Anda di halaman 1dari 2

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Bahasa Melayu
(MASALAH PEMBELAJARAN)


Tajuk : 1. Kemahiran Mendengar
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Komunikasi
Standard Kandungan : 1.2 Memberi perhatian kepada bunyi yang didengar
Standard Pembelajaran : 1.2.3 Mengecam bunyi kenderaan/benda
Tunjang lain yang disepadukan : Literasi Sains dan Teknologi
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat membunyikan 3 daripada 4
bunyi kenderaan.
Nilai : Kerjasama
LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set Induksi

- Murid mendengar bunyi siren ambulans.
- Murid meneka bunyi yang didengar.

Pita rakaman


Langkah 1

- Murid melihat gambar kenderaan yang
ditunjukkan.
-Murid menamakan gambar kenderaan
yang dilihat.

Kad gambar



Langkah 2

-Murid melihat dan mendengar bunyi-bunyi
kenderaan.
-Murid mengajuk bunyi yang didengar.
-Murid meneka jenis kenderaan
berdasarkan bunyi.

Pita rakaman/
VCD/DVD bunyi
kenderaan


Langkah 3

-Murid menunjukkan model/gambar
kenderaan berdasarkan bunyi yang
diperdengarkan.

Model/gambar
Pita rakaman


Langkah 4

-Murid melakonkan aksi memandu
kenderaan sambil membunyikannya.
-Murid meneka jenis kenderaan yang
dipandu.

Pita rakaman/
VCD/DVD bunyi
kenderaan


Langkah 5

-Murid dibahagi kepada 2 kumpulan:
i. Kumpulan A : Menunjukkan model
kenderaan

Kad gambar


ii. Kumpulan B : Membunyikan bunyi
kenderaan

Langkah 6

-Murid mewarna gambar kenderaan
berdasarkan contoh yang ditunjukkan.

Lembaran kerja


Penutup

-Murid mendengar lagu Kereta Kecilku
-Murid menyanyikan lagu tersebut sambil
bertepuk tangan.

Model kenderaan




Refleksi :
Aktiviti P&P berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid dapat meniru bunyi kenderaan
berdasarkan kad gambar yang guru tunjukkan. Ada sebilangan murid yang masih keliru dengan
bunyi yang dimainkan dalam pita rakaman. Bagaimanapun, mereka dapat mengenal jenis-jenis
kenderaan kerana sudah selalu melihat kenderaan di jalan raya. Secara keseluruhannya, murid-
murid dapat menyiapkan lembaran kerja yang diberi melalui bimbingan serta bantuan guru.

Anda mungkin juga menyukai