Anda di halaman 1dari 7

Bagai cincin dengan permata Bagai murai dicabut ekor

Bagai katak di bawah tempurung Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Nasi sudah menjadi bubur Bagai lintah menghisap darah

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan


Kaki ayam

Dengar guruh di langit, air tempayan


dicurahkan
1. Ada air adalah ikan.
Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.

Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di
mana ada air adalah ikan.

2. Ada gula adalah semut


Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di
situlah ramai orang berkumpul.

Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan
kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.

3. Air dicencang tidak akan putus


Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan
berbaik semula.

Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun,
sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.

4. Air pun ada pasang surutnya


Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.
Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya
kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.

5. Air sama air, sampah ke tepi juga


Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila
mereka berbaik semula kita akan tersisih.

Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak
dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke
tepi juga akhirnya.

6. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya


Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya,
walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.

7. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan


Maksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.

Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan


yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

8. Alah bisa, tegal biasa


Maksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.

Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana
sejak kecil lagi dia telah melakukannya.

9. Alah membeli, menang memakai


Maksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi
barang itu bermutu dan tahan Iama.

Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya
alah membeli, menang memakai.

10. Alah sabung, menang sorak


Maksud : Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.
Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya
banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.

Soalan Peribahasa bergambar


Sila beri maksud peribahasa bergambar dibawah...

1)

Maksudnya: ____________________________________

2)

Maksudnya: ____________________________________
3)

Maksudnya: ____________________________________

4)

Maksudnya: ____________________________________

5)
Maksudnya: ____________________________________

6)

Maksudnya: ____________________________________

7)
Maksudnya: ____________________________________

8)

Maksudnya: ____________________________________

Anda mungkin juga menyukai