Anda di halaman 1dari 3

NAMA : DINESH A/L MADHAVAN

UNIT : PJ (SJKT) PISMP SEM 1

TUGASAN : REFLEKSI PERMAINAN KECIL ( LACROSSE )

Saya DINESH A/L MADHAVAN dari unit PISMP Pendidikan Jasmani (SJKT) semester
1. Bersyukur saya ke hadrat TUHAN dengan rahmat dan izin-Nya dapat saya siapkan tugasan
yang telah diberikan kepada saya ini. Jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya
iaitu EN. K.RAJA A/L KANAPATHY kerana memberikan bimbingan, sokongan dan mengajar
kami dengan penuh dedikasi dan sabar. Tidak lupa kepada para sahabat saya, terima kasih
kerana banyak membantu dan berkongsi pendapat dengan saya bagi menyiapkan refleksi
permainan kecil ini.

Pada minggu lepas, kelas kami telah mengadakan pelbagai permainan kecil. Permainan
kecil yang kita merancang dan bermain adalah permainan “lacrosse”. Permainan kecil ini
merupakan permainan kategori sasaran dan jaringan.. Permainan ini merupakan untuk bermain
secara berkumpulan. Seorang dari pasukan A akan menghantar bola kepada rakan
sekumpulan sebelum menghantar kepada pasukan B. Selepas pasukan A menghantar bola
kepada pasukan B, pasukan B perlu menghantar balik bola kepada pasukan A. Jika pasukan B
gagal menghantar bola kepada pasukan A, pasukan A akan dapat 1 markah.

Kami mengadakan permainan ini bertujuan menguji ketahanan fizikal dan mental murid-
murid, menerapkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar seperti toleransi dan nilai bekerjasama
dalam satu pasukan.pada masa yang sama, permainan kecil ini juga dapat membantu murid
mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun, dapat
memberi murid kemahiran tentang cara memukul bola dengan betul dan mengajar murid untuk
mematuhi peraturan dan berlawan secara adil.

Permainan kecil ini membawa banyak kelebihan terhadap diri saya. Salah satu
kelebihan adalah saya dapat menunjukkan sikap dan nilai kerjasama dengan menyumbang
idea dan berkongsi maklumat bersama rakan-rakan yang lain, mengeratkan lagi hubungan
silaturahim dalam kalangan ahli kumpulan dan rakan-rakan lain, bersikap berdisiplin dan
mendengar arahan para penguji semasa ujian amali, melahirkan perasaan positif dalam diri
guru pelatih dengan menginterprestasi idea secara simbolik melalui pergerakan. Akhir sekali
saya juga sentiasa berasa riang, seronok dan yakin semasa melakukan pergerakan dan
sentiasa mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Selain itu, saya juga dapat mempelajari kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran pergerakkan asas , sebagai guru saya dapat merancang apa yang hendak diajar
dan bagaimana hendak diajar. Saya juga dapat mengenali tentang kaedah yang berkesan
dapat membantu pelajar mencapai kemahiran, perubahan sikap yang positif, mendalami serta
meluaskan kefahaman tentang diri sendiri dan orang lain, serta dapat mempraktikkan dalam
kehidupan sebenar.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa, saya juga akan menggunakan peluang ini
sebaik-baiknya dengan menimba seberapa banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang
baru mengenai pergerakan asas ini dan dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah kelak. Tambahan pula, pembelajaran ini juga boleh mempraktikkan
pergerakan secara berkesan dalam kehidupan seharian setelah memperolehi pengetahuan
yang maksimum. Bukan sahaja itu, saya juga akan mempelbagaikan kemahiran pergerakan
asas dengan menggunakan alatan dan meningkatkan kemahiran serta kecekapan seseorang
individu dalam sesuatu pergerakan. Secara langsungnya, saya juga dapat meningkatkan
kecergasannya dari segi fizikal, mental, emosi dan sebagainya.

Kekurangan yang terdapat terhadap diri saya adalah, pada permulaan saya tidak dapat
mengaplikasikan pergerakkan yang diajar oleh pensyarah kita dengan teknik yang betul.
Pensyarah kita telah membantu kita mengajar cara mengaplikasikan pergerakkan kepada
pelajar di sekolah pada masa hadapan. Saya yakin bahawa pembelajaran ini akan membantu
saya mengajar anak murid saya dengan betul di sekolah pada masa hadapan.

Selain itu, permainan kecil ini juga tidak begitu seronok untuk bermain. Hal ini telah
menjadi satu kekurangan yang terbesar dalam kumpulan saya. Oleh itu, bagi menyeronokkan
permainan ini, kumpulan kami telah bincang dengan kumpulan lain dan pensyarah mbagi
mengubahsuai sedikit permainan ini. Selepas mengubahsuai permainan ini, kami telah dapat
bermain dengan seronok.

Jadi jelaslah bahawa, kesemua ini amatlah penting bagi seseorang yang bakal bergelar
pendidik kerana perlu membuat pelbagai persediaan secara teori dan penguasaan kemahiran
untuk menjalankan tugas secara profesional. Penguasaan pelbagai cabang ilmu amatlah
penting bagi memantapkan kemahiran sebagai seorang guru atau pendakwah. Hal ini kerana,
guru menjadi sumber rujukan dan juga khidmat nasihat kepada pelajar di bawah didikannya.
Justeru, individu yang bergelar guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjadi
contoh terbaik kepada anak didik mereka kerana bak kata pepatah, “bagaimana acuan
begitulah kuihnya”.

Kesimpulannya, saya berasa amat gembira dan bangga kerana dapat melaksanakan
tugasan ini secara kumpulan. Saya sebagai seorang guru pelatih dan guru pada masa akan
datang memupuk keyakinan diri bahawa saya akan mempertahankan permainan ini yang
mempunyai keistimewaan yang tidak terhingga. Akhir kata, sesungguhnya yang baik itu datang
dari Tuhan dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri.

“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.Tetapi
adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.”

Anda mungkin juga menyukai