Anda di halaman 1dari 3

Andaikan anda seorang pemberita.

Anda ditugaskan mewawancara seorang pegawai polis di sebuah bandar di tempat


anda bertugas. Wawancara itu membincangkan peranan pihak polis dalam mencegah masalah jenayah. Sediakan
wawancara itu dengan lengkap.
Masalah jenayah sering dikaitkan dengan tugas dan peranan polis. Dalam membenteras masalah tersebut, polislah yang
bertanggungjawab memastikan setiap individu dan masyarakat terselamat daripada ancaman tersebut. Untuk mengetahui
peranan pihak polis ini, saya selaku pemberita ditugaskan mewawancara Penguasa Yusuf Majid, seorang pegawai polis di
bandar ini. Kita ikuti wawancara tersebut.
Pemberita :Selamat pagi, tuan. Apa khabar?
Pegawai Polis :Selamat pagi. Khabar baik.
Pemberita:Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara.
Pertamanya, polis dan undang-undang sering diibaratkan sebagai aur dengan tebing. Kedua-duanya begitu rapat dan
sering berjalan seiring. Apakah pandangan tuan tentang perkara ini?
Pegawai Polis:Ya, pasukan polis merupakan penguat kuasa undang-undang yang tama. Ini bererti tanpa polis, undangundang yang ada tidak bermakna kerana undang-undang tersebut tidak dapat dikuatkuasakan. Sebaliknya, tentulah sukar
untuk pihak polis menjalankan tugas jika sesebuah negara tiada undang-undang. Jika tiada undang-undang yang berkaitan
dengan jenayah, tentulah tugas polis untuk membenteras jenayah tidak kesampaian. Jadi polis dan undang-undang
mempunyai kaitan yang begitu rapat.
Pemberita:Bolehkah tuan huraikan dengan lebih jelas, bagaimanakah undang-undang boleh digunakan oleh polis untuk
memerangi jenayah di negara kita?
Pegawai Polis:Sesuai dengan peranan polis sebagai penguat kuasa, maka undang-undang yang berhubung dengan
jenayah menjadi panduan dan sering digunakan oleh pihak polis. Antaranya termasuklah Kanun Keseksaan dan Kanun
Atur Cara Jenayah. Antara jenayah yang dikaitkan dengan Kanun Keseksaan adalah mencuri, merompak, merogol,
mencederakan orang, penipuan, dan sebagainya. Kanun Atur Cara Jenayah pula telah memberikan kuasa kepada polis
untuk menangkap atau seumpamanya terhadap penjenayah yang melakukan jenayah-jenayah tadi.
Pemberita:Cuba tuan jelaskan tentang kewibawaan pasukan polis dalam menangani masalah jenayah.
Pegawai Polis:Kewibawaan dan prestasi pasukan polis sebenarnya bergantung kepada cara mereka melaksanakan dan
menguatkuasakan undang-undang. Untuk itu, pihak polis mesti menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama. Jika
terdapat sesuatu kesalahan jenayah, pihak polis akan bertindak tanpa mengira pangkat atau kedudukan seseorang. Pihak
polis juga mesti berani untuk memerangi jenayah. Oleh sebab itu, kita dapati banyak penjenayah menjadi mangsa
keberanian dan kewibawaan pihak polis. Kadang kala anggota polis terpaksa berkorban apa sahaja demi menjaga
keamanan negara. Mereka terpaksa mengorbankan masa, cuti, keluarga dan nyawa apabila bertugas.
Pemberita:Tugas sebagai anggota polis tentu menghadapi pelbagai cabaran atau risiko yang membahayakan keselamatan
polis itu sendiri. Cuba tuan berikan pandangan?
Pegawai Polis:Ya, sebagai anggota polis, kami memang mengetahui adanya pelbagai implikasi dan risiko di hadapan.
Misalnya, jika berlaku kes rompakan, pihak polis mungkin terpaksa berbalas tembakan dengan perompak. Jika bukan
perompak, mungkin pihak polis yang menjadi mangsa. Ada kalanya penjenayah ini tidak takut berdepan dengan pihak
polis. Oleh sebab itulah mereka berani melawan anggota polis kita. Selain itu, pihak polis juga kadang-kadang menghadapi
cabaran masyarakat. Kami sering kali juga menimbulkan rasa takut dan prejudis orang ramai. Oleh sebab itu, kerjasama
masyarakat sukar diperoleh untuk mengatasi kes-kes jenayah.

Pemberita:Sebelum kita mengakhiri wawancara ini, apakah harapan tuan terhadap masyarakat atau orang ramai untuk
mengatasi masalah jenayah?
Pegawai polis:Kita memerlukan kerjasama orang ramai. Tanpa kerjasama dan komitmen orang ramai tentulah sukar untuk
kita membenteras masalah jenayah. Mereka harus melaporkan kepada pihak kami jika berlaku sesuatu kejadian jenayah
dan mereka juga tidak harus melindungi seseorang penjenayah. Berilah kerjasama, penghormatan, dan kepercayaan
sepenuhnya kepada pihak polis demi keselamatan dan keamanan negara.
Pemberita:Saya juga berharap penjelasan tuan akan menjadi renungan kepada masyarakat kita. Terima kasih sekali lagi
saya ucapkan atas kesudian tuan.

Pegawai Polis : Sama-sama

Sebagai seorang editor majalah sekolah. Anda diminta untuk mewawancara salah seorang pelajar cermelang PMR
sekolah anda untuk dimuatkan dalam majalah sekolah tersebut. Tuliskan sebuah wawancara lengkap.
NAJWA : Selamat datang saya ucapkan kepada saudari Alisa. Terima kasih kerana meluangkan masa saudari untuk di
wawancara. Sempena kejayaan saudari memperolehi keputusan yang cemerlang dalam ujian baru-baru ini. Terlebih dahulu
saya ingin mengetahui apakah rahsia kejayaan saudari

ALISA : Pertama sekali terima kasih kepada saudari kerana sudi mewawancara saya. Sebenarnya tiada rahsia yang
penting melainkan usaha yang gigih dalam mencapai cita-cita yang mendorong saya berjaya dalam peperiksaan kali ini.
Saya menanamkan sifat tidak putus asa dalam mengejar ilmu pengetahuan.

NAJWA : selain itu, mungkin ada cara yang boleh saudari kongsi bersama supaya menjadi panduan kepada pelajar lain.
Rahsia kejayaan saudari ini?

ALISA : Ok. kita kena menetapkan niat kenapa kita belajar dan sentiasa perbaharui niat kita supaya kita tidak lupa apakah
tujuan kita belajar. Keduanya,kita harus ingat bahawa belajar itu juga merupakan ibadah.. Antara tips-tips belajar yang
boleh saya kongsikan bersama, pertama susun strategi bagaimana cara untuk kita kuasai mata pelajaran tersebut.
Disamping itu, kita haruslah menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar di hadapan. Sekiranya ada
kemusykilan jangan malu bertanya kerana orang yang malu bertanya akan sesat jalan.

NAJWA : Bagaimana pula saudari membahagikan masa belajar dengan membuat aktiviti sukan? Adakah saudari seorang
yang aktif dalam bidang sukan?

ALISA : Untuk menjadi seorang yang berjaya pada saya, kejayaan buka diukur dengan berjayanya kita dalam kurikulum
sahaja. Bidang kurikulum ini juga perlu seimbang dengan bidang ko-kurikulum. Saya juga seorang yang aktif dalam bidang
ko-kurikulum. Saya mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring.

NAJWA : Akhir sekali apakah nasihat saudari kepada rakan-rakan lain diluar sana?

ALISA : Nasihat saya kepada rakan-rakan, sama-sama lah kita menuntut ilmu dan jangan mudah menyerah kerana
dengan ilmu pengatahuan sahaja mampu merubah kehidupan kita.

NAJWA: Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada saudari. Kerana sudi berkongsi rahsia kejayaan dengan kami.

ALISA : sama-sama

Anda mungkin juga menyukai