Anda di halaman 1dari 3

KUMPULAN 4

PENILAIAN ALTERNATIF 2 - KAJIAN KES

1. Senarai artikel berkaitan

Abdullah Sulong, & Mawaddah Abdullah. (2010). Pengaruh Media Elektronik Terhadap
Keruntuhan Akhlak Pelajar. Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan
Akhlak Pelajar, 1-9. https://core.ac.uk/download/11786196.pdf

Asmawati Suhid. (2005). Pemantapan Komponen Akhlak Dalam Pendidikan Islam Bagi
Menangani Era Globalisasi (Strengthening Moral Component In Islamic
Education In Facing The Era Of Globalization). Jurnal Kemanusiaan, 3(2),
95-104.
https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/150

Fauziah Ibrahim, Norulhuda Sarnon, Khadijah Alavi, Mohd Suhaimi Mohamad, Noremy
Md Akhir, & Salina Nen. (2012). Memperkasakan Pengetahuan Agama Dalam
Kalangan Remaja Bermasalah Tingkah Laku: Ke Arah Pembentukan Akhlak
Remaja Sejahtera. e-BANGI, 7(1), 84-93.
http://journalarticle.ukm.my/5017/1/fauziah012.pdf

Musliha Salma Mohd Radzi, Rohana Hamzah, & Aminudin Udin. (2011). Menyelesaikan
Masalah Pembangunan Akhlak Pelajar: Analisis Penerapan Kemahiran Generik
Dalam Amalan Pendidikan. Journal of Edupres, 1, 223-229.
https://core.ac.uk/download/pdf/11792176.pdf

Rohana Tan, & Norhasni Zainal Abiddin. (2016). Tinjauan Permasalahan Akhlak Belia di
Institusi Pengajian Tinggi. Mimbar Pendidikan, 1(2), 161-178.
https://www.journals.mindamas.com/index.php/mimbardik/article/view/696

Rohayati Derani. (2004). Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak
Remaja Islam Masa Kini : Satu Tinjauan Di Taman Aman Anak Bukit, Alor Setar
Kedah [Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia].
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2004_5758_5524fd02
a33545bb98e6b186be8904e7.pdf
Siti Aishah Yahya, & Sidar Nasrun. (2016). Tahap Penghayatan Agama Dalam Kalangan
Remaja Hamil Tanpa Nikah. Jurnal Sains Sosial: Malaysian Journal of Social
Sciences, 1(1), 17-35.
http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JSS/article/view/49

2. Nama guru Pendidikan Islam yang akan ditemu bual dan nama sekolah

Nama guru Pendidikan Islam : Norazimah binti Awg Iberahim

Nama sekolah : SMK Balai Ringin, Serian, Sarawak

3. Soalan temu bual


1. Apakah permasalahan akhlak yang paling kerap berlaku dalam kalangan pelajar di
sekolah?
2. Apakah punca - punca yang menjurus ke arah berlakunya permasalahan akhlak
tersebut ?
3. Permasalahan akhlak yang berlaku sering melibatkan pelajar lelaki atau perempuan ?
4. Permasalahan akhlak sering terjadi kepada pelajar tingkatan berapa ?
5. Bagaimanakah pihak sekolah menangani permasalahan akhlak tersebut ?
6. Adakah pendekatan dalam menangani isu permasalahan akhlak bagi pelajar menengah
atas dan menengah rendah adalah sama ?
7. Apakah kes permasalahan akhlak yang terberat pernah berlaku di sekolah. Bagaimana
pihak sekolah menyelesaikan dan menasihati pelajar yang terlibat ?
8. Sekiranya permasalahan akhlak pelajar berpunca dari masalah keluarga pelajar,
bagaimana pihak sekolah menangani kes tersebut ?

4. Surat rasmi kepada guru berkenaan :


Pada halaman seterusnya.
LAJNAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN ISLAM
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

“PROFESIONALISME DIPERKASA, ASPIRASI TERLAKSANA”

TARIKH: 01 DISEMBER 2021


Norazimah binti Awg Iberahim,
Guru Pendidikan Islam,
SMK Balai Ringin, Serian,
Sarawak.

Tuan/Puan,
JEMPUTAN TEMU BUAL UNTUK KAJIAN KES MENGENAI PERMASALAHAN AKHLAK PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman Tuan/Puan, kami adalah pelajar dari Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya di bawah program Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam) Tahun 2, sesi 2021/2022
meomohon untuk menemu bual Tuan/Puan tentang “Permasalahan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah Di Malaysia”

3. Tujuan kami menemu bual Tuan/Puan adalah untuk menyiapkan kajian kes bagi subjek
IIO2002 Metodologi Pengajaran Akhlak Dalam Pendidikan Islam. Bersama surat ini juga kami sertakan
surat lampiran draf beberapa soalan yang ingin kami ajukan semasa menemu bual Tuan/Puan.

4. Kami amat berharap agar pihak Tuan/Puan sudi menerima jemputan kami bagi sesi temu bual
dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………..
(NUR AFIZAH BINTI SHAPEE) (DR. TENGKU SARINA AINI BINTI TENGKU KASIM)
Pelajar, Pensyarah,
Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam), Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam),
Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM (SMPI)


AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

NO PEJ: 03-79676085 | E-mel: pendidikanislam@um.edu.my

Anda mungkin juga menyukai