Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM ADIK TAMPIL CERIA DAN YAKIN BERSAMA


AVON
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RENGIT, 81620
PENGERANG, JOHOR

1.0PENGENALAN
Kebersihan merupakan perkara asas yang perlu diberi
perhatian oleh setiap murid. Namun begitu, kebanyakan
murid memandang ringan aspek kebersihan dan
penampilan diri. Atas kesedaran ini, Unit Bimbingan dan
Kaunseling dengan kerjasama Avon Malaysia akan
menjalankan Program Adik Tampil Yakin dan Ceria. Usaha
ini dilakukan agar dapat menimbulkan kesedaran dalam diri
murid bahawa kebersihan dan penampilan diri yang bersih
dan kemas membawa kesan kepada kecerdasan minda.
Penampilan diri ialah pembentukan diri seseorang agar
kelihatan menarik terutama dari segi fizikal dan juga
pembentukan
keperibadian
yang
mempersonakan.
Penampilan diri terbentuk daripada asuhan, pendidikan dan
juga pendedahan daripada ibu bapa, guru, rakan sebaya
dan juga masyarakat sekeliling.
2.0RASIONAL
Program Adik Tampil Yakin dan Ceria diadakan sebagai
medan utama yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid
untuk mengetahui asas penjagaan diri yang betul dan
penggunaan produk kebersihan diri yang sesuai. Program
ini juga dilihat dapat memberi penerangan yang lebih
mendalam tentang kepentingan menjaga penampilan dan
kebersihan diri terutama bagi murid-murid yang akan
mengalami peralihan fasa kematangan dan keremajaan.
Hal ini kerana penilaian seseorang itu sama ada cantik atau

tidak akan dinilai dari hujung rambut hingga ke hujung kaki


di samping keperibadian dalaman diri.
3.0OBJEKTIF PROGRAM
i.

ii.

iii.
iv.

Meningkatkan keprihatinan murid tentang penjagaan


kebersihan dan penampilan diri yang menarik pada
setiap masa.
Menyedarkan
murid-murid
tentang
kepentingan
menjaga kebersihan diri dan kesan buruk sekiranya
tidak menitikberatkan kebersihan dan penampilan diri.
Meningkatkan keyakinan diri murid untuk sentiasa
berpenampilan menarik, cantik dan kemas.
Mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan murid
dari segi penampilan diri.

4.0BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 6hb Oktober 2016
Hari : Khamis
Masa : 08:30 pagi
Tempat
: Kantin SK Sungai Rengit
5.0KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar Tahap 2
6.0JAWATANKUASA PROGRAM
i.

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi
: Puan Zaharah binti Awang
(Guru Besar)
Timbalan Pengerusi: Puan Norhasnita binti Jusoh
(GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 1 : Encik Haslin bin Hasbollah (GPK
Tadbir dan Kurikulum)
Naib Pengerusi 2 : Puan Junaidah binti Sulaiman
(GPK Ko-kurikulum)

Penyelaras
Shukor (GBKLS)
Setiausaha
Jalil
Bendahari
ii.

: Puan Umai Sarah binti Abdul


: Puan Nurul Farhana binti Abd
: Puan Massuliza binti Sulaiman

JAWATANKUASA PELAKSANA

Buku Program / Pamphlet


Jurugambar
- Puan Norhaslina binti Jamil
- Puan Rozita binti Samat
Puan
Nurulhida
binti
- Puan Juliana binti Alias
Kamaruddin
Sijil dan Cenderamata
PA System
- Puan Mastura binti Hasan
- Encik Mohd Zakri bin Ramli
- Puan Noor Asyikin binti
- Encik Mohd Zulhelmi bin
Ahmad
Bahari
Dokumentasi
Juruacara Majlis
- Puan Nurul Farhana binti
- Puan Wan Mahroni binti
Abd Jalil
Wan Abd Latif
- Puan Aleza binti Othman
Kawalan Murid
- Encik Norul Izzat bin Nasir
Persiapan Tempat
- Encik Muhammad Faiz bin
- Encik Mohd Nasrul Hanif bin
A.Hamid
Mohd Noor
- Puan Nur Aziemah binti
Encik
Ahmad
Amirul
Abdul Aziz
Ridzwan bin Ahmad Zuki
- Puan Rafidah binti Abd
- Encik Ahmad Satar bin Abu
Rahman
- Encik Abu Bakar bin Awang
- Puan Nor Azora binti Abas
- Encik Mad Rosli bin Tumin
Puan
Norzailan
binti
Mokhtar
- Semua guru dan PPM

7.0ATURCARA PROGRAM
08:00 am : Murid berhimpun di kantin sekolah
08:15 am : Kata alu-aluan pengerusi majlis
08:30 am : Ceramah Penjagaan Kebersihan
Penampilan Diri
Bengkel Penjagaan Kebersihan Diri
Penyampaian Sijil dan Cenderamata
Jualan Barangan Avon
10:10 am : Bersurai / Rehat

dan

8.0ANGGARAN KOS PERBELANJAAN


10.1.

Cenderamata Fasilitator
RM50.00

JUMLAH KESELURUHAN
RM50.00
(Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
9.0SUMBER KEWANGAN
Peruntukan kewangan sekolah
10.0

PENUTUP

Diharapkan agar para pelajar yang mengikuti program ini


memanfaatkan sepenuhnya ilmu pengurusan diri yang
disampaikan oleh fasilitator seterusnya mengamalkan
penjagaan kebersihan dan penampilan diri dalam
kehidupan seharian. Semoga program ini mendapat
kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dan berjaya
mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

........................................................
....................
...............................
(UMAI SARAH BINTI ABDUL SHUKOR)
(NORHASNITA BINTI JUSOH)
Penyelaras
GPK Hal Ehwal
Murid
Program Adik Tampil Yakin dan Ceria Bersama Avon
SK
Sungai Rengit

Anda mungkin juga menyukai