Anda di halaman 1dari 9

Teknik Bercakap di Khalayak Ramai

Tip #1
Mari kita mulakan dengan pembuka tips ini semua. Saya mahu anda lakukan sesuatu.

Mula-mula, berdiri di depan sebuah cermin yang paling besar di rumah anda. Harapnya, cermin itu anda boleh
lihat seluruh tubuh anda, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kemudian, pejamkan mata anda. Tenangkan
fikiran, tarik nafas panjang beberapa kali.

Bayangkan, anda sedang berdiri di dalam sebuah dewan, di depan 1200 orang. Semua orang di dewan itu
sedang memerhatikan anda. Suasana agak sunyi kerana semua orang sedang menunggu anda sedang
bercakap.

Cuba anda sedari, apakah perasaan anda ketika itu? Cuba sedari, adakah anda rasa lutut anda lemah? Adakah
anda rasa perut anda memulas? Adakah anda rasa jari anda mula menggeletar?

Anda perlu bayangkan situasi berada di dalam dewan tadi dengan jelas. Jika anda tidak lakukan dengan serius,
anda tidak akan tahu apa yang anda rasa, dan anda tidak akan tahu bagaimana cara untuk memajukan diri anda.

Jadi, latihan pertama hari, lakukan aktiviti tadi. Cari cermin besar tadi. Kalau tak ada cermin di rumah, cari di
tempat lain seperti di sekolah anda, rumah sahabat anda atau kalau tak jumpa sangat, gunakan tandas awam
pun boleh. (Tapi cari tandas awam yang bersih la ye, nanti konsentrasi terganggu dengan bau busuk pulak?.

Selamat mencuba!

Tip #2

Anda sudah lakukan latihan tip #1? Jika belum, anda mungkin akan hadapi kesukaran untuk memahami apa
yang akan dibincangkan dalam beberapa hari ini. jadi, lakukan latihan itu dahulu sebelum anda mulakan.

Setelah anda berdiri dan bayangkan yang anda sedang berdiri di depan khalayak ramai, dapatkah anda rasa
debaran dan rasa gementar dalam diri anda. Terus terang, walaupun saya sudah banyak kali membuat program
di depan khalayak ramai, saya masih merasa gementar setiap kali saya mahu memulakan sesuatu program atau
setiap kali saya mahu mula bercakap.

Sebenarnya, rasa gementar itu adalah normal. Anda akan rasa walaupun anda sudah berpengalaman. Apa yang
membezakan seseorang yang berpengalaman atau tidak ialah, seseorang yang berpengalaman tahu bagaimana
mahu mengawal dan menggunakan rasa gementar itu untuk menjadi hebat semasa bercakap.

Soalan saya lagi, adakah anda sedar bagaimana cara anda berdiri semasa anda merasa gementar? Lakukan
latihan semalam sekali lagi. Apabila anda sudah dapat bayangkan situasi semalam dan mula merasa gementar,
buka mata dan lihat cara anda berdiri. Lihat memek muka anda. Lihat kedudukan bahu anda juga. Anda akan
lihat bagaimana cara?seseorang yang merasa gementar berdiri.

Ini adalah pengajaran yang penting. Oleh kerana anda berdiri seperti seseorang yang sedang merasa gementar,
anda pasti merasa gementar dan takut. Jadi, pengajaran pertama untuk bercakap dengan yakin di depan orang
ramai, anda perlu berdiri seperti orang yang merasa benar-benar yakin. Juga, jangan berdiri seperti orang
yang sedang berdebar dan gementar.

Tugasan untuk anda hari ini, lihat kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja sedang berucap. Bolehkah anda lihat
siapa yang sedang merasa gementar (nervous) semasa berucap di khalayak ramai?.? Bolehkah anda kesan
sama ada mereka rasa berdebar atau tidak? Bolehkah anda lihat debaran itu semua melalui pergerakan tubuh
mereka?.? Perhatikan???

Tip #3
Tips seterusnya, setelah anda tahu bahawa anda akan rasa gementar jika anda berdiri seperti orang yang
gementar, anda perlu tahu bagaimana cara orang yang berkeyakinan tinggi berdiri pula. Maksudnya, anda perlu
perhatikan, jika seseorang yang berpengalaman berucap dikhalayak ramai, bagaimana cara beliau berdiri.

Perhatikan, bagaimana rupanya orang yang berkeyakinan tinggi ini berucap. Ini adalah penting. Jika anda tidak
boleh bayangkan bagaimana cara ini dilakukan, anda akan hadapi kesukaran untuk melakukannya.

Sama seperti orang belajar menunggang basikal. Jika anda mahu menunggang basikal dengan baik dan hebat,
anda perlu tiru cara pergerakan seseorang yang hebat menunggang basikal. Dengan meniru pergerakan mereka,
anda boleh tiru mereka.

Apa yang boleh anda lakukan mulai hari ini, mula buka mata anda dan lihat disekeliling anda. Cari peluang
melihat orang professional berucap. Perhatikan cara mereka. Anda boleh lihat cara orang berucap di televisyen.
Anda boleh lihat?di sekolah. Jika sudah bekerja, anda boleh melihat di tempat kerja atau di tempat anda
berkursus.

Semasa memerhatikan mereka berucap, bayangkan anda sedang berucap seperti mereka. Ini sangat
penting! Bayangkan yang anda sedang berucap dengan hebat seperti mereka.

Selamat mencuba!

Tip #4

Jadi, dua tips sudah anda pelajari tentang cara bercakap dikhalayak ramai. Pertama, sedari cara anda berdiri
semasa anda gementar dan kedua perhati dan tiru cara orang professional berucap.

Tips ketiga??.. mudah sahaja tips ini. Bayangkan semula semasa anda berucap di depan khalayak ramai. Jika
anda atau sesiapa sahaja sedang berucap dalam keadaan berdebar dan gementar, tahukah satu perkara yang
anda atau mereka lupa lakukan? Apa agaknya yang anda mungkin terlupa lakukan ya?..?

Percaya tak kalau saya kata anda lupa untuk BERNAFAS???.? Pelik tak bunyinya?.?

Ini adalah benar. Kerana anda terlalu rasa berdebar, anda mungkin masih bernafas, tetapi anda tidak bernafas
dengan normal. Anda bernafas dengan begitu laju macam anda baru berlari pecut seratus meter. Mungkin anda
tidak sedar tentang perkara ini.

Oleh kerana anda bernafas dengan terlalu laju, ada dua perkara utama yang berlaku.

Pertama, percakapan anda menjadi laju. Bayangkan anda bercakap 100 patah perkataan dalam satu nafas, laju tak agaknya?
Tentu laju bukan? Ini membuat percakapan anda tidak jelas. Penonton pula tidak akan faham apa yang anda katakan.
Disebabkan itu, anda jadi semakin berdebar, lalu pernafasan anda semakin laju. Silap-silap, anda akan jatuh pengsan??.

Kedua, pernafasan yang laju adalah pernafasan yang pendek. Ini bermaksud, udara cuma berada dalam paru-paru anda
sekejap sahaja sebelum ia dikeluarkan semula. Paru-paru anda tidak akan sempat untuk menyerap oksigen dengan baik, lalu
anda akan kekurangan oksigen. Lebih teruk lagi, kekurangan oksigen ini akan mengurangkan keupayaan anda untuk berfikir
dengan baik kerana otak anda kekurangan oksigen. Jadi, ucapan anda menjadi kelam kabut. Kemudian apa? Semakin teruk
lagi perasaan gementar anda dan semakin teruk lagi ucapan yang anda berikan.

Jadi, latihan hari ini, berdiri depan cermin, cuba bernafas dengan laju. Bernafas macam anda baru dikejar hantu?
? Cuba perasan apa rasanya? bolehkah anda berfikir dengan baik kalau dalam keadaan begini?..?
Tip #5

Setelah anda tahu bahawa cara anda bernafas akan mempengaruhi apa yang anda rasa, anda perlu belajar cara
bernafas yang boleh membuat anda rasa lebih tenang. Secara mudahnya, anda akan merasa tenang jika anda
menarik nafas panjang.

Cuba latihan ini, tarik nafas anda selama 7 saat perlahan-lahan?.. kemudian, tahan nafas anda selama 7
saat?.dan lepaskan nafas anda perlahan-lahan selama 7 saat juga?? di masa yang sama, kosongkan fikiran
anda. Maksudnya, jangan fikir tentang apa-apa?.. cuba beberapa kali.

Jika ini kali pertama anda mencuba cara ini, anda mungkin rasa pening sedikit. Tidak mengapa. Setelah anda
amalkan, anda akan rasa segar dan bersemangat setiap kali anda lakukan latihan ini.

Jadi, setiap kali anda mahu bercakap dikhalayak ramai, mulakan dengan menarik nafas yang dalam dan panjang.
Perhatikan juga cara anda bernafas semasa anda berucap. JIka anda rasa gugup semasa berucap, perbetulkan
cara anda bernafas. Anda akan berucap dengan lebih baik. Perhatikan juga kelajuan anda bercakap. Jika anda
bercakap terlalu laju, mungkin anda juga sedang bernafas dengan laju. Jadi, perlahankan. Kawal semula
pernafasan anda dan tingkatkan rasa keyakinan diri anda semasa berucap.

Tip #6

Tips yang seterusnya ialah, keluarkan suara anda ketika anda sedang bercakap dikhalayak ramai.

Hmmm? pelik tak agaknya bunyi tips ni. Kalau tak keluarkan suara, takkan boleh bercakap di depan khalayak
ramai kan?

?Sebenarnya, jika anda rasa berdebar dan gementar sewaktu berada di khalayak ramai, anda mungkin tidak
akan mengeluarkan suara anda dengan betul. Maksudnya, anda akan bercakap dengan suara yang perlahan. Ini
disebabkan anda merasa kurang yakin dengan diri anda dan anda risau jika anda membuat kesilapan semasa
anda sedang bercakap.

Jika anda bercakap dengan suara yang perlahan, ada dua perkara yang akan berlaku.

1. Orang ramai tidak akan dapat mendengar dengan jelas apa yang anda katakan. Lama-kelamaan, mereka akan jadi
bosan lalu tidak memberikan perhatian kepada anda. Apabila anda melihat reaksi bosan mereka, anda jadi semakin
berdebar, lalu percakapan anda sama ada semakin laju atau suara anda akan jadi semakin perlahan. Anda tidak
mahu ini berlaku.

1.
2. Jika anda keluarkan suara dengan perlahan, orang ramai akan mudah dapat mengesan bahawa anda sedang
merasa gementar. Ini kerana, suara yang keluar dengan perlahan akan membuat getaran suara anda (yang
disebabkan oleh rasa berdebar) mudah didengar orang ramai. Anda akan bercakap seperti orang sedang
menggeletar.

Jadi, anda perlu benar-benar keluarkan suara anda ketika anda berada di khalayak ramai. Suara yang keluar
dengan lantang akan berbunyi tegas dan penuh keyakinan.

Namun, mengeluarkan suara ini tidak bermaksud saya menyuruh anda menjerit bila bercakap di khalayak ramai.
Ada bezanya bercakap dengan suara yang kuat atau menjerit. Kita bincangkan tentang perkara ini esok.
Tip #7

Satu tips yang anda telah pelajari, anda perlu keluarkan suara anda atau anda perlu kuatkan sedikit suara
semasa anda berucap. Suara yang lebih kuat akan mengurangkan debaran anda dan juga boleh kedengaran
seperti suara yang lebih tegas.

Cuma ada bezanya suara yang kuat dan menjerit. Saya tidak suruh anda menjerit kerana bunyinya menyakitkan
dan anda akan hilang suara anda dengan cepat. Untuk bezakan kuatkan suara atau menjerit, lihat contoh
dibawah.

Bayangkan anda berada di dalam satu dewan kecil yang mengadakan majlis makan-makan. Anda berada di pintu
masuk dan kawan baik anda ada di hujung bilik tersebut. Diantara anda dan kawan anda (ditengah-tengah dewan
itu) ada ramai orang yang berbual-bual, berjalan, makan dan membuat bising. Bilik itu agak bising dengan bunyi
suara orang ramai dan bunyi pinggan mangkuk yang berlaga sesama sendiri.

Dalam suasana bising itu, anda mahu beritahu sesuatu kepada kawan baik anda tanpa anda pergi kepadanya.
Maksudnya, anda perlu bercakap dari tempat anda berdiri sekarang. Anda perlu bercakap dengan kuat bukan?
Cuba bercakap dengan kuat sambil membayangkan situasi tadi.

Ingat?. jangan menjerit?. kuatkan suara tetapi jangan menjerit? (tentu anda boleh bayangkan bagaimana rupa
orang menjerit bukan?)

Selamat mencuba.

Tip #8

Tips hari ini saya nak suruh anda buat sesuatu yang pelik sedikit. Saya mahu anda cari sebatang pokok (yang
hidup atau mati, yang besar atau kecil.)

Berdiri mengadap pokok tersebut?. dan?. cuba bercakap dengan pokok tersebut??

Cuba bercakap dengan nada yang menarik, naik dan turun?.. cuba buat memek muka yang menarik?. adakah
anda rasa malu jika anda lakukan perkara tersebut.

(Tips: jangan lakukan perkara ini apabila ada orang disekeliling anda. Nanti orang ingat anda gila? ? )

Setelah anda cuba bercakap dengan pokok tersebut dengan cara terbaik anda, apa yang anda rasa?.? Cuba
perkara ini dan kita sambung perbincangan ini esok.

Selamat mencuba.
Tip #9

Anda dah cuba aktiviti tip #8? Sebenarnya, kalau anda tak boleh cari pokok yang berdekatan, guna dinding pun
boleh?.. ? Kesannya sama juga.

Apa perasaan anda ketika lakukan aktiviti tersebut? (Kalau anda tak lakukan tips ini tidak akan memberi kesan
baik kepada anda. Jadi anda perlu cuba). Ada antara anda yang mungkin kata anda tak rasa berdebar sangat
bila bercakap dengan pokok. Ada yang mungkin kata anda rasa kurang malu sebab pokok takkan ketawakan
anda. Cuma anda mungkin rasa malu sebab aktiviti tu macam aktiviti orang gila.

Soalan utama saya untuk tips semalam?? apakah perasaan anda bila bercakap dengan sesuatu yang tidak
memberi reaksi atau maklum balas kepada anda?

Walau sehebat mana pun ucapan anda, anda pasti rasa bosan dan tidak selesa jika bercakap dengan sesuatu
yang tidak memberi reaksi kan?

Mesej saya disini ialah, walaupun anda mungkin tidak akan bercakap dengan pokok, anda mungkin bercakap
dikhalayak ramai seperti anda anda sedang bercakap dengan pokok! Bagaimana pula?

Apabila anda bercakap dikhalayak ramai, jika anda seorang sahaja yang bercakap tanpa maklum balas dan
reaksi daripada penonton, anda umpama bercakap dengan pokok. ia juga dinamakan bercakap satu hala.

Apa yang anda perlu sedar ialah, jika orang rasa bosan bila anda bercakap dikhalayak ramai, anda mungkin
bercakap satu hala sahaja. Anda seolah-olah bercakap dengan pokok. Apabila anda bercakap begitu, anda akan
lihat penonton anda mula menunjukkan muka bosan, menguap, bercakap sesama sendiri atau buat sesuatu
perkara lain dan tidak beri tumpuan kepada anda.

Soalan yang patut anda ajukan kepada saya selepas membaca tips ini ialah, bagaimana caranya untuk
mewujudkan perhubungan atau komunikasi 2 hala? Bagaimana caranya supaya anda tidak bercakap umpama
bercakap dengan pokok?

Bagus?.. kita bincangkan perkara tersebut esok?..

Tip #10

Satu tip paling mudah untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara anda dan pendengar anda ialah dengan
bertanyakan soalan. Soalan membuka minda pendengar anda. Jika anda bertanya soalan, minda pendengar
akan mula berfikir dan cuba mencari jawapan kepada persoalan anda.

Tetapi, mengajukan soalan bukan bermaksud anda asyik bertanya kepada pendengar semasa anda berucap.
Secara ringkas, ada dua jenis soalan yang anda boleh ajukan semasa anda berucap.

Soalan yang mengharapkan jawapan daripada pendengar. Jika anda berucap di depan terlalu ramai orang, teknik ini tidak
sesuai. Ia sesuai jika anda berucap di dalam kumpulan yang agak kecil seperti di dalam seminar atau bengkel. Anda boleh
tanya peserta anda soalan dan tunggu jawapan mereka. Apabila mereka memberi jawapan, berlakulah komunikasi dua hala.

Soalan yang tidak mengharapkan jawapan. Banyak ketikanya, anda perlu menyoal soalan tetapi anda tidak harap pendengar
memberi jawapan. Sebaliknya, anda sendiri yang memberi jawapan. Dengan memberikan soalan, minda pendengar anda akan
terbuka dan mereka pula yang mengharapkan jawapan daripada anda. Apabila and memberi jawapan, mereka rasa seronok
dan mula menumpukan perhatian kepada anda apabila anda sedang bercakap.

Contoh bentuk soalan yang anda boleh berikan semasa berucap (katakan anda sedang berucap di depan
sekumpulan pelajar sekolah dan anda sedang bercerita tentang teknik belajar), ?tahu tak kenapa lepas makan,
kita mudah rasa mengantuk??? atau ?kenapa agaknya hantu cuma muncul pada waktu malam dan di tempat
yang sunyi sahaja???
Tip #11

Seperti yang kita pernah bincangkan sebelum ini, antara masalah utama untuk bercakap di depan khalayak ramai
ialah masalah untuk menarik perhatian pendengar. Kadangkala, anda umpama bercakap seorang diri kerana
hampir semua pendengar anda sibuk menumpukan perhatian kepada perkara lain.

Dengan adanya tip semalam, anda boleh mula fikirkan tentang bagaimana cara untuk menarik perhatian mereka.
Contohnya anda boleh fikirkan tentang satu fakta menarik dan anda mulakan ucapan anda dengan soalan
berkenaan fakta itu. Katakan anda seorang perlu berucap didepan sahabat anda para pelajar tentang
kepentingan belajar dengan bersungguh-sungguh.

Anda boleh mulakan ucapan anda dengan ?Saya ada tiga soalan untuk anda. Pertama, tahukah anda bahawa
purata umur rakyat di Malaysia ialah 60 tahun?? (pendengar mula berfikir?..betul ke 60 tahun?? apa yang dia nak
cakap ni..?)

?Kedua, tahukah anda, kita cuma?belajar disekolah selama 10 tahun iaitu daripada umur 7 hingga 17
tahun??(pendengar terfikir lagi, betul ke?. 10 tahun je ke?.?)

?Soalan terakhir saya, kalau?anda gagal mendapat keputusan cemerlang semasa disekolah, tahukah anda
bahawa anda akan menyesal selama 43 tahun jika anda hidup hingga usia 60 tahun?? (ketika ini pendengar akan
dapat mengaitkan semua soalan anda kepada soalan terakhir ini. Mereka akan terfikir akan kebenaran soalan
anda dan mula terfikir, apa agaknya lagi fakta menarik yang boleh anda berikan??)

Jadi, sebelum memulakan ucapan anda, baca buku, majalah, artikel atau apa-apa bahan bacaan menarik yang
boleh dikongsikan bersama pendengar anda. Kongsikan fakta tersebut dalam bentuk soalan yang menarik.

Tip #12

Tips untuk bercakap dikhalayak ramai yang seterusnya ialah kawal pergerakan anda. Jika anda perhatikan,
seseorang yang sedang bercakap dikhalayak ramai mempunyai banyak gaya pergerakan. Namun, anda boleh
tahu sama ada pergerakan itu menunjukkan beliau sedang berdebar atau rasa tidak yakin.

Ini kerana, jika anda rasa terlalu berdebar atau tidak yakin, anda akan lakukan pergerakan yang tidak ada kena
mengena dengan apa yang sedang katakan. Contohnya, tangan anda sibuk memegang duit syiling dalam kocek
seluar anda semasa berucap, menggaru-garu kepala anda yang tidak gatal, bermain dengan pen di tangan anda,
bergoyang ke kiri dan ke kanan, membetulkan microphone di depan anda walaupun ia sudah elok kedudukannya
dan sebagainya.

Pergerakan ini bukan sahaja menghalang anda untuk menyampaikan mesej anda, malah ia mengganggu
konsentrasi pendengar anda kerana mereka akan sibuk menumpukan perhatian kepada pergerakan anda pula.

Jadi, mulai sekarang, perhatikan pergerakan anda semasa berucap. Anda akan sedar mana-mana pergerakan
yang tidak kena dan tidak sesuai dengan mesej yang anda cuba sampaikan. Apabila anda sedar akan
pergerakan ini, anda akan rasa lebih mudah untuk menghentikannya.

Tip #13

Tips hari ini ialah kawal apa yang anda sebut secara tidak sedar. Tips ini mungkin sukar sedikit bagi anda.
Bagaimana anda mahu mengawal sesuatu anda tidak sedar?

Semasa anda berucap atau bercakap dikhalayak ramai, anda mungkin selalu menyebut sesuatu yang dinamakan
?fillers?. Fillers adalah perkataan atau sebutan yang anda sebut sekadar untuk melengkapkan perkataan anda.
Contohnya, anda sebut ?aaa..?, ?err?, ?mmmm?, ?ehh? dan bermacam perkataan lagi. Kadang-kadang anda
selalu sebut perkataan ?ok? atau ?kan? tanpa anda sedari.

Apabila anda selalu ulang perkataan-perkataan ini tanpa anda sedari, pendengar anda akan mula mengira
berapa kali anda menyebutnya. Maksudnya, pendengar anda akan mula hilang tumpuan kepada apa yang anda
katakan dan mula mengira fillers anda. Contohnya, setiap kali anda sebut ?ok?, pendengar anda akan kata
dalam hati ?29?..? Anda sebut lagi ok pendengar akan sambung kira lagi 30 dan seterusnya.

Seperti semalam, setelah anda tahu akan perkara ini, anda akan lebih mudah mengesan kesilapan ini semasa
anda hendak membuat ucapan nanti. Selamat berjaya.

Tip #14

Tips untuk hari ini ialah, bayangkan kesudahan yang menggembirakan. Walau sebelum anda mula berucap, di
minda anda sudah bermain bermacam-macam fikiran mengenai ucapan anda itu. Adakah pendengar akan suka
ucapan anda? Adakah anda akan kelihatan bodoh di hadapan orang ramai?

Persoalan ini semua membuat anda semakin berdebar dan gambaran di dalam minda anda akan menunjukkan
bahawa anda akan malu di depan orang ramai nanti.

Mengikut pengalaman saya sendiri, ketika pertama kali saya mengendalikan program untuk TUDM, saya rasa
sangat berdebar, lebih berdebar daripada biasa. Debaran saya bermula pada waktu subuh lagi walaupun
program akan bermula pada pukul 9 pagi.

Jadi, saya gunakan teknik ini. Saya bayangkan hari itu sudah berlalu dan saya lihat semua peserta tersenyum
dan gembira dengan program yang saya jalankan. Alhamdulillah, apa yang saya bayangkan itu benar-benar
berlaku. Bukan sahaja ia membantu mengurangkan rasa debaran, ia juga membantu imaginasi saya menjadi
kenyataan. Jadi, saya yakin anda patut mencuba teknik ini.

Tip #15

Ini adalah tips terakhir yang akan saya kongsikan berkenaan bercakap dikhalayak ramai. Tips hari ini ialah,
berlakon seolah-olah anda sudah berpengalaman bercakap di depan khalayak ramai dan berlakon seolah-olah
anda sangat yakin untuk berucap.

Tips ini adalah sama seperti jika anda malas belajar atau malas membaca buku. Walaupun anda berlakon
sahaja, minda anda tidak dapat membezakan sama ada anda benar-benar yakin atau berlakon. Jadi minda anda
akan mengarahkan tubuh badan anda bergerak seperti seorang yang sangat yakin dan berpengalaman.

Tips ini sangat penting untuk permulaan anda mahu berucap. Dengan berlakon begini, anda akan bergerak
menuju ke hadapan orang ramai dengan langkah yang yakin. Itu sudah memadai buat permulaan. Yang
pentingnya, pendengar anda akan melihat anda sebagai orang yang yakin dan mula menumpukan perhatian
kepada apa yang ingin anda katakan.

Selamat mencuba.

Tahniah!!
Tahniah kerana anda telah membaca kesemua tips-tips untuk bercakap dikhalayak ramai. Tips-tips ini adalah
hasil pembacaan saya, pengalaman dan tunjuk ajar beberapa sahabat baik saya dalam bidang professional
training. Saya percaya, sekurang-kurangnya satu daripada tips-tips ini pasti boleh membantu anda.

Jangan risau jika anda masih merasa berdebar dan takut semasa hendak bercakap di khalayak ramai. Perasaan
itu adalah normal. Malah, saya masih lagi merasa berdebar setiap kali mahu mula bercakap dikhalayak ramai.
Namun, berbekalkan tips-tips ini, saya rasa lebih yakin dan mampu mengawal penonton saya. Saya ucapkan
selamat mencuba dan selamat berjaya!

Share on FacebookShare on Twi

Anda mungkin juga menyukai