Anda di halaman 1dari 2

Permainan Teka Lukisan/Lakaran Objektif : Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimaginasi dengan baik Bahan: Kertas dan Pensel

Cara bermain: Kelas/Berkumpulan Langkah: 1. Pelajar duduk ditempat atau di dalam kumpulan masing-masing. 2. Anda akan melukis sesuatu objek sambil meminta pelajar anda meneka apakah objek yang sedang anda lukis. Pertanyaan anda perlu dilakukan berdasarkan peringkat lukisan atau lakaran. 3. Kumpulan yang paling banyak dapat meneka dengan tepat dikira pemenang. 4. Aktiviti melukis ini pula diikuti oleh wakil kumpulan masing-masing manakala kumpulan lawan membuat tekaan.

Permainan Teka Lakonan Objektif: Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimiginasi dengan baik Bahan: Kertas arahan (sampul) Cara bermain: Kelas/berkumpulan Langkah: 1. Pelajar duduk di tempat masing-masing. 2. Anda perlu membuat satu lakonan. 3. Pelajar diminta meneka apa yang dilakonkan oleh anda. 4. Kemudian anda perlu memilih seorang pelajar membuat lakonan berdasarkan arahan dalam sampul yang dipilih. 5. Pelajar lain diminta meneka lakonan tersebut. 6. Seterusnya anda boleh melakukannya berdasarkan perlawanan kumpulan. Kumpulan lawan akan meneka lakonan wakil kumpulan lain. 7. Penilaian dilakukan berdasarkan ketepatan meneka.

http://lamanbahasa.wordpress.com/permainan-bahasa/ http://www.saujana.sg/Wiyata/KongsiSlaid/PERMAINANBAHASA/tabid/3590/Default.as px

http://www.saujana.sg/portals/0/kongsi%20slaid/teki01.pdf http://www.saujana.sg/Wiyata/PermainanBahasaSekolahRendah/TEKATEKI/tabid/4083 /Default.aspx

Anda mungkin juga menyukai