Anda di halaman 1dari 9

Definisi

Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'. Ia
merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi
perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat

Contoh

Sudah Dapat Gading Bertuah, Tanduk Tidak Berguna Lagi

Bidalan : sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

Maksudnya : setelah dapat barang yang lebih baik, barang yang lama

dibuang/diketepikan

Contoh ayat : Abang bersikap seperti sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
kerana dia kini tidak menjaga kereta lamanya setelah membeli kereta baharu.

Jangan Bawa Resmi Ayam, Bertelur Sebiji Riuh Sekampung

Bidalan : jangan bawa resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung

Maksudnya : jangan membesar-besarkan usaha/ kejayaan yang tak seberapa

Contoh ayat : Kita jangan bawa resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung seperti Pak Dollah yang
mencanangkan sumbangannya sebanyak RM 50 itu kepada orang kampung.

Malu Bertanya Sesat Jalan, Malu Berdayung Perahu Hanyut

Bidalan : malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut

Maksudnya : jika tidak mahu berusaha , tentu kejayaan tidak dapat dicapai.
Contoh ayat : “ Jika hendak maju dalam pelajaran, kamu hendaklah bertanya jika tidak faham akan
sesuatu perkara kerana malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut kata Cikgu Ahmad
kepada muridnya.

Belakang Parang Diasah Lagikan Tajam

Bidalan : belakang parang diasah lagikan tajam

Maksudnya : jika berusaha dengan gigih pasti akan berjaya

Contoh ayat : Adi yang bebal itu akhirnya lulus juga dalam peperiksaan setelah diajar dengan gigih
oleh Cikgu Ana. Begitulah belakang parah diasah lagikan tajam, inikan pula manusia.

Jika Tiada Angin, Masakan Pokok Bergoyang

Bidalan : jika tiada angin , masakan pokok bergoyang

Maksudnya : jika sesuatu perkara itu tidak berlaku, masakan orang memperkatakannya.

Contoh ayat : Kecurangan isteri Rama hangat diperkatakan oleh jirannya. “ Jika tiada angin,
masakan pokok bergoyang”, kata Rama kepada isterinya.

Jika Benih Yang Baik, Jatuh Ke Laut Menjadi Pulau

Bidalan : jika benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

Maksudnya : keturunan yang baik tetap berkelakuan baik di mana-mana sahaja

Contoh ayat : Semua anak Pak Osman Berjaya dalam pelajaran. Begitulah jika benih yang baik,
jatuh ke laut menjadi pulau.

Bidalan : enggang sama enggang, pipit sama pipit

Maksudnya : berkawan biarlah yang sama taraf dan kedudukan


Contoh ayat : Abu Hassan berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk
bercinta dengan Puteri Laila yang berdarah raja kerana baginya, enggang sama enggang, pipit sama
pipit.

Embun di Hujung Rumput

Bidalan : embun di hujung rumput

Maksudnya : sesuatu yang tidak kekal

Contoh ayat : Perkahwinan Lee dan Nina bertahan Cuma sebulan seperti embun di hujung
rumput.

Di Mana Semut Mati Kalau Tidak di Gula

Bidalan : di mana semut mati kalau tidak di gula

Maksudnya : manusia sering tertipu kerana pujuk rayu

Contoh ayat : Zizah berasa amat sedih kerana wang simpanannya habis diberikan kepada teman
lelaki yang kini menghilangkan diri seperti bidalan di mana semut mati kalau tidak di gula.

Diam-diam Ubi Berisi, Diam-diam Besi Berkarat

Bidalan : diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

Maksudnya : diam orang berilmu berfikir, diam tetapi diam orang bodoh sia-sia sahaja.

Contoh ayat : Amir diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat kerana selama dia menyepikan
diri, dia sebenarnya melanjutkan pelajaran di universiti.

Datang Seperti Ribut, Pergi Seperti Semut

Bidalan : datang seperti ribut, pergi seperti semut

Maksudnya : sesuatu penyakit datang dengan cepat, tetapi lambat untuk sembuh.
Contoh ayat : penyakit barah hati yang yang dihidapi David itu umpama datang seperti ribut, pergi
seperti semut kerana sudah dua bulan dia terlantar di hospital.

Ada air adalah ikan.

Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.

Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada
air adalah ikan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada gula adalah semut

Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah
ramai orang berkumpul.

Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan,
seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Air dicencang tidak akan putus

Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah
berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Air pun ada pasang surutnya

Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.
Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia
hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Air sama air, sampah ke tepi juga

Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka
berbaik semula kita akan tersisih.

Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi
apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia
sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Maksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.

Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang
cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alah bisa, tegal biasa

Maksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.
Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil
lagi dia telah melakukannya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alah membeli, menang memakai

Maksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu
bermutu dan tahan Iama.

Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli,
menang memakai.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alah sabung, menang sorak

Maksud : Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.

Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis
tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang sentiasa menurut kemahuan orang lain

Contoh ayat : Shafiqq selalu menurut apa sahaja kata kawan-kawannya yang nakal sehingga dia
sendiri mengalami nasib yang sama. Bak kata pepatah, seperti lembu dicucuk hidung

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai


Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang
susah

Contoh Ayat : "Kamu ni Nazry, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Sekarang tengok apa sudah jadi pada kamu. Janganlah melakukan sesuatu jika kamu tidak mahu
tanggung derita tersebut." kata Afiq.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Indah khabar daripada rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Contoh ayat: Ali tertipu dengan berita yang diterimanya mengatakan bahawa keputusannya begitu
teruk sekali. Sedangkan semuanya indah khabar daripada rupa, keputusan Ali sangat
memberangsangkan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat
kesenangan.

Contoh Ayat : Segala perbuatan dan kebaikan Amar kepada Najib seperti kacang lupakan kulit
apabila Najib mendapat segala kesenangan hasil bantuan Amar.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

seperti cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Contoh Ayat: Rezeki hasil jualan makanan dan minuman pada perhimpunan aman Bersih semalam
terlalu banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Contoh ayat: Cikgu selalu berpesan pada saya bahawa, sediakan payung sebelum hujan supaya saya
sentiasa berjaga-jaga dengan perkara disekeliling saya sebelum saya ditimpa apa-apa kejadian yang
tidak diingini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATE:

Ada udang disebalik batu

Maksud: Ada maksud tersembunyi dari perbuatan seseorang.

Contoh ayat: Rasa gembira berjumpa kawan yang sudah lama menghilang berubah apabila
kawannya melahirkan hasrat untuk meminjam wang. Rupa-rupanya kedatangan kawannya ada
udang di sebalik batu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Melentur buluh biar dari rebungnya

Maksud: Kalau hendak mendidik seseorang hendaklah ketika dia masih muda supaya mudah diasuh
dan dinasihati.

Contoh ayat: Pak Najib menyesal tidak mengajar anaknya akhlaq yang baik dari kecil lagi. Barulah
dia sedar kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya kerana setelah anaknya dewasa tidak
mudah untuk mengubah sikap buruk anaknya itu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hangat-hangat tahi ayam

Maksud: Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh hanya pada permulaan. Lama kelamaan,
ditinggalkan apabila sudah mula bosan.

Contoh ayat: Ali mula menghilangkan diri tidak menghadiri latihan bola sepak tidak seperti minggu
pertama dia memasuki pasukan itu. Kegigihannya ibarat hangat-hangat tahi ayam.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diam-diam ubi

Maksud: Melakukan sesuatu (yang baik) dalam diam-diam tanpa disorakkan kepada orang lain.

Contoh ayat: Diam-diam ubi, anak Cik Mar mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan
kebangsaan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menjaga tepi kain orang

Maksud: Mengambil tahu hal orang lain walaupun tidak melibatkan dirinya.

Contoh ayat: Jiran-jiran tidak suka bergaul dengan Mak Minah kerana dia suka menjaga tepi kain
orang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai