Anda di halaman 1dari 25

1

2
Apabila anda tiba-tiba diminta
untuk menyampaikan ucapan
dalam satu majlis, apakah
tindakan anda?

Adakah anda :
1. Tolak
2. Terima

Justeru, JANGAN sekali-kali


anda menolak permintaan itu
kerana tidak mungkin mereka
menjemput anda sekiranya
mereka tidak memerlukan diri
anda.

3
Sebenarnya anda boleh
menyiapkan diri anda dalam masa
hanya 1 ke 2 minit.
Bagaimana?

Pertama:

Sebaik sahaja anda mengatakan


YA atas pelawaan tersebut, anda
hanya memerlukan 10 saat untuk
bertanya dan mengetahui siapakah
audiens anda.

Boleh saya tahu siapa yang hadir


dan mendengar ucapan saya?

4
Kedua:

Anda boleh gunakan hanya 20


saat untuk bertanya siapakah
tetamu yang paling tinggi tarafnya
di majlis itu.

Kenapa?
Ia akan berguna untuk salutasi
dalam kata-kata aluan. Anda perlu
mengetahui gelaran tetamu
kehormat tersebut kerana ia
digunakan dalam bahasa sapaan
nanti.

5
Ketiga:

Dalam 10 saat, anda bertanya


kepada diri anda, siapakah anda
kepada mereka (audiens)
sehinggakan anda diminta untuk
berucap.

Mengapa?

Ia berguna untuk anda


menentukan isi atau pesanan yang
akan anda sampaikan.

6
Cukup?

Ya, itu persediaan pertama kepada


anda untuk mempersiapkan diri
sebelum menyampaikan ucapan.

Dalam situasi ini, anda hanya


menggunakan 40 saat sahaja
untuk mempersiapkan diri anda.

7
Seterusnya, anda akan mencari isi
ucapan anda. Betul?

Kadang - kadang, saat inilah yang


menjadi kritikal kepada diri anda
sehinggakan soalan - soalan
seperti:

1. Apa yang aku nak cakap?


2. Apa yang aku tahu?
3. Mereka nak dengar ke
ucapan aku?

8
Jangan risau….

Saya ada tips untuk anda mencari


isi ucapan.

Pada saat ini anda boleh bertanya


kepada diri anda, apakah tindakan
yang audiens anda perlu lakukan.

Contohnya :
1. Saya nak audiens saling
berkerjasama dalam memajukan
kampung.
2. Saya nak audiens sentiasa sihat.
3. Saya nak audiens kuruskan badan.

9
Persoalan-persoalan ini akan
menentukan isi ucapan anda.

Ingat! Jangan banyak.


Isi ucapan minimum 1 dan
maksimum 3 isi.

Mengapa 3?

Sebab TIGA mudah untuk


diingat. Budak kecil yang baru
belajar bercakap pun tahu kira 1
hingga 3.

Lagi?
10
Jika anda sudah tahu dan
kenalpasti apa yang akan anda
mahu audiens buat, barulah anda
menggunakan formula A-B-C-D
seperti di bawah :

A Aww / ahaaaa / apa itu?

B Bebelkan (huraikan)

C Contohnya….

D Dengan itu……

11
A – Aww / Ahaaa / Apa itu?

Anda perlu membuat satu daya


penarik sebelum anda mulakan
ucapan.

Contoh:
1. Bertempik …. Wah!, Awww!,
2. Tepuk tangan
3. Bercerita tentang perjalanan
anda.
4. Luahkan perasaan / keterujaan
anda.
5. Puji audiens.

12
B – Bebelkan (Huraikan)

Jangan membebel ye….

Maksud saya cuba anda huraikan


apa yang ingin anda sampaikan.
Anda cakap apa saja mengenai isi
ucapan anda tetapi menggunakan
bahasa yang teratur.

Anda perlu menguasai kemahiran


bercerita (story telling). Anggap
sahaja anda sedang bercerita di
kedai kopi dengan rakan yang
ramai jumlahnya.
13
C – Contohnya…

Setiap isi atau cerita anda,


sertakan contoh atau umpama
yang dekat dengan diri audiens.

Ingat!
Jangan berikan contoh yang sukar
digambarkan atau bersifat
abstrak. Ia akan menjadikan anda
terpaksa menghuraikan dengan
panjang dan ia memakan masa
yang lama.

Nanti pendengar bosan…..


14
Setiap isi atau cerita,
sertakan 1 atau 2
contoh.

15
D – Dengan itu…

Segmen ini adalah merupakan


penutup ucapan anda.

Anda boleh mengatakan :

Hadirin sekalian,

Dengan itu……………
Lantaran itu ……………
Sekali lagi saya ingatkan …….

16
Bagaimana?

Anda sudah bersedia untuk


berucap?

Yang penting adalah, di hujung


ucapan anda perlu di diberikan
SARANAN.

17
SARANAN ialah pesanan terakhir
sebelum anda mengucapkan
terima kasih.

SARANAN hendaklah berbentuk


pesanan ringkas yang perlu dibuat
atau diambil perhatian oleh
audiens.

18
Saranan juga tidak boleh panjang.
Hanya satu ayat sahaja.

Contoh :
Saranan saya, marilah sama-sama
kita berganding bahu memajukan
kampung kita.

Akhir kata, kesihatan adalah


paling utama berbanding wang
ringgit.

Pesanan saya, marilah sama-


sama kita berusaha untuk
mengurangkan obesiti.

19
Anda berpuas hati?

Mungkin ada yang rasa


kekurangan kerana ucapan ini
memerlukan latihan praktikal.

Saya ada mengaadakan kursus


Ucapan Sepontan pada
26 Januari 2019
di Sunway Mentari.

Jika anda berminat, boleh


berhubung dengan Urus Setia
Kursus Ucapan Spontan

20
Terima kasih kepada anda kerana
sudi membaca Ebook ini hingga
ke perkataan ini.

Bila biasa terjadinya Ucapan


Spontan?

Selalunya ketika :

1. Menghadiri majlis perasmian.


2. Majlis keraian.
3. Ketika menjual produk
kepada pelanggan.
4. Membuat Business Pitching.

21
Dalam kursus yang saya
kendalikan nanti, saya akan
selitkan :

 Bagaimana membuat Business


Pitching yang berkesan.

 Bagaimana nak menarik


perhatian audiens atau client
kita.

 Bagaimana mengaplikasikan
Teknik NLP dalam ucapan.
 Bagaimana menjawab soalan
spontan.

22
Sampai di sini dahulu
perkongsian saya.

Semoga Ebook ini memberikan


manfaat kepada anda untuk
menyampaikan ucapan sepontan
dengan berkesan.

Salam hormat,
Jumpa pada lain masa..

Coach Ruddy M. Hams


ruddymh@gmail,.com
FB / IG / Twitter : Ruddy M. Hams

23
Rujukan :

1. TIPS : Apabila Diminta Berucap Secara Impromptu


– Rizal Rashid
2. Public Speaking Indonesia - Tips Menyiapkan
Pidato Spontan dalam 1 Menit – HeartSpeak
Indonesia
3. 5 Teknik Membuka Presentasi Dengan Baik dan
Menarik – Muhammad Noer
4. BIG Talks - The Power of Story Telling by Rizal
Rashid

24
25

Anda mungkin juga menyukai