Anda di halaman 1dari 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU JALAN MAKTAB, 75400, DURIAN DAUN, MELAKA ____________________________________________________________________________

En. Mohd Khairul Bin Ismail. Penolong Ketua Unit Disiplin dan Tatatertib, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, 75400 Durian Daun, Melaka.

Melalui dan Salinan, En Anuar bin Mohd Len Mentor Unit PISMP PK 3, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Tuan, SURAT TUNJUK SEBAB SALAH LAKU PELAJAR Adalah dengan ini perkara di atas dirujuk. 2. Berhubung perkara di atas, adalah saya Siti Nurhanis Binti Abdul Bahar (901112-016954) dari Unit PISMP Pendidikan Khas 3 Ambilan Januari 2010 dengan ini mengemukakan sebab kenapa saya tidak hadir ke perhimpunan rasmi pada tarikh 13 September 2013 (Jumaat) yang lalu. 3. Saya gagal berbuat demikian kerana saya terlambat untuk keluar dari blok kediaman pada pukul 7.20 sehingga kertas kehadiran telah dihantar kepada pelajar yang bertugas. Kegagalan untuk saya keluar awal pada pagi tersebut kerana perlu menyelesaikan tugasan berikutan pada hari tersebut juga saya perlu menghantar tugasan yang dikehendaki. 4. Saya mengakui kesalahan saya dan berharap agar pihak HEP tidak akan mengambil tindakan yang berat atas kesalahan yang telah saya lakukan ini dan saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan seperti ini lagi pada masa akan datang. Sekian, terima kasih Yang Benar, ......... (SITI NURHANIS BINTI ABDUL BAHAR) PISMP Pendidikan Khas 3, Ambilan Januari 2010, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

17 SEPTEMBER 2013

Anda mungkin juga menyukai