teknologi ini mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah: Boleh digunakan untuk melakukan proses

komunikasi atau chatting Kos yang lebih murah berbanding dengan sistem pesanan ringkas yang biasa Pesanan yang diterima tidak akan memenuhi peti simpanan Membolehkan berkumpulan.
Rajah 4: Contoh Blackberry

komunikasi

dilakukan

secara

Akan tetapi teknologi ini juga mempunyai beberapa kelemahan yang dapat dilihat, antaranya adalah: Komunikasi hanya akan berlaku diantara pengguna blackberry sahaja Komunikasi tidak akan berlaku sekiranya pengguna tidak mempunyai PIN code pengguna yang lain.

6.0

Teknologi Terkini Dan Masa Depan Mobile Computing Secara umumnya, teknologi semakin berkembang setiap saat walaupun tanpa kita sedar.

Pakar-pakar teknologi berusaha untuk terus bersaing mewujudkan suatu teknologi yang lebih baik dan mantap. Begitu juga teknologi mobile computing yang semakin hari semakin berkembang teknologinya untuk memudahkan lagi kehidupan seharian manusia. Pakar-pakar cuba bersaing untuk menghasilkan suatu teknologi yang bersifat Artificial Intelligent dan memunyai kelajuan pemprosesan yang tinggi. Ini penting untuk membolehkan teknologiteknologi ini melakukan tugasan seharian manusia dengan pantas, cekap dan berkualiti. Antara teknologi yang telah dikaji untuk masa depan adalah:

6.1 Holo 2.0 Salah satu contoh teknologi mobile computing yang dirancang untuk masa depan adalah Holo 2.0. Holo 2.0 adalah suatu teknologi yang boleh dipakai oleh manusia (weareable technology). Ia akan memaparkan paparan hologram yang jelas dan membolehkan proses komunikasi atau pencarian maklumat berlaku dengan lebih jelas dan pengguna berasa seperti berada di alam yang nyata. Sumber kuasa ekologi yang terdapat pada Holo 2.0 ini membolehkan pengguna mendapatkan sambungan web pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Teknologi ini menggunakan bateri atau tenaga kinetik. Ini bermakna kuasa serta jangka hayat teknologi ini dijana daripada pergerakkan kinetik tangan pengguna.

6.2 Google Glass Google memperkenalkan teknologi kacamata yang canggih dimana ia dinamakan sebagai Project Glass. Kacamata ini menyokong kemampuan komputeran yang cukup menakjubkan. Kacamata ini juga menggunakan kawalan suara dan boleh melaksanakan fungsi-fungsi tertentu seperti pencarian maklumat online, email dan navigasi arah. Selain itu, ianya juga boleh digunakan untuk melakukan aktiviti video chat dan voice chat. Teknologi yang berasaskan augmented reality ini menggunakan system operasi Android dan ianya mudah untuk digunakan serta mesra pengguna. Teknologi ini juga merupakan salah satu teknologi wearable technology yang dibangunkan untuk memudahkan kerja-kerja seharian setiap individu pada masa kini.

6.3 Nokia 888 Berdasarkan keperluan dan kecanggihan teknologi pada masa kini, pakar-pakar telah mengkaji untuk menghasilkan suatu teknologi yang lebih ringkas dan mudah dari semua aspek. Nokia telah mengkaji untuk menghasilkan nokia 888 dimana ia lebih bersifat mudah alih kerana saiz dan sifatnya yang fleksibel. Aplikasi-aplikasi pada teknologi ini hampir sama dengan telefon pintar yang lain tetapi mempunyai kelebihan dari segi saiz dan kelajuan pemprosesannya. Teknologi ini mampu memudahkan kerja-kerja pengguna selain mudah dibawa kemana-mana tanpa memerlukan ruang penyimpanan yang besar.

Rajah 5: Contoh Teknologi Nokia 888

KESIMPULAN Kesimpulannya, pengkomputeran mudah alih (mobile computing ) ini boleh disifatkan sebagai suatu bidang penyelidikan yang sangat aktif. Ini kerana pakar-pakar sering bersaing untuk mewujudkan suatu teknologi yang lebih canggih dan bermanfaat untuk kegunaan semua pihak. Teknologi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada bidang perniagaan untuk menjalankan operasi mereka dengan lebih cepat dan cekap, malah teknologi ini juga mampu meningkatkan taraf kehidupan manusia. Selain itu, Pengkomputeran mudah alih adalah penting di zaman teknologi yang semakin berkembang dalam setiap saat. Ia membolehkan semua pihak untuk berkomunikasi dengan berkesan dan sempurna disamping mampu meningkatkan kecekapan serta keberkesanan pengurusan sesuatu bidang.
9

Bibliografi G.H Forman and J.Zahorjan The Challenges Of Mobile Computing, IEEE Computer, 1994 Internerwork Mobility. The CDPD approach, by Mark S. Taylor, William Waung, and Moshen Banan. Prentice Hall, PTR, 1997. Internet users will surpass 1 billion in 2005. eTForecasts, Dicapai pada February 6, 2001, http://www.etforecasts.com/pr/pr201.htm Introduction Of Mobile Computing, http://www.ittoday.info/Articles/Introduction_to_Mobile.htm, dicapai pada 24 Mac 2013 Lu, Q., Satyanarayanan, M. Improving Data Consistency in Mobile Computing Using IsolationOnly Transactions. In Proceedings of the Fifth Workshop on Hot Topics in Operating Systems. Orcas Island, WA, May, 1995. Mobile Computing History http://en.wikipedia.org/wiki/Mobile_computing, dicapai pada 24 March 2013 Mobile Telecommunications Networking by Michael Gallagher and Randall Snyder. McGraw-Hill, 1997.

10

Anda mungkin juga menyukai