Anda di halaman 1dari 1

1. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan I ialah novel Sejambak Bakti, hasil Rejab F.I.

2. Tema novel in adalah kerajinan murid dan guru koperasi Sekolah Menengah Teknik

Pertanian Seri Kayangan memajukan koperasi sekolah mereka.

3. Penulis telah menyatakan beberapa persoalan penting.


4. Persoalan pertama adalah kasih ibu tiada batasannya. Contohnya, Mak Sophiah
merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan
meninggalkannya. Mak Sopiah juga sanggup meninggalkan rumah dan mengikut Razali ketika

Razali dihalau oleh ayah tirinya, Pak Zakaria.

5. Persoalan kedua adalah usaha seseorang mempunyai banyak cabaran. Contohnya, Razali
telah menghadapi banyak cabaran yang ditimbulkan oleh Munir, Silvam dan Leong. Dia bukan

sahaja menghadapi cabaran di sekolah malah di rumah. Dia terpaksa berdepan

dengan ayah tirinya yang sememangnya tidak suka Razali di rumah sejak kecil.
6. Persoalan ketiga adalah kerajinan membuat hasil. Contohya, Razali sangat rajin membantu
memajukan koperasi sekolah walaupun mendapat cabaran daripada Murni dan rakan-
rakannya. Akhirnya, usaha membuah hasil.
7. Penulis berjaya menyatakan persoalan penting dan menjadi panduan kepada membaca.

Anda mungkin juga menyukai