Anda di halaman 1dari 5

Tamadun Islam di Eropah Pertembungan yang paling meluas berlaku adalah antara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun

Eropah sewaktu orang Islam memerintah Andalusia dan Sicily. Di Andalus, Sepanyol, kerajaan Bani Umaiyah yang diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil yang telah berkembang pesat dan membina tamadun yang lebih besar dalam pelbagai spek agama dan bukan agama. Antara saluran interaksi pertembungan antara kedua-dua tamadun ini ialah perniagaan, peperangan, diplomatik, kebudayaan dan pusat pengajian. Perniagaan dan perdagangan Orang Islam berketurunan Arab memang terkenal dalam bidang perniagaan. Nabi Muhammad ialah contoh utama dalam bidang ini. Baginda pernah berniaga hingga ke negeri Syam (Syria). Sewaktu di Syam, baginda sempat melihat tamadun Kristian di sana. Begitu juga tokoh-tokoh Ilam yang lain sewaktu pembukaan negeri Iraq, Syam dan Mesir dalam siri peperangan dan penaklukan di kawasan tersebut. Dalam pada itu, berlakulah interaksi dan asimilasi antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Dengan kata lain, tamadun dunia sudah terdedah di hadapan mata orang Islam dan begitu juga sebaliknya. Kedua-dua tamadun itu saling mempengaruhi antara satu sama lain. (Khasnor Johan, 1998). Di bawah pemerintahan Abd al Rahman industri dan pertanian kian berkembang. Terdapat industri tekstil, kaca, dan tembikar. Juga perlombongan emas, perak, besi, dan plumbum. Toledo adalah bandar yang terkenal untuk pembuatan pedang yang amat menarik perhatian para saudagar Barat. Pertanian yang digalakkan oleh kerajaan didapati penanaman buah-buahan seperti anggur dan tebu. Kegiatan ekonomi yang dinamik di Sepanyol menggalakkan hubungan perdagangan yang rapat antara saudagar Islam dengan Eropah. Dalam pada itu berlakulah interaksi dan asimilasi antara masyarakat Islam dan Eropah. Kedua-dua tamadun saling pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain. Pengaruh tamadun Islam melalui saluran perdagangan terbukti dalam bahasa-bahasa Eropah seperti admiral dan tarif yang didapati dalam perbendaharaan kata nautika. Sistem duit syiling juga digunakan di sebahagian Eropah. (Mahayudin Yahaya, 2001).

Peperangan Hubungan dengan tamadun islam dan tamadun eropah menjadi semakin dekat apabila muncuknya pemerintahan islam di Afrika Utara. Sempadan anatara Afrika Utara dengan Eropah hanyalah Laut Mediterranean. Melalui laut itu, orang Islam merentas ke Sepanyol dan Sicily dan seterusnya ke Portugal dan Perancis. Peperangan merupakan suatu saluran lagi bagi pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun Barat. Cordova berperang dengan tentera Charlemagne pada 778 TM yang pertempurannya merangsangkan penghasilan sebuah karya sastera yang terkenal, iaitu Chanson de Roland. Di Sepanyol peperangan selalu berlaku antara tentera Islam dengan kerajaan-kerajaan Kristian di bahagian utara Sepanyol, iaitu Leon, Castile, Navarra, dan Barcelona. Melalui peperangan, tentera Kristian terdedah kepada unsur-unsur kebudayaan Islam, organisasi dan ketenteraan Islam, sistem politik dan ekonomi-sosial. Abdul Rahman al-Dakhil menghantar ekspedisi tentera ke utara yang bertujuan mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan kedaultan daripada diancam oleh musuh yang menganut Kristian. Perang salib yang berlaku antra orang Kristian dan orang Islam menyebabkan berlakunya pertembungan kebudayaan Eropah dengan ilmu pengetahuan Islam. Pengetahuan tamadun Islam membangkitkan semangat ingin tahu orang Eropah untuk meluaskan pengetahuan mereka, tentang tamadun Eropah Purba seperti tamadun Yunani dan Rom. Karya-karya tamadun yunani dan rom dihidupkan kembali dan dikaji semula di universiti Itali, Sepanyol dan Perancis. Selain itu, kejatuhan konstantinople ke tangan Turki Uthmaniyah pada tahun 1453 Masihi menyebabkan perkembangan pesat ilmu pengetahuan di Eropah. Akibatnya, ramai sarjana telah berpindah ke Eropah terutamanya ke bandar Itali seperti Florence, Turin, Genoa dan Milan yang pernah mempunyai hubungan perdagangan dengan Konstantinople. Sarjana ini membawa bersama mereka karya dan tulisan mereka yang penting tentang tamadun Yunani dan Rom. (K. Ratnam, 1994).

Perkembangan ilmu pengetahuan Sepanyol, Sicily, Portugal dan Perancis boleh dianggap sebagai jambatan yang menghubungkan tamadun Islam dengan tamadun Eropah kerana di sanalah berlakunya pertembungan budaya dan intelektual. Kaum pedagang, intelek dan tokoh agama daripada kedua-dua pihak sering berulang-alik antara negeri-negeri tersebut. Di situ jugalah terdirinya institusi pendidikan dan perpustakaan yang dilengkapi dengan buku ilmiah hasil karangan tokoh-tokoh Islam. Para pelajar dari seluruh dunia telah tertum[u ke situuntuk memp[eroleh ilmu pengetahuan. Selain usaha pelajar, penduduk tempatan yang bergana Islam yang dinamakan Mudejeras yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Kristian di Eropah turut memindahkan ilmu pengetahuan Islam kepada masyarakat Barat. (Mahayudin Yahaya, 2001). Perkembangan tamadun Islam sejajar di bahagian barat dengan perkembangan tamadun Islam di bahagian Timur yang berpusat di Baghdad kerana tokoh-tokoh pada kedua-dua belah pihak saling berulang-alik. Di Baghdad telah didirikan sebuah pusat ilmu pengetahuan yang dipanggil baiyul hikmah yang dibina pada zaman khalifah al-Makmun. Antara kegiatan yang dijalankan bahasa institusi ini adalah

menterjemahkan

karya

ilmiah

daripada

Yunani

kemudiannya

diperkembangkan oleh orang Islam dan seterusnya dipindahkan ke Eropah. Cordova merupakan pusat kegiatan intelektual. Universiti Cordova menjadi

institusi ilmu terbesar di dunia Islam dan menawarkan pembelajaran semua cabang ilmu pengetahuan. Perpustakaan yang besar juga diwujudkan oleh AlHakam yang mengumpulkan sebanyak 400,000 manuskrip dari Iskandariah dan Baghdad. Para pelajar Muslim dan bukan Muslim dari Sepanyol, Eropah, dan Afrika berkumpul di Cordova untuk mencari ilmu. Falsafah Aristotle dan ilmu sains Yunani dan Arab dikaji dan di bawa balik ke Eropah. Mencetuskan minat dalam beberapa isu akademik, menggalakkan penubuhan universiti-universiti di Eropah Barat pada kurun ke-12 TM dan akhirnya menyumbang kepada kelahiran Renaissance. Antara tokoh pertama yang belajar di Andalus iaitu Gelbert De Oralic, Adelard of Bath, Robert of Chester. Penterjemahan Pertemuan antara para sarjana Muslim dengan Eropah di Cordova telah membawa kepada penterjemahan karya-karya dalam berbagai-bagai ilmu daripada

bahasa Arab kepada bahasa Latin. Contohnya ialah Mukadimah, karya Ibn Khaldun. Muqaddimah merupakan sebuah ensiklopedia sintesis mengenai

metodologi sains kebudayaan. Penterjemahan karya-karya sains matematik dan astronomi telah banyak menyumbang kepada kebudayaan Eropah. Terbukti dengan munculnya pusat pengajian ilmu Islam di beberapa tempat Eropah Barat Marseille, Toulouse, Narbonne dan Mont-Pellier. Adalah diketahui bahawa buat pertama kali dalam sejarah dunia, al-Quran diterjemahkan dalam bahasa Latin. Maka melalui penterjemahan kebudayaan Islam tersebar luas ke seluruh Eropah. Budaya Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun eropah terutamanya tamadu rom apabila dapat menguasai kawasan mesir dan afrika utara. Penguasaan islam

terhadap kawasan-kawasan baru telah mewujudkan satu pertembungan tamadun dari segi kebudayaan. Contohnya, kemunculan kerajaan islam di sepanyol telah mewujudkan satu kebudayaan baru di eropah. Bahasa arab telah dijadikan sebagai bahasa utama di sepanyol semasa pemerintahan kerajaan bani umaiyah di cordova. Pada waktu itu, lahir golongan tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam seperti cara pemakaian dan berbahasa Arab. Golongan ini dipanggil Mozarab. Keaadan ini telah mempengaruhi kehidupan harian orang Eropah sehingga pengaruhnya berterusan ke pertengahan zaman

Renaissance. Golongan yang memainkan peranan penting dalam proses ini ialah golongan mudejar iaitu orang Islam setempat yang bterus tinggal di kawasan pemerintahan Kristian. Para cerdik pandai Islam dan bukan Islam dapat bertukar pendapat antara satu sama lain semasa perluasan taklukan islam. (Zamri Talib, 2005). Seni bina Islam juga telah memberikan sumbangan yang penting dalam perkembangan ketamadunan dunia teriutama dalam bidang seni bina. Keindahan seni bina islam dapat dilihat pada masjid cordova di Sepanyol, masjid sultan ahmed (masjid Biru) di Istanbul dan Istana al-Hambra di Granada. Seni bina ini melambangkan ketinggian martabat tamadun Islam dan nilai seni bina Islam. Seni bina dalam tamadun Islam adalah berasaskan kepada kepercayaan tauhid dan akidah. (Zamri Talib, 2005). Diplomatic

Hubungan diplomatic juga telah menyebabkan berlakunya pertembungan tamadun Islam dengan tamadun barat. Orang islam telah mendapat oengetahuan tentang cara hidup, cara berfikir dan cara mentadbir daripada tamadun luar. Semasa pemerintahan kerajaan bani umaiyah, beberapa kumpulan peneroka telah dihantar ke utara selat Gibraltar di selatan sepanyol.. kumpulan peneroka tersebut telah bertembung degan beberpa petempatanbuakan islam di cordova, Valencia danrhonda. Pertembungan ini telah mewujudkan diplomatic atara kawasan dengan tamdun islam. Pertembungan tersebut telah membolehkan berlakunya pemahaman secara amanantara orang islam denganorang bukan islam berkaitan cara hidup, pandangan politik, keagamaan, ekonomi dan pentadbiran. (Zamri Talib,2005). Melalui saluran diplomatik berlakunya interaksi kedua tamadun. Kecemerlangan Cordova adalah setanding dengan Baghdad dan Constantinople. Khalifah mengadakan hubungan diplomatik dengan Maharaja Constantinople dan raja-raja Jerman, Itali, dan Perancis. Hubungan rasmi terbukti dengan datangnya utusanutusan negara Eropah ke Cordova. Melalui saluran diplomatik unsur-unsur tamadun Islam telah mengalir ke Eropah. Sarjana-sarjana Eropah dan negaranegara lain bertumpu di Cordova untuk mencari ilmu.

Anda mungkin juga menyukai