Anda di halaman 1dari 13

http://gudangsoalan.blogspot.

com

KERTAS 011

Lima puluh minit

Kertas ini mempunyai 40 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga jawapan pilihan A, B, dan C atau empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1 1 Emak mengelar ikan-ikan kembung itu sebelum ________ garam dan kunyit. A dilumuri C diliputi B disaluti D dihiasi 2 ________ akan mencemar duli sebagai tetamu kehormat dalam majlis perkahwinan _________ nanti, kata Puteri Najihah Batrisya kepada wartawan. A Bagindaaku B Bagindasaya C Tuankuhamba D Tuankupatik 3 ________ betul teh ubat ini, kata May Fong kepada emaknya. A Payau B Masin C Kelat

http://gudangsoalan.blogspot.com 1

http://gudangsoalan.blogspot.com 4 Sudah lama Puan Zaleha ________ oleh budi pekerti anak perempuan jirannya itu. A tertarik B penarik C menarik D bertarik-tarik Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2 5 Di ________ rumah nenek terdapat pokok rambutan dan pokok durian. A belakang B bawah C luar 6 Adik menemukan ________ mutiara di celah-celah rumput ketika bermain di padang permainan. A sebuah C seutas B sebutir D seketul Soalan 7 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3 7 Sejak bapa meninggal dunia, Amiralah tempat adik-adiknya bergantung. ________, ibunya pula sakit-sakit. A Namun begitu C Di samping itu B Tambahan pula D Oleh Sebab itu

http://gudangsoalan.blogspot.com 2

http://gudangsoalan.blogspot.com 8 Jari-jari tangannya menjadi ________ kerana cuaca di Tanah Tinggi Genting itu terlalu sejuk. A kejang B kejur C kaku D beku Soalan 9 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 9 Intan ________ apabila Kak Zura mengusiknya di hadapan para tetamu. A terkial-kial B termalu-malu C terketar-ketar 10 Kalau tak silap saya, dia sampai ke sini ________ jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi tadi, kata Azmir kepada Baharum. A daripada B seperti C antara D pada 11 Sungguh wangi bau ikan terubuk yang dibakar oleh ibu untuk ________ tengah hari. A jamuan B hidangan C masakan 12 Hampir ________ daripada pembinaan bangunan dua puluh tingkat itu telah siap. A setiap B seluruh C sepuluh D separuh

http://gudangsoalan.blogspot.com 3

http://gudangsoalan.blogspot.com Soalan 13 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5 13 Pengemis itu meminta sedekah di ________ yang berdekatan dengan pejabat kami. A laluan berjalan kaki B laluan jalanan kaki C laluan pejalan kaki D laluan jalan kaki Soalan 14 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6 14 ________beratur mengikut kelas masing-masing, kata Cikgu Mustazza kepada murid-murid Tahun Enam itu. A Sila C Usah B Harap D Jemput 15 Kumpulan pelancong asing itu terpesona ________ tarian kuda kepang yang dipersembahkan oleh penari Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor. A dengan B pada C oleh

http://gudangsoalan.blogspot.com 4

http://gudangsoalan.blogspot.com Soalan 16 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7 16 Pakaian yang saya peragakan tadi ialah rekaan Tom Abang Saufi, kata ________ terkenal itu. A pramugari B peragawati C seniwati 17 Encik Hamdan ialah ________ yang menjayakan projek khidmat masyarakat dengan kerjasama mahasiswa Universiti Malaya. A ayam pemikat B orang bawahan C tulang belakang D ayam tambatan Soalan 18 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8 18 Bangkai kapal yang pecah sebagai akibat dipukul ombak besar itu ditemukan oleh penduduk kampung __________ di tepi pantai. A terbengkalai C terlantar B tersadai D tersangkut

http://gudangsoalan.blogspot.com 5

http://gudangsoalan.blogspot.com Soalan 19 dan Soalan 20 berdasarkan Gambar 9

Gambar 9 19 Wah, enak __________ kek coklat yang kamu buat ini! kata Suraya kepada Anis. A paling B sungguh C nian 20 Kata seerti bagi perbuatan yang sedang dilakukan oleh Anis ialah __________. A menghiris C membelah B memotong D mencencang Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan. 21 Di manakah kamu meletakkan buku latihan Matematik saya tadi? A Bukan saya yang mengambil buku latihan Matematik kamu. B Saya nampak Halim yang mengambil buku latihan Matematik kamu tadi. C Sudah saya letakkan latihan Matematik di atas dalam meja kamu. D Saya akan meletakkan buku latihan Matematik itu di atas meja kamu. Soalan 22 berdasarkan Gambar 10

Gambar 10

http://gudangsoalan.blogspot.com 6

http://gudangsoalan.blogspot.com Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan. 22 Mungkin budak-budak nakal yang merosakkan telefon awam ini. A Adakah budak-budak nakal yang merosakkan telefon awam ini? B Mengapakah budak-budak nakal merosakkan telefon awam ini? C Siapakah agaknya yang merosakkan telefon awam ini? D Apakah yang dirosakkan oleh budak-budak nakal itu? Pilih ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul. 23 A B C D Yang datang tadi tidak kakak saya. Bukan baju yang berwarna biru ini yang saya pilih tadi. Abang saya tidak doktor di klinik haiwan itu. Dia bukan tahu-menahu tentang hal ini.

Soalan 24 dan Soalan 25 Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul. 24 I Kami amat menyenangi sikap Becky yang tangan ringan itu. II Pertandingan tarik tali itu dimenangi oleh pasukan rumah biru. III Kerja-kerja membaik pulih jentera itu dilakukan oleh jurutera yang berpengalaman. IV Jangan lupa membawa pecah duit sekiranya kamu menaiki bas. A I dan II saja C II dan IV saja B II dan III saja D III dan IV saja 25 I Terdapat batu karang yang cantik-cantik di dasar laut di sekitar pulau ini. II Rakyat Iraq menderita kerana dasar kuku besi yang diamalkan oleh pemerintahnya. III Dasar kain langsir yang dibelinya itu berwarna hijau muda. IV Dasar kasut sukan abang yang lama itu telah haus. A I dan II saja B III dan IV saja C I, II, dan III saja D II, III, dan IV saja Soalan 26 dan Soalan 27 Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan. 26 Saya berasa seronok sekali bercuti di Pulau Perhentian, Gina, kata Lalita. A Lalita memberitahu Gina bahawa dia seronok bercuti di Pulau Perhentian. B Gina memberitahu Lalita bahawa dia seronok bercuti di Pulau Perhentian. C Gina bertanya sama ada Lalita seronok bercuti di Pulau Perhentian atau tidak. D Lalita dan Gina menyatakan bahawa mereka seronok bercuti di Pulau Perhentian.

http://gudangsoalan.blogspot.com 7

http://gudangsoalan.blogspot.com 27 Kami membawa kanak-kanak yang kehilangan ibunya itu ke kaunter pertanyaan. A Ibu yang kehilangan itu kami bawakan anaknya ke kaunter pertanyaan. B Kaunter pertanyaan kanak-kanak yang hilang itu kami hantar kepada ibunya. C Kanak-kanak yang kehilangan ibunya itu kami bawa ke kaunter pertanyaan. D Kanak-kanak yang kehilangan itu dibawa oleh ibunya ke kaunter pertanyaan. Soalan 28 dan Soalan 29 Pilih ayat yang betul. 28 A B C D Pasukan Pengakap akan membangunkan khemah di kawasan yang lapang ini. Kereta Pak Seman tidak dapat bergerak kerana putusan minyak. Zakiah memasuki alat-alat mainan adiknya itu ke dalam bakul. Hidup Mak Minah senang-lenang sejak anak sulungnya memperoleh pekerjaan.

Soalan 29 berdasarkan Gambar 11


Untuk menjaga kesihatan, kita hendaklah sentiasa rajin bersenam.

Gambar 11 29 A B C D Wah, rajinnya kamu bersenam! Aduh, kamu banyak berpeluh! Cis, habis lencun baju kamu! Nah, kamu nampak bertenaga!

Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul. 30 I II III IV A B C D Kamu yang mesti meminta maaf pada Hezry. Sampah sarap itu dibakar oleh mereka. Kamala sedang menggulung kertas pembalut hadiah itu. Surinder tidak boleh berjalan oleh kerana kakinya lumpuh. I dan IVsaja II dan III saja I, II, dan III saja II, III, dan IV saja

http://gudangsoalan.blogspot.com 8

http://gudangsoalan.blogspot.com Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

4824, Kg. Lumadan, P/S 394, 91000, Beaufort, Sabah. 12 April 2007. Menemui sahabatku saudara Syafiq yang berada di Melaka. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Saudara, Surat saudara yang bertarikh 4 April 2007 yang lalu berserta sehelai kemeja-T telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan. Calitan warna pada lukisan Kota A Famosa itu tampak seolah-olah asli. Kawan-kawan saya terpegun menatap keindahan lukisan tersebut ketika saya memakainya. Kali ini saya akan bercerita tentang aktiviti yang saya lakukan semasa cuti sekolah yang lepas. Saya telah mengikut kedua-dua ibu bapa saya mendaki Gunung Kinabalu, iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Pada mulanya, saya berasa gerun untuk mendaki gunung itu, tetapi ibu bapa saya memberi kata-kata semangat kepada saya. Kami mula mendaki pada pukul 9.00 pagi. Ketika mendaki, kami terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan cabaran. Untuk pengetahuan saudara, kami terpaksa menempuh tujuh pondok rehat sebelum sampai ke hotel penginapan. Kami hanya sampai ke hotel pada pukul 2.30 petang selepas melalui keadaan cuaca yang buruk. Keesokan harinya, pada pukul 2.00 pagi, selepas mengambil sedikit makanan, kami memulakan pendakian. Kami terpaksa menempuh beberapa bahagian gunung yang licin serta curam dengan bantuan tali. Saya berasa sungguh penat. Tekanan udara pula rendah. Kami dinasihatkan supaya bernafas menggunakan hidung agar dapat mengurangkan keletihan. Saya kembali bersemangat apabila mula ternampak akan bayangan puncak Gunung Kinabalu. Kami sampai ke puncak kira-kira pukul 4.30 pagi. Kami perlu menunggu seketika untuk menikmati pemandangan yang sukar saya lupakan, iaitu melihat matahari terbit. Sampai di sini dulu yang dapat saya ceritakan kepada saudara kali ini. Pada surat yang akan datang, saya akan ceritakan pula tentang pengalaman saya menuruni puncak Gunung Kinabalu. Sehingga kita berjumpa lagi. Sambutlah salam mesra daripada saya buat saudara sekeluarga. Sahabatmu,
Rosmadi Raffendy

31 Rosmadi mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya kerana.... A menghantar surat kepadanya. B membawanya melawat negeri Melaka. C menghadiahkannya sehelai kemeja-T. D menceritakan keindahan Kota AFamosa. http://gudangsoalan.blogspot.com 9

http://gudangsoalan.blogspot.com 32 Apakah yang dimaksudkan dengan kata terpegun dalam petikan? A bangga B hairan C pelik D kagum 33 Yang manakah antara yang berikut bukan isi kandungan surat Rosmadi? A lukisan Kota A Famosa pada kemeja-T amat menarik. B kegiatan yang dilakukannya pada cuti sekolah yang lalu. C pengalaman menuruni puncak Gunung Kinabalu. D keindahan matahari terbit di puncak Gunung Kinabalu. 34 Yang berikut ialah pengalaman Rosmadi ketika mendaki Gunung Kinabalu, kecuali A keadaan cuacanya buruk dan sejuk. B terdapat bahagian gunung yang licin serta curam. C tekanan udara di puncak Gunung Kinabalu tinggi. D dia terpaksa bernafas dengan menggunakan hidung. 35 Pilih penyataan yang tidak benar tentang petikan. A Rosmadi mengikut ibu bapanya mendaki gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. B Rosmadi terpaksa menempuh tujuh pondok rehat sebelum sampai ke hotel penginapan. C Rosmadi sampai ke hotel penginapan pada pukul 2.30 petang selepas melalui keadaan cuaca yang buruk. D Rosmadi memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu pada pukul 2.00 petang. Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pernahkah adik-adik melihat gerhana matahari? Tahukah adik-adik bagaimanakah gerhana matahari terjadi? Buat pengetahuan adik-adik, gerhana matahari berlaku disebabkan oleh gerakan bulan mengelilingi bumi. Kedudukan bulan serta bumi pula berubah-ubah dalam orbitnya. Fenomena gerhana matahari berlaku pada waktu siang, iaitu ketika bulan berada antara bumi dengan matahari. Keadaan ini menyebabkan sebahagian cahaya matahari ke permukaan bumi terhalang oleh bulan. Sepanjang tempoh berlakunya gerhana matahari ini, bulan akan membentuk dua bayang-bayang terhadap bumi, iaitu bayang umbra dan bayang penumbra. Bayang umbra yang penuh dan gelap hanya akan mencapai sebahagian kecil ke permukaan bumi, manakala bayang penumbra separa dan malap. Namun, masih ada sedikit cahaya akan sampai ke bumi lebih besar berbanding dengan umbra. Hal yang demikian ini menyebabkan langit akan menjadi gelap secara perlahan-lahan. Buat pengetahuan adik-adik, gerhana matahari berlaku dalam dua keadaan, iaitu gerhana penuh dan gerhana separa. Gerhana penuh terjadi ketika bulan melindungi

http://gudangsoalan.blogspot.com 10

http://gudangsoalan.blogspot.com seluruh matahari. Gerhana separa pula terjadi ketika bulan hanya menutupi sebahagian matahari. Gerhana matahari penuh jarang-jarang berlaku. Kemungkinan adik-adik dapat menyaksikan gerhana ini sekali dalam seumur hidup. Sekiranya adik-adik ingin melihat gerhana matahari, jangan sekali-kali melihat dengan mata yang terdedah. Lihatlah dengan menggunakan medium-medium lain seperti cermin mata hitam, teleskop, televisyen, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana sinaran cahaya matahari dapat merosakkan retina mata yang akhirnya mata akan menjadi buta. 36 Gerhana matahari berlaku A disebabkan oleh gerakan bulan mengelilingi bumi. B apabila kedudukan bumi berubah-ubah dalam orbitnya. C ketika bulan berada dekat dengan matahari pada waktu siang. D apabila cahaya matahari ke permukaan bumi terhalang oleh bulan. 37 Bagaimanakah gerhana penuh terjadi? A ketika bayang umbra menutupi sebahagian kecil permukaan bumi. B ketika langit menjadi gelap secara perlahan-lahan. C ketika bulan melindungi seluruh matahari. D ketika bulan menutupi sebahagian daripada matahari. 38 Frasa kata seumur hidup dalam petikan bermaksud A hidup sekali. B hidup sekali umur. C sepanjang umur yang hidup. D sepanjang hayat. 39 Perkara apakah yang ditegah ketika melihat gerhana matahari? A menonton melalui kaca televisyen B memakai cermin mata hitam C melihat dengan mata terdedah D menggunakan teleskop 40 Penyataan yang berikut adalah benar tentang petikan, kecuali A gerhana matahari berlaku pada waktu siang, iaitu ketika bulan berada antara bumi dengan matahari. B bayang penumbra ialah bayang yang separa dan malap. C gerhana matahari penuh berlaku setiap lima tahun sekali. D langit akan menjadi gelap ketika berlaku gerhana matahari.

http://gudangsoalan.blogspot.com 11

http://gudangsoalan.blogspot.com

KERTAS 012

Satu jam lima belas minit

Kertas soalan ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, anda boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3. Bahagian A [Masa yang dicadangkan: 15 minit] [10 markah] Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

http://gudangsoalan.blogspot.com 12

http://gudangsoalan.blogspot.com Bahagian B [Masa yang dicadangkan: 40 minit] [30 markah] Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis suatu karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Sekolah kamu telah mengadakan temasya sukan tahunan. Gambarkan kemeriahan suasana ketika temasya sukan itu berlangsung. ATAU 2 Persatuan Kajian Tempatan sekolah anda telah mengadakan suatu lawatan ke negeri Melaka Bandar Raya Bersejarah. Sebagai setiausaha persatuan, anda ditugaskan untuk menulis laporan lawatan tersebut. Tulis laporan kamu itu selengkapnya. ATAU 3 Tulis sebuah karangan yang bertajuk Kesan Pencemaran terhadap Alam Sekitar.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan: 20 minit] [20 markah] Tulis beberapa nilai murni yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.

Hidayah bekerja sebagai kerani di pejabat kerajaan. Dia amat disenangi oleh ketuanya dan rakan-rakan sepejabat kerana sikapnya yang peramah. Hidayah juga melakukan kerja dengan tekun. Setiap pekerjaan yang diberi akan disiapkan dengan sempurna. Hidayah ialah anak yatim piatu. Ibu bapanya terkorban dalam suatu nahas jalan raya. Sejak itu Hidayah dan adik-adiknya tinggal bersama dengan nenek mereka yang lumpuh. Sebagai anak sulung, Hidayah bekerja keras untuk mencari wang untuk menyekolahkan kedua-dua adiknya. Dia juga membuka kelas tuisyen pada waktu malam untuk mencari wang tambahan. Hidayah mahu memastikan adik-adiknya mempunyai masa depan yang lebih baik kelak. Walaupun nenek Hidayah lumpuh, namun Hidayah tetap mendapatkan pandangan daripada neneknya setiap kali membuat keputusan. Setiap nasihat dan teguran neneknya diterima dengan hati yang terbuka.

http://gudangsoalan.blogspot.com 13

Anda mungkin juga menyukai