Anda di halaman 1dari 10

1

WWW.RIZALRASHID.COM | FACEBOOK: RIZALRASHID80


‘HOW TO DEVELOP
CONFIDENCE WHILE
SPEAKING’

.
Terima kasih kerana sudi membaca e-book ini. Pada kali ini saya nak
share bagaimana untuk membina keyakinan apabila bercakap tidak
kira samada di hadapan audien yang ramai atau tidak.

Menurut kajian, antara ketakutan terbesar manusia adalah bercakap


di hadapan audien. Namun keupayaan ini sangat penting tidak kira
apa juga latarbelakang, peringkat umur atau kerjaya.

Semasa saya ke Sri Lanka, berguru dengan Mr Dananjaya


Hettiarachchi (World Champion Public Speaker 2014), soalan yang
saya tanya beliau adalah :

“ Bagaimana nak hilangkan gemuruh bila bercakap di hadapan


audien? “

Balas beliau ..

“ Kita tak boleh hilangkan gemuruh, kita hanya boleh kawal


gemuruh. Bahkan gemuruh itu bagus untuk kita perform. Bila
kita gemuruh kita akan bersedia. Jika kita tak gemuruh kita akan
sambil lewa..”

Jadi untuk membantu anda mengewal gemuruh atau nervous bila


bercakap di hadapan audien, saya sertakan 11 tip untuk kawal
gemuruh dan seterusnya akan dapat membina keyakinan diri anda.

Are you ready !!!!

(Say Yes I am Ready! sambil genggam tangan kanan anda)

2
WWW.RIZALRASHID.COM | FACEBOOK: RIZALRASHID80
WWW.RIZALRASHID.COM | FACEBOOK: RIZALRASHID80

1. Expect the nervous.


Walaupun anda orang yang berpengalaman atau tidak sekalipun, anda perlu expect nervous
datang. Ianya akan membuatkan anda bersedia. Ingat !!!, nervous tak boleh dihapuskan.
Ianya hanya boleh di kawal. Juara dunia pun mengiktiraf nervous.

2. Pilih topik yang familiar.


Dengan pemilihan topik yang kita biasa atau familiar akan mengurangkan rasa nervous dan meningkatkan
keyakinan diri berkongsi dengan orang lain.

3
WWW.RIZALRASHID.COM | FACEBOOK: RIZALRASHID80
4
3. Praktis Praktis Praktis.

Sebelum kita beraksi dihadapan orang ramai atau secara one to one sekalipun, kita wajib praktis.

Praktis yang bagaimana? Praktis seperti kita berada di situasi sebenar. Sewa atau kita dapatkan satu

dewan dan kemudian kita praktis dalam dewan tu dan bayangkan kita betul betul berada pada hari kejadian.

Semasa saya menganjurkan Seminar Now Everyone Can Speak yang berkapasiti 1800 orang, saya praktis
lebih daripada 10 kali. Saya praktis seperti keadaan sebenar. Saya dapatkan satu bilik seminar dan saya
buat rehersal.

Bila masa masuk, saya bagi salam sepenuh hati. Bila masa minta peserta angkat tangan, saya akan lontarkan
suara minta peserta angkat tangan dan seumpamanya.

Namun tempat praktis yang paling berkesan adalah tempat yang mempunyai audien sebenar. Sebabnya dengan
audien sebenar kita boleh experience energy, respon dan situasi sebenar.

Soalnya, macamana nak cari platform yang ada audien sebenar? Offer talk kita secara percuma. Banyak

kelab toastmaster yang tawarkan pentas terbuka dan ada audien sebenar. Kalau tak pun kita hadir ke
seminar yang memberikan kita platform untuk bercakap di h adapan audien seperti Program Advanced
Now Everyone Can Speak (Advanced NECS)

5
WWW.RIZALRASHID.COM | FACEBOOK: RIZALRASHID80
4. Tarik nafas.
Sebelum bercakap ambil masa untuk tarik nafas beberapa kali. Cara mudah, 7 saat kita tarik nafas,
3 saat kita tahan dan kemudian hembuskan perlahan lahan selama 7 saat. Kemudian katakan
pada diri anda perlahan lahan, "Relax"

Ingat nisbahnya 7 : 3 : 7

5. Buat nota sebagai garis panduan.


Semasa presentation, bawa nota sebagai panduan. Letakkan nota anda di atas note stand,
rostrum dan seumpamanya. Sekiranya tiada perkara tersebut, cukup sekadar memegang nota
tersebut.

Jika terlupa point point yang ingin kita sampaikan , rujuk nota yang telah kita sediakan.

6
WWW.RIZALRASHID.COM | FACEBOOK: RIZALRASHID80
6. Fokus kepada penonton anda.
Adakalanya gugup terjadi jika kita terlalu risau
tentang diri kita.

" Macamana saya nak buat ni?"

"Adakah saya membuat apa-apa rasa?"


“ Apa orang kata nanti..”

Hentikan memberi tumpuan kepada diri


sendiri. Fokus kepada penonton anda.

Anda boleh tanya mereka:

"Apa khabar?"

"Adakah anda pernah dengar tajuk ini?"

"Anda dengar suara saya?"

7. Fikir yang positif.


Kadang kadang kita selalu fikir..

“ Kalau salah macamana? “

“ Kalau tak jadi ? “

“ Kalau orang gelakkan kita , macamana nak handle ?”

Stop !!!

Cuba fikir..

“ Macamana kalau orang suka..”

“ Kalau orang tepuk dan support dan terkesima dengan kita macamana? “

“ Kalau semua orang kata kita best amacam ? “

7
WWW.RIZALRASHID.COM | FACEBOOK: RIZALRASHID80
8. Bayangkan kejayaan.
Bayangkan kejayaan selepas selesai event. Baring
atau duduk dengan selesa di tempat yang tenang.
Tarik nafas perlahan-lahan. Pejam mata. Bayangkan
anda naik pentas atau bercakap dengan orang yang
kita nak. Bayangkan perbualan atau presentation itu
berjalan dengan lancar. Dan kemudian bayangkan
kita close deal atau audien bertepuk tangan tanda
terlalu suka dengan presentation kita. Bayangkan
dengan jelas. Semakin jelas kita bayangkan,
semakin dekat kita dengan apa yang kita bayangkan.
InshaAllah.

9. Reframe.
Jika anda nervous bila memikirkan event yang bakal berlangsung, apa kata anda tukar fokus
kita kepada ‘betapa leganya anda selepas event’. InshaAllah anda tak sabar nak habiskan
presentation tersebut.

10. Anggap kita akan berkongsi perkara yang audien tak tahu
Pernah tak kita dengar orang kata,

“ oooo..baru saya tahuu..”

“ yekee..patutlaa..”

“ wah..ni ilmu baru ni…”

Selalunya apa reaksi mereka bila kita mendengar respon sebegini?

Teruja, atau suka sebab dapat ilmu baru bukan?

Seolah olah jawapan yang mereka cari cari selama ini dah jumpa.

Jadi kita bayangkan atau kita anggap, kita memberitahu atau berkongsi perkara yang orang lain
tak tahu. Jadi nervous akan bertukar menjadi excitement, inshaAllah.

8
WWW.RIZALRASHID.COM | FACEBOOK: RIZALRASHID80
11. Kenali audien
Berkenalan serba sedikit dengan audien kita sebelum presentation. Bila kita kenal audien kita,
kita akan menjadi selesa. Semakin kita kenal audien, semakin kita rasa selesa nak share
sesuatu.

Jadi, datang awal sebelum presentation atau event bermula. Semakin ramai kita kenal ,
semakin selesa kita. Bila kita selesa nervous akan dapat dikawal dan sekaligus menaikkan
keyakinan kita untuk bercakap topik yang kita nak sampaikan.

Sebagai kesimpulannya, nervous tidak boleh dihilangkan. Ianya boleh dikawal dan diurus. Bila
nervous boleh dikawal, secara tidak langsung keyakinan kita akan meningkat. Bila keyakinan

9
WWW.RIZALRASHID.COM | FACEBOOK: RIZALRASHID80
kita meningkat , kita boleh meyakinkan pendengar pendengar kita. Bila pendengar yakin,
inshaAllah orang akan beli produk kita atau orang akan terima idea kita.

Namun, keyakinan sebenar adalah datang dari faktor dalaman. Sebagus manapun idea,
produk atau servis kita, tapi kalau kita tidak mempunyai keyakinan, kebagusan produk, servis
atau idea itu hilang serta merta. Tapi kalau produk, servis atau idea itu bukanlah menjadi
kepentingan utama dalam kehidupan kita sekalipun namun disampaikan dengan penuh yakin,
orang akan terima idea, produk atau servis tersebut insha Allah.

Dan seperkara lagi. Sebenarnya bila kita boleh bercakap dengan yakin dihadapan orang
ramai, sebenarnya bukanlah sebab siapa kita atau dengan siapa kita berguru ataupun
bukanlah kerana pencapaian pencapaian kita. Sebenarnya kita boleh berdiri dihadapan orang
ramai sebab Allah sedang pelihara dan tutup aib kita.

Allahua’lam

Layari: www.speak2018.com

10
WWW.RIZALRASHID.COM | FACEBOOK: RIZALRASHID80

Anda mungkin juga menyukai