Anda di halaman 1dari 82

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

1

Konsep Asas Moral

Definisi Konsep
Moral. Etika dan
Akhlak

Baik, Benar dan
Patut
Pernyataan
Normatif dan
Diskriptif

TAJUK 1 Konsep Asas Moral


SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan konsep-konsep asas moral.Kandungannya meliputi
definisi, ciri-ciri, dan implikasinya dalam kehidupan seharian.Konsep baik,
benar, dan patut pula menekankan penilaian terhadap sesuatu tingkahlaku
yang selaras dengan peraturan moral yang diterima oleh sesebuah
masyarakat. Pemahaman konsep asas moral akan mempengaruhi kandungan
dan kaedah mengajar Pendidikan Moral seseorang guru.


HASIL PEMBELAJARAN
i. Memberidefinisikonsep asas moral
ii. Mengenalpastikonsep baik, benar dan patut
iii. Menjelaskan pernyataan normati fda ndiskriptif
iv. Menjelaskan empat aliran pemikiran tentang moral
v. Menunjukkan sifat-sifat keempat-empat aliran pemikiran moral
vi. Mengenal pasti contoh-contoh situasi bagi keempat-empat aliran pemikiran

KERANGKA TAJUK-TAJUK








ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

2

1.0 Definisi Konsep
Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-
konsep berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah
penting kita memahami konsep-konsep ini yang saling berkaitan untuk
mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah
masyarakat.

1.1 Konsep Moral
Perkataan moral berasal daripada perkataan mores - bahasa Yunani
yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan
peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni
seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan
beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi,
kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana
masyarakat yang dimaksudkan.
Secara etimologi istilah moral berasaldaripada bahasa Latin mos, moris
(adat,istiadat,kebiasaan,cara,tingkahlaku,kelakuan) mores (adat
istiadat,kelakuan,tabiat,watak,akhlak).Banyak ahli menyumbangkan
pemikirannya untuk mendefinisikan kata moral secara terminologi.

Dagobert D. Runes
Moral adalahhal yang mendorongmanusiauntukmelakukantindakan-
tindakan yang baiksebagai kewajiban atau norma

Helden (1977) dan Richards (1971)
Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan
dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa
kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan.



ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

3

Atkinson (1969)
Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah,
apa yang dapat dan tidak dapat dilakukan.
Contohnya Siva menjumpa isebuah beg yang mengandungi sebuah
komputer riba di atas bangku stesyen bas. Sebagai seorang pelaja
rkolej sudah pasti Siva memerlukan sebuah komputer riba, untuk
memudahkannya membuat kerja-kerja kolej. Tetapi sebagai seorang
yang bermoral Siva telah membawa komputer riba itu ke balai polis
untuk diambil tindakan yang selanjutnya.
Rumusannya moral ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada
peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting
diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia
pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif
kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang
berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang
baik. Oleh itu insan moral ialah insan yang seimbang dari segi
keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip
moral, individu itu mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam
menghadapi dilema moral.


1.2 Konsep Etika

Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat
atau cara hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang
falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral,
tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa
dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan
untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti
etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .


ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

4

Contoh 1

Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di
dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya.
Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga
pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan
jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar
yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak
peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau
sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan
rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan atau dijadikan
bahan cerita lucu di sekolah.

1.3 Konsep Akhlak
Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak
dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara
spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah
dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut
dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga
mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan
segala laranganNya. Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu
dianggap tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua
perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah
arak membahayakan kesihatan dan menjadi punca maksiat. Minum
arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. Di
samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan
permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab
terhadap Allah dan keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh
menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong manusia
mencuri, menipu dan membunuh.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

5

Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap
peminum arak dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak
disebat sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya.
Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi:
i) memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmani
ii) punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah
iii) memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara
iv) memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas
v) dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat

Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis bukanlah suatu
perbuatan yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-
kanak tetapi baik pada setengah orang dewasa. Bagaimanapun,
seseorang yang minum arak sepatutnya tidak memandu kenderaan
kerana dikhuatiri jika seseorang berada dalam keadaan mabuk, sudah
tentu boleh mengakibatkan kemalangan. Hakikatnya akhlak dan moral
memang berbeza kerana akhlak bersumberkan al-Quran dan hadis
manakala moral berpiawaikan tanggapan dan budaya masyarakat
setempat.

Perbincangan
1. Dalam kumpulan, cuba anda huraikan perkara-perkara
berikut:
i) Buat satu banding beza dia antara konsep Moral, Etika
dan Akhlak
ii) Etika Perguruan merupakan satu garis
panduan/peraturan yang telah diwujudkan untuk para
guru. Jelaskan kebaikan Etika Perguruan ini.

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

6

2.0 Konsep Baik, Benar dan Patut

Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik,
benar dan patut.
Contohnya:
Kita patut melakukan apa yang baik dan benar.
Anda patut berkelakuan baik.
Anda patut makan makanan berkhasiat
Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan

Sesuatu tindakan itu dikata baik atau benar sekiranya tindakan
sejajar dengan tugas dan tanggungjawab, dan salah jika
perlakuan/tindakan bertentangan konsep baik dan benar.Konsep ini
adalah agak abstrak dan ahli falsafah yang berlainan telah
mentakrifkannya dalam konteks atau pendekatan yang berbeza.

2.1 KonsepBaik
Baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya.
Ia merujuk kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang
telah digunakannya.
Maknabaik:
1. Secara fizikal: alat yang banyak faedah dan kepuasan dari segi
penggunaan
2. Kepuasan diri: memuaskan hati pengguna dari segi rupa, mutu,
kecekapan dan sebagainya
3. Kelakuan:gerak-geri yang ditunjukkan, sesuai atau tepat dan
memberi sokongan atau persetujuan
4. Penyakit: dalam proses pulih atau balik kepada asalnya.



ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

7

2.2 KonsepBenar
Benar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan
nilai, mempunyai fakta-fakta, sebab-sebab, dan bukti-bukti yang
sah atau diterima oleh majoriti.

Perkataan benar boleh dilihat dari segi:
i. kebenaran mutlak kepadaTuhan
ii. kebenaran secara saintifik sesuatu kebenaran yang
boleh dibuktikan dengan fakta atau maklumat yang
dikumpul dan dianalisis secara saintifik.
iii. kebenaran secara relatif pada sesuatu situasi tertentu
benar wujud secara relatif dan bukan mutlak seperti yang
terdapat dalam pantang larang dan peraturan adat.

2.3 KonsepPatut
Patut bermaksud seharus, mesti, atau sesuaidan mempunyai
unsur bertindak secara waras dan bijaksana


Fikirkan
Banyak perkara yang baik serta benar tidak patut
diamalkandi kalangan masyarakat kini.Ulaskan








ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

8

2.4 Pernyataan Normatif dan pernyataan Deskriptif
2.4.1 Pernyataan Normatif
Pernyataan ini terbahagi kepada dua, iaitu:
i) Pernyataan Normatif Moral
Pernyataan ini merupakan penegasan atau pernyataan yang
menyatakan pertimbangan nilai kita seperti baik atau jahat, benar atau
salah, dan diterima atau ditolak. Contoh-contohnya:
(a) Berzina adalah perbuatan yang sangat keji.
(b) Pengguguran adalah perbuatan yang tidak bermoral.
Abdul Rahman Aroff (1999) menyatakan bahawa terdapat dua cara kita
menggunakan istilah baik, buruk, benar, salah, larangan,
tanggungjawab, hak, dan sebagainya. Pertama, apabila kita menilai
perbuatan atau perlakuan individu. Perbuatan ini dipanggil
pertimbangan nilai obligasi (deontic). Kesan perbuatan itu tidak diambil
kira. Contoh-contohnya:
(a) Kita patut menepati janji
(b) Perbuatan mencuri adalah salah.
Kedua, apabila kita menilai ciri perwatakan, motif, atau peribadi
seseorang. Pertimbangan ini dinamakan pertimbangan moral aretaic.
Contoh-contohnya:
(a) Seseorang yang kedekut adalah tidak baik.
(b)Dia mempunyai motif yang benar.
Harus diingat bahawa ada pernyataan normatif yang mempunyai
implikasi atau kesan langsung dan segera terhadap tingkah laku.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

9

Apabila pernyataan itu dikeluarkan, kita menentukan patut atau tidak
patut seseorang itu berkelakuan demikian. Contoh-contohnya:
(a) Kecuaian memandu di jalan raya membahayakan diri sendiri dan
orang lain. Berhati-hati di jalan raya.
(b) Kita patut membantu orang yang tidak bernasib baik. Oleh itu,
bermurah hatilah.
Di samping itu, terdapat juga pernyataan normatif yang dinyatakan
dalam bentuk atau perintah. Hal ini melibatkan perbuatan yang patut
atau tidak patut dipatuhi oleh anggota masyarakat. Contoh-contohnya:
(a) Peraturan Perlembagaan mesti dipatuhi.
(b) Tempat ibadat semua agama mesti dihormati.
ii) Perbuatan Normatif Bukan Moral
Pernyataan ini disebut sebagai domain bukan moral. Termasuk di
dalamnya ialah agama, estetika, ekonomi, intelek, kebendaan, politik,
dan sosial.
Dalam hal ini, istilah baik, buruk, dan sebagainya tidak diguna pakai
untuk menentukan nilai moral perbuatan atau watak seseorang. Contoh-
contohnya:
(a) Ini sebuah buku yang baik.
(b) Anda tidak perlu membeli kasut itu.
Antara pernyataan-pernyataan normatif yang berhubung dengan soal
estetika dan agama ialah:
(a) Saya sukamembelibeg tangan yang cantik dan selesa.
(b) Menipu adalah satu dosa.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

10

2.4.2 Pernyataan Deskriptif
Abdul Rahman Aroff menyatakan bahawa pernyataan ini bebas
daripada sebarang nilai atau tiada kaitan dengan pertimbangan nilai-
nilai moral. Pernyataan ini value-neutral dan terdiri daripada laporan
atau deskriptif. Tujuannya adalah untuk menyatakan fakta empirikal
atau logikal. Contoh-contohnya:
(a) Dia sentiasa tidur awal.
(b) Kereta itu berwarna biru.

Latihan
Bil Pernyataan Normatif/ Diskriptif
1. Kelas itu sangat kotor
2. Alat pengisar ini sangat baik
3. Su Li seorang pelajar yang rajin dan
sentiasa mengikut kata guru.

4. Doktor itu telah memberikan
layanan yang sama rata kepada
para pesakitnya tanpa mengira
bangsa dan agama.

5. Emas mempunyai nilai harga yang
sangat tinggi

6. Saksi perbicaraan kes itu telah
bercakap benar sewaktu disoal oleh
para hakim.





ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

11

3.0 Aliran Pemikiran Moral
3.1 Naturalis
Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu
dalam keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk
menerima sahaja keadaan yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran
naturalis.
Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau
masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip
keputusan peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk.
Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan
mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga
prestasinya.
Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki
secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus
miskin walau pun negara telah merdeka 52 tahun yang lalu.
Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan
penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri
iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan
kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan
kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh
keturunan berakhir.

2.2 Emotivis

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan
atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku
sama ada perasaan gembira mahupun sedih.
Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat
yang berfikiran sedemikian ialah:
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

12

Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an
di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita
tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut.
Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa
berfikir panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.
Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir
keturunan murid tersebut
Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar
Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan
Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di
muka keluarga.
Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu
membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

2.3 Intuisionis

Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secara
spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati. Orang tua yang bijak
telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi
sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada
yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu terkilat ikan di air sudah tahu jantan
betina. Gerak hati mereka ketika menilai bakal menantu pada kali pertama
berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran
faktor usia.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih
tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran
ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea
yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu
perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka berkatalah Munsyi
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

13

Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa indahnya, lagi kutebas pohon di hutan,
baru kutahu luasnya bentara.

Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah
intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki
don juan atau kasanova lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau;
sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki
hidung belang.


2.4 Rasionalis

Rasionalis berasal daripada perkataan ratio yang bermakna reason atau
sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi
alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang
waras dan logik.

Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan
menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan
bijak, menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan
manusia sejagat. Kes-kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk
mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.

Walau bagaimanapun bukan semua perkara boleh ditaakulkan. Perkara-
perkara yang berhubung dengan ketuhanan adalah sesuatu yang abstrak dan
tidak boleh dihujah dengan logik akal biar pun 1000 orang cerdik pandai
berhimpun untuk mencari logiknya. Contohnya perkara tentang Hari Kiamat,
kewujudan Tuhan, Hari Pembalasan dan sebagainya.



ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

14

Latihan:

1. Sebutkan 4 jenis aliran Pemikiran Moral
2. Huraikan berserta contoh aliran Pemikiran Instiusionis dan Emotivis
3. Banyak berlaku salah laku di kalangan guru-guru terhadap murid-murid
pada masa ini. Buat satu analisis berdasarkan pemikiran moral
mengenai isu ini.
























ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

15


TAJUK 2 Konsep Asas Nilai



SINOPSIS

Tajuk ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang pelbagai
jenis nilai dalam etika dan moral. Kefahaman tentang jenis nilai ini akan
memberikan penjelasan tentang pegangan nilai antara individu, peraturan
yang termaktub dan nilai-nilai sejagat. Pelajar juga dapat mengenali Jenis-jenis
Nilai yang mempengaruhi kehidupan manusia. Berdasarkan kefahaman dan
pengalaman, pelajar boleh membuat justifikasi dan pertimbangan dalam
tindakan sendiri dan dalam situasi tertentu.


HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar boleh:
1. Menjelaskan konsep konsep asas nilai.
2. Menganalisis jenis-jenis nilai dan mengaplikasikannya dalam profesion
perguruan.
3. Menghubungkait dan mengaplikasi konsep nilai dan jenis nilai dalam
membuat justifikasi dan pertimbangan moral atas tindakan sendiri dalam
situasi tertentu.








ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

16

KERANGKA TAJUK






2.1 KONSEP NILAI

Nilai merupakan kriteria atau standard bagi kita mempertimbangkan sesuatu
benda (manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik,
berfaedah, diingini, berharga atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah,
dibenci atau di antara kedua pola ini, iaitu sederhana. (Koo K.P, 1990: ms 70)

Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk, cantik dan lain-lain adalah
suatu penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikut piawaian mereka.
Secara amnya nilai boleh digunakan dalam 3 konteks.(Eow B.H, 2000:14-16)
Nilai Sifat (Attribute) untuk menyatakan ketinggian nilai sesuatu
seperti nilai yang diberikan kepada masa seperti emas.
Nilai Kadar kepada sesuatu seperti harga atau markah sesuatu
objek atau perkara seperti berapa harga barang atau berapa
tinggi penilaian ketua terhadap tugas-tugas yang kita jalankan.
Nilai Aksiologi- yang berkaitan dengan falsafah nilai. Nilai budi
yang tidak terbalas seperti dalam pantun nasihat Melayu: hutang
budi dibawa mati dalam pantun pisang emas.
NILAI DAN TEORI
ETIKA

KONSEP NILAI

Instrumental Instrinksik
Subjektif Objektif
Relatif Mutlak

TEORI ETIKA
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

17

Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara.
Justeru, wujudlah pelbagai kegunaan nilai:
Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal
pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral.
Nilai sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar,
dihujah, diubah atau dipertahankan.
Nilai sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat
keputusan.
Nilai bukan hanya merangsang,malah menghadkan perlakuan
seseorang.


2.1.1 Jenis-jenis Nilai

i. Nilai Instrumental berbanding dengan Nilai Instrinsik

Nilai-nilai ini digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai.

Nilai Instrumental (Ekstrinsik)

Nilai Intrinsik

Kualiti yang diterima atau ditolak
sebagai alat mencapai sesuatu
matlamat.
Bergantung pada nilai lain untuk
mencapai sesuatu matlamat.
Nilai peringkat kedua, misalnya
berani, rajin dan hormat
menghormati.

Contoh: Keikhlasan
Kita perlu ikhlas dalam menjalankan
tanggungjawab di dunia ini. Berkat
daripada sifat ikhlas, kita akan

Kualiti yang diterima atau ditolak semata-
mata kerana ia baik atau buruk tanpa
mengambil kira kesannya.
Tidak bergantung pada nilai lain untuk
mencapai sesuatu matlamat.
Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat
akhir.
Nilai peringkat pertama,misalnya baik
hati, kasih saying, keadilan.

Contoh: Nilai Kasih sayang
Azhar amat menyayangi ibu bapanya.
Azhar sanggup berkorban apa sahaja demi
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

18

memperoleh ketenangan dan kepuasan
kendiri.

Nilai-nilai di atas bergantung kepada
nilai lain untuk mencapai matlamatnya.
kesenangan ibu bapanya. Azmi tidak
pernah mengharapkan harta warisan atau
sebagainya kerana beliau berpendapat
bahawa seseorang anak berkewajipan
menjalankan tanggungjawab terhadap
ibubapa.

Nilai-nilai di atas pula tidak bergantung
dengan nilai lain untuk mencapai matlamat.


(ii) Nilai Subjektif berbanding Nilai Objektif


Nilai Subjektif

Nilai Objektif

Kualiti yang diterima atau ditolak
oleh seseorang yang memberikan
pandangan
Diterima atau ditolak mengikut
pandangan seseorang individu.

Contoh : Melepak
Rama seorang remaja yang baik. Walau
bagaimanapun apabila dia penat belajar,
dia selalu melepak di pusat beli belah
berhampiran dengan rumahnya. Dia
berpendapat bahawa melepak tidak salah
kerana dia dapat melepaskan tekanan

Kualiti yang bernilai atau sebaliknya
yang bebas daripada pilihan peribadi.
Diterima atau ditolak berdasarkan satu
set kriteria yang dipersetujui oleh semua
atau kebanyakan orang.

Contoh : Peperangan
Peperangan adalah ibarat menang jadi
arang kalah jadi abu. Kesan peperangan
ialah tragedi.

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

19


Nilai Relatif berbanding Nilai Mutlak atau Nilai Absolute

Nilai Relatif

Nilai Mutlak (Absolute)

Nilai yang diterima atau ditolak
oleh peraturan sesuatu
masyarakat untuk mencapai
sesuatu matlamat masyarakat.
Nilai relatif ialah arbitrari (tidak
tertentu), tidak sempurna dan
berbeza-beza antara masyarakat
yang berlainan.
Boleh berubah mengikut masa.

Contoh : Main Mercun
Bermain mercun merupakan
sebahagian daripada amalan penting
dalam sambutan Tahun Baru Cina.
Walau bagaimanapun masyarakat Cina
mula menerima pengharaman bermain
mercun yang dikuatkuasakan oleh
kerajaan sebagai tindakan rasional
pada masa kini.

Nilai yang kebaikan tidak terikat
kepada sesuatu kebiasaan
sesebuah masyarakat.
Diterima umum dan telah diuji
atau terbukti sebagai baik atau
buruk.
Kekal sepanjang masa dan di
semua tempat serta hampir
semua situasi norma
masyarakat.

Contoh : Menghormati ibubapa
Anak dituntut untuk menghormati ibu
bapa kerana tanpa mereka siapalah
kita. Anak yang tidak menghormati ibu
bapa dianggap sebagai anak derhaka.






ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

20


Perbincangan

Berdasarkan falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan guru , bincangkan perbandingan antara Nilai Instrumental dan Nilai
Instrinksik.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan :
Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepaddu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.

Falsafah Pendidikan Guru :
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan
kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.



Fikir-fikirkan


Manusia dicipta dari pelbagai bangsa, keturunan, kaum dan agama. Justeru itu
wujudnya perbezaan dari segi nilai budaya yang dikenali sebagai silang
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

21

budaya. Bagaimanakah dengan perbezaan ini manusia boleh hidup harmoni
dan bersatupadu.

Latihan
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut


1. Cari keratan akhbar yang mengandungi nilai-nilai instrumental,
intrinksik,subjektif, objektif, relatif dan mutlak. Buatkan analisa dan
kategorikan nilai yang terkandung dalam keratan akhbar tersebut.

Rumusan

1. Nilai adalah ukuran atau piawai yang ditetapkan oleh seseorang untuk
mengukur sesuatu.
2. Moral adalah suatu nilai tetapi bukan semua nilai bersifat moral.
3. Terdapat banyak jenis nilai dalam kehidupan yang mempunyai ciri
dan fungsi tertentu.














ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

22

TAJUK 3
TEORI-TEORI ETIKA


SINOPSIS
Tajuk ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang teori
etika Kefahaman tentang teori ini membantu pelajar melihat perbezaan
pandangan dalam membuat penilaian tindakan manusia daripada pelbagai
asas teori. Antaranya Teori Teleologi berasaskan kesan sesuatu tindakan,
Teori Deontologi melihat kepada motif tindakan manakala Virtue berdasarkan
tindakan yang disifatkaan sebagai jalan tengah dan berkeperibadian mulia.
Dua jenis teori ini adalah amat penting untuk difahami kerana ia menerangkan
tentang perbezaan tumpuan yang diberikan dalam mengenalpasti tindakan
yang bermoral oleh individu-individu yang berlainan.
Konsep etika dan kemoralan tidak diperjelaskan, pasti sukar untuk guru-guru
mengajar Pendidikan Moral kerana proses untuk mewujudkan insan terdidik
dan matang dari segi moral adalah rumit dan memerlukan kepakaran yang
sewajarnya.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar boleh:
1. Menjelaskan teori-teori etika seperti teori, teori teologikal , teori
deontologikal dan kemoralan sosial;
2. Membincangkan prinsip-prinsip yang terdapat di dalam teori teologikal
dan deontologikal;
3. Menganalisis teori-teori etika dan membuat justifikasi dalam kehidupan
seharian ;
4. Membincangkan perbezaan di antara teori teologikal dan deontologikal
dan
5. Menganalisis teori-teori etika dan mengaplikasikannya dalam
Pendidikan Moral
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

23

3.1 KERANGKA TAJUK




3.2 TEORI ETIKA
Teori etika adalah "a systematic exposition of a particular view about what is
the nature and basis of good or right" (MacKinnon, 1995, m.s. 8). Teori etika
memberikan sebab-sebab atau norma untuk menimbangkan sama ada satu
tindakan betui atau salah dan cuba memberi justifikasi atas norma itu. la
memberikan asas kepada prinsip moral atau garis panduan yang meliputi
beberapa nilai yang tertentu. Prinsip ini pula boleh digunakan untuk
menentukan apakah tindakan harus dipilih dan lakukan dalam sesuatu situasi
yang tertentu. Oleh itu, tugas etika adalah menyediakan garis panduan kepada
tindakan yang tekal dengan anggapan umum tentang maksud etika atau
moral.
Teori etika terdiri daripada dua pandangan utama, iaitu Teori Teologikal
(Consequentialist Theory) dan Teori Deontologikal (Non-consequentialist
Theory). Pada prinsipnya, kedua-dua teori ini bertentangan antara satu sama
lain dalam menentukan nilai-nilai sesuatu perlakuan moral. Tumpuan Teori
Teologikal ialah hasil atau akibat sesuatu tindakan manakala tumpuan Teori

TEORI ETIKA


TELEOLOGIKAL


UTILITIARISME


EGOISME


DEONTOLOGIKAL


KEWAJIPAN


EKSISTENSIALISME


KEMORALAN MORAL


KEPERIBADIAN
MULIA
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

24

Deontologikal ialah tindakan atau jenis tindakan itu. Seseorang ahli teologis
akan menentukan sama ada bercakap bohong adalah betul atau salah melalui
akibatnya, tetapi seseorang ahli deontologis akan melihat nilai betul salah
sesuatu tindakan secara intrinsik, iaitu sama ada berbohong itu merupakan
tindakan baik atau buruk tanpa menilai kesannya.

3.2.1 TEORI TEOLOGIKAL
Perkataan teologikal berasal daripada perkataan Yunani telos yang
bermaksud tujuan atau matlamat. Teori teologikal menganggap tindakan
atau perbuatan yang membawa kebaikan adalah bermoral manakala yang
mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral. Berdasarkan teori ini nilai
betul atau salah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. Ini bererti
sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya ia membawa lebih
banyak atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan.
Teori teleologikal amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan.
Bagaimanapun, ahli-ahli teologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang
apa yang dikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak
dimajukan. Ini menyebabkan wujudnya beberapa jenis teori teologi yang
berbeza seperti utilitarianisme dan egoisme.

3.2.1.1 Utilitarianisme

Diasaskan oleh Jeremy Bentham (17481832) dan John Stuart Mill (1806
1873), utilitarianisme berasal daripada perkataan utility yang bermaksud
berguna atau kegunaan. Teori moral ini berkaitan dengan tindakan
seseorang yang berasaskan tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau
keseronokan kepada majoriti.
Etika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu
sepatutnya melakukan tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

25

paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak
kepada sejumlah insan yang paling ramai. Disini, kebahagiaan yang
dimaksudkan ialah keseronokan, iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral.
Contoh: Tindakan Amerika menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah
dianggap wajar kerana ia menghasilkan kebahagiaan dan kebaikan melebihi
kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat dunia.
Pandangan Utilitarianisme terbahagi kepada dua iaitu ;
a) Utilitarianisme Tindakan : setiap orang patut melakukan tindakan yang
akan membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh
tindakan itu. Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi
dan orang adalah berlainan.
b) Utilitarianisme Peraturan: setiap orang patut membentuk dan mengikut
suatu peraturan atau peraturan-peraturan yang akan membawa kebaikan
maksima bagi semua orang terlibat. Pendukung teori ini percaya terdapat niat,
tindakan dan situasi manusia yang serupa untuk mewajarkan pembentukan
peraturan yang akan diaplikasikan kepada semua orang dalam apa jua situasi.
Contohnya, Tindakan membunuh akan membawa lebih banyak keburukan
daripada kebaikan bagi pihak majoriti dan dalam kebanyakan situasi, maka
pembunuhan tidak harus dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti
mempertahankan diri.
Kelemahan Teori Utilitarianisme

1. Membenarkan seseorang melakukan kejahatan untuk mencapai
keseronokan.
2. Keseronokan dan kebahagiaan tidak boleh disamaertikan kerana dua sifat
ini ada dalam keadaan tertentu bertentangan antara keduanya.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

26

3. Menghadkan keseronokan dan kebahagian sahaja tidak memadai untuk
mencapai matlamat hidup. Terdapat nilai lain yg lebih baik seperti
kebebasan, kesihatan, ilmu pengetahuan dan lain-lain.
4. Ada keseronokan yang berbentuk jahat seperti seronok mencuri,
membunuh dan menyeksa orang lain atau membakar harta benda orang.
5. Masochists: terdapat kepuasan yang dicapai melalui kesakitan orang.
6. Nietzsche: bagi mencapai kebahagiaan manusia perlu berhadapan dengan
rintangan yang menyakitkan dan terpaksa menempuh halangan.
7. Terlalu sukar untuk menyukat kuantiti keseronokan dan kesakitan
seseorang kerana berbeza citarasa dan pengalaman orang.


3.2.1.2 Egoisme

Teori egoisme adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan
itu
adalah betul jika ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu
itu
buruk jika ia membawa keburukan kepada diri sendiri. Teori egoisme adalah
satu teori yang bertujuan untuk realisasi kendiri (self-realization). Ia terbahagi
kepada egoisme psikologi dan egoisme etika.
Egoisme Psikologikal
Mengikut teori ini,
i. manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri kerana dibentuk
secara mental untuk berbuat demikian; dan
ii. terdapat orang yang kerap, tetapi tidak selalu, bertindak demi
kepentingan.
Egoisme Etika
Egoisme Etika adalah bersifat normatif. Ia terbahagi kepada 3 bentuk iaitu:
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

27

1. Egoisme etika individu
Setiap orang patut bertindak untuk kepentingan saya.
2. Egoisme etika personal
Menentukan apa yang harus dilakukan oleh orang lain. saya patut
bertindak untuk kepentingan diri sendiri tetapi saya tidak berhak.
3. Egoisme universal
Setiap orang patut bertindak demi kepentingan diri kecuali kepentingan
orang lain juga memenuhi kepentingannya.

Contoh : Mengikut teori ini, serangan Amerika ke atas Iraq pada tahun 2003
adalah untuk mendapatkan hak saluran paip minyak. Tindakan ini adalah
semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan Amerika sahaja.


3.2.2 TEORI DEONTOLOGIKAL
Deontologi berasal dari perkataan Yunani deon yang bermaksud yang
diharuskan atau diwajibkan. Teori ini menegaskan bahawa sesuatu perlakuan
sama ada baik atau buruk, benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral
dan kewajipan moral yang bernilai intrinsik, tidak berdasarkan atau ditentukan
oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Teori ini mempunyai dua aspek iaitu
tindakan dan peraturan. Ia menyatakan ada pertimbangan lain yang boleh
menentukan sesuatu tindakan atau peraturan menjadi baik, betul atau wajib
secara moral walaupun ia tidak menghasilkan banyak kebaikan daripada
keburukan bagi individu, masyarakat atau dunia.
1. Teori Deontologi Tindakan menegaskan bahawa semua pertimbangan
keputusan moral bersifat spesifik, menitikberatkan apa yang telah berlaku atau
bertindak dalam situasi tertentu. Contoh:Dalam keadaan genting ini aku
terpaksa memetik picu senapang ke arah perompak itu Tindakan ini dilakukan
untuk menyesuaikan keadaan tanpa merujuk apa-apa peraturan.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

28

2. Teori Deontologi Peraturan pula mengatakan bahawa kepiawaian tentang
betul atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan.
Peraturan itu adalah asas dan tidak berpunca daripada situasi tertentu.
Perbezaan antara kedua-dua teori ini ialah teori deontologi peraturan
menjelaskan bahawa pertimbangan moral adalah ditentukan dengan merujuk
kepada perkara-perkara umum seperti peraturan masyarakat atau prinsip-
prinsip tertentu manakala teori deontologi tindakan pula menyatakan bahawa
tidak perlu untuk membuat rujukan kepada prinsip-prinsip atau peraturan tetapi
menegaskan bahawa tindakan adalah satu persepsi yang terus terang sama
ada sesuatu tindakan itu betul atau salah.
Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli falsafah
German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di
bahagian barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral
kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita
tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan
kita adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab
secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan. Teori
Deontologi boleh dibahagikan kepada dua prinsip utama, iaitu Prinsip
Kewajipan dan Prinsip Eksistensialisme.
3.2.2.1 Prinsip Kewajipan

Satu prinsip kemoralan dalam teori deontologikal peraturan yang dikemukakan
oleh Immanuel Kant (1724-1804) ialah prinsip kewajipan (principle of duty)
yang menegaskan duty for the sake of duty dan membawa maksud
tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu
tanggungjawab. Tanggungjawab dianggap sebagai satu nilai utama
menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak. Bukan semua
tanggungjawab adalah tanggungjawab kemoralan.( Contohnya:
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

29

tanggungjawab ketepatan masa, sebagai ibu, suami, pemain dalam
pertandingan, walaupun kadang kala ia dianggap tanggungjawab etika).

Konsep tekad baik (goodwill) adalah sesuatu yang baik tanpa syarat dalam
melakukan susuatu tindakan. Menurut Kant, kita perlu mengambil kira niat,
tujuan seseorang dalam menentukan sama ada suatu tindakan itu adalah baik
atau betul. Prinsip Perintah Mutlak bermaksud satu perintah yang wujud
tanpa sebarang pengecualiaan atau syarat-syarat. Ia mengandungi tiga prinsip
utama iaitu prinsip tersebut mesti diterima secara umum, dapat menghormati
manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian
sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.

Kewajipan Prima Facie

Sir William David Ross (18771940) bersetuju dengan Kant bahawa
kemoralan pada asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi
beliau tidak bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya
bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi
kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita buat yang
berlainan.
Prima facie = (at first glance atau on the surface of things)
Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh
manusia kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya. Ross menyusun
sebuah daftar kewajipan yang semuanya merupakan kewajipan prima facie:
Kewajipan kesetiaan: kita harus menepati janji yang diadakan dengan
bebas
Kewajipa ganti rugi: kita harus melunasi hutang moral dan material
Kewajipan terima kasih: Kita harus berterima kasih kepada orang yang
berbuat baik kepada kita.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

30

Kewajipan keadilan: kita harus membahagikan hal-hal yang
menyenangkan sesuai dengan khidmat orang berkaitan.
Kewajipan berbuat baik: kita harus membantu orang lain yang
memerlukan bantuan kita.
Kewajipan mengembangkan dirinya: Kita harus mengembangkan dan
meningkatkan bakat kita di bidang keutamaan, inteligensi, dan
sebagainya.
Kewajipan untuk tidak merugikan orang lain (satu-satunya kewajipan
yang dirumuskan Ross dalam bentuk negatif)

3.2.2.2 Eksistensialisme

Prinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti
berasaskan pilihan individu secara bebas. Menurut Sartre (1905-1980)
seorang ahli falsafah Perancis berpendapat bahawa peraturan dan prinsip
kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif dan berubah-ubah. Beliau juga
menyatakan bahawa tidak ada satu set peraturan yang boleh digunakan oleh
manusia untuk menentukan tindakan bermoral. Tindakan baik atau buruk
adalah berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Individu akan
bebas bertindak dan dialah yang bertanggungjawab terhadap tindakannya
sendiri. Sebagai contoh, setiap individu bertanggungjawab dalam
merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat dan kemajuan negara. Oleh itu sebarang tindakan individu yang
menggugat keharmonian negara adalah pilihan inividu itu sendiri secara bebas
dan mereka perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka. Ini adalah kerana
manusia perlu bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku
moralnya sendiri.




ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

31


3.2.3 TEORI KEMORALAN SOSIAL
Kemoralan Sosial (atau kecenderungan untuk mengaitkan peraturan
masyarakat dengan konsep etika) berkait rapat dengan peraturan masyarakat
yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Ia juga
menitikberatkan tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah
daripada sesebuah autoriti. Teori Kemoralan Sosial mengutamakan
kepentingan dan faedah masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang
individu. Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma,
kebiasaan atau adat, kod etika, nilai dan pantang larang. Kesemua ini adalah
bagi menjaga kerukunan sosial. Contohnya, setiap kaum di negara ini
mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan
keharmonian sesebuah masyarakat.
Ciri-ciri kemoralan Sosial
1. Peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan
oleh pemerintah supaya wajib dipatuhi.
2. Peraturan ini lebih mementingkan masyarakat secara umum, bukan
individu sebagai matlamat etika.
3. Peraturan ini juga tidak membenarkan seseorang menilai dan
mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya.

Kelemahan kemoralan sosial ialah :
a) Ia bersifat relatif, dimana semua masyarakat atau komuniti mempunyai
peraturan moral masing-masing. Peraturan moral satu masyarakat boleh
bertentangan dengan yang lain. Ini boleh mengakibatkan berlakunya
pepecahan dan membawa kepada ketegangan dan konflik sekiranya setiap
masyarakat terlalu agresif mempertahankan peraturan moral masing-masing.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

32

b) Kemoralan sosial juga mungkin menjadi terlalu ketat dan tidak fleksibel,
contohnya kesukaran menyesuaikan peraturan masyarakat dengan situasi
baru dan semasa. Peraturan yang konservatif dan mutlak tidak dapat
membantu dan membimbing seseorang menghadapi semua dilema moral baru
kerana masa dan keadaan sentiasa berubah.
c) Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yg
dibuat oleh masyarakat.

d) Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral.

e) Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan
dengan kehendak hati mereka

f) Perubahan zaman yg lebih mementingkan budaya lain dan adat resam
ditinggalkan

g) Tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik. Terdapat
peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan membawa
keburukan. Contoh: diskriminasi kaum dan lain-lain.


3.2.4 TEORI KEPERIBADIAN MULIA (VIRTUE)

Teori ini diperkenalkan oleh Aristotle bahawa kecenderungan untuk mencapai
sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang itu manusia yang sempurna.
Keperibadian mulia ialah teori yang menekankan sifat peribadi untuk mencapai
kehidupan yang baik. Seseorang individu perlu mengetahui kualiti dan taraf
hidup yang ia inginkan. Matlamat ini akan menjadi piawai untuk individu itu
menentukan keadaan dirinya. Seterusnya, keperibadian mulia dianggap tidak
dihasilkan di dalam diri seseorang oleh alam semulajadi, yakni tidak
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

33

dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Sebaliknya, cara
untuk memperolehi atau memiliki keperibadian mulia adalah menerusi latihan
dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan
menyeronokkan.
Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad
ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia
didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat dua
jenis keperibadian mulia:
a. Keperibadian mulia intelektual; dan
b. Keperibadian mulia moral.
Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti
kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle
menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang
guru. Sementara itu, keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang
individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat
baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita
bertingkah laku baik. Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru
tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga
menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.
Ciri-ciri Keperibadian Mulia
Seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri
berikut:
a. Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan;
b. Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai;
c. Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan
mengelakkan keburukan;
d. Berpegang kepada prinsip;
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

34

e. Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan; dan
f. Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan
kesengsaraan.
Penjelasan Aristotle menerima banyak kritikan kerana beliau berpendapat
bahawa keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula jadi ditentang oleh
golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa sesetengah
insan, seperti para nabi dan rasul, memiliki keperibadian mulia secara semula
jadi kerana pemberian dan keredaan Tuhan. Pemerolehan keperibadian mulia
juga boleh diperoleh menerusi pemerhatian dan pergaulan rapat dengan
mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia kerana manusia dikatakan suka
meniru atau mengikut teladan.
Satu lagi ciri kepribadian mulia yang dinyatakan oleh Aristotle ialah setiap
keperibadian itu merupakan suatu jalan tengah iaitu tidak berlebihan dan tidak
terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang itu adalah
tindakan yang salah, jahat, buruk dan boleh dicela. Jadual di bawah
menerangkan tentang konsep Jalan Tengah.

Jadual konsep jalan tengah atau virtues Aristotle
Bidang lakuan
atau perasaan
Berlebihan Jalan Tengah Terlalu kurang
kegentaran atau
ketakutan dan
keyakinan
Kegopohan Keberanian Perasaan atau
perlakuan
pengcut atau
penakut
Perasaan malu Terlalu malu Sopan Muka tebal
Perasaan marah Panas hati Sabar Kurang semangat
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

35

Ucapan diri Cakap besar /
sombong
Ketulusan /
Kebenaran
Kata-kata rendah
diri
Perbuatan kasar Kelakar Bijak Canggung
Kelakuan sosial Hampakan diri Ramah tamah Suka gaduh

Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia.
Terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara
semulajadi.
Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan.
Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini kerana
perbuatansederhana berbeza antara individu dengan individu yg lain.
Emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh
diukur secara berterusan.
Terdapat beberapa nilai yang tidak boleh diambil secara pertengahan,
cth keadilan, mengumpat, bercakap benar dll

Fikirkan


ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

36

Berikan pendapat anda terhadap tindakan guru dalam gambar di atas. Kaitkan
tindakan guru tersebut berdasarkan teori etika.

Latihan
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Latihan 1.

1. Siapakah yang menjadi perintis utilitarianisme?. Bagaimanakah
pandangan mereka.
2. Apakah yang menjadi kekuatan dan kelemahan utilitariasnisme?.
3. Bagaimanakah pandangan Immanuel Kant dalam teorinya yang disebut
deontologi?
4. Apakah yang menjadi kekuatan dan kelemahan teori deontologi Kant?.
5. Bagaimanakah pemeriksaan yang dicadangkan W.D Ross terhadap
deontologi Kant?.

Latihan 2
1. Berikan situasi-situasi di mana prinsip dan sistem nilai moral sesuai
diamalkan dalam kehidupan harian.


Teori dan Sistem Nilai
Situasi Sesuai Diamalkan Dalam
Kehidupan Harian

Utilitarianisme
Kita boleh amalkan
utilitarianisme dalam perkara-
perkara yang tidak penting
terutamanya berunsur rekreasi
dan hiburan di mana tujuan
utama adalah keseronokan
untuk semua

Egoisme




Prinsip Kewajipan


ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

37


Eksistensialisme




Keperibadian Mulia





Rumusan

Kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya.
Sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah
kebaikan melebihi jumlah kejahatan.
Individu patut melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan
kebaikan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai.
Memaksimakan kebahagiaan dan meminimakan kesakitan.
Sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau
pertimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh
perlakuan itu.
Menurut Utilitarianisme individu patut melakukan sesuatu tindakan yang
akan menghasilkan kebaikan yang maksimum kepada setiap orang /
Kebahagiaan maksimum kepada majoriti.
Sesuatu perlakuan itu dianggap baik / benar mengikut kadar atau
pertimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh
perlakuan itu
Menurut teori Egoisme adalah menjadi tanggungjawab semua manusia
untuk memaksimumkan kebaikan diri sendiri.
Individu mesti memelihara diri, pengasih diri, kepentingan diri dan ego
Menurut teori keperibadian mulia, kecenderungan mencapai sesuatu
tujuan, tidak dihasilkan dalam individu oleh alam semulajadi,
tetapi melalui latihan dan pengalaman sehingga menjadi
satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

38


INSAN MORAL

DIMENSI MORAL

PRINSIP-PRINSIP
INSAN MORAL

TAJUK4 Insan Moral


SINOPSIS
Tajuk ini bertujuan memberi pendedahan kefahaman kepada pelajar tentang
komponen dimensi moral yang terdiri daripada penaakulan, emosi dan tingkah
laku moral.Ketiga-tiga dimensi ini melibatkan potensi daripada segi pemikiran,
penghayatan, dan amalan moral.Ini penting kepada setiap individu untuk
menampilkan ciri-ciri insan bermoral yang berpegang kepada prinsip-prinsip
insan moral iaitu altruisme, keadilan, dan autonomi/kebebasan.

HASIL PEMBELAJARAN
i. Menjelaskan komponen penaakulan, emosi dan tingkahlaku moral
ii. Mengenal pasti sifat-sifat individu bermoral dan keperluan hidup
berdasarkan beberapa prinsip asas insan bermoral
iii. Menganalisis personaliti tokoh-tokoh tempatan dan antarabangsa yang dipih
dan kaitannya dengan sifat-sifat insan moral

KERANGKA TAJUK-TAJUK















ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

39

4.1 Dimensi Moral
Konsep moral boleh difahami dengan lebih lanjut berdasarkan dimensi
moral.Seorang insan yang berakhlak mulia yang seharusnya mengamalkan
ketiga-tiga dimensi moral.Secara amnya, kita boleh membahagikan moral
kepada tiga dimensi, iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan
perlakuan moral.

4.1.1 Penaakulan Moral
Disebut juga sebagai pemikiran moral dan pertimbangan yang dibuat secara
rasional dan bebas.Ini bermaksud seserong individu yang
mempunyaipemikiran moral dapat memikirakan sesuatu dilema moral dan
membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai
moral yang diterima oleh masyarakat setempat.Prinsip keadilan
dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan.Penaakulan moral juga
boleh dikaitkan dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta
tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Contoh 1:
Seorang guru disiplin telah menjatuhkan hukuman menggantung kelas
selama 2 minggu kepada pelajar yang didapati merokok di kawasan
sekolah walaupun pelajar itu merupakan anaknya sendiri.Keputusan
yang dibuat oleh guru disiplin adalah berdasarkan penaakulan moral
tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Contoh 2:
Seorang murid meniru dalam peperiksaan akhir tahun buat pertama kali
kerana ayahnya sangat garang dan telah mengugutnya jika dia tidak
dapat tempat pertama, dia tidak akan dapat pergi ke Australia
menghadiri majlis konvokesyen kakaknya. Sahsiah murid ini cukup
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

40

menyenangkan guru kelasnya. Walau bagaimanapun sebagai guru
yang tegas dan adil, guru itu terpaksa mengambil tindakan mengikut
peraturan sekolah.


4.1.2 Perasaan Moral
Merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati,
simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati.Perasaan yang
bermoral ini membawa kepada tindakan yangbermoral.Perasaan ini akan
membawa kepada perlakuan individu secara moral. Oleh itu, emosi moral ini
adalah penting untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu
membuat sesuatu yang bersifat anti sosial. Misalnya, perasaan empati dan
simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang
miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri.

Contoh:
Merasa sedih dengan mangsa-mangsa tsunami di Jepun.
Bergembira dengan kejayaan yang dicapai oleh rakan-rakan
dalam peperiksaan.
Marah kepada sesiapa sahaja yang membuang sampah di
merata-rata tempat.
Bersimpati dengan nasib rakan-rakan yang ditimpa musibah
banjir.

4.1.3 Perlakuan Moral
Merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan
yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan
dirinya.Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan
moral yang mendorong seseorangbertindak secara bermoral.


ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

41


Contoh:
memulangkan dompet yang dijumpai di kantin kepada guru
bertugas dengan hati yang ikhlas
memimpin orang buta menyeberang jalan
tidak terjebak dalam rasuah walaupun pekerja-pekerja lain dalam
unit tersebut melakukannya kerana dia sedar bahawa rasuah
akan merosakkan sistem pekerjaan dan ditegah oleh agama
sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat iaitu
tiada tangan dan kaki sanggup mendokong anaknya pergi balik
ke sekolah sejak Tahun Satu hingga Tahun 6.

4.2 Sifat-sifat Individu Bermoral
Bagaimana kita mengganggap seseorang itu bermoral ?Sifat moral seseorang
individu biasanya dapat dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat
pemikiran dan kejiwaannya. Namun begitu kadangkala seseorang itu
bertindak kerana terpaksa. Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan
tetapi juga merangkumi aspek-aspek kerohanian dan pemikiran.Adakah anda
dan orang-orang di sekeliling anda orang yang bermoral? Mari kita renungkan
bersama.


4.2.1 Prinsip-Prinsip/Ciri-ciri Individu Bermoral
Terdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral
kerana masingmasing mempunyai fahaman yang tersendiri. Terdapat teori-
teori yang meletakkan kepuasan hati dan keseronokan sebagai sifat moral.
Ada yang mempertahankan egoisme sebagai moral dan sebagainya,yang
mempunyai kelemahan dan menerima berbagai kritikan. Ada yang
menganggap peraturan masyarakat sebagai asas penentuan nilai moral tetapi
hakikatnya nilai-nilai dalam masyarakat juga berbeza dan banyak bercanggah
di antara satu sama lain. Hakikatnya sukar dicari suatu persepakatan dalam
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

42

menentukan nilai-nilai moral. Pemikir-pemikir Pendidikan Moral
mengemukakan tiga prinsip sebagai panduan menentukan insan bermoral
iaitu prinsip keadilan, prinsip altruisme dan prinsip autonomi.

(i) Prinsip Keadilan

Ramai orang memperkatakan tentang keadilan. Ada pihak yang
mengatakan bahawa adil itu saksama, seimbang, sama rata, dan sama
rasa. Namun begitu sama rata tidak juga menunjukkan keadilan apabila
seorang yang bekerja lebih masa tetapi masih mendapat bayaran yang
sama. Bayaran setimpal adalah keadilan bagi mereka, bukan hanya
sama dengan orang lain. Agama Islam pula mendefinisikan keadilan
sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya, iaitu tempat yang
sesuai dan sepatutnya .

Bagi Aristotle yang banyak menulis tentang konsep keadilan
menyatakan adil itu sebagai fair-minded, tidak berat sebelah, sesuai
dan berpatutan (reasonable way). Di antara prinsip keadilan yang telah
disebut oleh beliau ialah Prinsip Keadilan Umum iaitu keadilan sosial
yang mana masyarakat diorganisasikan supaya semua individu
memberi sumbangan kepada kebajikan umum. Keadilan distributive
ialah adil dalam agihan kebaikan dan beban juga menunaikan perjanjian
antara manusia. Ianya juga merangkumi kemahuan kepada peraturan,
kejujuran, equity, integrity dan lawfulness.

Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan
prinsip ini amat berkaitan dengan Teori Keadilan Sosial. Prinsip
keadilan merupakan prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur
untuk mengagihkan keuntungan antara individu dan masyarakat.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

43

Tentunya juga keadilan membawa makna tidak pilih kasih, tidak tamak
untuk kepentingan diri sendiri.
(ii) Prinsip Altruisme

Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan orang lain
terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan
tersebut akan lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika
perhubungan itu berdasarkan belas kasihan, simpati, memandang
penting dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Amalan
prinsip altruisme juga bermaksud individu akan menjauhi daripada
kejahatan dan mementingkan diri sendiri. Bak kata pepatah bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Prinsip altruisme melibatkan perlakuan yang mempunyai ciri-ciri
bertujuan untuk menjaga kebaikan orang lain lebih daripada
kepentingan diri sendiri. Biasanya keputusan yang diambil atau
perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan berkeperimanusiaan.
Perasaan kasih sayang, simpati dan empati menghilangkan rasa
kepentingan diri sendiri, kebencian dan tamak.
(iii) Prinsip Autonomi
Adakah kita bebas membuat pertimbangan? Persoalan ini ada
kaitannya dengan prinsip autonomi kerana prinsip ini menerangkan
konsep pertimbangan bebas. Andaian bahawa pertimbangan dan
tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak
boleh dikategorikan sebagai moral. Ini disebabkan individu yang
berkenaan tidak berupaya bertingkahlaku secara rasional dan adil.
Individu itu tidak mengakuri tanggungjawab moral, tetapi hanya
mematuhi perintah dari kuasa luar. (Koo, 1990). Adakah anda setuju
dengan pendapat ini?
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

44


Dari perspektif bahasa pula autonomi berasal dari suku kata Autos
bererti diri sendiri dan Nomos bererti undang-undang. Ini boleh diertikan
sebagai penentuan sendiri tentang peraturan dan kawalan berdasarkan
pengalaman dan alasan sendiri. Prinsip ini meliputi pertimbangan
bebas dan kebebasan memilih. Perlakuan dan pertimbangan individu
merupakan hasil tekanan kuasa atasan contohnya seorang guru disiplin
mengenakan peraturan kepada pelajar-pelajar atas arahan pihak
atasan.

Kant menyatakan individu perlu dihormati kerana mereka adalah agen
autonomi untuk membuat keputusan dalam mengambil sesuatu
tindakan. Sepatutnya prinsip-prinsip yang universal, sejagat boleh
dijadikan undang-undang yang rasional pada mana-mana tempat sama
ada di peringkat negara atau institusi, syarikat, keluarga dan
sebagainya.

4.2.2 Profil Insan Bermoral
Konsep insan bermoral ini berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan
Bermoral merupakan seseorang yang berkelakuan yang boleh diterima oleh
masyarakatnya dengan cara mematuhi segala set peraturan yang telah
ditetapkan oleh autoriti. Seharusnya orang yang bermoral mempunyai hemah
tinggi seperti:
a. Bebudi pekerti, bertingkah laku mulia serta berbudi bahasa
b. Tidak sombong, tidak menunjuk-nunjuk dalam pergaulan
seharian.
c. Bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui
kelemahan dan kekurangan diri.
d. Jujur- niat baik, amanah, ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

45

e. Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat-menghormati
terhadap:

i) Raja dan negara
ii) orang yang lebih tua, guru, rakan, dan jiran
iii) Ibu bapa
iv) Hak asasi manusia
v) Kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum
vi) Sifat-sifat yang tersendiri pada setiap individu
vii) Undang-undang
viii) Maruah diri

Walaupun begitu pemikiran, kefahaman dan autoriti moral pelajar haruslah
dikembangkan untuk melahirkan Insan Bermoral yang berkesan dengan
mengembangkan penaakulan mereka dalam menangani sesuatu masalah. Ini
penting supaya tidak terjadi kekeliruan atau konflik di antara nilai tradisi
dengan nilai Barat disebabkan pengaruh daripada media massa. Oleh sebab
itu seseorang insan bermoral seharusnya mampu:
(a) mengenalpasti sesuatu situasi moral;
(b) berfikir secara rasional mengenai sesuatu situasi itu serta membuat
pelbagai pilihan perlakuan yang berkaitan dengan situasi tersebut;
(c) memilih sesuatu tindakan berasaskan sesuatu pertimbangan
tertentu; dan
(d) bertindak terhadap sesuatu pilihan yang telah dipilih berdasarkan
peraturan dan prinsip moral yang asas.

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

46

Selain itu seseorang insan moral perlu menguasai dimensi emosi simpati dan
empati. Mereka boleh meluahkan perasaan mereka secara betul dan bukan
sesuka hati sahaja. Di harapkan dimensi emosi atau perasaan ini akan
membuat pelajar memahami emosi diri sendiri secara rasional di samping
memahami perasaan orang lain.

4.2.3 Ciri-ciri Insan Bermoral
1. Menghormati autoriti (ibu bapa, guru, pemimpin negara dan agama)
yang menunjukkan contoh teladan serta amalan yang bermoral.
Menghormati agama dan kepercayaan orang lain serta menghargai
nyawa sendiri dan orang lain. Orang yang bermoral juga akan membuat
keputusan moral secara autonomous setelah menimbangkan segala
fakta, alternatif dan kesannya.
2. Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan, tetapi
mestilah berdasarkan sebab yang munasabah serta motif dan tujuan
yang rasional. Segala fakta yang berkaitan dengan isu yang dipersoal
akan dipertimbangkan secara objektif sebelum sesuatu keputusan
dibuat.
3. Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain
di dalam satu-satu situasi. Kesedaran tentang perasaan dan
kepentingan orang lain haruslah dititikberatkan dalam sesuatu situasi
dan keputusan moral.
4. Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang
benar selepas keputusan moral diambil. Seseorangakan sukar untuk
bertindak sekiranya dia tidak bermotivasi untuk melakukannya.
5. Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan
secara berterusan berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan yang asas.

4.3 Peranan guru dalam pembentukan insan bermoral
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

47

Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke
sekolah telah mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan
masyarakat.Ini bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan
dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber
sebelum mereka ke sekolah.Kerencaman latar belakang ini mewujudkan
pelbagai persoalan moral dari segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup
kanak-kanak yang masih boleh dilentur.

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri
merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana
sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru
bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada
pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang belajar di
sekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih
beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding
dengan sekolah yang sebaliknya.
Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah
tertanam dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar
Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran
moral yang sedia ada. Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan
moral murid-murid ini dan membimbing mereka semasa pengajaran
Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk
memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai
matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi.

Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan
objektifobjektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di
kalangan anak didiknya. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai
murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi
juga dalam semua mata pelajaranyang lain. Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

48

prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang membolehkan potensi individu
berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justeru itu, untuk mencapai
Matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang
menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka
melalui mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan melalui mata
pelajaran-mata pelajaran lain secara tidak langsung. Objektif-objektif khusus
Pendidikan Moral di bawah rancangan KBSM adalah untuk membolehkan
pelajar:-
Mengukuhkan amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah
diperoleh di bawah rancangan KBSR,
Menyedari, memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
Dapat membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan
prinsip-prinsip moral;
Boleh memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip
moral semasa membuat sesuatu keputusan; dan
Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan.
Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa
pelajar kita adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral.Dengan
menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah
diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai, iaitu
menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak
yang bermoral tinggi serta mulia.

Latihan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Insan Moral
2. Buat satu hubungkait di antara penaakulan moral, perasaan moral dan
tingkah laku moral.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

49

3. Bina satu peta minda yang menunjukkan dimensi moral, prinsip-prinsip
Insan Moral dan profil Insan Moral


Fikirkan

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka
merosakkan madu."






























ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

50






TAJUK5 Nilai-nilai Agama dan Masyarakat


SINOPSIS
Tajuk ini memberi kefahaman kepada pelajar tentang agama dan kepercayaan
yang terdapat di negara kita.Pegangan agama bagi setiap individu penting
sebagaimana yang terkandung dalam prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan
kepada Tuhan.Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama.Mempelajari nilai-nilai yang terkandung dalam setiap agama ini penting
bagi menimbulkan rasa hormat-menghormati sesama kaum.Segala jenis
perbalahan dan pertelingkahan boleh dielakkan jika setiap individu mempunyai
pengetahuan dan kefahaman tentang sesuatu agama tersebut.

HASIL PEMBELAJARAN
i. Menghayati dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian.
ii. Menghuraikan kepentingan agama dan kepercayaan sebagai asas
kehidupan.
iii. Menjelaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam ajaran setiap agama.
iv. Menjelaskan nilai-nilai masyarakat Malaysia

KERANGKA TAJUK-TAJUK











Agama dan Kepercayaan
Islam
Kristian
Buddha
Hindu
Sikhisme
Taoisme
Confiusme
Animisme

Nilai Masyarakat Malaysia

Nilai-nilai tradisional yang
masih diamalkan

Perubahan dalam nilai
masyarakat Malaysia
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

51






Pada asasnya moral agama adalah moral atau etika yang berdasarkan kepada
kewujudan Tuhan dan keimanan kepadaNya dan kehidupan Akhirat (selepas
mati). Ada tiga bentuk utama:
Moral Politeistik - Kepercayaan kepada banyak tuhan
Moral Zahud- Mengetepikan dunia dan mengutamakan akhirat
Moral Monoteistik - Kepercayaan kepada tuhan yang satu

Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa.Bangsa-bangsa utama
yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan
India.Justeru, bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan
agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa ke semasa.

Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama
sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing.Kesemua ajaran
agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan
kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dalam
pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang
bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin
kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

5.1 Nilai Agama dan Kepercayaan

Malaysia sebuah negara demokrasi dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai
keturunan , budaya, bahasa dan agama . Walaupun agama Islam merupakan
agama rasmi,tetapi agama-agama lain bebas diamalkan secara aman .
Misalnya, agama Buddha, Hindu ,Kristian, Sikh ,ajaran Confucius dan Taoist.
Setiap agama berbeza dari segi ajaran ,penekanan dan amalannya.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

52

Namun,semuanya mempunyai nilai-nilai murni yang menjurus kepada nilai-
nilai moral yang mulia seperti sabar, murah hati, sopan santun ,hormat
kepada orang tua dan sebagainya . Nilai-nilai ini perlu dihayatin oleh setiap
individu untuk kecemarlangan diri dan interaksinya dendan orang lain.
Agama merupakan pegangan hidup manusia. Prinsip, amalan dan nilai yang
terkandung dalam agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup
dan seterusnya dalam menghadapi cabaran.

Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain bebas
diamalkan secara aman. Malaysia kaya dengan pelbagai agama seperti
agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.

Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi
manusia yang baik, taat kepada ajaran agama masing-masing dan
mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan diri.

5.2 Nilai murni dari perspektif agama Islam, Hindu dan Buddha

ISLAM
Bahasa: Islam berasal daripada perkataan Arab yang bererti berserah,
tunduk, dan patuh kepada Allah S.W.T Tuhan semesta alam dan
dilakukan secara rela, bukan terpaksa atau dipaksa.
Istilah: mentauhidkan (mengesakan) Allah s.w.t, patuh, tunduk dan jujur
hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran-Nya yang dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w.

Ajaran Islam mengandungi 3 komponen besar iaitu
Aqidah - iaitu keimanan dan kepercayaan terhadap Allah s.w.t.,
Tuhan yang wajib disembah dan tiada Tuhan melainkan-Nya.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

53

Syariat atau ibadah - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan
amalan praktikal yang diperintahkan oleh Allah meliputi soal
ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat.
Akhlak - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan prinsip-prinsip
tingkah laku manusia yang dituntut oleh agama.

Rukun Islam:
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Sembahyang lima waktu
3. Puasa di bulan Ramadhan
4. Membayar zakat
5. Menunaikan haji bagi yang mampu

Rukun Iman:
1. Beriman kepada Allah s.w.t
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada Kitab
4. Beriman kepada Rasul
5. Beriman kepada Hari Kiamat
6. Beriman kepada Qada dan Qadar

BUDDHISME
Jalan Lapan Lapis Mulia:
1. Pandangan yang Betul
2. Fikiran yang Betul
3. Pertuturan yang Betul
4. Perbuatan yang Betul
5. Pekerjaan yang Betul
6. Usaha yang Betul
7. Kesedaran yang Betul
8. Tumpuan yang Betul
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

54

Panca Sila merupakan lima peraturan yang penting dalam ajaran Buddha.





HINDUISME
1. Dharma, yang bermaksud tanggungjawab.
2. Ahimsa, yang bermaksud kasih sayang
3. Dhruthi, yang bermaksud keberanian dan ketetapan.
4. Kahamaa, yang bermaksud bertimbang rasa atau baik hati.
5. Damo ialah mengawal fikiran.
6. Stheyam, ialah tidak tamak.
7. Showcha, yang bermaksud kebersihan.
8. Mindriya Nigharam, ialah mengawal perasaan.
9. Dheer, atau membentuk fikiran yang tetap adalah saling berkait dengan nilai
mengawal perasaan.


3.2 Nilai murni dari perspektif Agama Kristian, Sikhisme dan
Kepercayaan Animisme

KRISTIAN
Peraturan Emas
Undang-undang Tuhan yang terpenting ialah:
mencintai Tuhan dengan sepenuh hati
mencintai jiran seperti mencintai diri sendiri
mencintai satu sama lain seperti mana Jesus telah mencintai umat
manusia dengan merelakan diriNya menjadi korban untuk menebus
dosa manusia.


ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

55

SIKHISME
Guru Nanak (1469-1504) iaitu guru pertama dalam agama Sikh. Guru dalam
agama Sikh tidak dianggap sebagai penjelmaan Tuhan tetapi seorang yang
menunjukkan kepada orang ramai jalan ke arah kebenaran dan kesejahteraan.

Kitab suci Guru Granth Sahib, juga dipanggil Adi Grandth ditulis dalam bentuk
puisi mengandungi ajaran etika dan kerohanian yang boleh diringkaskan
dalam tiga bahagian:
1. Keperluan perkembangan insan
2. Perhubungan antara manusia
3. Penyelarasan kewujudan roh yang disifatkan sebagai matlamat terakhir

keperibadian mulia adalah disenaraikan seperti berikut:
1. Kebijaksanaan atau Kearifan
2. Kejujuran
3. Keadilan
4. Kesederhanaan
5. Keberanian
6. Merendah diri
7. Kepuasan diri

Perayaan :Vasakhidisambut pada 13 April setiap tahun.
LIMA K
kes (rambut yang tidak dicukur),
kangha (satu sikat untuk memastikan bahawa rambutnya
sentiasa bersih)
kada (gelang besi waja sebagai tanda ketaatan kepada guru)
kach (memakai seluar pendek yang labuh hingga ke bawah lutut)
kirpan (satu pedang untuk menandakan gagah berani seperti
singa).

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

56

Nilai Murni
Kebijaksanaan Kearifan boleh dicapai menerusi pendengaran dan
ilmu rohani.
Kejujuran Persetujuan antara pertuturan dan pemikiran serta
keyakinan dan tindakan seseorang.

Kesederhanaan Mengawal diri secara sederhana, tidak kejam atau
keterlaluan.

Keadilan Meliputi kesamaan sosial, hormat terhadap hak
orang lain dan tidak mengeksploitasi orang lain.

Keberanian Penyuaraan kebenaran kerohanian tanpa
permusuhan dgn sesiapa.



KEPERCAYAAN ANIMISME

Animisme merupakan kepercayaan kepada makhluk halus/roh oleh
masyarakat orang Asli yang disifatkan sebagai aborigines iaitu ahli-ahli
masyarakat yang mundur, tidak membangun dan primitif.Gelaran ini dibuat
oleh British di zaman penjajahan.Terdapat tiga golongan besar orang Asli di
negara ini iaitu Negrito, Senoi, dan Melayu Asli. Secara umum mereka
menganut fahaman animisme iaitu kepercayaan bahawa setiap benda seperti
batu, kayu, busut dan sebagainya mempunyai semangat (roh)

Mengikut encyclopedia, kepercayaan animisme merupakan peringkat awal
manusia mulai mempunyai agama.Perkataan animisme berasal daripada
perkataan Latin Animis yang membawa makna nyawa atau roh.Mengikut
kepercayaan ini, mereka percaya bahawa alam ini mempunyai pelbagai kuasa
yang menunggu atau mendiami di gunung, bukit, busut, sungai, laut, pokok
dan tanaman.

Kebanyakan suku Negrito percaya bahawa segala benda mempunyai kuasa,
dunia didiami pelbagai jenis dewa dan makhluk berkuasa.Terdapat beberapa
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

57

dewa yang menurunkan hujan, membesarkan tumbuh-tumbuhan, menurunkan
taufan dan sebagainya.Suku Senoi pula mempunyai empat dewa utama iaitu
Engku, Karei, Hilok dan Hiwoh.Pantang larang mempengaruhi sebahagian
besar kehidupan mereka kerana mereka tinggal di kawasan hutan.

Kepercayaan ini pasif kepada alam sekitar atau dengan kata lain alam sekitar
mempengaruhi manusia. Dalam usaha mencari makanan seperti memburu,
mengutip hasil hutan, mereka telah mewujudkan interaksi dengan alam
sekitar.Dalam perinteraksian ini, mereka telah melihat pelbagai keanehan alam
seperti bintang-bintang yang bertaburan telah mengeluarkan cahaya pada
waktu malam dan sinaran matahari pada waktu siang.Mereka menganggap
semua benda ini berkuasa dan menyembah benda alam semula jadi ini
supaya dapat memperolehi pertolongan daripadanya. Apabila mereka
membuat permintaan pertolongan, mereka akan memuja benda ini. Sebagai
contoh, masyarakat Melayu memuja padi supaya dapat memperolehi hasil
pertanian yang lumayan.Aktiviti pemujaan ini dilakukan melalui penggunaan
khidmat orang tengah yang mempunyai keahlian ilmu ghaib seperti pawing,
dukun dan bomoh.Aktiviti ini juga disertai dengan pelbagai upacara.Ciri yang
paling utama bagi kepercayaan animisme ialah percaya kepada kewujudan roh
atau semangat.
a. Masyarakat ini percaya bahawa roh seseorang yang mati akan merayau
ibarat tanpa tuan.
b. Mereka juga percaya roh orang mati akan menganggu mereka.
c. Mereka percaya setiap roh orang mati akan kembali datang melawat
mereka juga.
d. Maka, mereka akan selalu mengadakan arwah seperti pada hari ke-3, 7,
100 dan sebagainya.
e. Mereka percaya kepada semangat-semangat iaitu satu kuasa ghaib
terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan binatang, maka pemujaan telah
diadakan oleh pawang untuk kebaikan seperti pagi menjadi, hindari
bencara alam.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

58

f. Selain itu, pantang larang juga diamalkan seperti hormat kepada laut dan
sungai.

Setelah kehadiran Islam, segala kepercayaan ini perlahan-lahan hilang atau
diubahsuai, contohnya semangat atau roh itu dikaitkan dengan syaitan, iblis
dan jin.

3.3 Nilai Murni dari perspektif Agama Taoisme dan confucianisme

TAOISME
Tao ialah suatu yang aktif, iaitu sesuatu tindakan adalah bersifat semulajadi
dan bukan dipaksa.
Dua dalam konsep Yang Satu melahirkan yang Dua merujuk kepada kuasa
kembar yin dan yang. Kuasa yin dan yang ini berlawanan sekali, contohnya
hitam dan putih, baik dan salah dan
sebagainya.

CONFUCIANISME
Ajaran ini diasaskan oleh Kung Fu Tze atau Confucius yang bermaksud
Guru Agung.
Ianya merupakan ajaran tentang moral. Ianya bukan agama tetapi
merupakan tertib bagaimana manusia harus bertingkah laku, berhubung
dengan orang lain dan hidup sebagai anggota masyarakat.
Ajaran Confucius terkandung dalam buku yang dikenali sebagai Lima
Klasik dan Empat Buku yang memberi ajaran etika dari segi
kesejahteraan manusia, sosial, politik dan agama.

LAPAN NILAI MURNI DALAM BUKU LUN YU.
Ren atau baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang,
kemanusiaan, kebajikan, kerelaan dan murah hati terhadap semua
orang.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

59

Shu yang meliputi murah hati, toleransi dan belas kasihan serta
melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain.
Chung yang bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik
untuk diri sendiri dan orang lain.
Li meliputi nilai sopan santun, budi bahasa dan adat dalam istiadat atau
upacara, peraturan dan tingkah laku seseorang.
Yi yang ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan cara betul dan
patut dalam situasi tertentu yang motif sesuatu perbuatan lebih penting
daripada hasilnya.
Ming yang menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas
dengan sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya kerana
manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan.
Xiao yang bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjung
serta secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka.
Zhi yang bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku.


3.4 Nilai Masyarakat Malaysia

Setelah hampir 50 tahun mencapai kemerdekaan, adalah sesuatu yang amat
malang apabila kita masih tercari-cari jati diri sebenar rakyat Malaysia. Tidak
perlu kita membuka lembaran lebih jauh untuk berbicara tentang rupa-bentuk
bangsa Malaysia sebagai asas pembinaan negara bangsa, sekiranya
persoalan yang lebih kecil berkaitan dengan jati diri yang sepatutnya dimiliki
secara sepunya oleh rakyat masih belum selesai. Rakyat Malaysia seperti
dibiarkan untuk memiliki jati diri mengikut cita rasa masing-masing tanpa
ditunjuki oleh pihak yang berkuasa. Situasi seperti ini sekiranya tidak dikawal
akan mewujudkan konflik yang serius di dalam masyarakat.

Lazimnya sistem nilai dikaitkan dengan kepercayaan yang dipegang oleh
seseorang atau sesebuah masyarakat.Bagaimanapun bagi mereka yang tidak
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

60

menerima sistem nilai sebagai sesuatu yang bersifat supernatural seperti
golongan naturalisme atau realisme, sistem nilai seseorang atau sesebuah
masyarakat diasaskan kepada banyak faktor termasuk pemikiran, dan budaya
sesebuah masyarakat.Maka lahirlah berbagai sistem nilai yang tidak
berasaskan agama seperti utilitarianisme, hedonisme dan sebagainya.Biar
apapun sistem nilai yang dipegang, perlu ada nilai-nilai sepunya sehingga
sesuatu yang baik diterima bersama sebagai baik dan sesuatu yang buruk
diterima bersama sebagai buruk.

Betapa celaru sesebuah masyarakat bila tiada nilai-nilai sepunya yang diterima
secara bersama oleh mereka. Dengan erti kata lain setiap individu atau
kelompok kecil dalam sesebuah masyarakat itu mempunyai sistem nilai yang
pelbagai sehingga sesuatu yang baik dianggap buruk oleh kelompok yang lain
dan sesuatu yang buruk dianggap baik oleh kelompok yang lain. Konflik nilai
yang seperti ini akan menyebabkan sesebuah masyarakat menjadi kacau-bilau
malah boleh membawa kepada pertelingkahan. Lebih daripada itu, sekiranya
situasi ini wujud maka perundangan dan peraturan dalam sesebuah negara
tidak lagi bermakna.

Menyedari hakikat tersebut, sangatlah membimbangkan apabila wujud
kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri mereka masyarakat sivil
cubamempertikaikan nilai-nilai sepunya masyarakat Malaysia yang sudah
berdiri sekian lama sehingga menjadi faktor terpenting pembinaan jatidiri.
Kumpulan-kumpulan ini mempertikaikan tindakan pihak berkuasa terhadap
perlakuan tidak bermoral yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu hanya
dengan beralasankan hak asasi.Gagasan untuk mempertikai sesuatu yang
baik itu baik dan sesuatu yang buruk itu buruk sebagaimana yang telah
diterima oleh masyarakat Malaysia secara turun temurun hanyalah
mencetuskan konflik nilai seperti yang telah dinyatakan.

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

61

Masyarakat Malaysia yang menganut agama masing-masing sudah mewarisi
nilai-nilai sepunya yang telah membina jati diri rakyat Malaysia.Sebagai contoh
perlakuan tidak senonoh seperti berkelakuan lucah di khalayak ramai
merupakan sesuatu buruk di sisi semua agama lebih-lebih lagi agama
Islam.Begitu juga bersekedudukan dan perzinaan merupakan sesuatu yang
keji di sisi setiap agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia.Boleh
dikatakan perkara-perkara seumpama ini diterima sebagai suatu prinsip nilai
yang sejagat walaupun diamalkan secara berbeza bagi setiap kaum.Warisan
seperti inilah yang telah membina jati diri masyarakat Malaysia selaras dengan
hakikat sejarah yang membina bangsa dan negara.

Pembinaan sebuah masyarakat yang mempunyai jati diri mulia tidak mungkin
tercapai sekiranya tiada wujud prinsip-prinsip nilai yang boleh diterima secara
bersama.Sistem nilai yang berasaskan kepentingan diri individu tidak mungkin
berupaya membina sebuah masyarakat yang hidup harmoni.Bagaimanapun
penerimaan prinsip-prinsip nilai secara bersama perlu diperkukuhkan dengan
mekanisme kawalan moral bermula dari individu sehinggalah tanggungjawab
pemerintah.Malangnya perkara seumpama ini semakin tidak diberi perhatian
dalam masyarakat kita, malah wujud pula tangan-tangan kotor yang berusaha
meruntuhkannya.

Nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan yang diamalkan oleh orang-orang
tua seperti bekerjasama, saling mengambil berat dan lain-lain lagi telah
dilupakan oleh generasi zaman kini.Ramai jiran yang tidak mengenali sesama
mereka jauh sekali untuk mengambil berat tentang aktiviti anak-anak jiran.
Masyarakat masa kini mengamalkan sifat individualistik iaitu mementingkan
diri sendiri tanpa mempedulikan hal orang lain. Mereka juga sibuk mengejar
kekayaan dan kesenangan selaras dengan nilai pegangan mereka iaitu
materialistik.Kecanggihan sistem komunikasi seperti telefon telah
merenggangkan lagi hubungan sesama mereka. Kekayaan yang dimiliki
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

62

membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa
memerlukan bantuan jiran-jiran


Perubahan nilai masyarakat Malaysia
Kota raya Kuala Lumpur diletakkan pada kedudukan ke 33 daripada 35 buah
kota raya terpilih di seluruh dunia dalam kajian mengenai keramahan dan
kemesraan. Readers Digest telah menghantar wartawannya untuk melihat
sendiri bagaimana masyarakat di bandar raya berkenaan bertindak balas
terhadap tiga kriteria : Sanggup membuka pintu kepada orang yang tidak
dikenali, membantu seseorang yang memerlukan dan ramah dengan
senyuman ketika memberi perkhidmatan.
Daripada senarai yang dikeluarkan, bandar raya New York, Amerika Syarikat
berada pada kedudukan teratas dengan 88 peratus. Ed Koch, bekas datuk
bandar berkata penduduk New York kini lebih prihatin dan bersikap penyayang
selepas kejadian 11/9 kerana menyedari betapa singkatnya kehidupan.
Masyarakat kota yang paling biadab ialah Mumbai, India yang mana ketiga-
tiga elemen yang dikaji adalah begitu asing bagi masyarakatnya. Di Asia,
Manila berada pada kedudukan ke 23 iaitu bandar raya terbaik berbanding
bandar raya Asia yang lain.
Kita mengakui bahawa masyarakat Malaysia telah berubah dari segi
sosialnya.Keadaan ini boleh dikenal pasti melalui perubahan budaya kesan
daripada pembangunan negara dari dulu hingga sekarang. Terdapat tiga
peringkat perubahan sosial yang dialami oleh masyarakat Malaysia iaitu era
pramoden, era penjajahan dan era pembangunan negara dan rancangan lima
tahun. Perubahan era ini telah memecahkan kesepaduan nilai dari satu era ke
era yang lain bergantung kepada proses perubahan yang hendak ditujui.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

63

Era pramoden ataupun tradisional terdapat perubahan sosial yang minimum
dan tidak menimbulkan masalah sosial yang rumit.Masyarakat ketika itu
khususnya Melayu adalah masyarakat yang separuh tertutup, ringkas dan
praindustri. Nilai-nilai tradisi seperti keharmonian, kestabilan, patuh kepada
nilai-nilai dan norma masyarakat. Pada masa ini, keamanan, kedamaian dan
ketenangan menjadi keutamaan.Keadaan seperti ini dapat kita lihat dalam
filem-filem Melayu klasik.
Kedatangan British telah membawa nilai dan norma yang baru serta
memecahkan tradisi nilai masyarakat sama ada secara terang atau
tersembunyi. Masalah sosial mula timbul sejak mereka memerintah Tanah
Melayu pada akhir kurun ke 19 hinggalah pertengahan kurun ke 20.
British membawa masuk industri dan sistem pentadbiran yang lebih sistematik
secara mengejut dan paksaan yang merosakkan sistem dan struktur nilai,
norma dan budaya masyarakat. Natijahnya ialah wujud pertentangan kerana
masyarakat tidak dapat menerima perubahan yang baru ini tanpa
persediaan.Kemasukan buruh Cina dan India untuk memenuhi permintaan
buruh di lombong bijih dan ladang getah menyebabkan Melayu dipinggirkan ke
kampung dan sawah.Justeru lahirlah masyarakat industri yang membentuk
golongan pemodal, pengurus, pengusaha, orang tengah dan tenaga buruh.
Kesan pembangunan negara adalah hasil daripada perancangan lima tahun
dan kemuncaknya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 yang
mensasarkan penghapusan kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan
semula masyarakat. Setelah DEB berakhir, kerajaan memperkenalkan Dasar
Pembangunan Nasional (1991) dan Dasar Wawasan Negara (2001).
Kesinambungan ketiga-tiga dasar ini terangkum dalam aspirasi kerajaan bagi
membentuk sebuah negara Malaysia yang maju pada tahun 2020 melalui
Wawasan 2020.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

64

Pembangunan negara telah memberi beberapa persoalan yang wajar kita
jawab. Apakah kita harus mengenepikan nilai dan norma yang terpuji semata-
mata hendak mengejar sebuah negara yang maju? Di mana kesudahannya
Kempen Budi Bahasa yang telah membelanjakan jutaan ringgit bagi
menyedarkan masyarakat Malaysia?
Kelompok masyarakat yang belum mencapai tahap kematangan agak lambat
menerapkan nilai yang dikehendaki.Peranan kempen yang singkat tidak dapat
memberi kesan yang sepatutnya.Khalayak agak terkejut dengan kempen yang
agresif dan singkat kerana mereka belum bersedia sepenuhnya.Tambahan
kempen ini bermusim.
Membina masyarakat yang beradab dan berakhlak mulia harus bermula dari
bawah, dari peringkat masyarakat dan menjalar ke bandar raya.Kesedaran
keluarga bagi menjadikan budi bahasa dan beradab sebagai amalan harian
adalah kunci kepada kejayaan ini. Kita bersetuju dengan kempen 10 tahun
yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesenian, Kebudayan dan Warisan
untuk memanjangkan kempen ini ke sekolah-sekolah. Berapa banyak pula
peruntukan yang hendak dikeluarkan seharusnya berbaloi dengan hasil yang
diingini.
Orang ramai tidak harus melatah apabila Kuala Lumpur diletakkan jauh ke
bawah dalam kajian ini pada tahun ini sebaliknya perlu muhasabah diri bagi
memperbaiki setiap kelemahan yang ada.
http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/sosial-a-
kemasyarakatan/1438-perubahan-sosial-dan-kesopanan-masyarakat



Latihan
1. Bahaskan bahawa kepelbagaian beragama dalam sesebuah
masyarakat lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

65

2. Kahamaa dalam ajaran agamaHindu bermaksud bertimbang rasa atau
baik hati. Sebagai seorang guru Pendidikan Moral bagaimanakah
caranya anda ingin menerapkan nilai-nilai ini kepada murid-murid anda.



Fikirkan

Masyarakat yang tidak mahu berubah mengikut peredaran zaman akan
ketinggalan.
Bagaimanakah caranya anda ingin menyeimbangkan di antara perubahan
yang berlaku dalam nilai masyarakat kita tanpa mengorbankan nilai-nilai
murni.


















ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

66






Topik 6 Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak

1.1 Sinopsis
Perbincangan mengenai Perkembangan Moral tertumpu kepada tiga aspek
iaitu perkembangan pemikiran moral, perkembangan perasaan moral serta
perkembangan tingkah laku moral. Perkembangan dalam ketiga-tiga aspek ini
mampu membawa kepada kematangan moral kanak-kanak. Apabila
membincangkan mengenai perkembangan moral, terdapat tiga teori yang
boleh dijadi rujukan utama. Teori tersebut ialah Teori Perkembangan Moral
Kognitif, Teori Perkembangan Sosial Dan Teori Pembelajaran Humanistik.

1.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengenalpasti teori-teori perkembangan moral
2. Membezakan teori-teori perkembangan moral
3. Menjelaskan mengenai kepentingan teori-teori perkembangan moral
4. Menghubungkaitkan teori perkembangan moral dengan pembentukan
insan bermoral

1.3. Kerangka Kursus





Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

67





Rajah 1: Ringkasan Isi Kandungan
1.4 Pendahuluan
Kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk
memahami dan menghayati sumbangan teori dalam menentukan
perkembangan moral kanak-kanak. Unit ini akan memberi penumpuan kepada
setiap teori perkembangan moral yang dinyatakan di atas. Tavecchio, Stams,
Brugman dan Thomeer-Bouwens (1999) menjelaskan salah satu matlamat
jangka panjang mengkaji perkembangan moral adalah untuk memahami serta
menjangka tingkah laku moral, termasuk salah laku. Secara empirikal,
hubungan antara kecekapan pertimbangan moral atau penaakulan moral dan
salah laku merupakan cabang kajian yang terbukti penting pada dekad ini
(Gregg, Gibbs dan Basinger, 1994).

1.5 Teori Perkembangan Moral Kognitif

Pakar-pakar perkembangan kognitif seperti Jean Piaget dan Lawrence
Kohlberg mendakwa bahawa perkembangan moral bersifat universal dalam
dua perkara:
i. Setiap individu dalam semua kebudayaan melalui peringkat-
peringkat perkembangan moral yang sama.
ii. Perkara yang mendasari setiap peringkat perkembangan moral
adalah konsep-konsep moral yang serupa seperti kewajipan,
keadilan dan tanggungjawab.

1.5.1 Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget.

Teori Perkembangan
Moral Kognitif
Teori Perkembangan
Sosial
Teori Pembelajaran
Humanistik
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

68

Kanak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia
sekelilingnya Mereka mengadaptasikan pemikiran dengan memasukkan idea-
idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara.


Piaget menyatakan, perkembangan kanak-kanak dan remaja mempunyai dua
peringkat:
i. Peringkat heteronomus (umur 4 hingga 7 tahun).
Pada peringkat ini, beliau menganggap kanak-kanak
memandang perundangan sebagai tidak dapat diubah.
ii. Peringkat kedua adalah autonomus (10 tahun ke atas)
Pada peringkat ini, mereka sedar peraturan yang dikenakan ke
atas mereka dikuatkuasakan oleh manusia juga.

Piaget (1965) telah memberi tumpuan kepada Perkembangan Kognitif kanak-
kanak yakni dengan memberi penekanan mengenai bagaimana manusia
berfikir dan memahami. Dengan melihat kepada anak-anaknya sendiri beliau
cuba memahami bukan sahaja apa yang mereka fahami tetapi juga bagaimana
mereka memberi makna kepada dunia. Pemerhatian secara teliti menunjukkan
kanak-kanak menjadi matang secara biologi dan juga melalui pengalaman
sosial. Menurut Piaget setiap manusia melalui empat tahap perkembangan
kognitif iaitu tahap deria motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan
tahap operasi formal (Sakhilah Shahkat Ali, 2009).

Perkembangan moral pula ditentukan dalam tiga tahap. Tahap pertama adalah
tahap pramoral. Pada tahap ini kanak-kanak berminat dengan diri sendiri
sahaja dan mengutamakan pandangan sendiri. Pada peringkat kedua iaitu
peringkat heteronomous, kanak-kanak lebih berhati-hati dan berminat pada
orang lain. Pada peringkat ini perasaan hormat kepada pihak yang berkuasa
serta berupaya menerima peraturan. Kanak-kanak juga berupaya membuat
pertimbangan moral iaitu menentukan baik buruk atau betul salah melakukan
sesuatu perkara. Peneguhan dalam bentuk ganjaran dan hukuman diambil kira
dalam peringkat ini (Sakhilah Shahkat Ali, 2009).

Peringkat yang terakhir pula ialah kemoralan autonomous. Pada peringkat ini
kanak-kanak mengambil berat tentang kebajikan dan minat masing-masing.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

69

Perasaan hormat pada orang lain juga mula dititikberatkan. Piaget
menjelaskan pada peringkat ini kanak-kanak menganggap peraturan boleh
berubah-ubah berdasarkan kerjasama dan rasa hormat pada orang lain.
Keputusan moral tidak lagi pada kehendak undang-undang autoritarian tetapi
segala aspek boleh diambil kira. Keupayaan melihat sesuatu perkara daripada
pelbagai sudut bertambah, ini meningkatkan keupayaan seseorang
menkonseptualisasi dilema moral (Kurtines & Greif, 1974, Shaffer, 1993).

Sumbangan Piaget terhadap perkembangan moral telah dikembangkan oleh
Kohlberg (1963, 1964, 1969, 1976,1981, 1984). Pada kali ini kajian-kajian oleh
Kohlberg telah mengambil kira semua peringkat umur dari golongan kanak-
kanak sehinggalah golongan dewasa.


1.5.2 Teori Perkembangan Moral Kohlberg.

Selepas kajian secara intensif oleh teori Piaget, Kohlberg (1969) telah
memperkembang peringkat perkembangan moral kepada enam di mana setiap
peringkat mewakili cara tertentu seseorang berfikir mengenai dilema moral.
Selama tiga puluh tahun melakukan kajian, Kohlberg telah mengenal pasti
terdapatnya tiga tahap penaakulan moral. Setiap tahap dibahagikan kepada
dua peringkat. Menurut Kohlberg (1976), enam peringkat moral yang telah
dibahagikan kepada tiga tahap utama. Ini dikenali, tahap prakonvensional
(peringkat 1 dan 2), tahap konvensional (peringkat 3 dan 4), dan tahap
pascakonvensional (peringkat 5 dan 6). Menurutnya peringkat yang lebih tinggi
dalam setiap tahap adalah lebih baik dan tersusun dan mampu
menggambarkan perspektif umum setiap tahap tersebut. Menurutnya lagi
untuk memahami peringkat-peringkat ini adalah lebih baik untuk memahami
ketiga-tiga tahap terlebih dahulu.

Tahap prakonvensional, merupakan tahap bagi kebanyakan kanak-kanak
berusia kurang sembilan tahun, sedikit golongan remaja, dan banyak bagi
golongan dewasa dan remaja yang terlibat dengan jenayah. Tahap
konvensional pula merupakan tahap bagi kebanyakan remaja dan golongan
dewasa dalam masyarakat dunia. Manakala tahap pascakonvensional pula
paling kurang dicapai oleh dewasa dan selalunya dicapai oleh mereka yang
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

70

telah berusia lebih dua puluh tahun.

Kohlberg (1976) telah menyarankan agar ketiga-tiga tahap dilihat dalam tiga
bentuk yang berlainan iaitu dalam hubungannya antara diri, masyarakat dan
jangkaan, iaitu:
Tahap l: golongan prakonvensional, di mana undang-undang dan jangkaan
sosial adalah bersifat luaran pada diri seseorang.
Tahap ll: golongan konvensional, di mana diri mereka dikenal pasti menurut
peraturan dan jangkaan terhadap orang lain terutama pihak berkuasa.
Tahap lll: golongan pascakonvensional, golongan ini berupaya membezakan
diri daripada undang-undang dan jangkaan-jangkaan orang lain dan memberi
makna pada nilai-nilai dalam bentuk prinsip pilihan sendiri (self-chosen
prinsipal).

Enam Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg
______________________________________________________________
Prakonvensional Peringkat 1. Orientasi Hukuman dan Kepatuhan
(Might makes right)
Peringkat 2. Orientasi Timbal balik
(Scratch my back, Ill scratch yours)

______________________________________________________________
__

Konvensional Peringkat 3. Orientasi Persetujuan Antara Individu
(Good boy, nice girl approval)
Peringkat 4. Orientasi Undang-undang dan
Peraturan
(Fixed rules, right behavior consists in
doing ones duty)
______________________________________________________________
__

Pascakonvensional Peringkat 5. Orientasi Kontrak Sosial
(Standards critically examined and
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

71

agreed upon by whole society)
Peringkat 6. Orientasi Prinsip Etika Sejagat
(Universal justice, equality)
______________________________________________________________
__
Dipetik daripada Traviss, 1985.











1.6. Teori Perkembangan Sosial

Idea tentang perkembangan atau pembelajaran sosial telah dipelopori oleh
Miller dan Dollard pada tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter
(1963) telah menghalusi dan mendalami kajian ini. Bandura mendapati
bahawa dalam kehidupan seharian terdapat banyak tingkah laku yang
dipelajari melalui contoh, tauladan, tiruan dan penggunaan bahasa.
Tiruan ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu tiruan mudah dan
identifikasi seseorang supaya ditirui. Peniruan ini berlaku dalam tiga bentuk
iaitu:
i. Tiruan secara langsung, ia merujuk kepada meniru seseorang
atau model dengan melihat kepada orang itu
ii. Peniruan melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan, sekat
lakuan merupakan tingkahlaku yang sesuai pada satu masa
tetapi tidak sesuai dalam situasi yang lain. Tidak sekat lakuan
merujuk kepada seseorang yang terus meniru amalan tingkah
laku dalam sesuatu situasi ke situasi yang lain.


Latihan 1
Bincangkan dalam kumpulan, tentang tahap-tahap dan peringkat-
peringkat perkembangan moral Kohlberg. Jelaskan pemahaman
anda mengenai perkara tersebut.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

72



iii. Peniruan secara elisitasi, proses ini menunjukkan seseorang itu
terus melakukan apa sahaja yang orang lain lakukan setelah
individu tahu melakukannya. Tiruan ini merupakan aktiviti
mengulangi gerak geri tindakan orang lain.
Dengan idea tiruan ini maka moral kanak-kanak banyak dibentuk atau
diperoleh dengan meniru ibu bapa, guru atau orang sekeliling secara
formal atau tidak formal.

Aktiviti 2
Berdasarkan pembacaan dan perbincangan dalam kumpulan
berikan contoh-contoh kepada tiga bentuk peniruan di atas.

1.6.1 Ciri-Ciri Teori Pemodelan Bandura
i. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
ii. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan
teladan.
iii. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan
demontrasi guru sebagai model.
iv. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan
Peneguhan yang berpatutan.
v. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan
dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri
dengan peneguhan positif.

1.6.2 Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Permodelan

Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses
pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu pemerhatian,
mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.
(i) Pemerhatian
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

73

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian.
Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap
atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu
bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin
merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor
yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur,
jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita
perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran
dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi-isi penting.

(ii) Mengingat
Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian.
Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap
atau disanjungi. Untuk kanak-kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu
bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin
merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor-faktor
yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur,
jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita
perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran
dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting.

(iii) Reproduksi
Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya.
Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan
mengingat ciri-ciri atau langkah-langkah dia mungkin belum boleh
melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak,
mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara-perkara penting
sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan
latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.

(iv) Peneguhan/Motivasi
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

74



Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui
pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu
sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya.
Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran
pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan
dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih
bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan
semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan
pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak
akan mengekalkanya tanpa peneguhan.

Aktiviti 3
Cuba fikirkan cara menggunakan prinsip pembelajaran melalui
pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran


1.7 Teori Perkembangan Sosial Emile Durkheim
Durkheim sangat mementingkan isu mengenai bagaimana sesebuah
masyarakat dapat mengekalkan integriti mereka dalam dunia moden,
apabila perkara-perkara seperti perbezaan agama da latar belakang
ethnic tidak dapat dipastikan. Menurutnya kesedaran tanggungjawab
moral lahir daripada perasaan yang terasa dekat dengan masyarakat.

Masyarakat adalah sumber bagi semua pengetahuan moral dan
authority yang mengesahkan moralti (Durkheim, 1906). Moral
mempunyai kuasa kerana keupayaannya mengawal kelakuan manusia
sebagai satu jenis ikatan sosial atau kontrak. Menurut Durkheim, kanak-
kanak perlu memahami peraturan yang memelihara hubungan sosial
yang dikenakan oleh orang dewasa terhadap mereka. Peraturan yang
dikenakan di rumah adalah secara tidak formal sebaliknya peraturan di
sekolah adalah formal. Maka guru mempunyai autoriti sosial dan
bertindak sebagai orang tengah antara masyarakat dan kanak-kanak.
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

75






1.8 Teori Perkembangan Moral Humanis
Teori pemebelajaran humanis member tumpuan kepada apa yang
berlaku dalam diri seseorang individu seperti perasaan dan emosinya.
Pendekatan humanis menekankan cara pemikiran, pengamatan dan
cara mengintepritasi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan dan
tingkah laku moral. Ahli psikologi humanis mempercayai bahawa
seseorang individu sedar dan bertanggungjawab terhadap segala
tingkahlakunya.

1.8.1 Teori Konsep Kendiri Carl Rogers
Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai pesepsi diri
sendiri tentang minat, sikap dan nilai dan kebolehan melihat pesepsi
orang lain terhadap diri sendiri dengan persekitaran. Konsep kendiri
positif adalah perrcaya dan yakin kepada diri sendiri secara fizikal,
mempunyai minat yang objektif dan tidak terlalu sensitif.

Carl roges berrpendapat pembentukan moral yang baik adalah melalui
model yang boleh dicontohi dan berpengalaman seperti ibu bapa, rakan
sebaya, orang dewasa dan dirinya sendiri. Pemupukan nilai dan
keyakinan diri melalui didikan ini akan membentuk konsep kendiri yang
positif. Selain itu alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan moral khasnya sebaran am, budaya dan penilaian
masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku. Akhirnya, penilaian individu
terhadap keperluan asasinya seperti keselamatan , fizikal, kasih saying
dan penghormatan diri akan mempengaruhi penaakulan moral.

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

76



Cara- cara membina konsep kendiri yang positif adalah memberi
galakan bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak. Ibu bapa harus
berpuas hati dengan hasil kanak-kanak dan member pujian atau
ganjaran. Ibu bapa juga perlu memupuk nilai moral dan agama yang baik
di dalam jiwa kanak-kanak sejak mereka masih kecil lagi.

Laman web yang boleh dilayari:

1. Education Resources Infromation Center:
http://www.eric.edu.gov/

2. Moral Education Journals:
http://www.moraleducation-journals.html

























ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

77






BIBLIOGRAFI


Abd Rahman Aroff (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan
Moral. Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.

________________ (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral,
Serdang: Penerbit UPM.


________________& Chang, L.H. (1994). Pendidikan Moral Siri Pendidikan.
Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Ahmad b. Khamis (1999). Etika (Pendidikan Moral) untuk institusi
pengajian tinggi. K. Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Dewey, J. (1972). Democracy and education. New York: Macmillan.

Downey, M. & Kelly, A.V. (1978). Moral education: Theory and
practice.London: Harper & Row.

Durkheim, Emile (1973). Moral Education: A study in the theory &
application of the Socialogy of education. New York: The Free Press

Ee, A. M. (1988). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.
Bhd.

Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral:Siri Pendidikan Tinggi, Petaling Jaya,
Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd..

Gardner, R., Cairns, J. & Lawton, D. (ed.). (2000). Education for values:
Morals,ethics and citizenship in contemporary teaching. London:
Kogan Page.

Koo, K. P. & Tang, C. Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn.Bhd.

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

78

Open Universiti Malaysia , Modul Pengenalan Pendidikan Moral, Kuala
Lumpur,

Rajendram, N.; Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Dinamika Guru). Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Tam, Y.K. (1996), Pendidikan Moral: Konsep dan Program Pendidikan
Moral. K. Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan
Moral KBSR. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Limpur

Vishalache Balakrishnan (2009). Pendidikan Moral untuk universiti dan
kolej.Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Windmiller, M., Lambert, N. & Turiel, E. (1980). Moral development and
socialization. Boston: Allyn & Bacon.




















ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

79





PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PENDIDIKAN MORAL PENDIDIKAN RENDAH)
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL (SR)

NAMA KELAYAKAN

PN. FAZLULAINI BINTI MOHD YUNUS
Pusat Pembangunan Akademik
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel:012-2977446
fabmy74@yahoo.com



Kelulusan:
Sarjana Pendidikan. UM
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam). UTM

Pengalaman:
Penolong Pengarah Pusat Pembangunan
Akademik (Penyelaras j-QAF).
Penolong Pengarah BPG. 2 tahun
Guru Sekolah Menengah 5 Tahun


DR SAKHILAH BINTI SHAHKAT ALI
Pensyarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik


tlg kemas kini ye ...kelulusan dn
pengelaman pun buat kemas kini ye

Kelulusan:
Ph.D ( Pengajian Islam),USM
M Ed. (Pengurusan dan Pentadbiran), UTM
B.A. Hons. (Pengajian Islam), Uni Al-Azhar,
Kaherah
Dip. Pendidikan (Pendidikan Islam), MPI

Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPSAH (13 tahun)
Panel Penggubal Kurikulum Pengajian/
Pendidikan Islam KPLI (R), KPLI(j-QAF), dan
KDPM SABK
Panel Penggubal Modul LPBS/KDC
KPLI (R), KPLI(j-QAF) dan KDPM SABK

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

80

NAMA KELAYAKAN

PN NOORLELA BINTI MUHAMMED
SHARIFF
Pensyarah Cemerlang
Institut Perguruan Guru
Kampus Raja Melewar
Jalan Sikamat
70600 Seremban
Negeri Sembilan


Kelulusan:
M. Ed. USM (1999)
B.A. Hons. (Pendidikan Islam), UM (1988)
Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPSAH (17 tahun)
Guru Sekolah 6 tahun
Panel Penggubal Modul LPBS/KDC-KPLI (R),
KPLI(j-QAF), KDPM SABK.









PN BADRIYATUN BINTI KAMAR
Pensyarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar
Jalan Sikamat
70600 Seremban
Negeri Sembilan

badriyatun@gmail.com
Kelulusan:
M. Ed. UKM (2007)
B.A. (Edu) with Hons , USM (1990)
Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPRM (9 tahun)
Guru Sekolah (14 tahun)
Ketua Panitia Pendidikan Moral (9 tahun)
Penanda Kertas Peperiksaan Pendidikan Moral
SPM, Lembaga Peperiksaan Malaysia (6 tahun)
Panel Penilaian Pembangunan E-Bahan
Pendidikan Moral Tingkatan 1 dan 4, Bahagian
Teknologi Pendidikan untuk Program
Pembestarian Sekolah 2005-2007
Subject Content Expert (SME) E-Bahan
Pendidikan Moral Tahun 3 bersama Syarikat Net
Carbon bersama BTP, Kem.Pelajaran 2008-2009
Penulis Buku Kerja Pendidikan Moral SPM 2000-
2004, Sasbadi Sdn.Bhd.










ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

81










IKON


Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan
Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna
ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

82


Mengumpul Maklumat

Tutorial
Memikir

Tamat

Anda mungkin juga menyukai