Anda di halaman 1dari 6

SYARAT DAN PERATURAN LATIHAN DEBAT

KELAB PIDATO PERDANA

1. PENDAHULUAN
1.1. Latihan Debat adalah merupakan salah satu bentuk latihan yang dijalankan di
setiap cawangan Kelab Pidato Perdana.

1.2. Latihan ini akan dikendalikan oleh seorang Jurulatih yang dilantik.

1.3. Latihan ini ditentukan oleh Pengarah Zon atau Ketua Kelas mengikut Takwim
Kelab Pidato Perdana.

2. PENYERTAAN
2.1. Latihan ini boleh disertai oleh semua ahli Kelab Pidato Perdana yang ingin
mengasah bakat dalam bidang Debat.

3. SISTEM LATIHAN DEBAT


3.1. Latihan Debat melibatkan seorang (1) Yang Dipertua Dewa, 3 orang Pencadang
dan 3 orang Pembangkang (Jumlah keseluruhan 7 orang)

3.2. Latihan dikendalikan seperti biasa dengan pembukaan oleh Ketua Kelas diikuti
dengan penerangan ringkas mengenai tugasan yang diberikan.

3.3. Ketua Kelas akan melantik para peserta dan menentukan tajuk debat yang akan
dibincangkan.

3.4. Jurulatih yang bertugas akan mengenalpasti format debat dijalankan dengan
memberi tumpuan kepada kemahiran asas 8 x 8.

4. STRUKTUR DEBAT
4.1. Latihan Debat dijalankan dalam Bahasa Malaysia.

4.2. Latihan Debat yang dijalankan adalah Debat ala parlimen.

4.3. Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan iaitu pasukan kerajaan
(pencadang) dan pasukan pembangkang.

4.4. Setiap pasukan mengandungi tiga (3) peserta dan perlu melantik seorang ketua
dalam kalangan mereka.

4.5. Pasukan Kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri dan dua orang anggota
kerajaan manakala pasukan Pembangkang terdiri daripada Ketua Pembangkang
dan dua orang anggota pembangkang.

1
4.5. Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi
pihak Kerajaan dan Pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat
pertama atau kedua dari pihak masing-masing.

4.6. Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti berikut:

Ucapan Substantif:

Perdana Menteri / pencadang pertama 7 minit


Ketua Pembangkang / pembangkang pertama 7 minit
Anggota Pertama Kerajaan / pencadang kedua 7 minit
Anggota Pertama Pembangkang /pembangkang kedua 7 minit
Anggota Kedua Kerajaan / pencadang ketiga 7 minit
Anggota Kedua Pembangkang / pembangkang ketiga 7 minit

Jumlah 42 minit
Ucapan Gulungan:
Gulungan Pembangkang 4 minit
Gulungan Kerajaan 4 minit

Keseluruhan 50 minit

4.7. Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit
masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan
celahan/meminta penjelasan, dan sekali lagi pada permulaan minit terakhir bagi
menandakan masa untuk membuat celahan sudah tamat. Loceng akan
dibunyikan dua kali apabila masa tamat.

4.8. Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit
terakhir dan dua kali apabila masa tamat.

4.9. Pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberi amaran oleh
Yang DiPertua Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta menamatkan ucapan
dan boleh dikenakan penalti.

5. PERANAN SETIAP PASUKAN


5.1. Peranan pihak Kerajaan adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu
mendefinisikan usul, memberi hujahan/kes yang menyokong usul dan membidas
sebarang cabaran yang dibuat oleh pihak Pembangkang terhadap usul mereka.

2
5.2. Peranan Pihak Pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu
menjawab definisi Kerajaan (jika perlu) membina hujahan/kes bangkangan
terhadap usul dan membidas hujahan yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan.

6. FAKTA BARU
6.1. Tiada sebarang ‘fakta baru’ dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan
substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan. Contoh
baru adalah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta adalah dikira ‘baru’ kecuali:

a. ia telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu


b. ia merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan

7. DEFINISI
7.1. Tugas memberi definisi usul perbahasan yang wajar dan boleh didebatkan adalah
hak dan tanggungjawab pihak Kerajaan.

7.2. Pihak Pembangkang boleh:

a. menerima definisi Kerajaan secara keseluruhan/mutlak, atau


b. menolak secara keseluruhannya/mutlak dan mengemukakan definisi
alternatif.

Pihak Pembangkang boleh menolak definisi pihak Kerajaan secara


keseluruhannya hanya jika;

a. definisi pihak Kerajaan tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud
sebenar usul.
b. definisi pihak Kerajaan adalah ‘truistik : iaitu tidak boleh dibangkang
dengan hujahan rasional’

8. PENJELASAN
8.1. Penjelasan (celahan) dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh
pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau
menimbulkan fakta penting. Ia hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa
yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan diberi untuk
penjelasan dan jawapan terhadap penjelasan yang efektif.

8.2. Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada untuk
menerima atau menolak penjelasan yang cuba diberikan. Bagaimanapun,
penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan
sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius
oleh hakim. Adalah disyorkan setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya
dua penjelasan.

3
8.3. Walau bagaimanapun, pertandingan ini tidak mengenakan had maksimum atau
minimum bagi menerima penjelasan. Penjelasan tidak boleh melebihi 15 saat.
Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat. Jika penjelasan belum selesai, pendebat
yang meminta penjelasan hendaklah duduk serta merta.

8.4. Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit
terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali lagi
menandakan permulaan dan sekali lagi pada pengakhiran waktu meminta
penjelasan dibenarkan. Penjelasan tidak boleh diminta dalam ucapan gulungan.

8.5. Hanya ahli dari pihak lawan boleh meminta penjelasan. Pendebat hendaklah
memberi isyarat jika ingin mencelah (berdiri, mengangkat tangan dan
sebagainya).

8.6. Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan
dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak,
pendebat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menunggu
peluang yang lain.

8.7. Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh
menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah
atau peruntukan masa 15 saat yang diberi belum tamat (yang mana dahulu).
Pendebat tidak wajar memotong penjelasan yang diminta oleh pasukan lawan
apabila penjelasan telah diterima.

9. BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG


9.1. Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan oleh pendebat
kepada Yang DiPertua Dewan semasa perdebatan berlangsung bagi menarik
perhatian beliau terhadap pelanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti:

a. penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan, atau
b. pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat ketiga
dan/atau ucapan gulungan, atau
c. mana-mana pendebat yang melebihi had masa daripada 30 saat.

Adalah tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap


sebarang pelanggaran peraturan. Keputusan Yang DiPertua Dewan sama ada
untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad.

Jika bantahan diterima, Yang DiPertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang
terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan
untuk membuat bantahan akan dikira daripada masa pendebat yang sedang
berucap.

4
10. PENUTUP

Latihan Debat ini adalah merupakan latihan yang memberi tumpuan kepada kemahiran
asas yang dipelajari. Sesi latihan ini tidak menentukan sebarang kemenangan ataupun
kekalahan. Ia hanya berbentuk latihan dan akan diulas oleh Jurulatih yang bertugas di
akhir kelas nanti.

“SELAMAT BERLATIH”

Disediakan oleh

Ketua Jurulatih Zon Pusat

5
TATACARA PENGENDALIAN KELAS DEBAT
KELAB PIDATO PERDANA

BIL PERKARA DURASI


1. Pembukaan oleh Ketua Kelas 10 minit

2. Pelantikan Yang DiPertua Dewan, peserta 10 minit


pencadang (3 orang) dan pembangkang (3 orang)
dan peserta mengambil tempat

3. Debat bermula
3.1. Penerangan oleh Yang DiPertua Dewan 5 minit
3.2. Pencadang 1 (Perdana Menteri) 7 minit
3.2. Pembangkang 1 (Ketua Pembangkang) 7 minit
3.3. Pencadang 2 7 minit
3.4. Pembangkang 2 7 minit
3.5. Pencadang 3 7 minit 55 MINIT
3.6. Pembangkang 3 7 minit
3.7. Penggulungan pihak Pembangkang 4 minit
3.8. Penggulungan pihak Pencadang 4 minit

4. Ulasan Jurulatih 10 minit


5. Penutup oleh Ketua Kelas 5 minit

JUMLAH 90 MINIT ( 1 JAM 30 MINIT)

Anda mungkin juga menyukai