Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-53 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JERNEH 1.

0 PENDAHULUAN

Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Mereka perlu dididik untuk membina generasi muda yang mempunyai rasa cinta kepada negara, sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan-negarawan ulung terdahulu dan mempunyai jati diri yang jitu. Di samping itu, mereka juga perlu mempunyai semangat patriotisme yang tinggi yang dapat dizahirkan dengan menghormati Lagu Kebangsaan dan Jalur Gemilang. Mereka hendaklah menjadi bangsa yang berani, tegas, dihormati dan berkeyakinan serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk sedia berkorban demi kedaulatan agama, bangsa dan negara. 2.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dibentangkan adalah untuk mendapatkan persetujuan agar program ini dapat dilaksanakan dengan berjaya. 3.0 OBJEKTIF

Melalui program ini diharap objektif berikut akan dicapai: 3.1 Menerapkan kesedaran dikalangan murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan pejuang-pejuang terdahulu membolehkan negara mencapai kemerdekaan. 3.2 Membentuk semangat jati diri yang mantap dan jitu dalam kalangan warga sekolah sebagai bangsa Malaysia yang berdaulat. 3.3 Memupuk semangat perpaduan dalam usaha membentuk kedamaian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat, baik di institusi sekolah mahupun dalam konteks negara. 4.0 RASIONAL

Kehidupan di zaman moden murid-murid memerlukan pengetahuan am, kemahiran dan pengalaman supaya menjadi lebih matang dan berdikari. Pengetahuan dan kemahiran ini perlu didedahkan kepada pelajar-pelajar yang akan memimpin negara di masa akan datang. 5.0 PERLAKSANAAN

Antara program sambutan Hari Kemerdekaan yang dicadangkan adalah seperti berikut: 5.1 Tarikh Program : 30 Ogos 2010 (ISNIN) 5.2 Cadangan Tempat : Tapak Perhimpunan dan Kantin Sekolah 5.4 Kumpulan Sasaran : Semua murid SKSJ (43 orang murid) 5.3 Aturcara Program : Sila lihat LAMPIRAN 1

6.0

URUSETIA

Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik adalah seperti LAMPIRAN 2. 7.0 BELANJAWAN 7.1 Hadiah pertandingan 7.1.1 Pertandingan Lagu-lagu Patriotik Tempat Pertama : Hamper bernilai RM30.00 Tempat Kedua : Hamper bernilai RM25.00 Tempat Ketiga : Hamper bernilai RM20.00 Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap 1 Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM5.00 Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM5.00 Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM5.00 Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap 2 Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM5.00 Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM5.00 Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM5.00 Pertandingan Mewarna Tahap 1 Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM5.00 Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM5.00 Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM5.00 Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM5.00 Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM5.00 Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM5.00

7.1.2

7.1.3

7.1.4

7.1.5

Sumber kewangan akan menggunakan peruntukan sekolah . Pecahan keseluruhan sumber kewangan seperti di LAMPIRAN 3. 8.0 PENUTUP

Semoga program ini akan dapat meningkatkan dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan murid-murid dan secara tidak langsung di kalangan guru-guru. Segala kerjasama dari semua guru dan murid amat dialu-alukan dalam menjayakan program ini. Pihak sekolah yakin akan mendapat pertimbangan dan kelulusan dari pihak pentadbir. Disediakan oleh: . (HASLIZA BT. ABDULLAH SANI) GPK HEM SEK.KEB. SUNGAI JERNEH 13 OGOS 2010

LAMPIRAN 1 ATURCARA 7.35 pagi : 7.45 pagi : Ketibaan para jemputan Nyanyian Lagu-lagu Kebangsaan - Negaraku - Melaka Maju Jaya - Wawasan Pendidikan Negeri Melaka - Lagu Sekolah - Jalur Gemilang - Satu Malaysia Bacaan Ikrar Bacaan Doa 8.30 pagi : 8.40 pagi : Ucapan oleh Pn.Hjh.Hamidah bt.Hj.Hassan Guru Besar SK Sungai Jerneh Ucapan Perasmian & Ceramah Kemerdekaan oleh Tn.Hj. Nayan b. Karim Pengerusi JKKK Kpg Sungai Jerneh Laungan Kemerdekaan 9.30 pagi : 10.30 pagi : 11.30 pagi : 12.45 tgh : 1.00 tgh : Persembahan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik Persembahan Deklamasi Sajak Rehat Pertandingan Mewarna Tahap 1 & Melukis Poster Tahap 2 Penyampaian Hadiah Bersurai

LAMPIRAN 2 JAWATANKUASA PROGRAM Penasihat Pengerusi Setiausaha Bendahari : : : : Pn. Hjh. Hamidah bt. Hj. Hassan (Guru Besar) Pn. Hasliza bt. Abdullah Sani (GPK HEM) Pn. Nurhuda bt. Khalib Cik Nurzila bt. Minhad : : En. Mohd. Haidir b. Manaf

Ahli Jawatankuasa Buku Program

Penyediaan Tempat & PA sistem : En. Hazri b. Ayob Penyelaras Pertandingan : 1. En. Ahmad Fariez b. Saleh (Lagu-lagu Patriotik) 2. Pn. Sumaliah bt. Tamami (Deklamasi Sajak) 3. Pn. Rozita bt. Abd. Rahim (Mewarna Tahap 1 & Melukis Poster Tahap 2) Pn. Najmiah bt. Omar Pn. Nurhuda bt. Khalib Pn. Zuraida bt. Abdullah Pn. RoseLailaWati bt. Abd. Hamid Pn. Norazlina bt. Abu Bakar Pertandingan Lagu-lagu Patriotik 1. Pn. Sariah (AJK PIBG) 2. Pn. Zaiton bt. Aman (AJK PIBG) Pertandingan Mendeklamasi Sajak 1. En. Jaafar b. Atan (AJK PIBG) 2. Pn. Salmah bt. Yousof (AJK PIBG) Pertandingan Mewarna Tahap 1 Pn. Najmiah bt. Omar Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 En. Hazri b. Ayob

Keselamatan & Disiplin Pengacara Majlis Hadiah & Cenderamata Hakim

: : : :

LAMPIRAN 3 BELANJAWAN PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE-53 TAHUN 2010 PERINGKAT SEK. KEB. SUNGAI JERNEH BIL 1. PERKARA HADIAH PERTANDINGAN 1. Lagu-lagu Patriotik 2. Deklamasi Sajak Tahap 1 3. Deklamasi Sajak Tahap 2 3. Mewarna Tahap 1 4. Melukis Poster Tahap 2 2. LAIN-LAIN PERBELANJAAN 1. Kertas Lukisan RM0.10 x 20 keping 2. Kertas Poster Mewarna RM0.15 x 20 keping 3. Cenderamata Jumlah Keseluruhan JUMLAH RM 75.00 RM 15.00 RM 15.00 RM 15.00 RM 15.00

RM 2.00 RM 3.00 RM 20.00 RM 160.00

KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JERNEH 1.0 PENDAHULUAN

Majlis sambutan Hari Raya dan Hari Kanak-Kanak adalah di bawah Unit Hal Ehwal Murid. Setiap tahun unit ini akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Melalui majlis ini , murid-murid akan mempunyai pengalaman dan idea dalam realiti kehidupan yang sebenar serta membantu meningkatkan minda. Selain itu, murid-murid akan diberi peluang untuk berseronok dan bergembira dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk mereka. 2.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dibentangkan adalah untuk mendapatkan persetujuan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. 3.0 OBJEKTIF

Melalui program ini diharap objektif berikut akan dicapai: 3.1 Memberi peluang kepada murid-murid merasa diri mereka dihargai dan diraikan. 3.2 Memberi peluang murid belajar melalui pengalaman tentang sesuatu majlis. 3.3 Memberi peluang kepada murid untuk bergembira dan berseronok di samping mengeratkan lagi silaturahim. 3.4 Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat mereka melalui pertandingan yang disediakan. 4.0 RASIONAL

Kehidupan di zaman moden murid-murid memerlukan pengetahuan am, kemahiran dan pengalaman supaya menjadi lebih matang dan berdikari. Pengetahuan dan kemahiran ini perlu didedahkan kepada pelajar-pelajar yang akan memimpin negara di masa akan datang. 5.0 PERLAKSANAAN

Program ini akan dijalankan untuk semua murid. Melalui programini murid-murid akan diraikan oleh guru-guru. Antara program yang dicadangkan adalah seperti berikut: 5.1 5.2 5.3 5.4 Tarikh Program Cadangan Tempat Kumpulan Sasaran Aturcara Program : : : : 17 September 2010 (JUMAAT) Kantin Sekolah Semua murid SKSJ (43 orang murid) Sila lihat LAMPIRAN 1

6.0

URUSETIA

Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik adalah seperti LAMPIRAN 2. 7.0 BELANJAWAN 7.1 7.2 Makan & Minum murid Hadiah pertandingan 7.2.1 7.2.2 Pertandingan Persembahan Lagu-lagu Raya Hamper bernilai RM 20.00 x 7 buah kelas Pertandingan Kad Ucapan Paling Kreatif Tahap 1 Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM 10.00 Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM 8.00 Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM 6.00 Pertandingan Kad Ucapan Paling Kreatif Tahap 2 Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM 10.00 Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM 8.00 Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM 6.00 = RM 8.00 x 43 orang murid

7.2.3

Sumber kewangan akan menggunakan peruntukan sekolah . Pecahan keseluruhan sumber kewangan seperti di LAMPIRAN 3. 8.0 PENUTUP

Semoga program ini mendapat sokongan padu kerana program ini memberi manfaat yang berguna kepada murid serta meningkatkan dan mengukuhkan ikatan silaturrahim di kalangan murid-murid dan secara tidak langsung di kalangan guru-guru. Segala kerjasama dari semua guru dan murid amat dialu-alukan dalam menjayakan program ini. Pihak sekolah yakin akan mendapat pertimbangan dan kelulusan dari pihak pentadbir.

Disediakan oleh: . (HASLIZA BT. ABDULLAH SANI) GPK HEM SEK.KEB. SUNGAI JERNEH 13 OGOS 2010

LAMPIRAN 1

ATURCARA 7.45 pagi : 8.00 pagi : 8.05 pagi : 8.15 pagi : 8.30 pagi : 10.00 pagi : 11.45 tgh : 12.00 tgh : Ketibaan para jemputan Bacaan Doa Ucapan oleh Pn.Hjh.Hamidah bt.Hj.Hassan Guru Besar SK Sungai Jerneh Ucapan oleh En. Jaafar b. Atan Yang Dipertua PIBG SK Sungai Jerneh Pertandingan Persembahan Nyanyian Lagu-lagu Hari Raya Jamuan Penyampaian Hadiah Bersurai

LAMPIRAN 2 JAWATANKUASA PROGRAM Penasihat Pengerusi Setiausaha Bendahari : : : : Pn. Hjh. Hamidah bt. Hj. Hassan (Guru Besar) Pn. Hasliza bt. Abdullah Sani (GPK HEM) Pn. Nurhuda bt. Khalib Cik Nurzila bt. Minhad : : En. Mohd. Haidir b. Manaf

Ahli Jawatankuasa Buku Program

Penyediaan Tempat & PA system : En. Ahmad Fariez b. Saleh Penyelaras Pertandingan : 1. Pn. Rozita bt. Abd. Rahim (Pertandingan Kad Ucapan Paling Kreatif) 2. Pn. Zuraida bt. Abdullah (Pertandingan Persembahan Lagu-lagu Raya) En. Hazri b. Ayob Pn. Nurhuda bt. Khalib Pn. Norazlina bt. Abu Bakar 1. Pn. RoseLailaWati bt. Abdul Hamid 2. Pn. Sumaliah bt. Tamami 3. Pn. Maryana bt. Amran Pertandingan Lagu-lagu Raya 1. En. Ismail b. Sulaiman (AJK PIBG) 2. Pn. Salmah bt. Yousof (AJK PIBG) Pertandingan Kad Ucapan Paling Kreatif Pn. Hjh. Hamidah bt. Hj. Hassan

Keselamatan & Disiplin Pengacara Majlis Hadiah & Cenderamata Jamuan

: : : :

Hakim pertandingan

LAMPIRAN 3 BELANJAWAN PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI KANAK-KANAK TAHUN 2010 PERINGKAT SEK. KEB. SUNGAI JERNEH BIL 1. PERKARA HADIAH PERTANDINGAN 1. Persembahan Lagu-lagu Raya 2. Kad Ucapan Paling Kreatif Tahap 1 3. Kad Ucapan Paling Kreatif Tahap 2 JUMLAH RM140.00 RM 24.00 RM 24.00

2.

LAIN-LAIN PERBELANJAAN 1. Jamuan Murid RM8.00 x 43 orang murid

RM344.00

Jumlah Keseluruhan

RM 532.00

Anda mungkin juga menyukai