Anda di halaman 1dari 1

SUDUT BACAAN

Aku sebuah basikal


Aku sebuah basikal. Nama aku BMX. Aku dilahirkan di sebuah kilang
yang tertelah di Kuala Lumpur. Badan aku diperbuat daripada besi. Aku
berwarna ungu.
Setelah siap dipasang, aku dan rakan-rakan dihantar ke kedai basikal.
Kedai basikal ini terletak di Johor Bahru. Aku disusun sebaris dengan
rakan-rakanku yang lain. Tuan kedai meletakkan tanda harga pada badan
aku.
Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke kedai untuk membeli
basikal. Pemuda itu bernama Alvin. Alvin membeli aku kerana tertarik
dengan warna aku yang cantik
Aku terus dibawa pulang ke rumah tuan aku. Alvin menunggang aku
ke sekolah pada setiap hari. Kawan-kawannya memuji kecantikan aku.
Pada waktu petang, Alvin juga menunggang aku ke taman untuk bersiar-
siar.
Alvin menjaga aku dengan baik. Dia selalu membersihkan badan aku
apabila badan aku kotor. Aku berasa bertuah kerana mempunyai tuan yang
baik seperti Alvin.

EJAAN

Anda mungkin juga menyukai