Anda di halaman 1dari 3

1) PENDAHULUAN : DEFINISI INOVASI

a) Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan
yang lebih baik Asama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah
hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang
dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

b) Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur,
kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.
2) MENINGKATKAN HASIL PENGELUARAN

a) Sektor pertanian – dahulu petani menggunakan kerbau untuk membajak sawah, tetapi
dengan adanya inovasi, petani mampu menggunakan mesin membajak sawah untuk
membajak sawah. Ini mempercepat proses penanaman semula padi.

b) Sektor penghasilan makanan – dahulu, membuat roti menggunakan tenaga manusia


secara tradisional. Setelah adanya inovasi seperti mesin mengadun doh, oven dan
pelbagai mesin lain, pembuatan roti menjadi lebih cepat dan roti dapat dihasilkan
dengan lebih banyak. Begitu juga dengan pembuatan makanan yang lain seperti sos,
biskut dan kek.

c) Sektor perkilangan – membuat kain

3) MEMUDAHKAN URUSAN

a) Dahulu menaip menggunakan mesin taip yang lebih lambat dan sukar, tetapi kini
menaip menggunakan komputer yang lebih cepat dan mudah. Ini memudah urusan.
Tambahan pula, apabila menggunakan komputer, kesalahan dalam menaip boleh
dibetulkan tidak seperti jika menggunakan mesin taip.

b) Komunikasi – Dahulu komunikasi menggunakan asap, dengan peningkatan teknologi,


komunikasi telah berubah menggunakan surat, kemudian telefon dan akhirnya kini
menggunakan telefon bimbit yang lebih pantas.

c) Urusan di dalam talian – menggunakan aplikasi di dalam telefon bimbit untuk


berurusan contohnya menggunakan aplikasi perbankan online untuk membayar bil,
menggunakan aplikasi shopee dan lazada untuk pembelian dalam talian dan
sebagainya. Ini memudahkan urusan seharian.

4) MENJIMATKAN MASA

a) Pengangkutan – dahulu keretapi menggunakan enjin wap, kemudiaan menggunakan


diesel. Sekarang keretapi menggunakan elektrik. Halaju keretapi yang menggunakan
enjin wap adalah sangat perlahan berbanding dengan yang menggunakan diesel.
Manakala keretapi menggunakan elektrik adalah lebih laju berbanding menggunakan
diesel. Jadi, inovasi dalam bidang pengangkutan menjimatkan masa.

b) Dahulu, pergi ke luar negara menaiki kapal laut yang mengambil masa berbulan.
Setelah adanya kapal terbang, manusia boleh pergi ke negara yang jauh dalam masa
yang singkat. Contoh, dahulu mengambil masa 3 bulan untuk ke Mekah. Tetapi kini
dengan menggunakan kapal terbang, mengambil masa hanya 9 jam untuk sampai ke
Mekah.
5) PENUTUP

a) Kesimpulannya, inovasi merubah kehidupan manusia menjadi lebih baik. Inovasi menjadikan
manusia hidup maju. Oleh itu, kerajaan perlu memberikan perhatian dan bantuan yang sewajarnya
kepada sektor penyelidikan dan inovasi (R&D). Hasil R&D juga perlu diuji dan digunapakai untuk
kebaikan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai