Anda di halaman 1dari 9

Awang yang Lurus

Awang tinggal bersama-sama ayahnya. Ayahnya alim. Awang anak yang taat.
Dia akan membuat apa sahaja yang disuruh. Pada suatu hari, ayah Awang dipanggil membaca doa di rumah jiran. Sebelum pergi dia berpesan kepada anaknya. " Jika ada orang memanggil ayah, kamu hendaklah segera memanggilku, " kata ayahnya. Tidak lama kemudian ada orang datang dan memanggil ayah Awang. Dia pun memanggil bapanya dari rumah hinggalah ke tempat ayahnya berada. Dia termengahmengah. Apabila dia sampai, ayahnya marah kerana caranya yang tidak sopan itu. Ayahnya memberitahu pada waktu lain, Awang hendaklah berjalan dan memberi salam. Kemudian naik ke rumah, berjabat tangan dan baharulah berbisik ke telinganya. Pada hari yang lain rumahnya terbakar. Awang teringat pesan ayahnya. Dia pun berjalan lambat-lambat ke rumah di mana ayahnya sedang membaca doa. Dengan sopan dia memberi salam, naik ke rumah dan menjabat tangan dengan semua yang hadir. Kemudian dia pun berbisik ke telinga ayahnya. " Apa, rumah kita terbakar?" tanya ayah Awang. Ayahnya memarahi dia. Sayang, semuanya telah terlambat. Rumah mereka sudah menjadi abu. Awang dihalau oleh ayahnya. Akhirnya dia diterima bekerja sebagai pengawal istana. Sewaktu di istana, dia telah disuruh oleh sekumpulan pencuri membantu mencuri harta raja. Awang yang patuh pun mengumpulkan semua peti harta. Pencuri itu menyuruh Awang melepaskan peti harta di tembok. Apabila Awang melihat pencuri itu menanti di bawah tembok, dia pun menjatuhkan peti harta itu. Semua pencuri itu terhempap dan mati di situ juga. Raja amat gembira lalu melantik Awang menjadi panglima.

Tajuk cerita: Awang yang Lurus

Sinopsis cerita: Cerita ini mengisahkan tentang Awang yang tinggal bersama ayahnya. Awang seorang anak yang baik dan taat kepada ayahnya. Ayah Awang adalah seorang yang alim dan selalu dijemput oleh penduduk kampung untuk membacakan doa. Pada suatu hari, ayah Awang telah berpesan kepadanya supaya segera memanggilnya sekiranya ada orang memanggil ayahnya di rumah. Awang mengikut perintah ayahnya apabila ada orang datang memanggil ayahnya di rumah. Awang dimarahi oleh ayahnya kerana tidak sopan semasa memanggilnya di rumah salah seorang penduduk kampung. Ayah Awang telah menasihati Awang supaya berjalan dan memberi salam sebelum masuk ke rumah dan berjabat tangan kemudian baru berbisik ke telinga ayahnya. Awang menurut nasihat ayahnya itu. Pada suatu hari, rumah Awang terbakar dan ayahnya berada di rumah penduduk kampung untuk membaca doa. Awang teringat pesan ayahnya dan melakukan apa yang disuruh oleh ayahnya. Ayah terkejut mendengar bisikan dari Awang dan memarahi Awang sekali lagi. Sayangnya rumah Awang telah hangus dijilat api. Awang dihalau oleh ayahnya dan kemudiannya bekerja sebagai pengawal istana. Semasa bekerja di istana, Awang telah disuruh oleh sekumpulan pencuri untuk mencuri harta raja. Awang yang lurus telah mengikut arahan pencuri itu. Pencuri menyuruh Awang melepas peti harta di tembok. Apabila Awang melihat pencuri menanti di bawah tembok, Awang menjatuhkan peti harta dan menghempap pencuri itu. Pencuri itu mati di situ juga. Raja amat gembira dengan tindakan Awang itu telah melantiknya menjadi panglima. Tema: Kulurusan Awang memberi faedah dan ganjaran yang besar kepadanya. Persoalan:Awang mengikut semua perintah yang disuruh kerana dia seorang yang lurus. Awang dimarahi sebanyak dua kali oleh ayahnya kerana dia melakukan sesuatu tanpa berfikir dahulu dan hanya mengikut perintah sahaja. Ayah Awang menghalaunya kerana dia kelalaiannya yang menyebabkan rumah mereka terbakar. Kelurusan Awang mengikut arahan pencuri sehingga pencuri mati yang menyebabkan dia menjadi panglima Rentetan peristiwa: Pada suatu hari ayah Awang dipanggil membaca doa di rumah jiran.

Tidak lama kemudian ada orang datang memanggil ayah Awang. Apabila dia sampai, ayahnya marah kerana caranya yang tidak sopan itu. Pada hari yang lain rumahnya terbakar. Awang dihalau oleh ayahnya. Sewaktu di istana, dia telah disuruh oleh sekumpulan pencuri mencuri harta raja. Raja amat gembira lalu melantik Awang menjadi panglima. Latar Masa: Cerita ini berlaku pada zaman dahulu. Latar tempat: Ia berlaku di sebuah negeri yang mempunyai istana dan raja. Watak dan perwatakan: Awang: seorang yang lurus dan hanyak mengikut segala perintah yang disuruh kepadanya. Ayah Awang: seorang yang alim disamping tegas dan pemarah. Pencuri: mencuri harta istana Raja: gembira dengan tindakan Awang Mesej: Sikap Awang yang lurus membawa keburukan kepada dirinya sendiri. Ketegasan ayah Awang menyebabkan Awang dihalau dari rumah. Nilai Murni: Ketaatan Awang kepada suruhan dan perintah ayahnya adalah salah satu dari tanggungjawab anak kepada ayahnya.

Raja Kuyuk

Pada

zaman dahulu, ada seorang raja yang bernama Raja Kuyuk. Baginda

memerintah Kota Klias. Rakyat negeri itu daripada suku kaum Bisaya. Raja Kuyuk memerintahkan rakyatnya supaya bekerja mengusahakan ladang halia. Pada suatu hari, salah seorang rakyat datang ke istana Raja Kuyuk. Orang itu menyembahkan perihal ladang halia yang dibinasakan oleh binatang buas. Baginda Raja Kuyuk pun berangkat ke ladang. Baginda mahu melihat sendiri akan keadaan ladang yang dikatakan oleh rakyatnya itu. Baginda sangat berdukacita. Bagi baginda kejadian itu satu malapetaka yang mengaibkan. Baginda mengambil keputusan membawa sekalian rakyatnya berpindah ke daerah lain. Daerah itu bernama Bukit Selingai. Kemudian baginda memerintahkan sekalian hamba rakyat mengusahakan ladang halia yang baru. Kali ini ladang halia itu sangat menjadi dan banyak mendatangkah hasil. Baginda dan sekalian rakyatnya pun menetaplah di Bukit Selingai itu. Adapun hal yang sebenarnya, Raja Kuyuk dan sekalian rakyatnya itu masih tidak mengganut sebarang agama. Pada suatu hari, negeri itu telah didatangi oleh rombongan diraja dari negeri Brunei diketuai Sultan Hasyim. Kedatangan rombongan itu hendak membeli halia dan berbaik-baik dengan Raja Kuyuk. Raja Kuyuk berasa sangat senang hati menerima kedatangan Sultan Hasyim dan rombongannya. Semasa tinggal di negeri itu, Sultan Hasyim dan orangnya tidak lupa mengerjakan sembahyang lima waktu. Raja Kuyuk pun bertanya kepada Sultan Hasyim, apakah yang mereka lakukan itu. " Kami mengerjakan sembahyang . Menyembah Tuhan kami, iaitu Allah Yang Maha Esa. Allah yang mencipta bumi dan langit serta segala makhluk-Nya. Kami ini semua beragama Islam, " titah Sultan Hasyim. Mendengar kata-kata Sultan Hasyim itu, Raja Kuyuk menjadi sangat tertarik. Maka baginda pun menyatakan keinginan hendak mengganut agama Islam. Sejak mengganut agama Islam, baginda Raja Kuyuk berasa sangat senang hati. Kehidupan baginda dan seluruh rakyatnya bertambah makmur. Rezeki pun datang melimpah-ruah. Tajuk cerita: Raja Kuyuk

Sinopsis: Pada zaman dahulu, tinggal seorang raja yang bernama Raja Kuyuk yang memerintah Kota Klias. Raja Kuyuk memerintah rakyatnya mengusahakan ladang halia akan tetapi ladang halia tersebut rosak dibinasakan binatang buas. Raja mengambil keputusan membawa rakyatnya berpindah ke daerah Bukit Selingai. Baginda memerintah sekalian hamba rakyatnya mengusahakan ladang halia yang baru. Ladang halia yang baru tersebut membuahkan hasil yang banyak. Pada suatu hari negeri itu didatangi oleh rombongan diraja dari negeri Brunei diketuai Sultan Hasyim. Rombongan tersebut ingin membeli halia dan berbaik dengan Raja Kuyuk. Semasa di Bukit Selingai Sultan Hasyim dan rombongan mengerjakan sembahyang lima waktu. Raja Kuyuk tertarik dengan perbuatan sembahyang tersebut dan bertanya tentangnya. Baginda menyatakan keinginan memeluk Islam. Sejak memeluk Islam baginda berasa senang hati dan kehidupan baginda dan seluruh rakyat bertambah makmur. Tema: KeIslaman Raja Kuyuk menyebabkan hati baginda menjadi tenang dan negeri baginda bertambah makmur. Persoalan: Raja Kuyuk memerintahkan rakyatnya mengusahakan ladang halia yang baru dan ladang tersebut membuahkan hasil yang banyak. Raja Kuyuk tertarik dengan perbuatan sembahyang Sultan Hasyim dan rombongannya dan membawa kepada keislaman baginda. Rentetan peristiwa: Raja Kuyuk memerintahkan rakyatnya supaya bekerja mengusahakan ladang halia. Pada suatu hari, seorang rakyat datang ke istana menyembahkan perihal ladang halia yang dibinasakan oleh binatang buas. Baginda berangkat ke ladang halia dan berasa sangat berdukacita. Raja Kuyuk dan seluruh rakyatnya berpindah ke Bukit Selingai dan mengusahakan ladang halia baru di sana. Pada suatu hari, rombongan diraja Brunei telah datang ke Bukit Selingai untuk membeli halia dan berbaik dengan Raja Kuyuk.

Rombongan diraja Brunei tidak lupa mengerjakan sembahnya lima waktu dan pada masa yang sama perbuatan tersebut menarik perhatian Raja Kuyuk. Raja Kuyuk mengganut agama Islam dan baginda berasa amat senang hati. Latar Masa: Cerita ini berlaku pada zaman dahulu Latar tempat: Di sebuah negeri yang bernama Kota Klias dan Bukit Selingai Watak dan perwatakan: Raja Kuyuk: Seorang raja yang memerintah Kota Klias dan Bukit Selingai. Pemerintah yang memerintahkan rakyatnya mengusahakan ladang halia. Tertarik dengan sembahyang yang dilakukan oleh rombongan diraja Brunei dan memeluk agama Islam. Sultan Hasyim: Raja dari negeri Brunei yang beragama Islam dan taat kepada perintah dan suruhan Allah. Mesej: Raja Kuyuk berusaha membantu rakyatnya dengan memerintahkan mereka mengusahakan ladang halia sekali lagi walaupun pernah gagal untuk kali pertama. KeIslaman Raja Kuyuk dan rakyatnya menenangkan hati baginda dan memakmurkan negeri tersebut. Nilai Murni: Sikap tidak putus asa Raja Kuyuk dengan berpindah ke tempat baru dan mengusahakan ladang halia buat kali kedua perlu dicontohi. Raja Kuyuk menerima agama Islam dengan ikhlas dan senang hati.

Kerana Budi

Setiap pagi Pak Jani berburu di hutan. Pada sebelah petangnya dia mengerjakan
sawah padi. Kini padi di sawah sudah dituai. Banyaklah masa Pak Jani untuk berburu. Pagi itu dia keluar membawa jeratnya. Tiba-tiba dia mendengar bunyi menciak tidak jauh darinya. " Oh, burung ciak rupanya, " kata Pak Jani. Burung ciak itu cedera sayapnya. Ia tidak boleh terbang. Pak Jani merawatnya. Burung itu ditempatkan di dalam sebuah sangkar. Selepas itu Pak Jani pergi berburu, dia memeriksa burung ciak itu sudah sembuh. Burung ciak itu pun dilepaskan. " Ciak, ciak, ciak! " Burung itu berbunyi riang sambil terbang ke udara. Pada suatu hari, Pak Jani keluar berburu namun jeratnya tidak mengena. Sewaktu pulang dia tersesat. " Kalau tak dapat pulang, bermalam di sinilah aku, " kata Pak Jani.. Sedang dia berfikir begitu, terdengar bunyi menciak. Serta- merta Pak Jani mendongak. Pak Jani lihat ada seekor burung ciak di dahan pokok. " Sungguh mulia hati Pak Jani, Membantu kita yang cedera; Kini kita ingin membalas budi, Ikutlah jalan yang kita hala. " Pak Jani terkejut mendengar pantun burung itu. Dia pun mengikut hala ciak tu terbang. Akhirnya Pak Jani berjumpa jalan pulang. " Budimu sungguh mulia, Membantu insan tak kira siapa; Kubalas budimu tiada curiga, Mudah-mudahan hidupmu bahagia. " Selepas berpantun, burung ciak itu pun terbang. Ia menghilang di sebalik pokokpokok. Pak Jani terus berjalan pulang. " Oh, burung pun tahu membalas budi, " kata Pak Jani dengan gembira. Tajuk cerita: Kerana budi

Sinopsis: Cerita ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Pak Jani yang gemar berburu di hutan. Selain itu juga Jani mengerjakan sawah pada sebelah petang. Pada suatu pagi Pak Jani keluar berburu. Tiba-tiba dia mendengar bunyi burung menciak tidak jauh darinya. Sebenarnya bunyi burung ciak yang tercedera.Ia tidak boleh terbang. Pak Jani merawatnya. Setelah burung ciak itu sembuh, Pak Jani melepaskan burung tersebut. Pada suatu hari Pak Jani keluar berburu dan dia tersesat. Burung ciak yang telah diselamatkan oleh Pak Jani membantunya mencari jalan keluar. Pak Jani gembira apabila burung yang diselamatkannya tahu membalas budi. Tema: Bantuan Pak Jani terhadap burung ciak yang tercedera dibalas dengan baik oleh burung tersebut. Persoalan: Pak Jani merawat burung yang cedera sayapnya dan menempatkan burung tersebut di dalam sangkar. Semasa berburu Pak Jani tersesat dan burung ciak yang membantunya mencari jalan pulang. Rentetan peristiwa: Pagi itu Pak Jani keluar membawa jeratnya untuk berburu. Pak Jani merawat burung ciak yang tercedera. Pada suatu hari, Pak Jani keluar berburu namun jeratnya tidak mengena. Sewaktu pulang dia tersesat. Latar Masa: Cerita ini berlaku pada zaman dahulu. Latar tempat: Cerita ini berlaku di sebuah kampung yang mempunyai sawah padi dan hutan.

Watak dan perwatakan:

Pak Jani: Seorang yang suka berburu dan petani. Seorang yang amat baik hati dan membantu burung ciak yang tercedera. Burung ciak: Membantu Pak Jani yang tersesat. Tercedera di bahagian sayap. Mesej: Sikap Pak Jani yang suka membantu menyebabkan dia dibantu oleh burung ciak semasa sesat di hutan. Burung ciak juga mempunyai naluri untuk membantu individu yang telah membantunya. Nilai Murni: Setiap perbuatan baik akan dibalas baik.

Anda mungkin juga menyukai