Anda di halaman 1dari 19

EDU3103 STRATEGI PENGAJARAN

Konsep strategi pengajaran


Suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran.

Pemusatan guru

Pemusatan murid

Jenis-jenis strategi pengajaran


Berasaskan bahan Berasaskan tugas/aktiviti

Strategi Pemusatan guru Strategi di mana guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru.

Mengikut Brophy (1978), pendekatan ini merupakan suatu pendekatan yang mudah dirancang dan diurus.
Contoh strategi pengajaran yang berpusatkan guru ialah syarahan, demonstrasi dan bercerita.

Ciri-ciri strategi Pemusatan guru

Guru berperanan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran


Komunikasi sehala Murid pasif dan mendengar sahaja

Guru mengarah dan mengawal pembelajaran

Ciri-ciri strategi Pemusatan guru Murid kurang kreatif dan tidak berinisiatif Mementingkan pencapaian objektif pendidikan guru Guru berkuliah

Kepimpinan bercorak autokratik

Ciri-ciri strategi Pemusatan guru

Sifat-sifat sosial kurang dipupuk

Menekankan ujian sumatif untuk penggredan


Murid kurang berminat terhadap penerangan guru

Strategi Pemusatan murid


Strategi berpusatkan murid bermaksud murid mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apaapa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Strategi berpusatkan murid dapat menggalakan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka mamahami bagaimana untuk belajar. Kaedah ini boleh dilakukan untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti murid.

Strategi Pemusatan murid


Kajian menunjukkan bahawa strategi berpusatkan pelajar mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep sikap yang positif, mewujudkan motivasi serta memperkembangkan peribadi dalm menggalakkan kemahiran sosial kumpulan. Bilik darjah yang berpustkan pelajar juga menunjukkan perkembangn kognitif di peringkat tinggi dalam kalangan pelajar. Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuiri-penemuan.

Ciri-ciri strategi Pemusatan murid


Murid aktif dalam pengajaran dan pembelajaran

Pemindahan pembelajaran berlaku


Komunikasi dua hala

Sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, tolong-menolong

Ciri-ciri strategi Pemusatan murid Naluri ingin tahu dikembangkan Kepimpinan bercorak demokratik

Mementingkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek


Disiplin tidak terkawal

Ciri-ciri strategi Pemusatan murid


Murid lebih kreatif Pembelajaran bercoak pengarahan kendiri Menekankan pencapaian objektif pembelajaran murid Murid minat dalam pelajaran

Strategi berasakan sumber/bahan


Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok-blok binaan, baha lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pisat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalakan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu dapat belajar.

Strategi berasakan sumber/bahan


Penekanan diberikan kepada penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian media akan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental.

Sumber pengajaran dan pembelajaran 1) Slaid dan jalur filem 2) Projektor lutsinar dan lutsinar 3) Pita rakaman dan televisyen 4) Model-model tiga dimensi seperti glob dan rangka manusia 5) Modul terancang 6) Pakej pembelajaran dengan penggunaan komputer

Strategi berasaskan tugasan/aktiviti


Guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasi apa-apa yang dipelajari. Semasa memperkenalkan aktiviti, guru pelru menegaskan tujuan-tujuan agar pelajar melibatkan diri dalam aktiviti dan mereka jelas tentang matlamat yang ingin dicapai.

Strategi berasaskan tugasan/aktiviti


Guru boleh membimbing pelajar dengan membekalkan maklumat yang ingin diperlukan atau bantuan tentang cara menyempurnakan kehendak tugasan. Apabila pelajar mula melaksanakan aktiviti dan tugasan, guru boleh memantau kemajuan dan menyediakan bantuan jika perlu. Kesemua tugasan perlu disusuli dengan refleksi dan perbincangan pada akhir tugasan.

Kriteria pemilihan aktiviti


Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar. Guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh menuju pencapaian matlamat tersebut. Sememangnya, matlamat utama harus berfokus kepada pemahaman kandungan pelajar dan kebolehan untuk mengaplikasikannya dalam situasi lain.

Berdasarkan matlamat pengajaran dan mempelbagaikan aktiviti. Dengan ini, pelajar akan mendapati bahawa aktiviti yang dilaksanakan menarik dan menyeronokkan.

Kriteria pemilihan aktiviti


Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi dan bukannya aktiviti yang dilaksanakan secara individu. Secara umumnya, aktiviti harus pelbagai dan merangsang motivasi pelajar selari dengan matlmat kurikulum. Aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau serta disusuli jika menginginkan impak yang sepenuhnya. Hal ini bermakna pelajar perlu bersedia lebih awal sebelum aktiviti. Guru perlu memberikan bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti serta menstruktur refleksi selepas aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai