Anda di halaman 1dari 2

Solihin bin Mohamad Noor Izham

No 45, Jalan Setia 28,

Taman Setia Indah,

81100, Johor Bahru,

Johor Darul Takzim

Guru Kelas Tahun 4 Tirmizi

Sek Agama Taman Setia Indah,

81100, Johor Bahru,

Johor Darul Takzim 10 Julai 2023

Tuan/Puan,

TIADA PENGANGKUTAN UNTUK KE SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, saya Mariam binti Ramli, penjaga kepada Solihin ingin menjelaskan sebab
anak jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 24 Julai.

2. Anak jagaan saya tiada pengangkutan untuk ke sekolah agama disebabkan saya perlu menghadiri
kursus yang dianjurkan oleh PPD Pasir Gudang bermula 1.30 – 4.30 petang. Oleh itu, saya
menghadapi masalah untuk mencari pengangkutan lain untuk membawa anak saya ke sekolah
agama pada hari tersebut.

3. Saya ingin meminta maaf atas kesulitan dan berharap agar pihak sekolah dapat
mempertimbangkan agar anak saya dapat mengambil ujian tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

____________________________

Mariam binti Ramli

Anda mungkin juga menyukai