Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM MOTIVASI KELAS INTERGRASI PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN GURUN PUSAT

Tarikh Tempat Hari

: 10 & 11 April 2013 : Kelab Cinta Sayang Resort : Rabu

Seramai 20 orang murid serta 10 orang guru pengiring dan termasuk seorang pembantu pengurusan murid telah menyertai program motivasi Kelas Intergrasi Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Gurun Pusat yang dilaksanakan pada 10 dan 11 April 2013 yang bertempat di Kelab Cinta Sayang Resort, Sungai Petani , Kedah. Tujuan program ini dilaksanakan bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran serta menjalinkan hubungan mesra di antara guru dengan murid-murid. Acara dimulakan dengan memberi taklimat kepada murid-murid bermasalah pembelajaran mengenai program yang akan dilaksanakan sebelum bertolak ke Kelab Cinta Sayang Resort. Taklimat diberikan agar murid-murid bermasalah pembelajaran dapat gambaran secara jelas perjalanan perlaksanaan program ini. Taklimat diberikan pada pukul 8 pagi bertempat di Kelas Intergrasi Permata Hati. Tepat pukul 9 pagi, murid-murid berkumpul di hadapan kelas intergrasi Permata Hati untuk bertolak ke Taman Rekreasi Lot 88 untuk aktiviti riadah pagi. Pengangkutan perjalanan ke Taman Rekreasi Lot 88 menggunakan kenderaan guru. Pengangkutan menggunakan kenderaan guru iaitu sebanyak 5 buah kenderaan. Penggunaan kenderaan guru disebabkan untuk menjimatkan kos perlaksanaan kerana kos menyewa bas memerlukan kos pembayaran yang tinggi. Setibanya di Taman Rekreasi Lot 88, murid-murid intergrasi Permata Hati diberikan bekalan makanan dan minuman sebagai sarapan pagi. Ini bertujuan untuk membekalkan tenaga kepada murid-murid dalam menjalani aktiviti yang akan

dilaksanakan. Selepas bersarapan pagi, guru melaksanakan senaman pagi kepada murid-murid bermasalah pembelajaran dengan bertujuan untuk meningkatkan

kecergasan murid dalam menjalani aktiviti yang bakal dilaksanakan. Selepas berakhirnya aktiviti riadah di Taman Rekreasi Lot 88, kami bertolak ke Kelab Cinta Sayang Resort dan selamat tiba pada pukul 11 pagi. Setibanya di Kelab Cinta Sayang Resort, guru memberikan sedikit taklimat kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Taklimat yang diberikan mengenai peraturan-peraturan berada di Kelab Cinta Sayang Resort. Ini bertujuan untuk mengingatkan murid supaya tidak menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini semasa berada di Kelab Cinta Sayang Resort. Kemudian, kami berjumpa dengan Exco Penginapan Kelab Cinta Sayang Resort iaitu Puan Norida Binti Ishak dalam membincangkan mengenai tempahan penginapan yang telah dibuat. Sementara menunggu kebenaran untuk check in bilik penginapan, guru menjalankan aktiviti terapi renang di kolam renang yang terdapat di Kelab Cinta Sayang Resort. Sebelum menjalani aktiviti terapi renang, murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti regangan yang dipimpin oleh saudara Muhammad Nur Bin Mat Akhir. Sebelum memasuki kolam renang, murid-murid diberikan sedikit penerangan mengenai peraturan-peraturan di kolam renang supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Tepat pada pukul 1 petang, murid-murid dibekalkan dengan nasi ayam dan air soya sebagai juadah tengah hari. Pada pukul 2 petang, murid-murid telah diberikan kebenaran untuk memasuki bilik penginapan oleh pihak hotel Kelab Cinta Sayang Resort. Guru memberi arahan supaya murid-murid beratur dalam kumpulan masing-masing sebelum memasuki bilik penginapan. Murid-murid bermasalah pembelajaran Intergrasi Permata Hati diagihkan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan terdapat seorang guru pengiring. Di samping itu juga setiap kumpulan diberikan satu bilik penginapan. Setelah memasuki bilik penginapan, murid-murid diberikan masa untuk membuat persiapan diri untuk menjalani aktiviti yang seterusnya.

Pada pukul 3 petang, murid-murid berkumpul di hadapan lobi Kelab Cinta Sayang Resort untuk menjalani aktiviti Terapi Kuda. Namun perancangan yang dirancangkan tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang kerana cuaca hujan. Oleh disebabkan demikian, guru mengubah perancangan dengan mengadakan sesi melawat Kelab Cinta Sayang dengan menaiki pengangkutan yang disediakan oleh pihak hotel. Kenderaan yang disediakan oleh pihak hotel mampu membawa seramai 10 orang pada satu masa. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberikan pengalaman yang bermakna untuk murid-murid menaiki kenderaan tersebut. Aktivti ini berakhir pada pukul 5 petang dan kemudiaannya murid-murid diminta pulang ke bilik penginapan masingmasing Tepat pada pukul 7 petang, murid-murid diberi arahan untuk berbaris di hadapan bilik penginapan masing-masing untuk menikmati juadah malam yang disediakan oleh pihak hotel. Makanan yang disediakan oleh pihak hotel amatlah lazat dan murid-murid kelihatan teruja untuk menikmati juadah yang dihidangkan. Sebelum menikmati juadah makan malam, murid-murid dikehendaki membaca doa sebelum makan terlebih dahulu. Selepas selesainya makan malam, murid-murid dikehendaki berkumpul di surau untuk menjalani solat maghrib secara berjemaah bersama dengan penceramah iaitu saudara Ustaz Khairul Adham Bin Zulkifli. Selesainya solat secara berjemaah, murid-murid dikehendaki berkumpul di dewan untuk sesi motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Adham Bin Zulkifli. Sesi motivasi ini memperihalkan mengenai tingkah laku dengan ibu bapa, guru dan rakan serta menyentuh sedikit mengenai budaya menghormati masyarakat sekeliling. Pada pukul 10 malam berakhirnya sesi motivasi dan murid-murid dikehendaki pulang ke bilik penginapan masing-masing untuk merehatkan diri dalam menjalani aktiviti yang diadakan pada keesokkan harinya.

Disediakan oleh , (MOHAMAD TAQIYUDIN BIN ISMAIL) Guru Pelatih Institut Perguruan Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah

Anda mungkin juga menyukai