Anda di halaman 1dari 8

Insan bermoral juga perlu mempunyai ciri keperibadian mulia yang boleh dipuji dari

segi moral. Keperibadian mulia adalah kecenderungan dan pembawaan diri yang
stabil untuk bertindakbalas kepada sesuatu situasi dengan bermoral, manifestasi
dari sifat-sifat kebaikan, kejujuran, tanggungjawab, menghormati orang lain dan
lain-lain (Lickona,1991a). Lebih penting ia mengandungi cara insan bermoral patut
mematuhi peraturan masyarakatnya dan bertindak secara berkesan tanpa akur
atau taat terhadap sesuatu peraturan secara membuta tuli.
Lickona, T. (1991a). An Integrated Approach To Character Development. Dalam J.S
Benninga(ed). Moral Character And Civic Education In The Elementary School. New
York : Teachers College Press.
Lickona,T. (1991). Educating For Character : How Our Schools Can Teach Respect
And Responsibility. New York: Bantam.
JURNAL PEND MORAL & NILAI MURNI
Nilai-nilai inilah yang membentuk cara seseorang individu itu bertingkahlaku,
berfikir dan bertindak schingga mencorakan kebudayaan atau norma sesebuah
masyarakat (Mohd. Arifl-lj Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman dan Rosnaini Hj.
Mahmud, 2005).
salah satu punca penyelewengan moral ini ialah faktor keibubapaan yang lemah,
dan tradisi keluarga sebagai 'guru' moral yang pertama bagi kanak-kanak semakin
hilang. Kanak-kanak tidak dapat lagi mempelajari nilai mumi di rumah. Persekitaran
di luar rumah juga adalah tidak mesra terhadap perkembangan nilai murid sekolah
(Abdul Rahman Md. Aroff, Asmawati Suhid & Nur Surrayyah Madhubala Abdullah,
2008).
Kajian Ab. Halim Tamuri dan Khadijah Abdul Razak (2003) yang melihat perbezaan
persepsi pelajar yang wujud antara jenis-jenis sekolah berkaitan dengan pengajaran
akhlak di sekolah menengah mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara
jenis-jenis sekolah. Dapatan menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan antara
pelajar-pelajar dari sekolah agama dengan pelajar-pelajar dari sekolah menengah
kebangsaan dan sekolah menengah teknik. Begitu juga kajian Azhar Ahmad (2006)
mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam penghayatan akhlak
responden dari pelbagai kategori sekolah menengah dimana responden dari sekolah
menengah khas/berasrama penuh dan sekolah menengah agama didapati
mempunyai tahap penghayatan akhlak yang lebih tinggi berbanding dengan
kumpulan responden dari sekolah menengah harian biasa.
Berdasarkan pemahaman dan kajian yang dijalankan ke atas jenis sekolah, jelas
kepada kita bahawa wujud perbezaan antarajenis sekolah dengan pembentukan
dan penghayatan akhlak pelajar. Oleh kerana jenis sekolah ini telah diwujudkan
mengikut sistem pendidikan negara, maka penumpuan kepada jenis sekolah yang
kurang memberi perhatian kepada aspek pembangunan nilai sama ada aspek

pengajaran akhlak, penerapan nilai mumi, penghayatan akhlak dan nilai mumi
harus diberi perhatian.
aspek mata pelajaran yang diajar dan bidang pengkhususan merupakan antara
skop yang banyak dikaji dalam aspek penerapan nilai mumi dan pembentukan nilai
dan akhlak pelajar.
Selanjutnya, kajian Ab. Halim Tamuri dan Khadijah Abdul Razak (2003) berkaitan
dengan pengajaran akhlak di sekolah menengah mendapati terdapat perbezaan
yang signifikan dalam persepsi pelajar berdasarkan aliran akademik mereka.
Daripada ujian post-hoc yang dijalankan, terdapat perbezaan yang signifikan antara
pelajar aliran agama dengan pelajar aliran teknik/vokasional dan pelajar dari bidang
bukan sains. Kedudukan yang sama juga wujud di kalangan pelajar sains dengan
pelajar dari aliran teknik/vokasional dan bukan sains, di mana perbezaan min antara
mereka juga signifikan. Selain daripada itu, perbezaan min yang ada antara pelajar
dari aliran teknik/vokasional dan pelajar dari aliran bukan sains adalah juga
signifikan. Kajian Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid lsa dan Rahil
Hj. Mahyuddin ( 1996) juga ada mengemukakan faktor-faktor terpenting yang
menyumbang kepada perkembangan moral pelajar. Hasil kajian mereka
menjelaskan faktor mata pelajaran iaitu mata pelajaran Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral dan diikuti mata pelajaran lain sebagai faktor terpenting dan
kedua penting yang menyumbang kepada perkembangan moral pelajar. Oleh itu,
jelas sorotan daripada beberapa kajian mengambarkan peranan mata pelajaran
terhadap penerapan nilai mumi yang seterusnya boleh mempengaruhi
pembangunan nilai pelajar.
Ab. Halim Tamuri dan Jaafary Awang. 2005. Cabaran pendidikan nilai dalam
pembangunan insan di Malaysia. Prosiding seminar pendidikan serantau UKM-UNRI
ke-2. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ab. Halim Tamuri dan Khadijah Abdul Razak. 2003. Pengajaran akhlak di sekolah
menengah: Persepsi pelajar-pelajar. Prosiding wacana Pendidikan Islam (Siri 3):
Perkaedahan pengajaran Pendidikan Islam: Antara tradisi dan inovasi. Bangi: Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Ralunan Md.Aroff, Asmawati Suhid & Nur Surayyah Madhubala Abdullah.
2008. Pendidikan Nilai dan Pembinaan Watak. Pendidikan di sekolah: isu dan
cabaran. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Abdul Ralunan Md.Aroff, Asmawati Suhid & Nur Surayyah Madhubala Abdullah.
2008. Pendidikan Nilai dan Pembinaan Watak. Pendidikan di sekolah: isu dan
cabaran. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Azhar Ahmad. 2006. Strategi pembelajaran pengaturan kendiri Pendidikan Islam
dan penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah di Sarawak. Tesis Ph.D.
Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Arif Hj Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman & Rosnaini Hj. Mahmud. 2005. Nilainilai mumi dan pendidikan berscpadu: ke arah kemanusiaan sejagat. Prosiding
wacana Pendidikan Islam (Siri 4): Pendidikan Islam ke arah kemanusiaan sejagat.
Sangi: Fakulti Pendidikan UKM
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kohlberg (1975) mengakui bahawa pendidikan moral mempunyai asas dalam
merangsangkan pemikiran aktif seseorang ketika dia membuat keputusan terhadap
isu-isu moral.

Apabila menyebut pembangunan modal insan atau human capital, secara amnya
kita akan menggambarkan hasil sesuatu yang melibatkan manusia atau insan.
Sesetengah pihak menyamakan modal insan dengan sumber manusia. Walau
apapun, pembangunan modal insan bukanlah merupakan satu perkara yang baru
malah ia sentiasa dan perlu secara berterusan diberi perhatian.
Human Capital in the 21st century is one that needs to be developed not just
preserved. That means creating work environments where people can collaborate
and learn effectively. When people are offered challenging and stimulating work,
high performance and quality are the result. (Gary Nelson 2002)
Di Malaysia, usaha memupuk dan mendidik nilai-nilai mulia telah berdekad-dekad
dilaksanakan menerusi sistem pendidikan dengan cara yang pelbagai dan berubahubah. Pemupukan nilai-nilai mulia dilakukan secara langsung kepada pelajar-pelajar
Islam dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan bagi pelajar bukan Islam mereka
mengikuti mata pelajaran Pendidikan Moral. Namun, kemerosotan akhlak yang
berleluasa kini amat membimbangkan banyak pihak. Masing-masing pihak
menuding jari menyalahkan pihak yang lain. Keadaan ini perlu dicari jalan
penyelesaian seberapa segera sekiranya kita berhasrat membangunkan modal
insan yang berakhlak dan meningkatkan peradaban ummah dengan berkesan.
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti
Putra Malaysia
Jurnal Pengajian Umum Bil. 8
Pengajaran adab & akhlak Islam dalam membangunkan modal insan
ASMAWATI SUHID
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
PERANAN PENDIDIKAN ISLAM DAN PENDIDIKAN MORAL DALAM MEMBINA SAHSIAH
PELAJAR BERKUALITI
Baharom Mohamad,
Ali Suradin,
Zaaba Helmi Khamisan

baharom@uthm.edu.my

ali@uthm.edu.my

zaaba@uthm.edu.my

Dalam usaha mencapai hasrat pembangunan serta menjadi sebuah negara maju
melalui perindustrian pada tahun 2020, Malaysia mengalami perubahan dalam
dimensi ekonomi dan sosial. Adalah merupakan paradoks bahawa pembangunan
dan kemajuan membawa bersamanya pelbagai masalah, terutama masalah sosial,
seperti yang telah dilalui oleh negara-negara maju. (penulis jurnal)
Ibu bapa kurang menyedari fungsi mereka sebagai ibu bapa dan kegagalan
memberi pengawasan moral terhadap anak-anak. Kekurangan hubungan ini akan
memberii kesan kepada jiwa remaja yang sedang mengalami krisis identiti.
Rozana Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa masalah sosial yang berleluasa
pada masa kini menunjukkan keruntuhan akhlak dalam diri anak-anak.
Para sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina
keluhuran peribadi dan tamadun manusia. Akhlak yang mulia menjadi penggerak
kepada kemajuan dan kesempurnaan hidup, sebaliknya akhlak yang buruk menjadi
pemusnah yang berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta
ketinggian hidup manusia. (penulis jurnal)
Kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat, khususnya dalam
kalangan remaja dan pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang
mempunyai anakanak yang bersekolah, tetapi hal ini turut memberi impak terhadap
kredibiliti sekolah sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam
pembentukan moral dan tingkah laku generasi muda (Rozana dan Nor Hashimah,
2005).
Sapora (2007) mendapati masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja kian
meruncing. Pelbagai masalah seterusnya akan menghimpit remaja jika ia tidak cuba
diatasi dengan sebaik-baiknya. Jika penawar kepada masalah sosial tidak dijumpai,
usaha bagi memperkasa agenda negara menemui jalan sukar.
Rozana Abd. Rahim dan Nor Hashimah Hashim Penerapan Nilai-nilai Murni dalam
Pendidikan Sekolah Rendah. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG 2005, Universiti
Sains Malaysia, 2005.
Sapora Sipon. Perluaskan Peranan Kaunselor. Berita Harian, 6 Februari 2007.
Chen S. (2005). The transition from juvernile to adult criminal careers at New
South Wales, Australia. Crime and Justice Bulletin. Atas Talian
http://www.agd.nsw.gov.
David, E. K. & Daniel, Y. L. (2009). Measuring and analysing juvenile recidivism in
rural and urban Pennsylvania. Department of Economics Shippensburg Uni. Of
Pennsylvania.
Drabsch, T. (2006). Reducing the risk of recidivism. Sydney: NSW Parliamentary
Library Research Service.

Hamzani Che Ibrahim (2010). Mengurang kadar residivism di Institusi Penjara


Malaysia, Kertas Kerja 1, Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Penjara Malaysia di
Akedami Koreksional, Langkawi.
Lailly., Cullen., & Ball (2007). Causes of recidivism. Atas talian www.lot
sofessey.com. Lailly., Cullen., & Ball (2007). Causes of recidivism. Atas talian
www.lot sofessey.com.
Lise, M. K. & Charles R. (2004). Current strategies for reducing recidivism. Center
for Impact Research (CIR), Chicago: Illinois. Lise, M. K. & Charles R. (2004). Current
strategies for reducing recidivism. Center for Impact Research (CIR), Chicago:
Illinois.
Reisig, Bales., Hay & Wang (2007). di Amerika Syarikat. Atas talian www.lot
sofessey.com.
Skinner, B. F. (1953). Science and human behaviour. New York: Mc Millan.
PSIKOPATI DAN RESIDIVISME DALAM KALANGAN PELATIH LELAKI DI SEBUAH
INSTITUSI PEMULIHAN AKHLAK REMAJA
Nazirah Hassan Tuan Sharifah Diana Syed Ahmad
Nazirah Hassan
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Email: nazirah@ukm.my
Journal of Psychology & Human Development (2013) 1: 1 - 11
Tuan Sharifah Diana Syed Ahmad Univesiti Sultan Zainal Abidin
Pengulangan tingkah laku jenayah atau residivisme boleh dianggap sebagai satu
bentuk faktor berterusan kepada tingkah laku delinkuensi. Faktor-faktor seperti
demografi umur, masalah sokongan keluarga, sejarah tingkah laku, masalah
pendidikan dan pekerjaan serta faktor-faktor klinikal individu seperti penggunaan
dadah dipercayai menjadi pendorong kepada tingkah laku jenayah berulang (Ang &
Huan, 2008).
Residivisme sebenarnya telah menjadi ancaman yang serius kepada remaja sejak
era 80-an lagi. Ekoran kenaikan yang signifikan dalam kekerapan jenayah juvana,
kadar residivisme juga mencatatkan peningkatan yang sangat tinggi (Brownell,
Marlatt, Lichtenstein, & Wilson, 1986).
Sebanyak 69 peratus pesalah juvana, dikatakan akan kembali terlibat dengan
tingkah laku delinkuensi dan tingkah laku jenayah yang serius dalam tempoh 6
tahun pembebasan mereka (Beck & Shipley, 1987).
Mengikut Myner, Santman, Cappelletty dan Perlmutter (1998) dianggarkan separuh
dari jumlah mereka akan kembali semula ke pusat pemulihan dalam komuniti.

Di Australia, sebanyak 38% daripada jumlah pesalah juvana yang dibebaskan,


kembali semula disabitkan dalam tempoh 2 tahun (Drabsch, 2006). Di Hawaii,
sebanyak 82% daripada remaja yang dibebaskan dari pusat tahanan kembali
ditangkap semula (CPJA, 2001). Walaubagaimanapun, tiada jumlah yang nyata
untuk kadar residivisme di Malaysia, namun, dalam kes relapse penagihan dadah
dianggarkan sebanyak 60% remaja berusia 13 hingga 19 tahun, kembali semula ke
pusat pemulihan akhlak (AADK, 2008).
Peningkatan indeks residivisme yang signifikan ini bukan sahaja memberi impak
kepada ketenteraman sosial malah ia turut membawa implikasi kepada
pembangunan individu, hubungan interpersonal, penggubal dasar dan peruntukan
ekonomi sesebuah negara. (penulis)
Residivisme sentiasa menjadi sangat tinggi apabila pendekatan hukuman yang
mudah tanpa mengambil kira hubungan interpersonal kekeluargaan dan komuniti
sebagai kunci utama (Ozawa, 2009).
Salah satu faktor peramal lain yang boleh dikaitkan dengan residivisme adalah usia
muda (Andrews & Bonta, 1998). Wierson & Forehand (1995) mencadangkan
bahawa, pesalah muda yang ditangkap buat pertama kali, mempunyai
kecenderungan untuk menjadi residivist. Dapatan ini selari dengan Farrington
(1983) mendapati bahawa belia yang pertama kali disabitkan pada usia 10 hingga
12 tahun mempunyai purata 7.17 untuk disabitkan sekali lagi, berbanding mereka
yang disabitkan pada usia 20 hingga 24 tahun yang hanya mempunyai purata 1.18
sabitan. Tambahan pula, Ganzer dan Sarason (1973) menyimpulkan bahawa usia
muda didiagnosis sebagai golongan usia yang mempunyai personaliti sosiopathic
dan gejala ini mendorong remaja untuk terus bertingkah laku antisosial. Myner, et
al. (1998) dalam kajian eksplorasinya telah membuktikan bahawa usia muda dan
penangkapan kali pertama, menjadi peramal kuat kepada residivisme.
Selama tempoh penahanan, mereka secara emosi dan fizikal terpisah daripada
keluarga dan masyarakat yang dikatakan sebagai agen perubahan remaja yang
utama (Holman & Ziedenberg, 2007). (penulis)

Anjakan 3: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai


Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan
kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid.
Pelaksanaan KSSR yang disemak semula dan KSSM memerlukan setiap murid
sekolah rendah dan menengah melibatkan diri dalam khidmat komuniti. Bagi murid
sekolah menengah, elemen khidmat komuniti akan dijadikan prasyarat untuk
kelulusan sekolah menengah. Kurikulum Pendidikan Agama Islam bagi murid Islam
dan kurikulum Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam akan diperkukuhkan supaya

akan merangkumi tumpuan yang lebih kepada pemahaman tentang nilai-nilai


perpaduan dan hubungan baik sesama insan.

Etika dan kerohanian Sistem pendidikan akan mempersiapkan setiap murid supaya
berani menghadapi cabaran masa depan, menyelesaikan konflik secara aman,
membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian
melakukan apa yang betul. Penekanan diberikan kepada setiap murid dengan
mewujudkan satu set prinsip, termasuk nilai bersama yang kukuh yang didukung
oleh semua rakyat Malaysia: Kerohanian: mempunyai pegangan agama yang kuat
dan mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mendukung standard moral yang
tinggi; Integriti: mempunyai keberanian, disiplin, dan semangat untuk melakukan
perkara yang betul; dan Tanggungjawab sivik: bertindak untuk kebaikan negara,
mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar, dan memiliki keupayaan
yang mendalam untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat.

. Lanskap pendidikan khas melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk ibu


bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia,
dan media massa. Kesemua pihak berkepentingan ini memainkan peranan penting
sebagai penyokong, pengupaya, pendukung, dan rakan pelaksana dalam
pendidikan murid berkeperluan khas.

Kurikulum sekolah Malaysia bermatlamat membangunkan anakanak secara


menyeluruh, merangkumi dimensi intelek, rohani, emosi, dan jasmani seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program dan inisiatif yang
membangunkan komponen bukan akademik dilaksanakan di dalam bilik darjah dan
menerusi pelbagai aktiviti sukan dan kokurikulum selepas waktu sekolah. Sebagai
contoh, Pendidikan Agama Islam atau Pendidikan Moral adalah wajib untuk semua
murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

PIN yang dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, adalah selaras dengan cabaran ke empat
Wawasan 2020 iaitu untuk Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri
moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan
kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat
bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu,
berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

Anda mungkin juga menyukai