Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN

[ 35 markah ]

SOALAN 6 : PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Mengikut catatan sejarah (Rentap – Wikipedia, the free encyclopedia), Rentap atau nama
sebenarnya Libau dilahirkan di Skrang di bahagian kedua negeri Sarawak.
Beliau ialah salah seorang pahlawan kepada Orang Kaya Pemancha Dana ‘Bayang’
yang sering mengetuai serangan ‘ngayau’ di kawasan selatan Sarawak hingga ke kawasan
muara Sungai Kapuas.
Apabila Orang Kaya Pemancha Dana sudah terlalu tua, maka Rentap mengambil alih
mengetuai beberapa serangan di kawasan Lautan Sambas dan Pontianak, Indonesia. Atas
keberanian dan kepahlawanan beliau maka Rentap menjadi terkenal sebagai seorang
pahlawan handal dan juga menentang pemerintahan Rajah James Brooke.

Dipetik dan diubah suai daripada “ Sejarah Bukit Sadok dan Panglima Rentap”
Oleh Saleman Senin, 7 Mei 2014, Utusan Borneo online

Bahan 2
Dato’ Bahaman (1868-1931)
Dalam darah keturunan Melayu mengalir semangat kepahlawanan Dato’ Hang Tuah.
Semangat ini takkan pernah hilang dan luntur. Inilah yang dibuktikan oleh Dato’
Bahaman ketika bangkit mengetuai penentangan terhadap British di negeri Pahang pada
tahun 1892. Tanpa gentar dan takut Dato’ Bahaman menentang pelaksanaan undang-
undang barat yang telah mengetepikan adat resam orang Melayu. Pada usianya 24 tahun,
Dato’ Bahaman (Orang Kaya Semantan) dengan lantangnya menyuarakan bantahan
terhadap pelaksanaan undang-undang tersebut serta ketidakadilan terhadap masyarakat
Melayu pada waktu itu. Semangat keperwiraan Dato’ Bahaman amat dikagumi, walaupun
tanpa kekuatan senjata yang mencukupi, beliau tetap berupaya mempertahankan orang
Melayu di negeri Pahang.

Dipetik dan diubah suai daripada “Tokoh Negara Malaysia Dato’ Bahaman”,
oleh penulis blog penatokoh.blogspot.com,
3 Februari 2014
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud takkan pernah hilang.
[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tokoh
pejuang yang terdapat dalam petikan.
[3 markah]

(iii) Generasi muda pada zaman sekarang kurang mempunyai semangat juang seperti
tokoh pejuang yang lalu.
Pada pendapat anda, bagaimanakah generasi muda memupuk semula semangat
juang ini?
[3 markah]

(iv) Anda terlihat beberapa orang pelajar sebaya anda sedang menconteng lukisan
gambar-gambar tokoh pejuang kemerdekaan.
Apakah tindakan anda untuk menghentikan perbuatan pelajar tersebut?
[4 markah]

SOALAN 7 : PETIKAN SASTERA


Baca bahan-bahan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Negaraku Merdeka

Negaraku tetap merdeka


Walau dalam genggam bara
Walau dalam tangis duka
Walau dalam cemas bersama

Negaraku tetap merdeka


Walau ada yang cuba menderhaka
Walau ada yang mengkhianati negara
Walau ada sekongkol musuh durjana

Negaraku tetap merdeka


Kerana ada anak Malaysia
Berbangga dengan negaranya
Berjuang hingga akhir nafasnya

Salam Kemerdekaan
Dr.Zambry A.Kadir
30 Ogos 2014
Bahan 2
Jalur Gemilang
Merahmu bara semangat waja Jalur gemilang…. Di bawah naunganmu Jalur
Putihmu bersih budi pekerti gemilang…. Kami semua bersatu Perpaduan
Kuning berdaulat payung ketaatan
negara Biru perpaduan kami Amalan murni rakyat Malaysia
semua
Puncak dunia telah kau tawan
Jalur gemilang….megah kami terasa
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Jalur gemilang….kibarlah wawasan
merdeka Semarak jaya kami Merah putih biru kuning
warganya Empat belas melintang Jalur semangat kami semua
jalurnya Semua negeri dalam Berkibarlah
Malaysia Satu suara satu Berkibarlah Berkibarlah
semangat Jalur gemilang
Itu sumpah warga berdaulat

Bahan 3
TUNKU : Kedatangan kami kemari adalah untuk membincangkan status
Tanah Melayu. Kami berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk
pihak
PEGAWAI 1: Adakah kamu merasa Tanah
British menyerahkan sudah mampu untuk mentadbir
Melayu kepada Tanah Melayu?
penduduknya.
TUNKU: Kami yakin mampu mentadbir Tanah Melayu.
DPBG: Penduduk di Tanah Melayu mampu bekerjasama dan hidup aman damai. Pihak
raja-raja di Tanah Melayu telah bersatu dengan rakyat untuk memastikan kesepakatan
dalam hal ini dapat dicapai.
PEGAWAI 3: Bagaimana dengan kepentingan British di Tanah Melayu? TUNKU: Pihak
British jangan bimbang kami Cuma mahukan kemerdekaan
Tanah Melayu. Kepentingan pihak British di Tanah Melayu iaitu semua perniagaan
masih boleh dijalankan seperti biasa.
PEGAWAI 1: Pihak kami berjanji akan memenuhi permintaan itu.
PEGAWAI 3: Kita telah mencapai kata sepakat berhubungan perkara ini. Perjanjian ini
kita namakan perjanjian London dan persekutuan Tanah Melayu akan mendapat
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Dipetik daripada, Langkah kemerdekaan Karya Aiza Mira, Blogger Planet Karya Kreatif.
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud musuh durjana.
[2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kepentingan-kepentingan


menyambut bulan kemerdekaan.

[4 markah]

(iii) Penghayatan erti kemerdekaan dalam kalangan generasi muda masa kini
semakin luntur.

Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya generasi muda masa kini
memandang remeh terhadap sambutan bulan kemerdekaan?

[3 markah]

(iv) Sekolah anda mengadakan sambutan bulan kemerdekaan peringkat


sekolah. Namun begitu, tidak semua pelajar menyertai aktiviti yang
dianjurkan. Hal ini menunjukkan kurangnya semangat patriotik dalam
kalangan pelajar khususnya pada masa kini.

Sebagai pengerusi kelab dan persatuan sejarah, apakah aktiviti yang boleh
anda laksanakan semasa bulan kemerdekaan yang dapat menarik minat
murid untuk mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan?

[4 markah]

Anda mungkin juga menyukai